Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Supplement : Rumpai Laut Seaweed BGreen



Seaweed atau Rumpai Laut atau dalam bahasa tempatan dikenali sebagai Agar-Agar adalah sejenis tumbuhan yang hidup di dalam air masin dalam laut di kawasan yang mempunyai kesesuaian persekitaran semulajadi.

Terdapat beratus-ratus spesis rumpailaut dalam laut yang terdapat samada di kawasan bersuhu sejuk atau panas, kawasan air cetek atau laut-dalam dengan berbagai warna dan bentuk seperti bulat, pipih, tabung atau seperti ranting dahan bercabang-cabang. Ia amat berguna untuk dijadikan sebagai makanan, perubatan dan kosmetik, pertanian (fertilizer), industri dan sebagainya.

Rumpai Laut mempunyai kandungan nutrisi cukup lengkap. Secara kimia rumput laut terdiri dari air (27.8%), protein (5.4%), karbohidrat (33.3%), lemak (8.6%), serat kasar (3%) dan abu (22,25%).

Selain dari itu ia juga mengandungi enzim, asid nukleat, asid amino, vitamin (A,B,C,D, E dan K) dan makro mineral seperti nitrogen, oksigen, kalsium dan selenium serta mikro mineral seperti zat besi, magnesium dan natrium. Kajian menunjukkan kandungan asid amino (amino acids), vitamin dan mineral rumput laut mencapai 10 -20 kali ganda jika dibandingkan dengan tanaman di darat.

Baja BGREEN Seaweed adalah campuran organik ekstrak rumpai laut terpilih dalam membekalkan nutrien seimbang kepada tanaman untuk tujuan pertumbuhan, pembungaan dan pengeluaran buah yang sihat. Ia kaya dengan mineral organik, hormon pertumbuhan semulajadi, vitamin, asid amino dan nutrien tambahan yang amat diperlukan oleh tanaman. Ia amat sesuai untuk semua jenis tanaman berdaun, bunga dan buah-buahan.

Ciri-ciri Utama Seaweed B'Green
  • Produk keluaran Bioteknologi
  • Membekal nutrien NPK yang simbang.
  • Diperkaya dengan Asid Amino (amino Acids).
  • Kaya dengan Pengalak Tumbesaran Tanaman (PGR) seperti Sitokinin, Auksin dan Diberelin.
  • Ia juga mengandungi unsur-unsur mikro (TE) seperti Magnesium (MgO), Kalsium (CaO), Boron (B), Besi (Fe), Kuprum (Cu) dan Manganan (Mn).

Kebaikan Seaweed B'Green
  • Meningkatkan hasil dan kualiti tanaman
  • Mengalakkan proses Fotosintesis lebih baik.
  • Merangsangkan Pencambahan Biji benih.
  • Membantu mempekuatkan akar tanaman.
  • Meningkatkan daya tahan penyakit.

Cara dan Kadar Penggunaan
Kadar Bancuhan : 3/1000
3ml = 1.0 Liter air atau
1 Penutup = 4.5 Liter air

Kekerapan Semburan : 1-2 minggu sekali

Sila rujuk Senarai Harga disini






Promosi Jualan : Peralatan Penyukat RA-P1204-007



Promosi Jualan pada kali ini, bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke-14 pada 11hb. April 2012 ini, Romatech Agro ingin menawarkan promosi pembelian peralatan penyukat iaitu Digital Timer, EC Meter, PH Meter dan Soil PH Meter dengan harga yang amat menjimatkan dengan potongan harga yang amat menjimatkan.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum alat penyukat EC dan PH Meter amat berguna di dalam pertanian terutamanya penanaman secara Fertigasi kerana ianya memudahkan dan menjimatkan masa kita untuk memastikan tanaman kita memperolehi nutrien (baja) pada kadar yang diperlukan (secukupnya) oleh setiap peringkat umur tanaman. Secara tidak langsung penggunaan peralatan penyukat ini juga akan dapat menjimatkan kos pembajaan yang pada masa sekarang meningkat naik.

Begitu juga dengan Peralatan Penyukat Digital Timer yang berfungsi untuk menyelaraskan Masa Siraman bagi memastikan Pam Air dapat menyalurkan air/air baja ke kawasan tanaman sepertimana yang ditetapkan.

Tempoh Promosi : 11hb. April 2012

Terma dan syarat :-
  • Harga yang ditawarkan adalah untuk pembelian secara individu dan/atau syarikat dan terbuka kepada semua pelanggan.
  • Setiap pelanggan adalah dihadkan pembelian kepada 1 unit SAHAJA bagi tiap-tiap model pada satu-satu masa.
  • Tawaran hanya sah bagi pembelian di Pusat Jualan Puchong SAHAJA.
  • Tempoh jaminan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak pengeluar (Hanna Instruments)
  • Bayaran tambahan RM10.00 (Semenanjung) dan RM15.00 (Sabah dan Sarawak) akan dikenakan bagi penghantaran melalui POS/COURIER.

Informasi lanjut berkenaan dengan peralatan penyukat yang disebutkan di atas adalah seperti berikut :-
1. EC Meter DIST4 (HI98304)
2. PH Meter PH52M
3. Soil PH Meter (ETP110)

Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera sementara stok dan tempoh promosi masih ada.


Kawalan Serangga Organik : Minyak Bawang Putih - Garlic Oil



Penghalau Serangga Berasaskan Organik Bio-Degradble, Non-Toxic & Sangat Berkesan.

Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum merupakan salah satu anggota keluarga bawang dari kumpulan Alliaceae sama seperti sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besar, bawang merah, lik dan kucai. Ia tumbuh berumpun dan bersiung-siung, di mana tiap siungnya terbungkus dengan kulit tipis. Daun bawang putih berbentuk pita, dan akarnya akar serabut. Bunganya berwarna putih, dan kalau dihiris umbinya berbau sangat tajam dan khas.

Ia merupakan salah satu tanaman yang memiliki sejarah yang kaya dalam penggunaan bidang masakan, rawatan perubatan dan kawalan serangga perosak tanaman. Bawang putih merupakan sumber vitamin dan mineral seperti kalsium, besi, magnesium, fosfor, kalium, dan natrium. Bahan kimia yang terdapat pada bawang putih ialah sativine dan allicin. Sativine adalah bahan kimia yang mengandungi daya mempercepat pertumbuhan sel dan pertumbuhan jaringan.

Di samping itu ia meransang susunan saraf dan ia berbahaya pada anak kecil kerana mungkin mengakibatkan gatal. Allicin pula mempunyai khasiat antibiotik. Kandungan kimia lainnya adalah sinistrin, saponin, nicotinic acid dan bersifat hipotensive. Diallydisulfide sebagai anticacing, yitamin A, vitamin B, C dan vitamin D.

Juga didapati HCN dan fosfor. Bawang putih sebagai antibiotik dapat memusnahkan bakteria, virus, ameba dan mikroorganisme berbahaya lain. Ia merupakan antibiotik semulajadi yang kuat. Bawang putih begitu kuat sehingga ia mampu memusnahkan sebahagian organisme yang tidak dapat dimusnahkan oleh ubat yang paling kuat. Tetapi tidak seperti ubat biasa, bawang putih tidak menghasilkan kesan sampingan berbahaya.


Asal-usul Bawang Putih
Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan. Ia dari tumbuhan liar yang kemudian dibuat pembiakbakaan tumbuhan sejak dulu kala. Tanaman ini merupakan tanaman yang mendapat penekanan di negara oriental seperti di China dan Korea.

Di Amerika Utara, Allium vineale (dikenali sebagai " bawang putih liar" atau "bawang putih gagak") dan Allium canadense, yang dikenali sebagai " bawang putih padang rumput "(“meadow garlic”) atau "bawang putih liar" dan "bawang liar", adalah rumpai biasa dalam bendang. Salah satu yang paling terkenal kononnya ialah "bawang putih gajah", sebenarnya bawang perai liar (wild leek) (Allium ampeloprasum), bukanlah bawang putih sebenarnya. Ulas tunggal bawang putih (juga dipanggil mutiara atau bawang putih solo) berasal dari wilayah Yunnan China

Keturunan bawang putih yang ditanam secara muktamadnya tidak dapat ditentukan. Menurut Zohary dan Hopf "kesukaran dalam pengenalan leluhur liar membantut kesinambungan penanaman", walaupun ia dianggap sebagai keturunan dari spesis Allium longicuspis, yang tumbuh liar di Asia tengah dan Asia barat daya. Allium sativum tumbuh secara liar di kawasan di mana ia ditanam. "Bawang putih liar", "bawang putih gagak", dan "bawang putih medan ("wild garlic", "crow garlic", and "field garlic")" dari Britain adalah masing-masing dari kumpulan spesies Allium ursinum, Allium vineale, dan Allium oleraceum.

Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia. Ini diikuti dengan India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan Amerika Syarikat (1.4%). Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih.

Nama Biasa : Bawang Putih
Nama Saintifik : Allium sativum.
Negara Asal : Pergunungan Asia, Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan, Utara Iran, Afghanistan, China, Korea, Amerika.

KEPELBAGAIAN / VARIETI
Ahli botani memasukkan bawang putih di bawah payung spesies Allium sativum, terdapat juga dua sub-spesies utama iaitu:
  • Ophioscorodon, atau bawang putih berleher keras, termasuk bawang putih porselin, bawang putih rocambole, dan bawang putih berjalur ungu.
  • Sativum atau bawang putih berleher lembut, termasuk bawang putih articok, bawang putih silverskin, dan bawang putih creole.
Kebaikan Bawang Putih

Nilai Antibakteria - Manafaat bawang putih keatas badan melalui nilai antibakteria begitu juga dengan antikulat dan antivirus membolehkan mereka menghentikan bakteria, kulat, dan virus itu pada peringkat awal lagi. Kajian menunjukkan bahawa ia menyerupai satu peratus dari keberkesanan penisilin antibakterianya. Penyakitt yang dicetuskan oleh kulat, bakteria, atau virus dengan mudah dapat tewaskan dengan manfaat bawang putih ini.

Rawatan pokok yang berpenyakit di Northamptonshire, UK


Sifat antibakteri yang terkandung dalam bawang putih berkhasiat untuk melawan infeksi. Bawang putih yang dikupas dan dioleskan ke kulit bisa membersihkan infeksi jamur yang menyebabkan kurap. Penelitian juga menyebutkan bawang putih muda bisa membantu mencegah keracunan makanan, membunuh bakteri tertentu seperti E. Coli (penyebab diare). Di Amerika, kini sudah lazim digunakan minyak bawang putih untuk terapi penyakit jantung.

Sistem Penggalak Ketahanan (Immune System Boost ) - Satu lagi faedah bawang putih untuk diambil kira kesan kepada sistem ketahanan. Menurut kajian, bawang putih dapat meningkatkan fungsi imun dengan merangsang sel-sel darah putih. Ini kemudian meningkatkan fungsi antibodi. Sekali lagi, Allicin merupakan komponen penting kepada ciri ini.

Dalam perubatan Cina, bawang putih dianggap sebagai makanan pemanas kerana ia menghasilkan haba dalam badan. Maka mana-mana makanan yang memanaskan badan sehingga boleh menyebabkan penghasilan haba ia dikira memiliki sifat pemanas dan tujuannya adalah untuk mengawal tahap suhu dalaman.

Nilai Allicin - Allicin ialah fitokimia yang dijumpai didalam bawang putih. Apabila bawang putih dihancurkan atau dicincang, asas kompaun alliin sulfur bercampur dengan enzim membentuk allicin. Allicin berwarna kekuningan dan berminyak, dan ia menyebabkan bawang putih memiliki sifat bauan yang kuat dan pedas. Sifat Allicin yang berbeza menawarkan banyak faedah kepada kesihatan, ini termasuk: antikulat, antimikrob, antioksidan dan fungsi anti-radang.

Analisis kimia dalam tahun 1800-an menyandarkan aktiviti bawang putih bernisbahkan kepada kandungan Sulfur yang terdapat dalam minyak bawang putih. Pada pertengahan tahun 1900 seorang ahli kimia Amerika menamakan cecair yang kuat berbau kuat dari bawang putih sebagai "allicin". Sebatian sulfur alliin (S-allyl-l-sisteina sulfoxide) menghasilkan allicin (diallyl thiosulfinate) melalui enzim allinase apabila ketulan ulas dihancurkan. Sebatian sulfur yang lain, peptida, steroid, terpenoid, flavonoid, dan fenol semakin dikenal pasti sebagai bahan aktif allicin apabila berlaku proses metabolisma. Mekanisme yang tepat dari kesan tindak balas bawang putih masih tidak diketahui dan mungkin berbeza-beza mengikut cara penyediaan dan kesan terapeutik.

Nilai Antikulat - Allicin menghalang kedua-duanya proses percambahan spora kulat (germination of fungus spores) dan ketumbuhan hifa (hyphae), menurut hasil kajian dari Universiti Fujita-Gakuen Sekolah Teknologi Perubatan yang disiarkan dalam artikal "Penilaian Dalam aktiviti In-Vitro antikulat bagi Allicin" Hifa adalah sebahagian daripada kulat yang akhirnya menghasilkan struktur pembiakan.

Nilai Antimikrobial - Menurut "sifat antimikrob allicin bawang putih", dari Jabatan Kimia Biologi di Institut Weizmann Sains di Israel, sifat antimikrobial allicin terhasil daripada tindak balas kimia dengan kumpulan thiol dari pelbagai enzim. Tindak balas kimia allicin mengganggu proses metabolisma penting dalam beberapa bakteria berbeza.

Sifat Antioksidan - Dilaporkan, "sifat antioksidan dari sebatian bawang putih: allyl cysteine, alliin, allicin, dan allyl disulfide", oleh Jabatan Farmasi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya Kuala Lumpur, menyatakan bahawa allicin menyekat pembentukan superoksida (SOD), radikal bebas.

"Antioksidan, anti-radang, dan bahan antimikrob adalah sifat bawang putih dan bawang", satu artikel dalam Pemakanan dan Sains pemakanan, melaporkan bahawa allicin menyerang agen pengoksidaan yang lain, sekali gus mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh oksida.

Sifat Anti-Radang - Menurut artikel Sains Makanan dan Pemakanan melaporkan bahawa allicin menghalang penghasilan utusan cytokine pro-radang bersangkutan dengan penyakit radang usus. Sifat anti-radang allicin terikat kepada sifat antioksidan, sebagai radikal bebas penyebab keradangan. Dengan mengurangkan kerosakan oksida yang disebabkan kerana fungsi antioksidan, allicin mengurangkan jumlah keradangan di dalam badan di samping menindas utusan cytokine.

Di Antara khasiat dan manafaat bawang putih ialah:
  1. Menghalang kemerosotan otak dan meningkatkan sistem kekebalan
  2. Membantu melambatkan proses penuaan.
  3. Menghalang pertumbuhan sel kanser dan mengurangi risiko terkena kanser.
  4. Membantu menurunkan Kadar kolesterol sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu tertentu.
  5. Menolong mencegah penggumpalan darah melalui zat anti-kolesterol iaitu ajoene.
  6. Membantu meredakan tekanan, rasa cemas dan kemurungan.
  7. Mengandungi vitamin A, vitamin B, vitamin C, kalsium dan juga potasium.
  8. Mengandungi antioksidan, karotena dan selenium.
  9. Mengambil 2-3 ulas bawang putih sehari dapat menghindar dari penyakit jantung.
  10. Menyembuhkan tekanan darah tinggi.
  11. Meringankan tukak lambung.
  12. Menurunkan kadar kolesterol dalam darah
  13. Diabetes – Mampu mengawal kadar gula di dalam darah dan meningkatkan insulin darah bagi pengidap diabetes.
  14. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh.
  15. Sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari pelbagai penyakit.
  16. Membantu menambah nafsu makan.
  17. Menjaga stamina tubuh badan.
  18. Mengandungi khasiat antimikrob, antitrombotik, hipolipidemik, antiarthritis, hipoglikemik, dan juga mempunyai antivitas sebagai antitumor atau dijadikan acar
  19. Selsema (Colds and Flu) Mencegah dan merawat selsema
  20. Kulit – Mencegah dan merawat penyakit jerawat (Aesthetic)

Kebaikan Minyak Bawang Putih Dalam Kawalan Serangga Perosak

Terdapat banyak kebaikan Minyak Bawang Putih di dalam kawalan serangga secara organik. Diantaranya ialah :-
  • Penghalau Serangga - Memandangkan baunya yang tidak disukai serangga, Minyak Bawang Putih sering digunakan sebagai racun penghalau serangga. Bau ini akan melitupi permukaan daun dan ‘masking’ bau daun, menyebabkan serangga tidak berupaya untuk mengesan bau daun yang dilitupi oleh Minyak Bawang Putih
  • Menyekat pembentukan telur, larva dan pupa.
  • Pemberhentian penukaran larva atau nimph.
  • Kesan rencatan dlm hasilan telur serangga betina.
  • Kawal penghasilan larva dan pembentukan serangga dewasa.
Cara-cara dan Kaedah Penggunaan.
Kadar Bancuhan :
Semburan Terus : 2ml = 1 Liter air
Campuran Neem : 1ml = 1 Liter air

Kekerapan Semburan : 3-4 hari/sekali

PENTING : Disarankan Minyak Bawang Putih ini digunakan bersama-sama dengan Green Patrol atau Minyak Neem atau BioGuard untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum.

Kesesuaian :-
  • Serangga penghisap Kutu Daun-Aphid, Kutu Trip, spider mite, Lalat Putih (White Fly)
  • Serangga jenis mengunyah seperti belalang, ulat beluncas dan lain-lain.
  • Pelbagai Jenis Kulat dan Bakteria.

Kesan Penggunaan Garlic Oil - Minyak Bawang Putih

White-Fly Lalat Putih

Ulat Beluncas

Pokok Cili


Pokok Mangga


Minyak Bawang Putih (Garlic Oil Concentrate) adalah selamat dan mesra alam



Maklumat lanjut berkaitan Garlic Oil
Maklumat Lanjut, Harga dan Kaedah Pembelian
Whatsapp : 019-226 2125
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.