Kebun Permai, Alor Gajah Melaka, Sabtu 7 Mac 2009. Kebun Permai yang menempatkan sebanyak 100 pokok cili Kulai 568 ini telah mula mengeluarkan hasilnya sejak 1 minggu yang lalu. Setakat ini hasil tuaian selama 1 minggu berjumlah lebih daripada 10kg dan ianya telah mula dijual kepada penjual sayuran di pasar berhampiran dengan harga RM7.00/kg.
Secara umumnya program yang saya jalankan terhadap Kebun Permai ini menepati sasaran penghasilan cili merah dalam masa yang ditetapkan iaitu 3 bulan untuk mendapatkan hasil tuaian yang baik dengan menjalankan kaedah-kaedah amalan pertanian yang seimbang samada dari segi pembajaan mahupun penjagaan kebun.
Info Cili :-
Panjang : 6 1/2 inci
Ukurlilit : 3 inci
Berat : 25 gram
Jelas menunjukkan bahawa cili Kulai F1 568 ini adalah diantara benih cili yang dapat menghasilkan pulangan yang terbaik kerana saiz dan beratnya yang menepati kehendak pasaran dan usahawan tanaman cili.
Gambar-gambar di bawah adalah selepas sehari menuai cili merah.