Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Kaedah dan Panduan Semaian Biji Benih


Kaedah dan proses penyemaian biji benih adalah langkah awal yang amat penting di dalam penanaman cili (dan sayuran lain). Ini adalah kerana anak benih dan anak pokok yang baik dan sihat akan dapat menjamin hasil dan pulangan yang tinggi.

Kaedah penyemaian biji benih yang biasa dilakukan adalah seperti berikut.

Pemilihan dan Penyediaan Biji Benih
Pemilihan biji benih adalah menurut pilihan anda. Terdapat pelbagai jenis biji benih cili di pasaran pada masa sekarang iaitu hybrid F1 568, F1 223, F1 469, dan sebagainya.

Namun begitu, pada masa sekarang benih F1 568 menjadi pilihan utama kerana faktor saiz buah cili yang sederhana besar, ketinggian pokok yang ideal (3-4kaki), sambil berbuah, pokok mengeluarkan bunga dan putik, rasa buah cili yang kurang pedas dan lain-lain. Malahan ianya menjadi pilihan utama terhadap pasaran cili di negara kita ini.

Biji benih dari varieti hibrid adalah lebih baik dari segi ketahanan dan mempunyai kadar peratusan yang tinggi untuk mudah bercambah dan hidup sihat.

Kaedah merawat biji benih boleh dilakukan kepada biji benih yang bukan dari varieti hibrid bagi tujuan ketahanan daripada penyakit. Racun kulat (Thiram) boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Sila baca panduan pada label racun tersebut.

Biji benih hendaklah disediakan (disemai) 20%-30% lebih daripada jumlah keperluan. Ini adalah bagi memudahkan kita melakukan pemilihan hanya kepada anak pokok yang sihat sahaja dipindahkan ke dalam polibag.

Pemilihan bekas semaian
Sediakan bekas semaian (juga dikenali sebagai dulang semaian). Kebiasaannya bekas semaian ini mengandungi kapasiti 104 lubang.

Bekas semaian dicadangkan agar ditandakan dengan tarikh menyemai biji benih untuk tujuan rekod umur anak pokok di dalam tray semaian. Secara tidak langsung ianya akan memudahkan kita untuk mengetahui tumbesaran benih tersebut.

Pemilihan Media Semaian
Pilih media semaian yang bersesuaian seperti Peat Moss atau Holland Peat. Jangan gunakan media semaian berbentuk tanah atau baja bakar bagi mengelakkan penyakit terutamanya pada akar pokok.



1. Merendam Biji Benih
Rendam biji benih tersebut ke dalam bekas yang berisi air. Boleh gunakan air paip. Namun begitu adalah lebih baik sekiranya air paip yang digunakan tersebut mempunyai bacaan sekitar 5.8pH.

Tujuan proses rendaman ini adalah :-

  • Memastikan cengkerang/kulit biji benih cili lebih lembut dan memudahkannya untuk bercambah.
  • Sebaiknya ambil biji benih yang tenggelam sahaja. Biji benih yang tidak tenggelam, ada kemungkinan ianya kurang baik.
Proses rendaman ini hendaklah dibuat selama semalaman. Boleh juga menggunakan air panas sekadar suam kuku bagi mempercepatkan proses rendaman tersebut kepada 2-3 jam sahaja.

Untuk lebih baik, selepas rendaman pertama ini, bolehlah direndamkan pula ke dalam bancuhan racun kulat (gunakan racun thiram) selama 5-10 minit untuk tujuan perlindungan daripada serangan penyakit samada dari biji benih mahupun apabila pokok telah dewasa.

2. Mengeringkan Biji Benih
Apabila telah cukup tempoh rendaman, toskan airnya dengan menggunakan alat penapis. Boleh gunakan penapis teh.

Letakkan biji benih yang telah ditoskan airnya ke atas kertas suratkhabar dan dilipatkan bagi tujuan pengeringan. Ini akan memudahkan kerja-kerja menyusun biji benih ke dalam tray semaian. Sekiranya biji benih basah ianya akan melekat-lekat diantara satu sama lain.

3. Penyediaan Media Semaian
Sambil menunggu biji benih kering, maka proses menyediakan media semaian boleh dilakukan. Media semaian yang boleh di gunakan adalah terdiri daripada Peat Moss/Holland Peat dan lain-lain. Ianya dikenali juga sebagai baja kompos.

Jangan menggunakan media semaian seperti tanah atau baja bakar!!!

Isikan media semaian (Peat Moss) ke dalam bekas semaian. Peat Moss hendaklah ditekan dengan jari pada kadar sederhana. Jangan isikan terlalu padat kerana ianya akan melambatkan percambahan biji benih dan menyebabkan akar pokok sukar bergerak. Sebaiknya isikan peat moss pada kadar 85-90% penuh.

4. Menyemai biji benih
Seterusnya, ambil dan letakkan biji benih yang telah dikeringkan di atas kertas suratkhabar itu tadi ke dalam setiap lubang yang berisi peat moss pada tray semaian tersebut. Pastikan biji benih diletakkan di tengah-tengah kedudukan setiap lubang bagi memastikan akar pokok mendapat ruangan yang secukupnya.

NOTA : Pilih hanya biji benih yang baik dan elok sahaja.

5. Kedalaman Semaian Biji Benih
Biji benih perlu disemai pada kedalaman 3~5mm di dalam peat moss. Untuk memudahkan kerja-kerja ini, gunakan lidi atau pencungkil gigi sebagai penyukat dan tandakan ukuran yang dikehendaki dengan menggunakan pen/pensil.

Dengan menggunakan penyukat ini, tekan/benamkan biji benih ke dalam peat moss secara perlahan-lahan sehingga mencapai ukuran yang dikehendaki (3~5mm).

Kemudian timbus biji benih tersebut dengan menggunakan jari tangan secara perlahan. Jangan ditekan!!!

6. Menyiram
Kemudian siram air secara rata sehingga basah ke atas peat moss dengan menggunakan spray. Berhati-hati semasa siraman agar biji benih tidak beralih kedudukannya dari dalam peat moss tersebut.

7. Penyimpanan
Tray semaian ini kemudiannya hendaklah diletakkan jauh daripada cahaya matahari yang boleh menyebabkan peat moss menjadi cepat kering. Peat moss hendaklah sentiasa berkeadaan lembab pada sepanjang masa sebelum biji benih bercambah. Oleh itu, penyiraman dicadangkan dilakukan sebanyak 2 kali sehari.

Salah satu kaedah lain untuk mengekalkan kelembapan peat moss ialah dengan meletakkan satu lagi tray semaian (kosong) secara terbalik ke atas tray semaian yang berisi biji benih itu tadi. Ini juga akan memudahkan kita untuk memeriksa dan menyiram dengan air. Ini juga dapat memastikan cahaya matahari tidak sampai kepada peat moss.

8. Biji Benih Bercambah
Pada kebiasaannya, biji benih akan mula bercambah di dalam tempoh masa 3-5 hari dari tarikh semaian. Tray kedua (tray kosong) hendaklah dialihkan apabila biji benih telah mula bercambah. Dalam masa yang sama, penyiraman air hendaklah diteruskan. Dalam masa 5~7 hari biji benih akan mengeluarkan 2 daun.

9. Pendedahan Kepada Cahaya Matahari
Apabila kedua-dua daun tersebut telah terbuka, maka ianya perlulah didedahkan kepada cahaya matahari yang sederhana panas tetapi hendaklah dijauhkan daripada terkena hujan.

Oleh yang demikian, rumah semaian adalah amat diperlukan bagi melindungi anak pokok daripada kepanasan melampau, melindungi daripada pancaran UV, melindungi daripada hujan (asid) dan melindungi daripada serangan serangga.

Kebiasaan rekabentuk rumah semaian adalah berpara/bertingkat dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 tingkat. Tingkat bawah untuk biji benih yang belum bercambah (tidak memerlukan cahaya matahari) dan tingkat atas untuk anak pokok yang telah mempunyai sekurang-kurangnya 2 daun dan memerlukan cahaya matahari untuk proses tumbesarannya.

Atapnya pula hendaklah dibina daripada plastik lutsinar dan boleh ditembusi oleh cahaya matahari. Ketinggian atap dicadangkan sekurang-kurangnya 3 kaki daripada para yang teratas sekali.

Plastik atap pula sebaiknya menggunakan bahan pelindung UV bagi memelihara dan melindungi anak pokok daripada sinaran UV.

Manakala dinding dan sekeliling rumah semaian hendaklah dilitupi dengan jaring halus bagi mengelakkan serangan serangga.

10. Keperluan Nutrien
Anak pokok di dalam tray semaian ini yang telah mencapai umur 14 hari perlulah diberikan nutrien tambahan kerana pada masa ini, peat moss sudah tidak lagi dapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh anak pokok. Pada masa ini anak pokok telahpun mempunyai sebanyak 4 helai daun.

Oleh yang demikian, penyiraman dengan menggunakan baja AB hendaklah dilakukan pada kadar 0.5EC ~ 1.0EC. Jika menggunakan 1.0EC, pastikan siraman tidak terkena daun pokok kerana ianya akan menyebabkan kerosakan pada daun.

Kaedah lain yang digunakan untuk tujuan siraman adalah dengan menyediakan bekas takungan berisi air baja. Kemudian masukkan/rendamkan tray semaian yang berisi anak pokok itu ke dalam bekas takungan air baja tersebut. Namun begitu kaedah ini agak kurang baik kerana permasalahan seperti kualiti air baja mungkin tercemar, pemindahan bakteria mudah berlaku dan kemungkinan tray semaian boleh terjatuh semasa mengalihkan tray semaian tersebut.

11. Anak Pokok Matang
Anak pokok akan menjadi matang (cukup umur) sekurang-kurangnya pada umur 25 hari (3 minggu) dari tarikh semaian. Pada masa ini anak pokok telahpun mempunyai sebanyak 6 helai daun.

Oleh yang demikian, pada ketika ini, anak pokok bolehlah dipindahkan ke dalam polibag.

Namun begitu, adalah dicadangkan untuk memindahkan anak pokok ke dalam polibag pada hari yang ke-30. Ini adalah bagi memastikan anak pokok benar-benar cukup matang sebelum dipindahkan. Ini dapat dipastikan dengan memerhatikan pada pangkal anak pokok yang akan bertukar kepada warna sedikit kelabu.

Proses Percambahan Anak Pokok




Comments
32 Comments

32 comments:

REKA INDAH said...

Assalamualaikum..
Penerangan yang baik mengenai kaedah dan panduan semaian biji benih terutama sekali bagi yang baru berjinak dengan sistem fertigasi ini..diharapkan usaha pihak Romatech Agro ini dapat memberi menafaat kepada kami yang baru ini..banyak kaedah dan cara semaian biji benih yang disyorkan oleh pengusaha fertigasi yang boleh diamalkan dan saya dapati cara Romatech Agro adalah yang paling senang diikuti...teruskan dengan usaha pemberitahuan ilmu fertigasi ini.

Uncle said...

Panduan yang amat bererti bagi saya yang baru berjinak dengan tanaman cili. Thanks Prof

Romatech Agro said...

My1166agro dan Uncle,
mudahan ianya berguna utk dikongsi bersama...

harun said...

harga cili jatuhh ooo... tanam lain lah pulak.

Amran bin Mat Ariffin said...

Salam,
Moga Allah memberkati usaha tuan.
Satu cadangan dari saya iaitu sekiranya tuan dapat memberi info2 baru tentang masalah daun kerekot yg tak kunjung selesai hingga kini saya rasa ia akan memberi satu impak besar ke arah kecemerlangan tanaman cili ini yg saya anggap macam jaga anak kecil baru bersalin.

Pak Omar said...

Assalamualaikum! Panduan yang sangat baik dan jelas saya perolehi berkenaan penanaman cili fertigasi dari tuan. Ingatlah orang yang memberi ilmu berguna kepada orang lain sangatlah di rahmati Allah s.w.t. Saya baru nak bermula, izinkan saya menimba ilmu ini dari pengalaman tuan. Trima kasih.

Romatech Agro said...

Amran dan Pak Omar,
InsyaAllah, ilmu yang ada memang utk dikongsi bersama utk memajukan lagi teknik penanaman. Mudahan ianya berguna utk semua.
InsyaAllah, sy akn lbh berusaha untuk posting artikel sbg panduan kepada semua usahawan.

ezbiz said...

salam,

mohon kongsi ilmu..jazakkallah khairan kathira....

MFRML said...

Kat mane nk beli media semaian? kt area bakri ni tak de la kedai p'tanian. bleh tak beli kt blog ni.

Romatech Agro said...

2Masliyana
Boleh

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Setakat ini...inilah peneranga yang sangat detail... saya sangat berterima kasih atas perkongsian ilmu ini

nuxie said...

Assalamualaikum w.b.t.

Tak dok ko caro nak semai benih lain seperti tembikai, jagong, timun batang dan lain-lain yang seangkatan dgn nya... terima kasih atas segala informasi. Amat2 berguna.

nash said...

Sape2 yg ingin membeli barang2 keperluan untuk tanaman fetegasi blhla cr sy ....call aje nazri kota tinggi johor.017.7248648.klw dekat2 penghantaran percuma...tp luar johor ade cas ya...mekasih...

Unknown said...

Penerangan yg sangat baik. Semoga prof beroleh pahala yg banyak.terima kasih.

Unknown said...

Salam..saya ada tanam sayur lobak...tpi sayur tu x mmbesar...tpi meninggi n kurus...walhal sdh masuk 2 mggu lebih...apa mslahnya? Adakah kekurangan cahaya matahari? Sbb tempat sy tanam tu x direct sunlight...

Romatech Agro said...

Salam..saya ada tanam sayur lobak...tpi sayur tu x mmbesar...tpi meninggi n kurus...walhal sdh masuk 2 mggu lebih...apa mslahnya? Adakah kekurangan cahaya matahari? Sbb tempat sy tanam tu x direct sunlight...

REPLY : Salam kembali.
Semua jenis tanaman/pokok memerlukan cahaya matahri untuk kelangsungan hidup. Cahaya matahari sangat diperlukan untuk tumbuhan antaranya membuat makanan.

Pokok kebiasaannya memerlukan sekurang2nya 6 jam/sehari penerimaan cahaya matahari.

wadi said...

tumpang bertanya..saya baru nak bermula untuk penanaman cili/terung..adakah sesuai untuk mula menanam jika keadaan cuaca yang kerap hujan sekarang ni prof??

Romatech Agro said...

To Wadi
tumpang bertanya..saya baru nak bermula untuk penanaman cili/terung..adakah sesuai untuk mula menanam jika keadaan cuaca yang kerap hujan sekarang ni prof??
REPLY : Faktor kekerapan hujan adalah merupakan satu cabaran buat pengusaha tanaman terutamanya Cili/Terung. Ini adalah kerana selain baik untuk penyiraman dan kesuburan, hujan juga dapat membawa, menyebarkan, meningkatkan penyakit2 untuk tanaman seperti Kulat dan Bakteria.

Namun begitu, bagi mengatasi cabaran menanam pada musim hujan boleh diatasi dengan meningkatkan kawalan penyakit serta mengoptimumkan pemberian baja supaya ianya tidak cepat terlarut atau hilang dibawa oleh hujan.

Kawalan Penyakit yang perlukan dipertingkatkan selain Kawalan Serangga adalah berkenaan dengan kawalan penyakit Kulat dan Bakteria. Pengunaan Racun Kulat samada secara organik mahupun kimia perlu diberikan perhatian yang lebih samada pada peringkat pertumbuhan mahupun Produktif.

Wallahualam.

Unknown said...

Assalam.
Kat mana nak dapat benih lada solok ni.
Pejabat pertanian ada jual ke F1 568 tu tuan?

Unknown said...

Assalam.
Nak tanya kat mana nak dapat benih lada ni.
Pejabat pertanian ada jual ke benih F1 568 ni tuan?

Romatech Agro said...

Kami ada menjual. Sila rujuk disini http://romatechagro.blogspot.com/2012/01/senarai-harga-benih-cili.html

Anonymous said...

Nice to share..tq

drshikinzainal @ ekin said...

Dah lame cari info ni.
Really appreciate.
Thanks a million.
Saya nak tanam utk kegunaan harian je :)
Yang sedihnya saya xtau mcmmane nak dptkan rumah semaian tu.

drshikinzainal @ ekin said...

Aamiin..

drshikinzainal @ ekin said...

Prof, saya baru start tanam pokok daun limau purut. Saya xpandai nak tanam dari awal..jadi saya beli anak pokok yang dah 15cm tinggi. Pokok tu dah bercambah banyak tunas baru. Masalahnye, saya perasan hari ni dah banyak ulat bulu dok makan daun2 tu. Apa perlu saya buat utk halang ulat bulu ni :(

Unknown said...

Salam
Mana ada jual plastik lutsinar dan net putih tu ye..untuk tempat semai benih tu
Kt hardware ada jual ke..tq

Unknown said...

assalam .. sye nak tnya di kawasan N9 ni yang jual biji benih terung panjang yang dah bercambah naik daun tapi tetap berada di dalam bibilang sel di mana ye?

Unknown said...

assalam .. sye nak tnya di kawasan N9 ni yang jual biji benih terung panjang yang dah bercambah naik daun tapi tetap berada di dalam bibilang sel di mana ye?

AKNA said...

Di mana saya boleh dapatkan tanah peat moss tu.

AKNA said...

Di mana saya boleh dapatkan tanah peat moss tu.

TOGEL SONGAPURA said...

SAYA IBU SRI HASTUTI DARI MEDAN,
DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KI LANTORO DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KI LANTORO DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI LANTORO…

**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

…=>AKI LANTORO<=…
>>>082-310-352-761<<<

unknown said...

Saya ingin bertanya kepada Romatech, 1.Adakah biji benih cili yang telah direndam selama 2 minggu ke dalam larutan penggalak akar(Akar Champian) masih lagi boleh digunakan?
2.boleh atau tidak jika mahu memindahkan anak pokok yang baru mencapai 2 helai daun ke dalam polibeg?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.