Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Kebun Permai : Menyediakan Media Tanaman


Kebun Permai, Alor Gajah Melaka, Sabtu 22 November 2008 - Minggu ini saya dan adik dengan dibantu oleh isteri menyediakan media tanaman yang sebelum ini hanya berjaya menyediakan sebanyak 9 polibag memandangkan kesukaran untuk mendapatkannya di negeri Melaka dan kawasan sekitarnya.

InsyaAllah, jika tidak aral melintang, saya akan menjadi seorang pembekal peralatan Fertigasi di Alor Gajah, Melaka menjelang Januari 2009 nanti. Setidak-tidaknya ianya akan dapat membantu dan menarik lebih ramai usahawan berkecimpung di dalam bidang Fertigasi ini.

Penyediaan media tanaman yang kami lakukan pada minggu ini berjalan dengan lancar. Kami menggunakan kain canvas besar terpakai (penutup badan lori) sebagai alas untuk mengelakkan media tanaman daripada bercampur dengan tanah. Kami menggunakan kaedah campuran cocopeat dan sekam bakar pada nisbah 3:1 untuk mendapatkan media yang ideal.

Menyediakan Media Tanaman




Kedua-dua campuran ini digaulkan secara sama rata sehingga sebati. Kemudian kami memasukkan media tanaman ini ke dalam polybag. Selesai kesemua 100 polybag (sebelum ini rancangan hanya 78 polybag sahaja) kami terus menyusunnya ke atas batu-bata. Kami telah membuat keputusan untuk menggenapkan jumlah tanaman cili kepada 100 pokok untuk memudahkan pengiraan terutamanya baja air dan penyelenggaraan nanti.

Susunan Polybag





Kemudian, dengan masa yang masih ada, kami membuat kemasan dengan meletakkan batu sesaran (hancur) di hujung Silver Shine untuk memastikan apabila hujan lebat, ianya tidak mengotorkan Silver Shine tersebut.

Kemasan



InsyaAllah, pada sabtu ini 29 Nov 2008 ini, akan selesailah kesemua kerja-kerja penyediaan tapak (baki 22 polybag), media tanaman, sistem siraman dan pagar disekeliling tapak Fertigasi ini.


Comments
11 Comments

11 comments:

Anonymous said...

satu info yang menarik..cuma sy tak paham dari segi campuran cocopeat dan sekam padi.3:1..maksundya 3 guni cocopeat ngan 1 guni sekam padi ke?kalo cara begini boleh muat berapa polibeg?

Romatech Agro said...

Betul...3 sabut dan 1 sekam iaitu 70% sabut dan 30% sekam padi bakar.

Ianya boleh memuatkan lebih daripada 20 polibag. lbh kurang 23~24 polibag, bergantung kepada jumlah setiap guni sabut dan sekam.

Secara purata berat setiap polibag yang dah diisikan medium adalah 2kg.

Anonymous said...

Tanya je...kalau tak simpan atas batu bata akan memberi kesan negtif ke pada tanaman cili tu..

Romatech Agro said...

Ya... batu bata banyak faedahnya :-
1) kestabilan media dlm polibag
2) Mengurangkan kepanasan
3) Mengelakkan kulat

azli9 said...

maaf sy masih jahil dalam bidang fertigasi ni tapi amat berminat nak tahu..

sy nak tanya penggunaan polypipe berwarna hitam ok ke, pada pandangan sy hitam menyerap haba dan sy tengok ramai yang buat terdedah je..tak ke akan panas air baja yang da sedia ada di dalam polypipe tu?

harap cik dapat komen tentang ini berdasarkan pengalaman dan pengatahuan..

terima kasih.

Romatech Agro said...

2 Azli : Penggunaan Polipaip berwarna hitam pada asasnya adalah kerana tahan lebih lama dan kos lebih rendah berbanding dengan warna putih.

Dari segi teknikal, warna putih lebih baik sebab memantulkan haba. So, pada masa cuaca panas (asp tengahari), bekalan air/baja akan sedikit kurang panas berbanding dgn polipaip hitam (air yang sejuk lebih oksigen dan baik utk tanaman).

Oleh yg demikian (utk lebih baik), disarankn buat/pasangkan OT (kedudukan akhir paip) utk mengalirkan air keluar sebelum pam ON bertujuan utk mengeluarkan air yg panas dlm polipaip sebelum dialirkan ke tanaman.

Wassalam

azli9 said...

Terima kasih..Segala komen bro sedikit sebanyak pasti dapat membantu rakan2 tanimoden kita yang membacanya..

Bro Roma saya nak tanya sesuatu ni tapi mungkin bro roma tak dapat menjawabnya, takpa ye, kalau macam tu saya faham sahaja..

Saya nak tahu dimana pengusaha2 dapatkan bekalan bahan2 unsur kimia untuk membuat baja set A dan set B..?

Romatech Agro said...

2 Azli9 : Di Malaysia ini, kebanyakan elemen/unsur baja boleh diperolehi melalui 2 cara :-
1. Pembekal/Suppplier Baja AB : Import dari luar negara pada skala yang besar (by kontena) spt Europe (YARA), India dan China.

2. Pengusaha Kebun : Membeli dari Pembekal/Supplier yang banyak terdapat di negara kita. Boleh layari link di laman blog Romatech Agro utk maklumat Pembekal.

Jika tuan berhajat menggunakannya pada skala tanaman < 10 ekar, disarankan membelinya dari Pembekal/Supplier di Malaysia. Ianya lebih mudah berbanding dengan proses membawa masuk (import)dari luar negara yang memerlukan perlbagai dokumentasi & approval.

Wassalam.

azli9 said...

Mungkin ada tersilap fahaman soalan tapi takpa saya usaha lagi untuk dapatkan sendiri unsur2 bagi membuat baja sendiri itu..

Terima kasih sekali lagi..

Romatech Agro said...

2 Azli9 : Maaf, soalan tuan "Saya nak tahu dimana pengusaha2 dapatkan bekalan bahan2 unsur kimia untuk membuat baja set A dan set B..?" .... jawapannya dh saya beri , iaitu "2. Pengusaha Kebun : Membeli dari Pembekal/Supplier yang banyak terdapat di negara kita. Boleh layari link di laman blog Romatech Agro utk maklumat Pembekal." .... Jika tuan kurang faham,...Unsur-unsur (elemen) baja tsbt pengusaha2 (pengusaha kebun) beli dari pembekal2 elemen baja seperti kalsium, kalium, boron, pottasium dll... tuan boleh check link "pembekal" atau link "usahawan" kerana ada juga usahawan yg membekalkan elemen-elemen baja spt Sdr Azrin di http://tanahkita.blogspot.com/

azli9 said...

maaf bro, maksud saya, saya yang mungkin tak faham penjelasan bro sebelumnya..tapi tu dah jelaskan saya da faham sekarang..terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.