Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA)


Sabtu, 5hb. Disember 2009 perjumpaan pertama Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) yang berlangsung di Pusat Jualan Romatech Agro, Puchong, Selangor berjalan dengan lancar dengan kehadiran seramai 10 orang usahawan fertigasi yang aktif yang sedang mengusahakan tanaman pertanian secara fertigasi . Perjumpaan rasmi yang bermula jam 9:30 malam ini berlarutan sehingga jam 2:00 pagi bila mana kesemua usahawantani menunjukkan minat yang amat mendalam untuk merealisasikan team tersebut.

Terima kasih juga kepada usahawan yang sanggup datang dari jauh seperti En Hazemin, En Azwan, dan En. Hassan dari Gelang Patah, Johor dan En Madir dan isteri dari Tanjong Minyak, Melaka semata-mata untuk bersama-sama di dalam perjumpaan ini.

Diantara agenda yang dibentang pada hari tersebut adalah :-

Nama Team : Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA)
Penasihat :
Penyelaras : Romatech Agro

Tujuan :
  1. Menghimpun dan menggabungkan semua usahawan pertanian dan fertigasi di seluruh Malaysia,
  2. Membantu ahli untuk mencari kaedah dan jalan yang terbaik dan memudahkan ahli bagi mendapatkan bekalan peralatan pertanian seperti peralatan fertigasi, baja, supplement dan lain-lain dengan harga yang lebih kempetitif,
  3. Membantu ahli untuk mendapatkan bekalan racun dan kawalan penyakit dan serangga dengan harga yang lebih rendah daripada pembekal yang berdaftar,
  4. Membantu ahli menguruskan kebun pertanian mereka dengan lebih effisyen samada dari segi kos penyelenggaraan mahupun pendapatan.
  5. Menjadi tempat untuk ahli bernaung, berbincang dan merujuk masalah yang dihadapi dalam sektor pertanian,
  6. Mendapatkan ahli teknologi dan maklumat pertanian.
  7. Membantu ahli memasarkan hasil pertanian dengan lebih sistematik dan terancang disamping merancang untuk mengujudkan Pusat Pemasaran Setempat di setiap negeri di seluruh negara.

Matlamat :
  1. Menjadikan kebun pertanian yang diusahakan oleh ahli dapat mengeluarkan hasil yang optimun, sekaligus dapat meningkatkan pendapatan setiap ahli.
  2. Meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan hasil pertanian dari luar negara.
  3. Membantu ahli untuk mendapatkan harga yang tertinggi dan dapat menstabilkan harga pasaran hasil pertanian.
  4. Melahirkan lebih ramai usahawan di dalam sektor pertanian.

Kelebihan Keahlian TEFRA :
  1. Setiap ahli yang telah diluluskan pendaftarannya akan mendapat potongan harga istimewa sebagai Ahli Eklusif Pertanian Romatech Agro (AET), tertakluk kepada jumlah yang akan ditetapkan oleh Romatech Agro.
  2. Mendapat harga yang lebih rendah untuk pembelian racun kawalan penyakit dan serangga. Romatech Agro akan berusaha melantik Pembekal Racun Kawalan Penyakit dan Serangga berdaftar untuk membekalkannya dengan harga yang lebih rendah kepada ahli.
  3. Membantu ahli di dalam memberikan informasi pertanian seperti teknologi pertanian, harga pasaran semasa dan lain-lain lagi.
  4. Jaringan pemasaran secara berkelompok bagi menjamin ahli akan mendapat harga pasaran yang tertinggi.
  5. Khidmat nasihat dan sokongan daripada ahli-ahli TEFRA yang lain.

Syarat-syarat Keahlian :
  1. Umur : 18 tahun dan ke atas
  2. Jantina : Lelaki atau perempuan
  3. Kaum/bangsa/Agama : Terbuka kepada pelanggan Romatech Agro
  4. Ahli Eklusif Pertanian (AET)
  5. Ahli Eklusif Perniagaan (AEN)
  6. Bayaran Masuk : RM20.00
  7. Yuran : Tiada
Romatech Agro adalah berhak, pada bila-bila masa, bergantung kepada budi bicara untuk meluluskan atau tidak meluluskan permohonan keahlian seseorang individu tersebut.

Ahli Eklusif Pertanian (AET) :
  1. Memiliki kebun (atau ladang) pertanian samada milik sendiri, perkongsian, sewaan, pajakan, atau mendapat kebenaran daripada pemilik tanah yang asal samada telah atau sedang atau akan diusahakan dengan tanaman sayur-sayuran seperti cili, terung, timun, melon, kailan, taugeh, jagung dan sebagainya, dan
  2. Tanaman sayur-sayuran yang diusahakan hendaklah secara fertigasi atau sekurang-kurangnya 25% (dua puluh lima peratus) daripada jumlah keseluruhan tanaman samada dari kebun yang sama atau berlainan lokasi kebun.
  3. Memiliki jumlah tanaman 500 pokok dan ke atas, dan
  4. Telah melakukan transaksi pembelian terkumpul di Romatech Agro tidak kurang RM500.00
Ahli Aklusif Perniagaan (AEN) :
Terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam industri pertanian seperti pembekal, penjual, pengedar, pemborong, tenaga pengajar, konsultan pertanian dan lain-lain lagi.


Aktiviti TEFRA :

TEFRA merancang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat memberikan kebaikan kepada ahli-ahli. Diantara aktiviti-aktiviti tersebut adalah :-
  1. Perladangan Kontrak (Contract Farming)
  2. Projek Kebun Angkat
  3. Khidmat nasihat dan bimbingan pertanian – Konsultansi.
  4. Kursus dan latihan pertanian – Cadangan mengadakan kursus fertigasi kepada ahli TEFRA dengan menjemput penceramah yang berkelayakan di dalam sektor pertanian.
  5. Mengujud dan/atau Melantik Agen Pengumpulan Hasil Pertanian bagi membantu ahli mendapatkan harga ladang yang tertinggi.
  6. Mengadakan perjumpaan secara mingguan atau bulanan dan sessi perbincangan diantara ahli yang berkaitan dengan pertanian.
  7. Mengadakan satu laman weblog KHAS untuk ahli TEFRA sahaja.

TEFRA akan dilancarkan secara rasminya pada 19hb. Disember 2009 ini iaitu hari yang sama dengan Promosi Jualan Ulangtahun Romatech Agro di Pusat Jualan Puchong. Maklumat lanjut berkenaan dengan syarat-syarat keahlian di dalam TEFRA, sila hubungi kami atau telefon 019-226 2125 (Prof)

Perjumpaan TEFRA








Comments
0 Comments

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.