
Kebun Permai, Alor Gajah Melaka, Sabtu 20 Disember 2008 - Hari ke-14, Saya dengan dibantu oleh isteri, mak, dan adik-adik menyediakan kayu sokongan kepada anak pokok cili. Sebelum ini kami menggunakan lidi sebagai penyokong anak pokok cili yang telah dipindahkan pada 7hb Disember 2008 yang lalu.
Walaupun hujan telah berkurangan, namun masaalah angin yang kuat bertiup pada sebelah petang menyebabkan batang lidi tidak lagi mampu menampungnya. Kami kemudiannya menyediakan kayu pancang dari racikan batang buluh sepanjang lebih kurang 8~9 inci panjang yang kemudiannya dipancangkan secara melintang bagi mengekalkan kelurusan batang anak pokok cili tersebut.
Seronok buat kerja secara gotong royong ni...







