
5hb. Disember 2014. Racun Kawalan Serangga Organik BioGuard kini berwajah baru dengan label mesra pengguna dan lebih menarik dan kualiti dipertingkatkan serta masih mengekalkan harga seperti sebelum ini.
Kandungan Ekstrak Tumbuhan
BioGuard merupakan ekstrak tumbuhan yang difermentasi dengan bakteria berfaedah. Ia diadun dengan tidak kurang daripada 8 jenis ekstrak tumbuhan yang berfaedah di dalam kawalan serangga perosak. Bio Guard tidak beracun kerana ia diperbuat daripada bahan semulajadi seperti tumbuhan ubatan dan rempah termasuk ekstrak neem (semambu).
Produk ini dihasilkan khusus untuk mencegah serangan serangga dan penyakit tanaman. Ia mampu menggantikan racun kimia yang boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan dan alam sekitar.
Ia juga mampu meningkatkan kesihatan tanaman kerana kandungan mikroorganisma yang terdapat di dalamnya memberikan manfaat dan faedah kepada tanaman.
Dengan formulasi Pekatan Teremulasi-Emulsion Concentrate (EC), ianya mudah dilarutkan ke dalam air.
Bagaimana Bio Guard berfungsi
- Menyekat pembentukan telur, larva dan pupa
- Pemberhentian penukaran larva atau nymph
- Menghalau larva dan serangga
- Mengawal dan membantutkan penghasilan larva
- Mengawal pembentukan serangga dewasa
- Mengganggu selera makan serangga perosak
Ortoptera - belalang, kriket, katydids dsb
Tabiat makan dihentikan. Pengurangan saiz koloni dlm locust.
Homoptera - kutu daun, cicadas, scale insects, leafhoppers
Penggunaan BioGuard memberi kesan dalam regulasi tumbesaran dan tabiat pemakanan
Thysanoptera- kutu trip
Dapat kawal larva kutu trip dalam tanah.
Coleoptera-beetles, weevils
Tumbesaran direncat dan bahgn kulit yg tersentuh dengan serbuk neem atau sol. akan musnah.
Lepidoptera-moths,skippers, millers dan kupu-kupu
Tindakan sbg anti pemakanan dan rencat tumbesaran bagi larva lepidopterus
Diptera-
Serangga seperti lalat buah, face flies, bot flies, lalat rumah dan horn flies mempunyai kesan terhadap BioGuard
Hymenoptera (Bees, Wasps, Sawflies,semut dsb)
Larva dari serangga sawflies kesan dengan penghalang makan dan penghalang tumbesaran.
Heteroptera (Bugs)
Kumbang seperti kumbang perosak padi dan sayuran
Leafminers
BioGuard sangat efektif terhadap leaf miners. Apa yg berlaku hormon moulting (tukaran) diganggu menyebabkan juvenil terperangkap dlm kepompong atau kulitnya.
Lalat Buah
Kawalan 100% dan bersesuaian terhadap organisma pengawal lalat buah lain.
Kulat
Bersifat anti-kulat. Ia berupaya untuk mengawal kulat daun dan beberapa penyakit yang disebabkan oleh kulat. Ia juga boleh mengelakkan penyebaran powdery mildew jika semburan awal dilakukan.
Penggunaan dan Cara Membancuh
Disyorkan cairan BioGuard disembur basah keatas tanaman yang diserang oleh perosak secara berjadual, sekurang-kurangnya tiap-tiap 7 - 10 hari. Amalan ini selamat kerana tidak fitotoksik dan kekebalan serangga perosak tidak akan berlaku kerana kematian disebabkan kelemasan.
Semburan mesti kena tepat kepada sasaran untuk mendapatkan keberkesanan yang maksimum.
Oleh kerana BioGuard adalah pekat, maka disarankan ianya terlebih dahulu di cairkan di dalam bekas bertutup yang mengandungi lebih kurang 1 liter air. Goncang hingga BioGuard sebati dengan air. Kemudian curahkan pra-campuran ini ke dalam tangki penyembur yang mengandungi air selebihnya. Kacau seperti biasa sebelum menyembur.
Cara-cara dan Kaedah Penggunaan :-
Kadar bancuhan : 1/500 - 1/1000
1ml BioGuard : 1 Liter air
250ml BioGuard : 250 Liter air
Kekerapan semburan : 2-3 kali seminggu. Jika serangan yang lebih teruk 3-4 kali seminggu
KESESUAIAN
Serangan serangga seperti :
- Aphid
- Lalat buah
- Hama
- Lalat putih
- Teritip/Lelompat Daun
- Koya
- Pelombong Daun
- Kumbang/Kepinding Hijau (Stink Bugs)
- Semut
- Ulat Beluncas
Penyakit :
- Kulapuk berdebu (Powdery Mildew)
- Jelaga hitam
- Mozek Daun
- Dan sebagainya
BioGuard memberi kawalan yang baik keatas kebanyakan perosak bagi tanaman-tanaman seperti :-
- Cili, Melon, Tomato, Terong, Timun
- Bendi, Kekacang
- Orkid, Kekwa
- Dan lain-lain
Kawalan atau pemusnahan serangga perosak, vektor kepada penyakit Virus dan Bakteria amat penting jika hendak mendapat hasil yang maksimum. BioGuard boleh menyumbang kepada matlamat ini.
Kelebihan BioGuard
- Formulasi mesra alam maksimumkan keselamatan kepada manusia dan tanaman
- Tambahan ekstrak Neem untuk kesan yang lebih baik
- Larutan yang pekat menjimatkan 250ml = 250 Liter larutan semburan
- Memberi kesan yang minimum terhadap organisma berfaedah termasuk kulat, haiwan pemangsa dan serangga pendebunga
- Bersifat penindasan dan kemusnahan fisikal dan bukan dari kesan ketoksikan kimia
- KEKEBALAN SERANGGA TIDAK AKAN BERLAKU kerana sifat penindasannya secara fisikal iaitu penindasan secara MELEMASKAN
- Tiada TPT: TEMPOH PRA TUAI SIFAR HARI
Maklumat lanjut berkaitan BioGuard
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh disini atau hubungi kami.