Nama Penyakit : Hawar Pucuk (Leaf Blight)
Patogen (Agen Pembawa) : Choanephora Cucurbitarum
Punca : Kulat Amaranthus (terdiri dari 15 spesis)
Nama Lain : Patah batang (Indonesia), Wet Rot, Shoot Blight
Penerangan :
Kulat dalam kategori ini tidak hidup dalam air dan pada amnya tidak menyukai tempat yang basah. Sebahagian besar daripadanya hidup sebagai saprofit di dalam tanah atau bahan organik yang sedang mengalami pereputan.
Kulat alam subdivisi ini mempunyai dua ciri utama iaitu tidak mempunyai zoospora dan hasil percantuman gametangiumnya ialah zigospora. Ia mempunyai dua kelas iaitu :-
- Zygomycetes. Zygomycetes mempunyai dua order iaitu Entomophthorales dan mucorales . Sebahagian besar kulat dalam order Entomophthorales merupakan parasit serangga. Contohnya ialah Entomophthora muscae yang menjadi patogen serangga terutama kepada lalat rumah ( Musca domestica). Badan lalat yang sudah mati akan diselubungi oleh kapas iaitu konidiofor dan miselium kulat.
- Trichomycetes. Pengetahuan tentang kulat ini sebenarnya tidak banyak. Kedudukan taksonomi tidak jelas kerana sistem pembiakan seksnya tidak diketahui secara mendalam. Ia dimasukkan dalam subdivisi zygonycotina kerana struktur yang menyerupai zigospora di jumpai. Kebanyakkan kulat kela ini hidup secara komensal (kulat ini hidup dengan mendapat keuntungan dari organisma lain dan organisma itu tidak mengalami kerugian ).
Agen/Cara Penyebaran :
Kulat jenis ini banyak tersebar melalui bawaan angin.
Bahagian Serangan :
Pucuk, daun dan buah
Cara Serangan dan Kesan :
Kulat jenis ini biasanya akan menyerang bahagian pucuk. Bahagian daun yang mengalami serangan akan mengecil. Pucuk akan menjadi layu dan berwarna hitam. Manakala penghujung ranting pula akan mati bermula di bahagian pucuk (dieback). Ia kelihatan seperti ri-ri halus berwarna kelabu air. Terdapat juga spora-spora berwarna hitam dan jika dibiarkan akan merebak ke bahagian putik bunga dan ranting-ranting pokok.
Kaedah Kawalan dan Rawatan :
Perlu diakui bahawa penyakit Hawar Pucuk ini pada kebiasaannya tiada sebarang racun kulat yang yang mampu untuk membendung atau merawatnya seperti penyakit-penyakit yang lain. Walaubagaimanapun, penggunaan racun kulat yang lain akan dapat mengurangkan kesan daripada kemusnahan akibat dari penyakit Hawar Pucuk ini. (Dr Pamela D. Robers).
Jika serangan penyakit ini berada pada tahap yang kritikal, adalah disarankan agar pokok tersebut dimusnahkan (sebaiknya dibakar) dengan segera bagi mengelakkan jangkitan kepada pokok yang lain.
Kaedah Kawalan dan Rawatan Secara Kimia :
Pengaktif Tanaman
Nama dagangan : Bion 50 WG
Formulasi : Butir Terserak Air
No. LRMP : 4943 Kelas V
Nama pendaftar : Novartis Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd.
Deskripsi : Sejenis pengaktif tanaman. Bertindak dengan merangsang ketahanan semulajadi tanaman dikenali sebagai Systemic Activated Resistance dan memperbaiki ketahanan terhadap tanaman cili. Disyorkan pengaktif tanaman ini dicampur dengan racun kulat Mancozeb dan disembur sebelum serangan penyakit berlaku.
Racun Kulat
Nama dagangan : Rovral
Formulasi : Serbuk Bancuh (WP)
No. LRMP : 4898 Kelas IV
Nama pendaftar : Rhone Poulenc Malaysia Sdn. Bhd.
Deskripsi : Racun kontrak yang mempunyai tindakan protective dan curative. Racun kulat ini dapat mengawal penyakit-penyakit seperti hawar, bintik daun pada tanaman kubis cina, timun, tomato, kulapuk kelabu bagi cili, tomato, terung, kekwa, ros, binting perang, hawar seludang pada tanaman padi dan rumput turf.
Tempoh Dilarang Mengutip Hasil :
Tanaman timun dan tomato : 3 hari
Tanaman kubis cina, terung dan cili : 7 hari
Kaedah Kawalan dan Rawatan Secara Organik :
1. Hancurkan (kisar) 50 gm bawang dengan 1 liter air.
2. Kemudian tapis hasil yang telah dikisar
3. Semburkan pada pokok.
NOTA : Namun begitu keberkesanannya adalah bergantung kepada tahap kerosakan yang disebabkan oleh serangan penyakit ini.
Kaedah Kawalan dan Rawatan Secara Cultural :
- Menjarakkan tanaman (plant spacing)
- Memastikan sistem aliran peparit (drain) adalah teratur bagi memudahkan aliran air semasa hujan.
- Mengelakkan sistem pengairan secara pancuran yang tidak teratur.
Rujukan :
1. Dr. Pamela D.Roberts - Integreted Pest Management, University of Florida
2. Jabatan Pertanian Malaysia