Produk ini dihasilkan bukan sahaja sebagai baja organik malahan dengan keujudan kumpulan bakteria baik di dalamnya akan dapat menghindarkan bakteria dan patogen yang tidak baik daripada merosakkan tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan termasuk kelapa sawit, getah dan tanaman padi.
Sekaligus ianya dapat memberikan keupayaan dan ketahanan kepada tanaman daripada serangan penyakit seperti kerinting pada tanaman cili, kulat dan sebagainya.
Penggunaan Baja EcoKompos ini juga akan dapat memanjangkan tempoh dan jangka hayat tanaman.
Disamping itu juga, ia mampu meningkatkan kesihatan tanaman dan merangsangkan pertumbuhan tunas, bunga dan buah kerana kandungan mikroorganisma yang terdapat di dalamnya memberikan manfaat dan faedah kepada tanaman.
EcoKompos adalah selamat & mesra alam
EcoKompos adalah produk 100% organik. Oleh yang demikian ia adalah selamat digunakan dan mesra alam.
Faedah Baja EcoKompos
- Merangsang pertumbuhan tunas, bunga dan buah.
- Memperkukuh akar, batang, daun dan buah.
- Memperkaya unsur media tanaman, baik makro atau mikro.
- Meningkatkan kesuburan media tanaman.
- Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit.
- Memulihkan tanah secara semulajadi dan mesra alam.
Panduan Penggunaan Baja Organik EcoKompos
- EcoKompos boleh dicampur dengan lain-lain bahan seperti tanah semaian (topsoil) dan baja organik yang lain.
- EcoKompos boleh dicampurkan dengan tanah/campuran tanah/substrak fertigasi untuk kegunaan tanah semaian.
- EcoKompos ditaburkan ke pangkal pokok atau di atas akar tanaman dan ditutup dengan sedikit tanah kemudian disiram dengan air.
- EcoKompos boleh dibancuh ke dalam air (hidroponik), disiram ke pangkal tanaman atau disiram rata-rata ke atas permukaan tanah/rumput.
- EcoKompos boleh dibancuh ke dalam air (fertigasi), disembur kepada keseluruhan pokok dan di dalam polibag.
- EcoKompos boleh dibuat uncang kain dan diletakkan di atas media (arang atau sabut) untuk pokok orkid.
Sukatan Penggunaan Baja EcoKompos
Tanaman sayur-sayuran (Cili, Terung, Timun, Kacang Panjang, Bendi dan lain-lain)
1-2 minggu) : 5ml/1L air atau 1L/200L air
2 minggu ke atas) : 10ml/1L air.
Kekerapan : Ulang setiap 10 hari.
Pokok Buah-buahan : 20ml/1L air atau 1L/50L air
Tanaman padi : 3L/ekar
Pembajaan dilakukan pada hari ke 20, hari ke 40 dan hari ke 65.
Kandungan Unsur Baja EcoKompos
Senarai Harga sila rujuk disini
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.