Perancangan Projek, Sebut Harga dan Khidmat Nasihat Pertanian & Fertigasi
Perancangan Projek merupakan antara faktor yang amat penting bagi setiap pengusaha kebun tanaman sayur-sayuran bagi memastikan kebun pertanian yang mereka usahakan mendapat pulangan yang lebih baik sepertimana yang diharapkan.
Tidak seperti tanaman di atas tanah, elemen yang terpenting di dalam Sistem Fertigasi adalah Kos (perbelanjaan) selain daripada pengetahuan tentang Nutrien, Kawalan Serangga dan Pengurusan Kebun.
Bagi pengusaha yang baru atau mereka-mereka yang ingin memulakan Projek Pertanian secara Fertigasi, pihak kami ada menyediakan khidmat nasihat untuk memulakan projek yang merangkumi :-
- Perancangan Projek Fertigasi
- Kaedah Pemasangan Paip dan Sistem Fertigasi
- Kaedah Pemberian Nutrien (Jadual Siraman/Supplement)
- Kaedah Kawalan Penyakit dan Serangga
- Pengurusan Kebun Tanaman
- Pemasaran Hasil Pertanian
- Hala Tuju Pertanian dan Sistem Fertigasi
- Sistem Terbuka (Tanpa Rumah Pelindung Hujan)
- Sistem Tertutup (Dengan Rumah Pelindung Hujan - RPH)
Untuk mendapatkan Sebut Harga dan Lakaran Kebun ini, pelanggan perlu memaklumkan kepada kami samada melalui sms/email dengan memberikan butiran berikut:-
- Nama Penuh Pengusaha/Syarikat
- Alamat Penuh Kebun/Tempat Tinggal
- No. Telefon
- Alamat email
- Jumlah tanaman/keluasan (Panjang x Lebar) kawasan yang ingin diusahakan.
Sila hubungi kami atau datang sendiri ke Pusat Jualan Puchong untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan.