Seaweed atau Rumpai Laut atau dalam bahasa tempatan dikenali sebagai Agar-Agar adalah sejenis tumbuhan yang hidup di dalam air masin dalam laut di kawasan yang mempunyai kesesuaian persekitaran semulajadi.
Terdapat beratus-ratus spesis rumpailaut dalam laut yang terdapat samada di kawasan bersuhu sejuk atau panas, kawasan air cetek atau laut-dalam dengan berbagai warna dan bentuk seperti bulat, pipih, tabung atau seperti ranting dahan bercabang-cabang. Ia amat berguna untuk dijadikan sebagai makanan, perubatan dan kosmetik, pertanian (fertilizer), industri dan sebagainya.
Rumpai Laut mempunyai kandungan nutrisi cukup lengkap. Secara kimia rumput laut terdiri dari air (27.8%), protein (5.4%), karbohidrat (33.3%), lemak (8.6%), serat kasar (3%) dan abu (22,25%).
Selain dari itu ia juga mengandungi enzim, asid nukleat, asid amino, vitamin (A,B,C,D, E dan K) dan makro mineral seperti nitrogen, oksigen, kalsium dan selenium serta mikro mineral seperti zat besi, magnesium dan natrium. Kajian menunjukkan kandungan asid amino (amino acids), vitamin dan mineral rumput laut mencapai 10 -20 kali ganda jika dibandingkan dengan tanaman di darat.
Seaweed Sea Magic 515 dirumus daripada rumpai laut (Seaweed) air sejuk dari kawasan Artik Utara. Ia merupakan sumber baja yang amat selamat digunakan untuk tujuan pertanian dan hortikultur. Ia berasal dari kawasan bebas pencemaran di Norway. Ia mengandungi Pengalak Tumbesaran Pokok - Plant Grow Regulator (PGR) semulajadi, Asid Amino (Amino Acids) dan unsur-unsur mikro - Trace Elements (TE). Ia juga memenuhi keperluan tumbuhan dalam prose tumbesaran tanaman.
Kandungan Utama Sea Magic 515
- Rumpai Laut (Ascophyllum Nodosum, Sargassum, Laminaria) - 200g/liter
- Asid Amino (Amino Acids) - 150g/liter.
- EDTA Besi (EDTA Iron) - 55g/liter
Ciri-ciri Utama Sea Magic 515
- Produk keluaran Bioteknologi
- Membekal nutrien NPK yang simbang.
- Diperkaya dengan Asid Amino (amino Acids).
- Kaya dengan Pengalak Tumbesaran Tanaman (PGR) seperti Sitokinin, Auksin dan Diberelin.
- Ia juga mengandungi unsur-unsur mikro (TE) seperti Magnesium (MgO), Kalsium (CaO), Boron (B), Besi (Fe), Kuprum (Cu) dan Manganan (Mn).
Kebaikan Sea Magic 515
- Meningkatkan hasil dan kualiti tanaman
- Mengalakkan proses Fotosintesis lebih baik.
- Merangsangkan Pencambahan Biji benih.
- Membantu mempekuatkan akar tanaman.
- Meningkatkan daya tahan penyakit.
Cara dan Kadar Penggunaan
Sila rujuk Senarai Harga disini