Seaweed atau Rumpai Laut atau dalam bahasa tempatan dikenali sebagai Agar-Agar adalah sejenis tumbuhan yang hidup di dalam air masin dalam laut di kawasan yang mempunyai kesesuaian persekitaran semulajadi.
Terdapat beratus-ratus spesis rumpailaut dalam laut yang terdapat samada di kawasan bersuhu sejuk atau panas, kawasan air cetek atau laut-dalam dengan berbagai warna dan bentuk seperti bulat, pipih, tabung atau seperti ranting dahan bercabang-cabang. Ia amat berguna untuk dijadikan sebagai makanan, perubatan dan kosmetik, pertanian (fertilizer), industri dan sebagainya.
Rumpai Laut mempunyai kandungan nutrisi cukup lengkap. Secara kimia rumput laut terdiri dari air (27.8%), protein (5.4%), karbohidrat (33.3%), lemak (8.6%), serat kasar (3%) dan abu (22,25%).
Selain dari itu ia juga mengandungi enzim, asid nukleat, asid amino, vitamin (A,B,C,D, E dan K) dan makro mineral seperti nitrogen, oksigen, kalsium dan selenium serta mikro mineral seperti zat besi, magnesium dan natrium. Kajian menunjukkan kandungan asid amino (amino acids), vitamin dan mineral rumput laut mencapai 10 -20 kali ganda jika dibandingkan dengan tanaman di darat.
Baja BGREEN Seaweed adalah campuran organik ekstrak rumpai laut terpilih dalam membekalkan nutrien seimbang kepada tanaman untuk tujuan pertumbuhan, pembungaan dan pengeluaran buah yang sihat. Ia kaya dengan mineral organik, hormon pertumbuhan semulajadi, vitamin, asid amino dan nutrien tambahan yang amat diperlukan oleh tanaman. Ia amat sesuai untuk semua jenis tanaman berdaun, bunga dan buah-buahan.
Ciri-ciri Utama Seaweed B'Green
- Produk keluaran Bioteknologi
- Membekal nutrien NPK yang simbang.
- Diperkaya dengan Asid Amino (amino Acids).
- Kaya dengan Pengalak Tumbesaran Tanaman (PGR) seperti Sitokinin, Auksin dan Diberelin.
- Ia juga mengandungi unsur-unsur mikro (TE) seperti Magnesium (MgO), Kalsium (CaO), Boron (B), Besi (Fe), Kuprum (Cu) dan Manganan (Mn).
Kebaikan Seaweed B'Green
- Meningkatkan hasil dan kualiti tanaman
- Mengalakkan proses Fotosintesis lebih baik.
- Merangsangkan Pencambahan Biji benih.
- Membantu mempekuatkan akar tanaman.
- Meningkatkan daya tahan penyakit.
Cara dan Kadar Penggunaan
Kadar Bancuhan : 3/1000
3ml = 1.0 Liter air atau
1 Penutup = 4.5 Liter air
Kekerapan Semburan : 1-2 minggu sekali
Sila rujuk Senarai Harga disini