TDS - Total Dissolved Solid (Jumlah Pepejal Terlarut) - ppm
Fungsi TDS digunakan untuk mengukur jumlah pepejal terlarut dalam air. Apabila meter TDS menunjukkan bacaan sifar, ini bermakna air tersebut mengandungi hampir tiada bahan-bahan cemar terlarut.
Oleh yang demikian alat TDS meter ini adalah sangat bermanafaat bukan sahaja kepada kegunaan pertanian, malahan ianya digunakan untuk meyukat TDS di dalam air minuman kita, bagi memastikan air yang diminum menepati keperluan tubuh badan manusia iaitu antara 10-100ppm seperti yang disyorkan disini. Unit bacaan adalah ppm
EC Meter (Electrical Conductivity Meter) - EC
Fungsi EC Meter adalah untuk menyukat Electrical Conductivity (EC) bahan cecair seperti EC Air Baja Fertigasi AB yang digunakan bagi memastikan tanaman memperolehi nutrien yang mencukupi sepertimana yang diperlukan samada pada peringkat awal pertumbuhan mahupun pada peringkat pengeluaran hasil. Ianya sangat biasa digunakan di dalam penanaman seperti Fertigasi dan Hidroponik. Unit bacaan adalah uS/cm
Baca info lanjut tentang EC disini
Temperature - Suhu - Celcius
Untuk menyukat bacaan suhu larutan cecair di dalam unit Celcius dan Farenheit.
Spesifikasi peralatan penyukat
Spesifikasi peralatan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah ini :-
Cara Penggunaan Peralatan Penyukat
Cara Penggunaannya adalah seperti berikut :-
- Buka Penutup, tekan butang ON (elakkan menekan menggunakan kuku)
- Masukkan alat ke dalam cecair untuk diuji, jangan melebihi paras maksima yang ditetapkan
- Kacau secara lembut dan tunggu bacaan (reading) pada skrin LCD stabil, tekan butang HOLD, keluarkan alat penyukat dari cecair dan lihat bacaan
- Selepas penggunaan alat, sila padam. Sebaiknya pada bahagian yang digunakan dibersihkan dengan air suling atau sekurang-kurangnya dengan air bersih, kemudian lap untuk tujuan pengeringan
- Pasangkan semula Penutup
Penjagaan peralatan penyukat
Bagi memastikan ketepatan bacaan dan memanjangkan tempoh hayat peralatan penyukat ini, pengguna adalah disarankan mengambil perhatian terhadap perkara berikut :-
- Alat adalah peralatan profesional, sila gunakan mengikut arahan yang ditetapkan untuk mengelakkan kerosakan pada alat
- Elakkan daripada pancaran haba dan sinaran matahari secara langsung dan berterusan
- Sila gunakan yang betul apabila perlu recalibrate untuk mengelakkan bacaan dan ukuran yang salah
- Jangan memasukkan sepenuhnya alat penyukat ini ke dalam air untuk mengelakkan berlakunya litar-pintas (Short circuit) pada Papan Litar (Circuit Board)
Jaminan (Warranty)
Tempoh jaminan peralatan penyukat ini adalah 3 bulan dari tarikh pembelian seperti yang didaftarkan di dalam "Cash Bill". Namun begitu, jaminan adalah TIDAK merangkumi perkara berikut :-
- Kerosakan peralatan disebabkan oleh penyalahgunaan seperti battery leakage, dimasuki air ke bahagian papan litar (Circuit Board) dan lain-lain.
- Kerosakan secara fizikal seperti terjatuh, terhimpit dan lain-lain
Maklumat Harga dan Kaedah Pembelian
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.