Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Lawatan Ke Tapak : Januari 2010


Permulaan Januari 2010, saya memenuhi undangan untuk Lawatan Ke Tapak (Site Visit) ke beberapa kebun-kebun pengusaha cili di sekitar Lembah Klang yang juga merupakan pelanggan-pelanggan tetap Romatech Agro dan juga ahli Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA).

Antara kebun yang saya lawati pada Ahad, 17hb Januari 2010 yang lalu ialah di Kampung Sri Aman, Puchong, Selangor Darul Ehsan. Kebun pertama yang saya lawati ialah kebun milik En. Muhammad Imran Bin Abdul Malek yang juga merupakan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Beliau mengusahakan tanaman cili secara fertigasi dengan kapasiti tanaman berjumlah 6,000 pokok. Antara varieti yang beliau usahakan ialah Cili Kulau F1 568 dan F1 223 dan dibuat secara berperingkat-peringkat berjumlah 4 plot kesemuanya.

Menggunakan 2 tangki simpanan 600 gelen dengan pam air berkuasa 1.5HP dan Polipaip Utama 32mm mampu membekalkan jumlah air baja yang diperlukan di dalam kebun beliau memandangkan keadaan permukaan tanah yang rata.

Info Kebun
Pengusaha : En Imran
Kebun : Kg Sri Aman, Puchong
Tanaman : F1 568, F1 223
Jumlah : 6,000 pokok

Namun begitu hampir 50% tanaman beliau menghadapi masalah seperti serangan Kutu Thrip dan Layu Bakteria. Kesannya, menurut beliau, pengeluaran hasil turut terjejas. Saya turut memberikan beberapa pandangan untuk membantu beliau mengatasi masalah tersebut seperti menyusun atur penyelenggaraan kebun dan menjadualkan semula program kawalan serangga dan kulat selain kadar pemberian nutrien dan supplement kepada tanaman.

Mudah-mudahan beliau akan terus kuat untuk mengatasi masalah tersebut.

Kebun Imran, Kg Sri Aman, Puchong





Kemudian saya memenuhi undangan kedua iaitu melawat kebun En Ridzuan yang terletak berhampiran dengan Taman Mas, Sepang-Puchong. Kapasiti tanaman beliau yang hampir mengeluarkan hasil berjumlah 750 pokok cili Kulai F1 568.

Beliau mengusahakan tanaman cili ini di dalam kawasan Ladang Kelapa Sawit dan saya dapati lebih daripada 99% tanaman cili beliau hidup sihat tanpa serangan penyakit. InsyaAllah beliau akan mula menuai hasilnya dalam tempoh 1 minggu yang akan datang.

Info Kebun
Pengusaha : En Ridzuan
Kebun : Taman Mas
Tanaman : Kulai F1 568
Jumlah : 750 pokok

Namun begitu, tanda-tanda kehadiran lalat buah telah mula kelihatan di kawasan kebun beliau bilamana beberapa ekor lalat buah telah berjaya diperangkap dengan menggunakan perangkap lalat buah dan Metil Eugenol. Namun begitu saya menasihatkannya agar memasang perangkap lalat buah tersebut jauh sedikit daripada kawasan kebun bagi mengelakkan lalat buah daripada menghampiri buah-buah cili yang sedang membesar.

Antara faktor yang menjadikan tanaman beliau dapat hidup sihat adalah disebabkan persekitaran yang baru, sejuk dan yang pasti penjagaan nutrien dan kawalan serangga yang baik.

Tahniah diucapkan kepada En Ridzuan. Mudah-mudahan beliau akan terus maju lagi dengan hasratnya untuk meningkatkan lagi jumlah tanaman.

Kebun Ridzuan, Taman Mas, Sepang-Puchong










Hero-Gibb : Hormon Penggalak Tumbuhan


Hero-Gibb 5% adalah merupakan penggalak tumbuhan yang lebih dikenali sebagai Hormon kepada tumbuhan. Ianya mengandungi Gibberelic Acid (GA3) dan merupakan sebatian yang lazimnya digunakan di dalam proses biologikal.

Info Hero-Gibb 5%
1. Gibberellic Acid 5%
2. Penggalak Tumbuhan
3. Hormon


Kandungan Bahan Aktif
Gibberellic Acid --- 5% w/w
Bahan lengai --- 95% w/w

Kesan Penggunaan Hero-Gibb 5%
1. Merangsangkan dan mempercepatkan pertumbuhan pucuk-pucuk baru.
2. Mempercepatkan proses pembungaan.
3. Mempertahankan masalah keguguran pada bunga dan buah.
4. Memperelokkan saiz fizikal dan mutu buah.
5. Meningkatkan dan memperbesarkan saiz buah.
6. Mempercepatkan proses pemecahan "dormancy" tumbuhan.
7. mempercepatkan proses percambahan benih.

Aturan Penggunaan

Sukatan adalah bagi setiap 18 Liter air

1. Sayur berbuah :-
  • Cili, terung, kacang panjang dan lain-lain.
  • Semburan pertama : 7 hari selepas pembentukan buah.
  • Semburan Kedua dan seterusnya: Ulang setiap 2 minggu.
  • Sukatan : 1-3 cc
2. Tembikai dan Timun :-
  • 1 ~ 2.5 cc : Apabila keluar 2 pucuk daun.
  • 2 ~ 3 cc : Apabila buah sebesar bola golf.
3. Pokok buah-buahan :-
  • Mangga, Belimbing, Longan, Betik, Jambu Batu dan lain-lain.
  • Semburan pertama : peringkat awal pembentukan bunga.
  • Semburan Kedua dan seterusnya: Ulang setiap 2 minggu.
  • Sukatan : 1-3 cc
4. Durian dan Koko :-
  • Semburan pertama : peringkat awal pembentukan bunga.
  • Semburan Kedua : Pembentukan Buah
  • Sukatan : 1-3 cc
5. Padi dan Jagung :-
  • Semburan pertama : peringkat awal pembentukan bunga.
  • Semburan Kedua : Pembentukan Buah
  • Sukatan : 1-3 cc

Dapatkan segera apa yang tanaman anda perlukan untuk meningkatkan lagi pengeluaran hasil tanaman.
Senarai Harga



Penurunan Harga : Penyukat dan Baja AB



Romatech Agro ingin mengumumkan penurunan bagi Peralatan Penyukat dan Baja Fertigasi AB mulai 7hb Januari 2010. Senarai harga baru adalah seperti berikut :-

EC Meter Hanna RM225.00 (dulu RM250.00)
EC Meter 3in1 RM145.00 (Dulu RM155.00)
pH Meter Hanna RM165.00 (Dulu RM180.00)

Maklumat lanjut disini


Baja Fertigasi AB 50L RM70.00 (Dulu RM75.00)
Baja Fertigasi AB 100L RM130.00 (Dulu RM140.00)

Maklumat lanjut disini



Usahawan fertigasi boleh mendapatkan keperluan tersebut di Pusat Jualan Puchong atau dengan menghubungi kami untuk maklumat lanjut. InsyaAllah, kami komited untuk menurunkan beberapa lagi peralatan fertigasi yang terpilih.




Smartgrow : Nutrien Tambahan Dengan Minyak Ikan


Smartgrow beremulsikan (minyak/lemak) ikan adalah merupakan cecair organik yang dirumus khas daripada ikan. Ia dapat membekalkan nutrien yang seimbang kepada kebanyakan tumbuh-tumbuhan terutamanya sayuran yang berbuah seperti cili, timun, terung, bendi, jambu, tomato, melon dan sebagainya.

Info Smartgrow
1. Emulsi Ikan
2. Penggalak Tumbuhan
3. Asid Humic

Smartgrow yang terlarut di dalam air ini mengandungi bahan NPK yang seimbang dengan unsur-unsur surih, Asid Humic (Humoc Acid) dan Penggalak Pertumbuhan (Plant Growth Regulator - PGR).

Smartgrow juga boleh dicampur dengan mana-mana racun serangga kimia asalkan campurannya digunakan terus.

Kesan Penggunaan Smartgrow
1. Daun lebih hijau
2. Buah lebih besar
3. Memperbaiki struktur dan bentuk buah

Aturan Penggunaan
1. Sayur-sayuran Berdaun :-
  • Kailan, sawi, bayam, kangkung dan lain-lain
  • Sukatan : 30~50 ml
  • Jangkamasa ulangan :setiap 10~14 hari
2. Sayur-sayuran Berbuah :-
  • Cili, terung, timun dan lain-lain
  • Sukatan : 30~50 ml
  • Jangkamasa ulangan :setiap 10~14 hari
3. Pokok buah-buahan :-
  • Durian, Jambu, Mangga dan lain-lain.
  • Sukatan : 30~50 ml
  • Jangkamasa ulangan :setiap 2~4 minggu
4. Pokok Hiasan :-
  • Pokok Bunga
  • Sukatan : 30 ml
  • Jangkamasa ulangan :setiap 2~4 minggu
5. Semaian :-
  • Sukatan : 30 ~ 50 ml
  • Jangkamasa ulangan :setiap 2-4 minggu



Pelancaran Team Fertigasi Romatech Agro


Majlis pelancaran Team Fertigasi Romatech Agro yang berlangsung semalam Sabtu 19hb. Disember 2009 berjalan dengan lancar. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI, Dr. Ahmad Zamzam Bin Mohamed.

Majlis pelancaran telah dimulakan dengan sessi penerangan dan idea penubuhan TEFRA, diikuti dengan ucapan oleh Dr Ahmad Zamzam sebagai Penasihat TEFRA dan diakhiri dengan penyampaian Kad Keahlian TEFRA kepada usahawan yang telah mendaftarkan diri di dalam perjumpaan pertama TEFRA pada 5hb. Disember 2009 yang lalu.

Info TEFRA
Penasihat : Dr Ahmad Zamzam Bin Mohamed
Penyelaras : Romatech Agro
Tarikh Penubuhan : 19hb. Disember 2009

Di dalam ucapannya, Dr Ahmad Zamzam telah banyak memberikan dorongan dan semangat kepada ahli-ahli TEFRA agar bersatupadu bagi memastikan kejayaan akan dapat diperolehi di dalam pertanian ini. Disamping itu juga, beliau bersedia untuk membantu ahli-ahli TEFRA terutamanya di dalam input pertanian bagi memastikan agenda penubuhan TEFRA akan dapat direalisasikan untuk kebaikan semua ahli-ahli yang bernaung di bawahnya.

Ucapan ribuan terima kasih kepada Penasihat TEFRA, Dr Ahmad Zamzam yang telah sudi meluangkan masa sehingga jam 4:30 petang untuk melayani pertanyaan daripada ahli-ahli TEFRA tentang pertanian ini.

Disamping itu juga, TEFRA menerima pendaftaran beberapa orang ahli baru pada hari yang sama. Namun begitu, bagi usahawan yang tidak berkesempatan menghadirinya masih boleh mendaftarkan diri pada hari yang lain selagi pendaftaran masih dibuka. Sila hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keahlian dan keistimewaan yang bakal diperolehi.

Blog TEFRA boleh dilayari sini . Namun begitu, ianya masih diperingkat awal pembikinannya dan akan disempurnakan sedikit masa lagi. Apabila telah sempurna nanti, ianya hanya boleh dilayari oleh ahli-ahli yang berdaftar sahaja.

Romatech Agro selaku penyelaras TEFRA beriltizam untuk menjadikan TEFRA sebagai jambatan bagi semua ahli-ahlinya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.


Majlis Pelancaran TEFRA









Jualan Ulang Tahun Pertama







Jualan Ulang Tahun Di Lanjutkan


Atas permintaan ramai, Jualan Ulang Tahun akan dilanjutkan seperti berikut :-

Tarikh : 19hb. Disember 2009 - 20hb. Disember 2009
Hari : Sabtu - Ahad
Masa Jualan : 10:00 pagi ~ 11:00 malam
Potongan Harga : Sehingga 50%


Antara produk yang terlibat di dalam promosi Jualan Ulang Tahun ini seperti Peralatan Siraman, Dripper, Nipper, Baja AB, Ball Valve, OT Valve, EC Meter, Biji Benih, Baja Gunung Berapi, Baja Penggalak Buah, Green Patrol ES, CY-787, Pelekat Racun (4.0L), Pelekat Serangga dan lain-lain lagi.

Banyak tawaran dan promosi yang akan diadakan seperti :-
  • Beli Satu Percuma Satu (Buy 1 Free 1)
  • Beli Dua Percuma Satu (Buy 2 Free 1)

SELAMAT BERBELANJA PADA HARGA TERENDAH........


Jualan Ulang Tahun Romatech Agro


Romatech Agro kini telah berusia 1 tahun sejak melibatkan diri dengan dengan aktif di dalam Pertanian dan Fertigasi ini. Sempena dengan sambutan 1 tahun pada Sabtu 19hb Disember 2009 ini, kami amat berbesar hati untuk mengadakan Jualan Ulang Tahun Pertama Romatech Agro dengan menawarkan potongan harga yang menarik (sehingga stok kehabisan)

Tarikh : 19hb. Disember 2009
Hari : Sabtu
Masa Jualan : 10:00 pagi ~ 5:00 ptg
Potongan Harga : Sehingga 50%


Antara produk yang terlibat di dalam promosi Jualan Ulang Tahun ini seperti Peralatan Siraman, Dripper, Nipper, Baja AB, Ball Valve, OT Valve, EC Meter, Biji Benih, Baja Gunung Berapi, Baja Penggalak Buah, Green Patrol ES, CY-787, Pelekat Racun (4.0L), Pelekat Serangga dan lain-lain lagi.

Banyak tawaran dan promosi yang akan diadakan seperti :-
  • Beli Satu Percuma Satu (Buy 1 Free 1)
  • Beli Dua Percuma Satu (Buy 2 Free 1)

Disamping itu juga, Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) akan dilancarkan pada hari yang sama. Aturcara pelancaran TEFRA adalah seperti berikut :-

10:30 pagi - Ucapan alu-aluan
10:35 pagi - Penerangan tentang TEFRA
10:45 pagi - Ucapan PENASIHAT TEFRA
11:00 pagi - Penyampaian Kad Keahlian TEFRA
11:15 pagi - Tamat

Mudah-mudahan TEFRA akan dapat akan membantu ahli-ahlinya untuk menjadi usahawan pertanian yang berjaya.

Usahawan yang berminat untuk menjadi ahli TEFRA adalah dijemput sama untuk mendaftarkan diri sebagai salah seorang ahli TEFRA disamping mendapat keistimewaan sebagai ahli TEFRA.

Rebutlah peluang untuk mendapatkan peralatan pertanian dan fertigasi dengan harga terendah.

Updated : 17hb. Disember 2009



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.