Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

EcoKompos : Baja Organik Air Cacing


EcoKompos merupakan baja organik berasaskan air cacing yang telah di-fermentasikan untuk menghasilkan bakteria yang berfaedah kepada tanaman.

Produk ini dihasilkan bukan sahaja sebagai baja organik malahan dengan keujudan kumpulan bakteria baik di dalamnya akan dapat menghindarkan bakteria dan patogen yang tidak baik daripada merosakkan tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan termasuk kelapa sawit, getah dan tanaman padi.

Sekaligus ianya dapat memberikan keupayaan dan ketahanan kepada tanaman daripada serangan penyakit seperti kerinting pada tanaman cili, kulat dan sebagainya.

Penggunaan Baja EcoKompos ini juga akan dapat memanjangkan tempoh dan jangka hayat tanaman.

Disamping itu juga, ia mampu meningkatkan kesihatan tanaman dan merangsangkan pertumbuhan tunas, bunga dan buah kerana kandungan mikroorganisma yang terdapat di dalamnya memberikan manfaat dan faedah kepada tanaman.

EcoKompos adalah selamat & mesra alam
EcoKompos adalah produk 100% organik. Oleh yang demikian ia adalah selamat digunakan dan mesra alam.

Faedah Baja EcoKompos
  • Merangsang pertumbuhan tunas, bunga dan buah.
  • Memperkukuh akar, batang, daun dan buah.
  • Memperkaya unsur media tanaman, baik makro atau mikro.
  • Meningkatkan kesuburan media tanaman.
  • Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit.
  • Memulihkan tanah secara semulajadi dan mesra alam.

Panduan Penggunaan Baja Organik EcoKompos
  1. EcoKompos boleh dicampur dengan lain-lain bahan seperti tanah semaian (topsoil) dan baja organik yang lain.
  2. EcoKompos boleh dicampurkan dengan tanah/campuran tanah/substrak fertigasi untuk kegunaan tanah semaian.
  3. EcoKompos ditaburkan ke pangkal pokok atau di atas akar tanaman dan ditutup dengan sedikit tanah kemudian disiram dengan air.
  4. EcoKompos boleh dibancuh ke dalam air (hidroponik), disiram ke pangkal tanaman atau disiram rata-rata ke atas permukaan tanah/rumput.
  5. EcoKompos boleh dibancuh ke dalam air (fertigasi), disembur kepada keseluruhan pokok dan di dalam polibag.
  6. EcoKompos boleh dibuat uncang kain dan diletakkan di atas media (arang atau sabut) untuk pokok orkid.


Sukatan Penggunaan Baja EcoKompos

Tanaman sayur-sayuran (Cili, Terung, Timun, Kacang Panjang, Bendi dan lain-lain)
1-2 minggu) : 5ml/1L air atau 1L/200L air
2 minggu ke atas) : 10ml/1L air.
Kekerapan : Ulang setiap 10 hari.

Pokok Buah-buahan : 20ml/1L air atau 1L/50L air

Tanaman padi : 3L/ekar
Pembajaan dilakukan pada hari ke 20, hari ke 40 dan hari ke 65.


Kandungan Unsur Baja EcoKompos






Senarai Harga sila rujuk disini

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.



Naga Viper : Cili Paling Pedas Didunia


LONDON - Sejenis cili kacukan baru, Naga Viper diiktiraf sebagai cili paling pedas di dunia, mengalahkan pemegang rekod sebelum ini, Bhut Jolokia atau 'cili hantu'.

Tahap kepedasan Naga Viper direkodkan lebih 300,000 mata berbanding Bhut Jolokia pada skala Scoville yang mengukur tahap kepedasan cili dengan mengesan kewujudan sejenis bahan kimia dalam tumbuhan itu.


Penyelidik di Universiti Warwick yang menguji cili itu mendapati, ia mencapai tahap kepedasan sehingga 1,359,000 mata berbanding kebanyakan cili biasa yang mempunyai tahap kepedasan antara 2,500 dan 5,000 pada skala Scoville.

Naga Viper adalah hasil kacukan oleh seorang petani Britain, Gerald Fowler, yang menggabungkan tiga jenis cili paling pedas di dunia, termasuk Bhut Jolokia, untuk menghasilkan cili jenis baru itu.

"Pengalaman memakan cili ini adalah sesuatu yang menyakitkan. Ia sangat pedas sehingga mampu melunturkan cat pada dinding," katanya.

Akhbar Britain turut melaporkan penyelidik pertahanan negara itu sudah mula mengkaji potensi cili tersebut untuk digunakan sebagai senjata.

Cili Terpedas Di Dunia



Sumber : Sinar Harian


Tawaran Istimewa : Global Positioning System GPS


Alat Global Positioning System (GPS) merupakan satu peralatan yang amat berguna sebagai alat pandu arah di dalam perjalanan menuju ke sesuatu destinasi samada samada kita mengetahui laluannya mahupun tidak mengetahui laluannya.

Info GPS : 4303B
OS : Window CE6
Screen : 4.3" TFT
Processor:Sirf Altlas IV 535mHz
Map : Garmin, Papago, Amigo
Harga Promosi : RM350.00

Disamping itu, dengan penggunaan peralatan GPS ini, akan memudahkan kita untuk mengetahui dan membuat pilihan terhadap laluan mana yang harus kita gunakan dan dapat menjimatkan samada dari segi masa mahupun kos bahanapi (minyak petrol).

Berikut adalah beberapa tip-tip penting yang boleh dijadikan panduan sebelum membeli sesebuah peralatan GPS :-
  1. Harga - Sudah tentu harga menjadi penentu kepada pemilihan, anda pasti hendakkan harga yang murah tetapi adakah sesuai dengan kualiti dan spesifikasi yang di tawarkan?
  2. Spesifikasi - Banyak terdapat tawaran pada harga yang rendah tetapi awas spesifikasinya juga rendah. Anda tentu terjumpa harga GPS bersaiz 4.3 inci pada harga bawah dari RM350/unit tetapi pakej tersebut menawarkan processor/cpu dari 368mHz - 468mHz yang pastinya menerima isyarat satelit yang agak perlahan.
  3. Rekabentuk - Pastinya rekabentuk menarik menjadi pilihan, ringkas dan nipis (slim). Menarik untuk dipamer dan mudah disimpan. Saiz yang paling sesuai adala 3.5 dan 4.3 inci yang mudah disimpan dan boleh dimasukkan ke dalam poket anda.
  4. Aplikasi Peta - Ia merupakan keperluan asas bagi sesebuah peralatan GPS. Malah anda mungkin mahukan model yang terbaru dan murah. Papago x5 yang menyediakan pandangan simpang (junction view), IGO8 pula mempunyai pandangan papan tanda arah (direction view) dan keduanya adalah peta 3 dimensi yang juga mempamerkan bangunan "landmark" sesuatu tempat. Ditambah lagi dengan peta aplikasi popular Garmin dan Mapking akan memudahkan lagi carian destinasi anda.
  5. Aksesori - Aksesori asas seperti pemegang, pengecas rumah dan kereta, earphone adalah penting dan perlu tersedia jadi tidak perlu lagi anda mendapatkannya secara berasingan. Anda juga mungkin memerlukan fail MP3 30 Juzu' Quran untuk didengari.
Semua ciri di atas ditawarkan di dalam pakej kami. Anda boleh membuat perbandingan HARGA dan SPESIFIKASI dan lainnya sebelum membuat keputusan.

Spesifikasi :-
  1. 4.3” TFT high clearness display
  2. Window CE 6.0 version Operation System
  3. Display Resolution 480*272
  4. Double track earphone port and insert hi-fi 1W speaker, volume adjustable.
  5. Processor:Sirf altlas IV 535mHz (upgraded version to Sirf Atls V 600mhz)
  6. Inside GPS receiving antenna.
  7. Can running GPS through SD card directly.
  8. FM Transmitter (Modulator) - Dengar lagu/movie melalui speaker radio kereta.
  9. Game - Permainan
  10. Documents support: ASF, AVI, MP4, WMV, MP3, wav, mid, BMP, JPG, PNG, GIF, TXT
  11. Languages: Malay, English, German, French, Spainish, Dutch, Portuguese, Itatian, Russian and up to 20 country languages
Harga : RM350.00/unit

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut dan pesanan

Kamarol-Prof : 019-226 2125, 012-347 8552
email : romatechagro@gmail.com
Cara membuat pesanan klik disini



Kehabisan Stok : Soil pH Tester/Meter


Kami banyak menerima pertanyaan berkenaan dengan bekalan peralatan pengukur/penguji media. sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon maaf kepada semua pelanggan-pelanggan berhubung dengan masalah bekalan peralatan Soil pH Meter/Tester ETP306 dan ETP110 telah terputus bekalan sejak 2 bulan yang lalu disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan.

InsyaAllah bekalan peralatan tersebut dijangka akan kembali berada di pasaran pada penghujung November 2010 ini.



Senarai Harga : Peralatan Semburan-Sprayer

Senarai Harga Peralatan Penyembur Racun Kawalan Serangga dan Perosak

Knapsack Battery Sprayer MASATO

Pam Penyembur Bateri MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00
Ahli TEFRA : RM
Spesifikasi :-
- Berat 5.5kg
- Pemicu/Trigger
- Muncung/Nozzle
Maklumat Lanjut disini





Care Sprayer 6L

Care Spray SR06 TIADA STOK
6.0L : RM85.00
Ahli TEFRA : RM
Spesifikasi :-
- Berat 1.5kg
- Pemicu/Trigger
- Muncung/Nozzle
NOTA : Tiada stok







Pressure Sprayer 5L

Pressure Sprayer (TF-05A-2)
5.0L : RM58.00
Ahli TEFRA : RM55.00
Spesifikasi :-
- Berat 1.2kg
- Pemicu/Trigger
- Muncung/Nozzle






Flexible Nozzle

Flexible Nozzle (Black)
Harga : RM18.00
Ahli TEFRA : RM17.00
Spesifikasi :-
- Saiz : 170 x 45 x13mm
- Maklumat Lanjut









Maklumat Lanjut, Harga dan Kaedah Pembelian
Whatsapp : 019-226 2125
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.



Effective Microb : BIM (EM) Tulen


Effective Microb (EM)?
Effective Microbe atau lebih dikenali dengan singkatan EM merupakan "bakteria baik" hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen / bakteria jahat yang ada dalam sistem tumbesaran.

EM (efektif mikrob) adalah campuran bakteria semulajadi yang dihasilkan dari proses penapaian semulajadi yang terkawal. Tiada pengubahsuaian dari segi genetik ataupun kimia. EM selamat digunakan dan diakui 100% organik oleh OMRI dan sekarang ianya digunakan di lebih 120 buah negara.

Tiga genera mikrob tersebut (LAB, Psb,yeast) secara semulajadi bekerjasama dan menghasilkan sebatian bermanafaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik,mineral,bioaktif dan bermacam2 antioksidan apabila ia bertemu bahan2 organik.

Kunci dalam larutan EM adalah Fototropik bakteria iaitu Rhodopsuedomonas palustris—kumpulan bermanafaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinon, saponin, polisakarida (lowmolecularpolysaccharides), polyphenol, dan mineral-mineral. Antioksidan ini menbantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria-bakteria yang tak bermanafaat.

Sifat EM
Sifat EM secara amnya ialah cecair berwarna kuning coklat, berbau enak dan berasa masam. Ianya sangat sesuai digunakan dalam bidang pertanian dan penternakan untuk meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran.

Kesesuaian Penggunaan EM
Ianya amat sesuai digunakan pada projek pertanian dan fertigasi, ternakan ikan darat, ternakan haiwan, tempat pelupusan sampah, saluran tandas yang berbau dan sebgainya.


Sejarah Penemuan EM
EM di temui oleh Dr. Teruo Higa iaitu seorang hortikultur biologist Ia mula dipasarkan di Jepun pada tahun 1982 untuk pertanian organik. Kini EM dihasilkan di 54 buah negara dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.


Mikrob-mikrob terpenting di dalam EM dan fungsinya :

Bakteria Asid Laktik (Lactic Acid Bacteria)
Berfungsi sebagai pelindung dengan membantutkan perkembangan mikrob dan serangga berbahaya seperti Fusanium dan Nematod. Juga berfungsi sebagai bahan penggalak pengkomposan bahan-bahan organik.

Yis / Ragi (Yeast)
Berfungsi sebagai pengeluar hormon dan enzim yang bertindak sebagai bahan bioaktif untuk meningkatkan keaktifan sel tanaman dan akar.

Bakteria Photosintetik (Photosythetic Bacteria)
Berfungsi menghasilkan asid amino, asid nuklik, bahan bioaktif dan gula yang akan menggalakkan pertumbuhan tanaman.


Pertanian yang ideal mestilah merangkumi :-

  • Boleh mengeluarkan makanan yang bersih dan berkhasiat untuk kesejahteraan manusia
  • Ekonomi dan memberi manafaat kepada petani dan pengguna
  • Lestari dan senang dipraktikkan
  • Aktinomisit dan kulat berfementasi
  • Digunakan sebagai inokulum untuk meningkatkan kepelbagaian haya dalam tanah
  • Boleh memperbaiki kualiti dan kesihatan tanah


Kebaikan EM Dalam Pertanian

  • EM menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman.
  • Menggalakkan pembungaan dan pembuahan
  • Menggalakkan tumbesaran, hasil dan kualiti tanaman.
  • Meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman.
  • Menukar bahan organik kepada baja dengan cepat.
  • Menambah daya tahan tumbuhan terhadap serangga dan penyakit.
  • Memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.
  • Konsep inokulasi membentuk persekitaran yang sesuai dan selesa untuk tanaman
  • Kesan sinergi daripda organisma yang hadir

Kebaikan EM Dalam Penternakan

  • Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.
  • Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.
  • Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.
  • Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.
  • Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.
  • Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.

Kebaikan EM Dalam Tasik, Kolam, Air Pancuran dan Akuarium
Kolam buatan, tasik dan air pancuran memang banyak dibina di taman-taman reakrasi sebagai daya penarik selain untuk menenangkan minda ianya juga dapat menaikkan nilai perniagaan. Kolam ini bagaimanapun akan membina ekosistemnya sendiri dan ianya dengan mudah keluar dari kstabilannya(balance). Jika air terbiar statik dalam jangkamasa yang lama, jentik-jentik akan mulai mendominasi, alga mula wujud dalam air dan bau yang tak menyenangkan akan terhasil seterusnya mulai busuk. Menambah pengudaraan(water circulate) boleh mengurangkan masalah ini namun ianya bergantung pada kualiti air tersebut, kalsium dan alga tetap terbentuk.

Penggunaan EM aktif secara berkala akan menjadikan kehadiran mikrob bermanafaat mencukupi dan seterusnya mengawal alga dengan mengurangkan kehadiran nutrien dan sentiada mengawalnya pada paras yang rendah. EM aktif juga berkebolehan meneutralkan air(neutralizesalts)—dimana bertindak sebagai klorinator semulajadi dan menghalang pembentukan lapisan kristal di permukaan air.

Kadar dos adalah 1:10000, iaitu satu bahagian EM(probac) bagi setiap 10000 bahagian air. Dos ini disarankan diberikan bagi setiap minggu. Penggunaan Mudball juga disarankan. Biarkan beberapa hari/minggu untuk EM(probac) bekerja untuk anda. Jika tinggi bahan organik(sludge), kemungkinan akan terhasil suatu lapisan di permukaan dan ianya akan beransur-ansur hilang. Proses Bioremediation semulajadi terjadi dan hanya biarkan EM bekerja.

EM adalah lowcost teknologi yang bertindak dengan cepat, berkesan dan secara signifikan menjimatkan wang anda jika diberikan dengan aplikasi yang betul.


Skop Pengunaan EM

  • Semburan pada tanah, pokok dan kawasan persekitaran.
  • Tambah EM dalam makanan dan minuman ternakan.
  • Sembur pada najis, lantai dan bangunan ternakan.
  • Masukkan EM dalam kolam ternakan.


Kandungan BIM (EM) Tulen
N - 0.5%
P - 0.3%
K - 2.2%
Ca - 2.0%
Mg - 0.4%
Fe - 0.03%
Cu - 0.5%
B - 0.2%

Penyedian EM-FPE (Fermented Plant Extract) Sebagai Kawalan Serangga
EM-FPE mengandungi berbagai jenis asid organik, bahan-bahan bioaktif dan mineral. Untuk merealisasikan perkara ini, kita boleh menggunakan berbagai herba aromatik yang terdapat dipersekitaran kita.

Tiada kadar yang tepat dari berat tisu yang akan digunakan. Bahan-bahan seperti daun kesom, neem, limau purut, serai wangi, bawang putih, cili padi dan banyak lagi boleh diuji untuk tujuan ini.

Ia akan dapat mengawal dan merenjatkan pembiakan serangga seperti trip, aphid, hamama, pelombong daun, pianggang, kepinding hijau, ulat ratus, kabuh lenting dan lain-lain lagi.

Bahan-bahan untuk membuat EM-FPE

  • EM Tulen - 200ml
  • Molasses - 200ml
  • Daun Neem - 200g
  • Bawang Putih - 200g
  • Cili Padi - 200g
  • Air Sungai - 4 liter
Boleh juga menggunakan apa-apa sumber air bersih yang lain asalkan ianya bebas daripada klorin.

Kaedah Penyediaan EM-FPE (Kawalan Serangga)

  1. Hancurkan semua bahan-bahan ekstrak seperti daun neem, bawang putih, cili padi dan air Sungai dengan mengunakan alat pengisar.
  2. Campurkan EM Tulen, molasses dan baki air sungai tadi.
  3. Perapkan kesemua campuran ini selama 1 minggu.
  4. Kemudian hendaklah ditapis dan simpan di dalam botol yang bersih.

Nisbah Sukatan (Kawalan Serangga)
EM-FPE = 50ml - 70ml
Air = 18 liter


Kaedah Penyediaan Pencairan BIM (EM) Tulen untuk Pertanian
Induk (EM Tulen) perlu diaktifkan terlebih dahulu dengan cara mencairkannya dengan kaedah pemberian cecair dan makanan kepada EM Tulen tersebut pada kadar 5%.
  • EM Tulen = 5ml
  • Molasses (Gula Merah) = 5ml
  • Air (Bebas Klorin) = 1 liter
  1. Campurkan bahan-bahan di atas di dalam satu bekas.
  2. Kacau sehingga sebati
  3. Perapkan selama 3 hingga 5 hari
  4. Apabila kulat putih telah terbentuk dibahagian atas permukaan campuran diatas, menunjukkan EM tersebut telah aktif dan sedia digunakan.
  5. Kemudian siram ke atas tanah atau lakukan semburan kepada keseluruhan bahagian tanaman seperti daun, batang, bunga, buah termasuk juga di dalam polibag dan kawasan persekitaran kebun.

Kaedah dan Masa Semburan
  • Lakukan semburan seminggu sekali pada awal pagi dan lewat petang.
  • Elakkan semburan pada waktu tengahari atau pada masa pancaran matahari yang terik 
 
Penggunaan EM Di Dalam Penanaman Cendawan
Penggunaan EM di dalam penanaman cendawan boleh mengurangkan kerosakan pada bongkah (PP) cendawan setelah melalui proses pemeraman. ‘Bacteria baik’ atau EM ini juga dapat meningkatkan tumbesaran cendawan dan menambah pusingan pengeluran 6-7 kali. Bongkah Cendawan yang sudah lama dan tidak lagi hasilkan cendawan boleh ditukar kepada baja kompos yang berkualiti tinggi.

Kebaikan : Tingkatkan hasil 10% ke 15%, Kerosakan berkurangan 20%, Rasa lebih kenyal dan sedap, Tiada serangga, Cendawan tahan 6 ke 7 hari.
 

Cara Penggunaa EM Pada Cendawan

Penyediaan
EM disembur kepada seluruh bahagian semasa pembersihan tempat penanaman pada cairan 1:500. Tiada bahan kimia digunakan. EM tidak disembur pada tempat penyemaian kerana ia boleh memusnahkan benih cendawan.

Proses Semaian
Semasa penyediaan bongkah, campurkan EM pada air dengan nisbah 1:500. ½ sudu teh + 1 liter air atau 1 sudu besar + 16 liter air (satu baldi)

Pengiraan EM yang digunakan jika menggunakan 16 liter air

contohnya : 1/500 x 16 = 0.032 ml

EM digunakan semasa penyedian bongkah untuk melawan bakteria yang tidak baik. Setelah bongkah dikukus, EM masih hidup tetapi didalam kuantiti yang sedikit. Ia akan merangsang pertumbuham maisilium dengan lebih cepat.
 

Sebaik cendawan bercambah, jangan sembur dengan EM pada batang cendawan. Tetapi bangsal cendawan boleh disembur dengan EM setiap pagi dan petang dengan nisbah 1:500.
Jangan simpan larutan EM tertapai lebih dari 3 hari.

Rawatan Pencegahan
Sembur EM di sekeliling bangsal sehingga jarak 50 meter untuk mengelakakan serangan serangga. Ia boleh menghalang kemasukan serangga perosak.

Pembersihan Bangsal
Selepas tuaian, sembur EM pada nisbah 1:100 pada bangsal. Boleh juga disemburkan kepada cendawan yang dipetik untuk menambah jangka hayat di pasaran.


NOTA :
EM Tulen telah dijenamakan semula dan dikenali dengan nama BIM Tulen dengan peningkatan dari segi mutu dan keberkesanan. Namun begitu pihak pengeluar masih mengekalkan bahan asas pembuatannya iaitu Labu Air.

Senarai Harga sila rujuk disini

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Promosi Jualan : EC-PH Meter Hanna Instruments


Sempena dengan kedatangan Ramadhan 1431H ini, Romatech Agro menawarkan pembelian pek berkembar peralatan penyukat EC Meter dan PH Meter jenama Hanna Instruments pada harga yang lebih menjimatkan untuk masa yang terhad SAHAJA.

1. EC Meter DIST4 (HI98304)
2. PH Meter PH52M

Harga Biasa : RM390.00
Harga Promosi : RM300.00
Penjimatan : RM90.00
Tempoh Promosi :
11 ~ 31 Ogos 2010

Terma dan syarat :-
  • Harga yang ditawarkan adalah untuk pembelian secara individu dan/atau syarikat dan terbuka kepada semua pelanggan.
  • Setiap pelanggan adalah dihadkan pembelian kepada 1 set SAHAJA pada satu-satu masa.
  • Tawaran hanya sah bagi pembelian di Pusat Jualan Puchong SAHAJA.
  • Tempoh jaminan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak pengeluar (Hanna Instruments)
  • Bayaran tambahan RM10.00 akan dikenakan bagi penghantaran melalui POS/COURIER.

Informasi berkenaan dengan fungsi dan kegunaan EC Meter dan PH Meter, sila klik disini

Spesifikasi Produk :-
EC Meter DIST4 (HI98304)
disini




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.