Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Panduan Mengenai Bekas Tanaman




Bekas Tanaman merupakan satu keperluan utama dalam mengusahakan tanaman secara fertigasi tanpa tanah. Menanam tanaman di dalam bekas tanaman sebenarnya lebih mudah dan terdapat banyak kebaikan jika dibandingkan dengan menanam di atas tanah kerana faktor-faktor berikut :-
  • Mengelakkan penyakit bawaan tanah
  • Menjimatkan campuran media tanaman
  • Tumbesaran tanaman boleh dikawal.
  • Boleh diubah untuk tujuan hiasan dan jualan
  • Kerja-kerja penyelenggaraan boleh dijalankan mengikut keselesaan pekerja
  • Faktor-faktor keperluan kehidupan pokok seperti baja, air, tanah, cahaya, suhu dan pengurusan perosak dapat dikawal.


Bahan (Material) Bekas Tanaman
Terdapat pelbagai jenis Bekas Tanaman dipasaran pada masa sekarang. Ini juga dikenali sebagai pasu. Diantaranya ialah Pasu Plastik, Pasu Tembikar/ceramik, Pasu Tanah Liat dan lain-lain lagi. Namun begitu harganya adalah agak mahal dan kurang praktikal bagi mereka yang mengusahakan tanaman pada skala yang lebih besar, walaupun pasu jenis ini adalah lebih tahan lama berbanding dengan bekas tanaman lain yang lebih murah, ringan dan mudah dikendalikan.

Pasu tanah liat mempunyai dinding yang berongga untuk membantu pengudaran dan saliran. Pasu plastik dan seramik tidak mempunyai dinding yang berongga tetapi hanya terdapat lubang saliran. Biasanya pasu-pasu dari jenis ini didapati lebih menarik.

Bagi pasu plastik dan Tembikar, siraman harus berhati-hati dan dijarangkan kerana dindingnya tidak berongga. bagi pasu jenis plastik tidak perlu diletakkan kepingan-kepingan pasu di atas lubang seperti pasu tanah liat. Juga pasu plastik lebih mudah dibasuh.

Bekas tanaman yang paling popular dikalangan pengusaha tanaman sayur-sayuran dikenali sebagai Polibag (Polybag PE) dan didatangkan dengan pelbagai jenis saiz, bergantung kepada jenis tanaman. bagi tanaman secara fertigasi, polibag bersaiz 15" x 16" dan 16" x 16" sering menjadi pilihan utama.

Kebiasaannya polibag terdapat dalam 2 warna iaitu hitam dan putih dan ada juga yang terdapat di dalam 2 warna (luar putih, dalam hitam).

Jika menggunakan polibag berwarna putih, maka sebaik-baiknya ia hendaklah mengandungi campuran bahan UV (Ultra Violet) bagi membolehnya tahan lebih lama akibat pancaran matahari.


Polibag Putih-Hitam


Warna
Kebiasaannya bekas tanaman polibag terdapat dalam 2 warna iaitu hitam dan putih. Namun begitu, terdapat juga pengusaha yang menggunakan polibag yang mempunyai 2 warna iaitu bahagian luar berwarna putih dan bahagian dalam pula berwarna hitam. Ini adalah disebabkan warna juga memainkan peranan yang penting di dalam tumbesaran tanaman kerana faktor-faktor berikut:-
  • Putih - Kadar penyerapan haba yang rendah.
  • Hitam - Kadar penyerapan haba yang tinggi.
Oleh yang demikian kadar pengumpulan akar pada bahagian tepi bekas tanaman berwarna putih adalah kurang berbanding warna hitam.

Ini memberikan kelebihan kepada akar di dalam bekas tanaman berwarna putih untuk dapat menyerap nutrien dengan lebih baik.

Namun begitu, bekas tanaman berwarna hitam adalah lebih tahan lama berbanding dengan warna putih. Oleh yang demikian disarankan bekas tanaman berwarna putih adalah dari jenis UV untuk ianya dapat tahan lebih lama.


Lubang


Lubang
Bekas tanaman sebaiknya mestilah mempunyai lubang aliran air keluar bagi mengelakkan air bertakung.

Lubang yang baik ialah disekeliling bahagian tepi bekas tanaman. Ianya menjadi satu keperluan utama sekiranya tanaman secara fertigasi dibuat tidak menggunakan Rumah Perlindungan Hujan dan secara terbuka (open system).

Alas (Lapik)


Alas/Lapik
Sebaiknya bekas tanaman hendaklah diletakkan dan disusun bertenggek di atas alas dan tidak bersentuhan dengan tanah dengan menggunakan samada batu-bata, plastik, tungku dan sebagainya.

Selain memberi pengudaraan terbaik, kaedah ini juga dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman daripada tanah dari bahagian bawah.

Kadangkala akar tanaman boleh terkeluar dari bahagian bawah bekas. Ini akan mendatangkan risiko jangkitan penyakit oleh kulat, bakteria atau virus.

Pastikan keadaan di bahagian bawah atau kawasan penanaman tiada air yang bertakung.

Pembasmi Kuman


Pembasmi Kuman/Bakteria
Bekas Tanaman yang hendak diguna semula selepas tamat musim tanaman hendaklah dibasmi kumankan terlebih dahulu sebelum digunakan untuk musim yang seterusnya.

Bersihkan dari sisa baki media dan basuh dengan menggunakan larutan antiseptik.

Jika perlu, Bekas Tanaman hendaklah direndam di dalam larutan antiseptik selama 48 – 72 jam seperti Dettol, Cidol, Lindores, Polvidon (Povidon) dan sebagainya.

Sesetengah pembasmi kuman boleh diperolehi dikedai-kedai farmasi.

Kos/Harga


Kos/Harga
Bekas Tanaman yang baik dan berkualiti serta tahan lama tentu mempunyai harga yang mahal.

Oleh yang demikian, pilihlah bekas tanaman dengan baik agar tidak meningkatkan kos penanaman di kebun.



Penyakit : Hawar Pucuk



Nama Penyakit : Hawar Pucuk (Leaf Blight)
Patogen (Agen Pembawa) : Choanephora Cucurbitarum
Punca : Kulat Amaranthus (terdiri dari 15 spesis)
Nama Lain : Patah batang (Indonesia), Wet Rot, Shoot Blight

Penerangan :

Choanephora ialah kulat daripada kumpulan Zygomycetes. Ia membentuk hifa tegak (aerial), berwarna kelabu seperti duri halus dengan penghujungnya berwarna gelap. Choanephora, seperti juga hifa Rhizopus, berwarna kelabu.

Kulat dalam kategori ini tidak hidup dalam air dan pada amnya tidak menyukai tempat yang basah. Sebahagian besar daripadanya hidup sebagai saprofit di dalam tanah atau bahan organik yang sedang mengalami pereputan.

Kulat alam subdivisi ini mempunyai dua ciri utama iaitu tidak mempunyai zoospora dan hasil percantuman gametangiumnya ialah zigospora. Ia mempunyai dua kelas iaitu :-
  1. Zygomycetes. Zygomycetes mempunyai dua order iaitu Entomophthorales dan mucorales . Sebahagian besar kulat dalam order Entomophthorales merupakan parasit serangga. Contohnya ialah Entomophthora muscae yang menjadi patogen serangga terutama kepada lalat rumah ( Musca domestica). Badan lalat yang sudah mati akan diselubungi oleh kapas iaitu konidiofor dan miselium kulat.
  2. Trichomycetes. Pengetahuan tentang kulat ini sebenarnya tidak banyak. Kedudukan taksonomi tidak jelas kerana sistem pembiakan seksnya tidak diketahui secara mendalam. Ia dimasukkan dalam subdivisi zygonycotina kerana struktur yang menyerupai zigospora di jumpai. Kebanyakkan kulat kela ini hidup secara komensal (kulat ini hidup dengan mendapat keuntungan dari organisma lain dan organisma itu tidak mengalami kerugian ).

Agen/Cara Penyebaran :
Kulat jenis ini banyak tersebar melalui bawaan angin.

Bahagian Serangan :
Pucuk, daun dan buah

Cara Serangan dan Kesan :
Kulat jenis ini biasanya akan menyerang bahagian pucuk. Bahagian daun yang mengalami serangan akan mengecil. Pucuk akan menjadi layu dan berwarna hitam. Manakala penghujung ranting pula akan mati bermula di bahagian pucuk (dieback). Ia kelihatan seperti ri-ri halus berwarna kelabu air. Terdapat juga spora-spora berwarna hitam dan jika dibiarkan akan merebak ke bahagian putik bunga dan ranting-ranting pokok.


Kaedah Kawalan dan Rawatan :

Perlu diakui bahawa penyakit Hawar Pucuk ini pada kebiasaannya tiada sebarang racun kulat yang yang mampu untuk membendung atau merawatnya seperti penyakit-penyakit yang lain. Walaubagaimanapun, penggunaan racun kulat yang lain akan dapat mengurangkan kesan daripada kemusnahan akibat dari penyakit Hawar Pucuk ini. (Dr Pamela D. Robers).

Jika serangan penyakit ini berada pada tahap yang kritikal, adalah disarankan agar pokok tersebut dimusnahkan (sebaiknya dibakar) dengan segera bagi mengelakkan jangkitan kepada pokok yang lain.

Salah satu kaedah yang popular untuk mengekang penyakit ini pada peringkat awal ialah dengan melakukan rawatan terhadap biji benih sebelum semaian benih lagi. Biji benih perlulah dirawat terlebih dahulu dengan menggunakan racun kulat seperti Thiram dan sebagainya.

Kaedah Kawalan dan Rawatan Secara Kimia :
Pengaktif Tanaman
Acibenzolar (47.5% w/w) - Pengaktif Tanaman
Nama dagangan : Bion 50 WG
Formulasi : Butir Terserak Air
No. LRMP : 4943 Kelas V
Nama pendaftar : Novartis Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd.

Deskripsi : Sejenis pengaktif tanaman. Bertindak dengan merangsang ketahanan semulajadi tanaman dikenali sebagai Systemic Activated Resistance dan memperbaiki ketahanan terhadap tanaman cili. Disyorkan pengaktif tanaman ini dicampur dengan racun kulat Mancozeb dan disembur sebelum serangan penyakit berlaku.

Racun Kulat
Prodione (50% w/w) - Racun Kulat
Nama dagangan : Rovral
Formulasi : Serbuk Bancuh (WP)
No. LRMP : 4898 Kelas IV
Nama pendaftar : Rhone Poulenc Malaysia Sdn. Bhd.

Deskripsi : Racun kontrak yang mempunyai tindakan protective dan curative. Racun kulat ini dapat mengawal penyakit-penyakit seperti hawar, bintik daun pada tanaman kubis cina, timun, tomato, kulapuk kelabu bagi cili, tomato, terung, kekwa, ros, binting perang, hawar seludang pada tanaman padi dan rumput turf.

Tempoh Dilarang Mengutip Hasil :
Tanaman timun dan tomato : 3 hari
Tanaman kubis cina, terung dan cili : 7 hari


Kaedah Kawalan dan Rawatan Secara Organik :

Terdapat juga kaedah dan kawalan secara organik iaitu dengan menggunakan ekstrak Minyak Bawang Putih :-
1. Hancurkan (kisar) 50 gm bawang dengan 1 liter air.
2. Kemudian tapis hasil yang telah dikisar
3. Semburkan pada pokok.
NOTA : Namun begitu keberkesanannya adalah bergantung kepada tahap kerosakan yang disebabkan oleh serangan penyakit ini.

Kaedah Kawalan dan Rawatan Secara Cultural :

Bagi tanaman di dalam rumah lindungan hujan (bertutup), peredaran udara yang bail adalah amat mustahak dan memastikan keadaan seperti berikut diambil kira :-
  • Menjarakkan tanaman (plant spacing)
  • Memastikan sistem aliran peparit (drain) adalah teratur bagi memudahkan aliran air semasa hujan.
  • Mengelakkan sistem pengairan secara pancuran yang tidak teratur.

Simpton Penyakit Hawar Pucuk









Rujukan :
1. Dr. Pamela D.Roberts - Integreted Pest Management, University of Florida
2. Jabatan Pertanian Malaysia




EcoKompos : Baja Organik Air Cacing


EcoKompos merupakan baja organik berasaskan air cacing yang telah di-fermentasikan untuk menghasilkan bakteria yang berfaedah kepada tanaman.

Produk ini dihasilkan bukan sahaja sebagai baja organik malahan dengan keujudan kumpulan bakteria baik di dalamnya akan dapat menghindarkan bakteria dan patogen yang tidak baik daripada merosakkan tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan termasuk kelapa sawit, getah dan tanaman padi.

Sekaligus ianya dapat memberikan keupayaan dan ketahanan kepada tanaman daripada serangan penyakit seperti kerinting pada tanaman cili, kulat dan sebagainya.

Penggunaan Baja EcoKompos ini juga akan dapat memanjangkan tempoh dan jangka hayat tanaman.

Disamping itu juga, ia mampu meningkatkan kesihatan tanaman dan merangsangkan pertumbuhan tunas, bunga dan buah kerana kandungan mikroorganisma yang terdapat di dalamnya memberikan manfaat dan faedah kepada tanaman.

EcoKompos adalah selamat & mesra alam
EcoKompos adalah produk 100% organik. Oleh yang demikian ia adalah selamat digunakan dan mesra alam.

Faedah Baja EcoKompos
  • Merangsang pertumbuhan tunas, bunga dan buah.
  • Memperkukuh akar, batang, daun dan buah.
  • Memperkaya unsur media tanaman, baik makro atau mikro.
  • Meningkatkan kesuburan media tanaman.
  • Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit.
  • Memulihkan tanah secara semulajadi dan mesra alam.

Panduan Penggunaan Baja Organik EcoKompos
  1. EcoKompos boleh dicampur dengan lain-lain bahan seperti tanah semaian (topsoil) dan baja organik yang lain.
  2. EcoKompos boleh dicampurkan dengan tanah/campuran tanah/substrak fertigasi untuk kegunaan tanah semaian.
  3. EcoKompos ditaburkan ke pangkal pokok atau di atas akar tanaman dan ditutup dengan sedikit tanah kemudian disiram dengan air.
  4. EcoKompos boleh dibancuh ke dalam air (hidroponik), disiram ke pangkal tanaman atau disiram rata-rata ke atas permukaan tanah/rumput.
  5. EcoKompos boleh dibancuh ke dalam air (fertigasi), disembur kepada keseluruhan pokok dan di dalam polibag.
  6. EcoKompos boleh dibuat uncang kain dan diletakkan di atas media (arang atau sabut) untuk pokok orkid.


Sukatan Penggunaan Baja EcoKompos

Tanaman sayur-sayuran (Cili, Terung, Timun, Kacang Panjang, Bendi dan lain-lain)
1-2 minggu) : 5ml/1L air atau 1L/200L air
2 minggu ke atas) : 10ml/1L air.
Kekerapan : Ulang setiap 10 hari.

Pokok Buah-buahan : 20ml/1L air atau 1L/50L air

Tanaman padi : 3L/ekar
Pembajaan dilakukan pada hari ke 20, hari ke 40 dan hari ke 65.


Kandungan Unsur Baja EcoKompos






Senarai Harga sila rujuk disini

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.



Naga Viper : Cili Paling Pedas Didunia


LONDON - Sejenis cili kacukan baru, Naga Viper diiktiraf sebagai cili paling pedas di dunia, mengalahkan pemegang rekod sebelum ini, Bhut Jolokia atau 'cili hantu'.

Tahap kepedasan Naga Viper direkodkan lebih 300,000 mata berbanding Bhut Jolokia pada skala Scoville yang mengukur tahap kepedasan cili dengan mengesan kewujudan sejenis bahan kimia dalam tumbuhan itu.


Penyelidik di Universiti Warwick yang menguji cili itu mendapati, ia mencapai tahap kepedasan sehingga 1,359,000 mata berbanding kebanyakan cili biasa yang mempunyai tahap kepedasan antara 2,500 dan 5,000 pada skala Scoville.

Naga Viper adalah hasil kacukan oleh seorang petani Britain, Gerald Fowler, yang menggabungkan tiga jenis cili paling pedas di dunia, termasuk Bhut Jolokia, untuk menghasilkan cili jenis baru itu.

"Pengalaman memakan cili ini adalah sesuatu yang menyakitkan. Ia sangat pedas sehingga mampu melunturkan cat pada dinding," katanya.

Akhbar Britain turut melaporkan penyelidik pertahanan negara itu sudah mula mengkaji potensi cili tersebut untuk digunakan sebagai senjata.

Cili Terpedas Di Dunia



Sumber : Sinar Harian


Tawaran Istimewa : Global Positioning System GPS


Alat Global Positioning System (GPS) merupakan satu peralatan yang amat berguna sebagai alat pandu arah di dalam perjalanan menuju ke sesuatu destinasi samada samada kita mengetahui laluannya mahupun tidak mengetahui laluannya.

Info GPS : 4303B
OS : Window CE6
Screen : 4.3" TFT
Processor:Sirf Altlas IV 535mHz
Map : Garmin, Papago, Amigo
Harga Promosi : RM350.00

Disamping itu, dengan penggunaan peralatan GPS ini, akan memudahkan kita untuk mengetahui dan membuat pilihan terhadap laluan mana yang harus kita gunakan dan dapat menjimatkan samada dari segi masa mahupun kos bahanapi (minyak petrol).

Berikut adalah beberapa tip-tip penting yang boleh dijadikan panduan sebelum membeli sesebuah peralatan GPS :-
  1. Harga - Sudah tentu harga menjadi penentu kepada pemilihan, anda pasti hendakkan harga yang murah tetapi adakah sesuai dengan kualiti dan spesifikasi yang di tawarkan?
  2. Spesifikasi - Banyak terdapat tawaran pada harga yang rendah tetapi awas spesifikasinya juga rendah. Anda tentu terjumpa harga GPS bersaiz 4.3 inci pada harga bawah dari RM350/unit tetapi pakej tersebut menawarkan processor/cpu dari 368mHz - 468mHz yang pastinya menerima isyarat satelit yang agak perlahan.
  3. Rekabentuk - Pastinya rekabentuk menarik menjadi pilihan, ringkas dan nipis (slim). Menarik untuk dipamer dan mudah disimpan. Saiz yang paling sesuai adala 3.5 dan 4.3 inci yang mudah disimpan dan boleh dimasukkan ke dalam poket anda.
  4. Aplikasi Peta - Ia merupakan keperluan asas bagi sesebuah peralatan GPS. Malah anda mungkin mahukan model yang terbaru dan murah. Papago x5 yang menyediakan pandangan simpang (junction view), IGO8 pula mempunyai pandangan papan tanda arah (direction view) dan keduanya adalah peta 3 dimensi yang juga mempamerkan bangunan "landmark" sesuatu tempat. Ditambah lagi dengan peta aplikasi popular Garmin dan Mapking akan memudahkan lagi carian destinasi anda.
  5. Aksesori - Aksesori asas seperti pemegang, pengecas rumah dan kereta, earphone adalah penting dan perlu tersedia jadi tidak perlu lagi anda mendapatkannya secara berasingan. Anda juga mungkin memerlukan fail MP3 30 Juzu' Quran untuk didengari.
Semua ciri di atas ditawarkan di dalam pakej kami. Anda boleh membuat perbandingan HARGA dan SPESIFIKASI dan lainnya sebelum membuat keputusan.

Spesifikasi :-
  1. 4.3” TFT high clearness display
  2. Window CE 6.0 version Operation System
  3. Display Resolution 480*272
  4. Double track earphone port and insert hi-fi 1W speaker, volume adjustable.
  5. Processor:Sirf altlas IV 535mHz (upgraded version to Sirf Atls V 600mhz)
  6. Inside GPS receiving antenna.
  7. Can running GPS through SD card directly.
  8. FM Transmitter (Modulator) - Dengar lagu/movie melalui speaker radio kereta.
  9. Game - Permainan
  10. Documents support: ASF, AVI, MP4, WMV, MP3, wav, mid, BMP, JPG, PNG, GIF, TXT
  11. Languages: Malay, English, German, French, Spainish, Dutch, Portuguese, Itatian, Russian and up to 20 country languages
Harga : RM350.00/unit

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut dan pesanan

Kamarol-Prof : 019-226 2125, 012-347 8552
email : romatechagro@gmail.com
Cara membuat pesanan klik disini



Kehabisan Stok : Soil pH Tester/Meter


Kami banyak menerima pertanyaan berkenaan dengan bekalan peralatan pengukur/penguji media. sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon maaf kepada semua pelanggan-pelanggan berhubung dengan masalah bekalan peralatan Soil pH Meter/Tester ETP306 dan ETP110 telah terputus bekalan sejak 2 bulan yang lalu disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan.

InsyaAllah bekalan peralatan tersebut dijangka akan kembali berada di pasaran pada penghujung November 2010 ini.



Senarai Harga : Peralatan Semburan-Sprayer

Senarai Harga Peralatan Penyembur Racun Kawalan Serangga dan Perosak

Knapsack Battery Sprayer MASATO

Pam Penyembur Bateri MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00
Ahli TEFRA : RM
Spesifikasi :-
- Berat 5.5kg
- Pemicu/Trigger
- Muncung/Nozzle
Maklumat Lanjut disini





Care Sprayer 6L

Care Spray SR06 TIADA STOK
6.0L : RM85.00
Ahli TEFRA : RM
Spesifikasi :-
- Berat 1.5kg
- Pemicu/Trigger
- Muncung/Nozzle
NOTA : Tiada stok







Pressure Sprayer 5L

Pressure Sprayer (TF-05A-2)
5.0L : RM58.00
Ahli TEFRA : RM55.00
Spesifikasi :-
- Berat 1.2kg
- Pemicu/Trigger
- Muncung/Nozzle






Flexible Nozzle

Flexible Nozzle (Black)
Harga : RM18.00
Ahli TEFRA : RM17.00
Spesifikasi :-
- Saiz : 170 x 45 x13mm
- Maklumat Lanjut









Maklumat Lanjut, Harga dan Kaedah Pembelian
Whatsapp : 019-226 2125
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.