Baja Siraman BIM
Baja Siraman BIM (EM) adalah merupakan EM (BIM Tulen) yang telah diaktifkan dengan molasses dan sedia digunakan pada bila-bila masa. Ia adalah amat sesuai bagi pengusaha kebun samada secara kecil-kecilan (hobi) ataupun pada skala yang lebih besar.
Pertanian yang ideal mestilah merangkumi :-
- Boleh mengeluarkan makanan yang bersih dan berkhasiat untuk kesejahteraan manusia
- Ekonomi dan memberi manafaat kepada petani dan pengguna
- Lestari dan senang dipraktikkan
- Aktinomisit dan kulat berfementasi
- Digunakan sebagai inokulum untuk meningkatkan kepelbagaian haya dalam tanah
- Boleh memperbaiki kualiti dan kesihatan tanah
- EM menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman.
- Menggalakkan pembungaan dan pembuahan
- Menggalakkan tumbesaran, hasil dan kualiti tanaman.
- Meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman.
- Menukar bahan organik kepada baja dengan cepat.
- Menambah daya tahan tumbuhan terhadap serangga dan penyakit.
- Memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.
- Konsep inokulasi membentuk persekitaran yang sesuai dan selesa untuk tanaman
- Kesan sinergi daripda organisma yang hadir
Kebaikan BIM Siraman (EM) Dalam Penternakan
- Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.
- Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.
- Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.
- Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.
- Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.
- Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.
Skop Pengunaan BIM Siraman (EM)
- Semburan pada tanah, pokok dan kawasan persekitaran.
- Tambah EM dalam makanan dan minuman ternakan.
- Sembur pada najis, lantai dan bangunan ternakan.
- Masukkan EM dalam kolam ternakan.
Kandungan Baja Siraman BIM (EM)
Air, Molasses, Asid Laktik Bakteria, Yis dan Fotosintesik, Bakteria
Kaedah Penyediaan Pencairan Baja Siraman BIM (EM) untuk Pertanian
Baja Siraman BIM (EM) ini perlu dicairkan seperti dibawah ini :-
- Baja Siraman BIM = 100ml
- Air Tanpa Klorin = 18 Liter
- Kacau sehingga rata dan boleh terus digunakan samada siraman atau semburan.
Air Tanpa Klorin seperti Air Hujan, Air Telaga, Air Sungai, Air RO, Air Mineral dan lain-lain.
Air Paip/Air Pili adalah tidak dibenarkan sama sekali kerana ia mengandungi klorin (bahan kimia). Jika ingin menggunakan air Paip/Air Pili, maka air ini hendaklah diheningkan (dibiarkan) selama diantara 3-5 hari sebelum boleh digunakan.
Kaedah dan Masa Semburan
- Lakukan semburan seminggu sekali pada awal pagi dan lewat petang.
- Elakkan semburan pada waktu tengahari atau pada masa pancaran matahari yang terik.
Senarai Harga sila rujuk disini
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.