Bahan-bahan Untuk Membuat EM-FPE
Kesemua bahan yang digunakan untuk membuat EM-FPE adalah bahan-bahan organik seperti di bawah ini :-
- 200 ml BIM (EM) Tulen
- 200 ml Molasses/Gula Merah
- 200 gram Daun Neem
- 200 gram Bawang Putih (Garlic)
- 200 gram Cili Padi/Cili Api
- 1.0 Liter Air Sungai (atau air tanpa klorin)
Kaedah Penyediaan EM-FPE
Kaedah dan cara-cara untuk menyediakan EM-FPE adalah seperti berikut :-
- Hancurkan kesemua bahan ekstrak yang ada seperti bawang putih, cili padi, daun neem dan air - kisar hingga hancur
- Masukkan BIM (EM) Tulen dan Molasses/Gula Merah serta baki air tadi
- Perapkan campuran bahan ini selama 1 minggu
- Kemudian tapis
- Botolkan
- Selesai
Cara-cara dan Kaedah Penggunaan :
Cara-cara dan kaedah penggunaan EM-FPE adalah seperti berikut :-
Kadar Pencairan (bancuhan)
50-70ml EM-FPE = 18 Liter air tanpa klorin
Kekerapan semburan :
Sekurang-kurangnya 1 kali seminggu.
Jika serangan yang lebih teruk 3-4 kali seminggu
Maklumat lanjut berkaitan BIM (EM) Tulen
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.
Kawalan dan Keberkesanan EM-FPE
