Di dalam pertanian, fungsi utama penggunaan Ridall 50 adalah untuk membunuh bakteria yang mendiami samada pada peralatan pertanian mahupun di sekitar kawasan tanaman. Ia banyak dan sangat digalakkan digunakan terutamanya apabila pengusaha ladang pertanian ingin memulakan tanaman pada musim yang seterusnya.
Kegunaan lain
Selain kegunaan di dalam pertanian, Ridall 50 juga boleh digunakan sebagai disinfektan am di klinik, hospital, restoran, tandas, pejabat serta ladang ternakan.
Kandungan Bahan Aktif
Bahan utama yang terdapat pada Ridall 50 adalah Cresylic Acid yang amat berkesan digunakan sebagai bahan pembasmi kuman dan bakteria.
Panduan Penggunaan dan Kadar Bancuhan
Pengguna dinasihat mengikuti panduan penggunaan bahan ini secara betul dan berhemah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Panduan menggunakan serta kadar bancuhan Ridall 50 adalah seperti berikut :-
Pertanian dan Penternakan :
- Membersih dan mencuci peralatan pertanian seperti Dripper, Nipple, Microtube, Polipaip, Polibag dan lain-lain : 5% : 1 Liter Ridall 50 = 20-40 Liter air
- Membersih dan mencuci peralatan penternakan seperti tempat kurungan haiwan (cages), tempat penetasan (hatcheries) serta tempat penyembelihan haiwan ternakan (saughter house) : 5% : 1 Liter Ridal 50 = 20 Liter air
- Pembersihan bangunan : 2.5% : 1 Liter Ridall 50 = 40 Liter air
- Semburan terus ke kawasan tanaman dan penternakan : 1% : 1 Liter Ridall 50 = 100 Liter air
Sekolah, Pejabat, Restoran dan Tempat Awam :
- Longkang dan tandas : 2.5% : 1 Liter Ridall 50 = 40 Liter air
- Lantai dan Dinding : 1% : 1 Liter Ridall 50 = 100 Liter air
Klinik dan Hospital :
- Makmal dan Clinical Waste : 5% : 1 Liter Ridall 50 = 20 Liter air
- Longkang dan tandas : 2.5% : 1 Liter Ridall 50 = 40 Liter air
- Kain yang teruk dijangkiti : 2.5% : 1 Liter Ridall 50 = 40 Liter air
- Lantai dan Dinding : 1% : 1 Liter Ridall 50 = 100 Liter air
Amaran Penggunaan :
Ridall 50 adalah bahan bertoksid. Oleh yang demikian, penggunaannya MESTILAH dengan berhati-hati serta dijauhkan daripada kanak-kanak. Jika terkena :-
- Kulit : Tanggalkan pakaian yang terkena bahan ini dan cuci dengan bahagian kulit yang terkena dengan air bersih yang banyak selama lebih kurang 15 minit.
- Mata : Cuci dengan air bersih yang banyak selama lebih kurang 15 minit dan dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
- Tertelan : Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Maklumat lanjut berkaitan Anti Bakteria
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.