Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Showing posts with label Kawalan Serangga. Show all posts
Showing posts with label Kawalan Serangga. Show all posts

Kawalan Serangga Organik Neem Oil - Minyak Neem 4.0L

Kini produk kawalan serangga organik bukan toksid BGreen Neem Oil telah dipertingkatkan dari segi kepelbagaian saiz iaitu 100ml, 500ml, 1.0 Liter dan 4.0 Liter bagi memastikan semua peringat pengguna dapat menafaatnya untuk tujuan kawalan serangga dan perosak tanaman.

Penghalau Serangga Berasaskan Organik, Non-Toxic & Effective.



B'GREEN Minyak Neem adalah berasaskan minyak semambu yang digunakan sebagai bio-pestisid. Penyelidikan terkini juga telah mengesahkan produk berasaskan minyak semambu (neem) juga boleh bertindak sebagai 'nematicide' dan 'fungicide'. Bahan aktif adalah azadirachtin dan berfungsi sebagai racun larva dan anti pemakanan.

Kawalan Penyakit Tanaman
Kajian mengesahkan ia mampu mengawal 400-500 spesis serangga perosak kepada tanaman terutamanya belalang, kumbang dan serangga penghisap cecair tumbuhan seperti 'aphid', 'white flies' dan 'spider mite', lalat putih, lalat buah, face fly, horn fly, house fly, nyamuk, nyamuk pembawa sakit kuning, head louse, lipas, rama-rama, tobacco bud worm, locust, house cricket, bugs dan lain-lain boleh dikawal dengan menggunakan produk ini.

Kegunaan Rawatan dan Kawalan Penyakit
Ia telah digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti keradangan, jangkitan, demam, penyakit kulit dan masalah gigi, penyakit cacing, anti kulat, anti virus, anti barah, ubat kencing manis, anti kuman, anti kesuburan-perancang keluarga, anti serangga, ubat tahan sakit, penyakit kulit seperti campak, cacar, kayap dan gatal, ubat jerawat, menurunkan suhu badan, ubat kudis dan menambah subur immiun diri.

Untuk ayam ternakan pula, ianya juga mampu mengubati penyakit sampar ayam. Manakala asap daripada daunnya boleh membunuh nyamuk atau serangga. Ubat serangga dari pokok ini SELAMAT tanpa dadah.

Maklumat lanjut BGreen Neem Oil - Minyak Neem
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.


Pembasmi Bakteria : Ridall 50

Ridall 50 adalah merupakan cecair anti-bakteria yang amat berguna untuk tujuan pembersihan kawasan tanaman serta peralatan tanaman.

Di dalam pertanian, fungsi utama penggunaan Ridall 50 adalah untuk membunuh bakteria yang mendiami samada pada peralatan pertanian mahupun di sekitar kawasan tanaman. Ia banyak dan sangat digalakkan digunakan terutamanya apabila pengusaha ladang pertanian ingin memulakan tanaman pada musim yang seterusnya.

Kegunaan lain
Selain kegunaan di dalam pertanian, Ridall 50 juga boleh digunakan sebagai disinfektan am di klinik, hospital, restoran, tandas, pejabat serta ladang ternakan.

Kandungan Bahan Aktif
Bahan utama yang terdapat pada Ridall 50 adalah Cresylic Acid yang amat berkesan digunakan sebagai bahan pembasmi kuman dan bakteria.

Panduan Penggunaan dan Kadar Bancuhan
Pengguna dinasihat mengikuti panduan penggunaan bahan ini secara betul dan berhemah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Panduan menggunakan serta kadar bancuhan Ridall 50 adalah seperti berikut :-
Pertanian dan Penternakan :
  1. Membersih dan mencuci peralatan pertanian seperti Dripper, Nipple, Microtube, Polipaip, Polibag dan lain-lain : 5% : 1 Liter Ridall 50 = 20-40 Liter air
  2. Membersih dan mencuci peralatan penternakan seperti tempat kurungan haiwan (cages), tempat penetasan (hatcheries) serta tempat penyembelihan haiwan ternakan (saughter house) : 5% : 1 Liter Ridal 50 = 20 Liter air
  3. Pembersihan bangunan : 2.5% : 1 Liter Ridall 50 = 40 Liter air
  4. Semburan terus ke kawasan tanaman dan penternakan : 1% : 1 Liter Ridall 50 = 100 Liter air

Sekolah, Pejabat, Restoran dan Tempat Awam :
  1. Longkang dan tandas : 2.5% : 1 Liter Ridall 50 = 40 Liter air
  2. Lantai dan Dinding : 1% : 1 Liter Ridall 50 = 100 Liter air

Klinik dan Hospital :
  1. Makmal dan Clinical Waste : 5% : 1 Liter Ridall 50 = 20 Liter air
  2. Longkang dan tandas : 2.5% : 1 Liter Ridall 50 = 40 Liter air
  3. Kain yang teruk dijangkiti : 2.5% : 1 Liter Ridall 50 = 40 Liter air
  4. Lantai dan Dinding : 1% : 1 Liter Ridall 50 = 100 Liter air


Amaran Penggunaan :
Ridall 50 adalah bahan bertoksid. Oleh yang demikian, penggunaannya MESTILAH dengan berhati-hati serta dijauhkan daripada kanak-kanak. Jika terkena :-
  1. Kulit : Tanggalkan pakaian yang terkena bahan ini dan cuci dengan bahagian kulit yang terkena dengan air bersih yang banyak selama lebih kurang 15 minit.
  2. Mata : Cuci dengan air bersih yang banyak selama lebih kurang 15 minit dan dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
  3. Tertelan : Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.


Maklumat lanjut berkaitan Anti Bakteria
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.



Racun Makhluk Perosak



Racun Makhluk Perosak (Racun Perosak) merupakan bahan atau campuran bahan yang digunakan untuk memusnah, menghalau dan mengurangkan kesan bahaya daripada makhluk perosak kepada tanaman, manusia dan persekitaran seperti yang tersenarai di Bawah Jadual Pertama Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

Racun perosak adalah bahan beracun dan bukannya ubat. Oleh kerana ianya adalah racun, maka ia adalah merbahaya kepada kesihatan manusia dan persekitaran jika tidak digunakan dengan cara dan kaedah yang betul untuk mengendalikannya.

Racun perosak mempunyai darjah kebisaan yang berbeza-beza. Lihat pada label botol atau bekas racun yang anda beli. Anda akan mempunyai jalur berwarna hitam atau merah atau kuning atau biru ataupun tidak berwarna.

Pada jalur warna ini, anda boleh lihat perkataan Kelas I (a) atau I (b) atau II atau III atau IV dan juga amaran bahaya untuk tiap-tiap satu kelas. Jalur warna atau kelas racun ini menunjukkan tahap bahaya atau bisa racun tersebut kepada diri anda.

Bahan-bahan Pengawal Makhluk Perosak
Secara asasnya, bahan-bahan makhluk perosak tediri daripada :-


Cara-cara Racun Bertindak
  • Racun Perut - Terkena semasa makan.
  • Racun Sentuh - Terkena semasa racun bersentuh dengan bahagian luar badan.
  • Sistemik - Memasuki tumbuhan melalui akar, batang atau daun.
  • Fumigan - Melalui sistem pernafasan.
  • Pengawalatur pertumbuhan (IGR) - Menjejaskan perkembangan serangga pada peringkat larva.
* Sesetengah racun serangga mungkin bertindak dalam beberapa cara yang berbeza

Cara Penyerapan Racun Ke Dalam Tubuh
Racun Makhluk Perosak boleh tersebar kepada pengguna melalui beberapa cara seperti :-

1. Melalui Mulut
  • Semasa menghembus muncung(nozzle) yang tersumbat.
  • Mengambil makanan, minuman atau merokok semasa melakukan semburan racun.
  • Makan atau minum makanan/minuman yang telah tercemar dengan racun (tanpa disedari).
2. Melalui Pernafasan.
  • Semasa melakukan semburan racun jenis fumigant.
  • Menyedut wap racun di dalam tempat tertutup seperti stor semasa membancuh.
3. Melalui Kulit
  • Bahagian yang terdedah kepada racun makhluk perosak seperti muka, tangan, rambut dan kaki.
  • Suhu yang panas akan mencepatkan proses penyerapan racun melalui kulit.

Pengkelasan Racun Berdasarkan Ketoksidan
Racun perosak mempunyai darjah keracunan (kebisaan/toksid) yang berbeza-beza. Ia dapat diperhatikan pada label botol atau bekas racun yang dibeli. Setiap racun yang berdaftar mempunyai jalur warna seperti warna hitam, merah, kuning, biru atau tidak berwarna seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah :-


Kaitan Warna Jalur Dengan Keberkesanan Racun Perosak
Warna jalur (label) tidak mempunyai kaitan dengan keberkesanan (effective) sesuatu racun perosak. Oleh itu, semua racun perosak yang berdaftar mempunyai keberkesanan untuk mengawal makhluk perosak. Ia adalah bergantung kepada bagaimana racun perosak tersebut digunakan dan dikendalikan (disembur) seperti yang disyorkan pada label.

Komponen Formulasi
Sesetengah formulasi adalah sedia digunakan, ada yang mesti dicampur dengan bahan lain. Bahan-bahan digunakan dalam proses formulasi adalah seperti berikut :-


Pemilihan formulasi:
  • Objek yang hendak dilindungi.
  • Alat aplikasi yang sedia ada.
  • Bahaya aliran dan larian.
  • Keselamatan .
  • Tabiat atau pola pertumbuhan perosak.
  • Jenis persekitaran

Jenis-jenis Formulasi





Keserasian
Keserasian bermaksud, dua atau lebih racun perosak daripada bahan formulasi yang berbeza boleh dicampur bersama untuk mengawal lebih jenis serangga perosak dengan sekali penggunaan. Contohnya mencampurkan racun kulat Mancozeb kepada racun serangga Malathion.

Terdapat juga bahan bahan supplement yang boleh dicampurkan kepada racun perosak seperti CY-787 bagi tujuan meningkatkan lagi kecekapan dan fungsi racun perosak tersebut.

Namun begitu, tidak semua racun perosak/serangga akan berfungsi dengan baik apabila dicampur. Malahan ketidakserasiannya akan menyebabkan :-
  • Mengurangkan keberkesanan.
  • Merosakkan permukaan dirawat.
  • Menyebabkan pengasingan bahan-bahan kandungan kepada lapisan.
Oleh yang demikian, pengetahuan dan mematuhi peraturan dan nasihat seperti yang tertera pada label setiap racun perosak adalah sangat penting bagi memastikan keberkesanan racun perosak tersebut.




Senarai Harga : Pemikat Lalat Buah



Kemaskini : Februari 2019
Senarai Harga untuk Kawalan Serangga Perosak "Pemikat Lalat Buah" yang berasaskan kepada feremon (pheromone) Metil Eugenol untuk tanaman Sayuran Berbuah seperti Cili, Terung, Jambu, Mangga dan lain-lain.




Advance ME Lure (30ml)
Harga : RM11.00
Ahli TEFRA : RM10.50
Kegunaan : Agen Pemikat Lalat Buah
Maklumat Lanjut, klik disini








Smart Lure (30ml) Tiada Stok
Harga : RM10.00
Ahli TEFRA : RM9.50
Kegunaan : Agen Pemikat Lalat Buah
Maklumat Lanjut, klik disini








Super Lure (30ml) Tiada Stok

Harga : RM12.00
Ahli TEFRA : RM11.50
Kegunaan : Agen Pemikat Lalat Buah
Maklumat Lanjut, klik disini







Semut : Perosak dan Pelindung Tanaman


Semut

Semut merupakan makhluk hidup dengan kepadatan tertinggi di dalam dunia ini dengan perbandingannya, untuk setiap 700 juta semut yang muncul ke dunia ini, hanya terdapat 40 kelahiran pada manusia. Oleh yang demikian tidak hairanlah, mengapa terdapat lebih daripada 12,500 spesis semut di muka bumi ini.

Semut hidup berkoloni, semut peninjau berfungsi sebagai pencari sumber makanan (makanan atau air). Semut peninjau akan meninggalkan jejak (feromon) disepanjang perjalanan sebagai panduan baginya untuk pulang ke koloni dan juga sebagai panduan kepada semut lain sekiranya mereka terjumpa sumber makanan.

Semut adalah antara serangga yang mempunyai fungsi penting dalam kitaran alam sekitar. Antara fungsinya ialah sebagai pengembur tanah, pengurai bahan organik dan juga pengawal populasi kepada serangga lain. Memusnahkan semut kesemuanya tidaklah disyorkan, tetapi objektifnya adalah untuk mengawal semut yang merosakkan tanaman.

Terdapat juga beberapa spesis semut yang amat berguna di dalam pertanian yang digunakan dalam kaedah “Kawalan Secara Biological” seperti Semut Merah (Semut Rangrang) yang dapat menghindarkan tanaman daripada serangan serangga perosak lain seperti hama.

Famili : Formicidae

Bahagian diserang :-

1. Daun
2. Bunga
3. Buah
4. Akar

Kesan Sampingan :-

1. Daun kerekot
2. Bunga gugur
3. Buah terbantut


Kebaikan Semut (Pelindung dan Pengedali Hama Tanaman)

Pada asasnya semut bukanlah antara masalah utama di dalam penanaman sayur-sayuran. Malahan semut juga berfungsi sebagai pemangsa (predator) terhadap serangga halus seperti Hama. Salah satu spesis semut pemangsa yang terkenal amat berguna di dalam pertanian ialah semut Rangrang (Oecophylla smaragdina) yang lebih dikenali dengan nama Kerengga di negara ini. Cara pengendalian hama seperti ini dikenali sebagai “biological control” dan ini merupakan contoh tertua dalam sejarah pertanian.

Semut mempunyai semacam kelenjar yang menghasilkan cairan khusus yang digunakan untuk menandai wilayah mereka. Kelenjar itu disebut kelenjar dubur. Cairan khusus yang dihasilkannya (disebut pheromone) mereka sapukan ke tanah dan hanya para anggota sarang saja yang dapat mengenali baunya. Jadi semut penganyam ini menggunakan pesan kimiawi untuk menuntut rekan satu sarang menuju daerah baru mereka.

Kebiasaannya, semut-semut Rangrang, juga dikenali sebagai semut merah ini akan menghalau mana-mana serangga yang cuba mendiami atau membina koloni berdekatan dengan sarang mereka dengan cara sengatan dan mengeluarkan asam format dari kelenjar racun mereka. Semut Rangrang juga merupakan pemangsa yang efektif terhadap pembiakan larva-larva hama, sekaligus memusnahkan habitat kehidupan serangga halus tersebut pada tanaman.


Jejak bau itu tidak hanya mereka tinggalkan ketika mencari kawasan baru dan ketika mempertahankannya, tetapi juga digunakan ketika mereka mencari makanan. Jika seekor semut menemui selonggok makanan, dia akan mengerahkan teman-temannya untuk mengangkuti makanan itu ke sarang. Kelenjar duburnya akan meninggalkan jejak bau di sepanjang jalan antara sarang dan lokasi temuan itu. Ketika beriringan dengan temannya, semut ini memberi rangsangan dengan memukulkan antenanya seraya memuntahkan sedikit makanan yang ditemukan tadi ke mulut rakannya itu.

Di daerah Lampung, Indonesia, pekebun menggunakan semut ini untuk mengatasi masalah pada tanaman kopi mereka. Begitu juga dengan tanaman seperti jambu dan mangga.

Para pakar serangga di Ghana telah menggunakan semut jenis Rangrang Afrika (Oecophylla longinoda) untuk mengendalikan hama bagi tanaman coklat mereka. Kehadiran semut ini ternyata mampu mengurangkan dua jenis penyakit tanaman yang serius yang disebabkan oleh virus dan kulat, iaitu dengan cara menyerang dan membunuh kutu daun yang menjadi penyebar kepada penyakit ini.

Sejak berabad-abad yang lalu iaitu sekitar tahun 300 Masehi di Canton (China), semut ini digunakan untuk mengusir hama pada tanaman jeruk. Pekebun akan mengambil sarang-sarang semut ini dari hutan dan meletakkannya di pohon-pohon jeruk jenis unggul.


Biokontrol dan Bioindikator

Penggunaan semut Rangrang sebagai Kawalan Serangga Perosak Secara Biologi (biokontrol) ternyata sudah dilakukan pula oleh sebahagian penduduk Indonesia, meskipun tidak besar-besaran. Misalnya jika pokok jambu atau pokok mangga diserang hama, mereka akan memindahkan semut-semut Rangrang ke pokok tersebut.

Sebenarnya bukan itu saja manfaat yang diberikan semut Rangrang kepada manusia. Dengan sifatnya yang sangat peka terhadap perubahan udara, manusia dapat menggunakan semut ini sebagai indikator keadaan udara di dalam sesuatu lingkungan kawasan.

Semut Rangrang menyukai lingkungan yang berudara bersih. Jangankan asap pabrik atau asap kenderaan bermotor, asap dari pembakaran sampah di dalam kawasan kebun akan menyebabkan populasi semut Rangrang akan semakin berkurangan dan hilang.



Inilah keistimewaan yang dimiliki semut Rangrang sehingga membuat mereka memegang erti penting dalam pengendalian hama secara semulajadi (natural). Cukup sederhana, namun tidak berisiko terhadap lingkungan seperti halnya jika kita menggunakan insektisida kimia.

Faktor Kekurangan Semut Rangrang
Pada masa sekarang, amat jarang kita menemui semut Rangrang ini dikawasan-kawasan kebun disebabkan oleh penggunaan racun serangga (racun kimia) yang telah menyebabkan populasi semut Rangrang semakin berkurangan dan menjauhi daripada kawasan kebun.

Ini termasuk juga pemburuan oleh manusia terhadap semut Rangrang. Manusia akan mengambil sarang-sarang semut Rangrang ini untuk mendapatkan anak-anak Rangrang (“kroto”) sebagai makanan burung peliharaan.

Telur rangrang yang dikeluarkan oleh Rangrang Ratu berbentuk bulat lonjong dan berwarna putih. Ia menjadi makanan utama di Thailand, Vietnam, Filipina dan merupakan makanan eksotik kerana mengandungi protin yang tinggi. Kegiatan mengutip telur rangrang dijadikan satu bisnes di negara tersebut. Mereka juga memungut rangrang dewasa untuk dijadikan makanan dengan mengutipnya.

Di Malaysia telur rangrang (kerangga) merupakan satu jenis 'umpan' yang sangat effisien untuk memancing ikan puyu atau kadang-kadang ikan haruan atau seluang. Telur yang di kutip di gaul dengan kuning telur dan sedikit tepung untuk menaikan baunya. Telur kerengga mampu menarik semua populasi ikan puyu dalam lubuknya.


Semut Hitam Pengendali Hama Pengorek Buah Koko (PBK)
Semut hitam (Dolichoderus thoracacus) merupakan sejenis semut yang sangat pantas bergerak untuk menyerang. Semut ini juga mampu menyerang dengan mengigit dan menyengat musuh. Ia banyak dijumpai di pokok rambutan, sirsak, kelapa, dan sebagainya. Semut ini kadang-kadang mengeluarkan asam semut yang terasa pedas apabila mengenai mata. Ciri khas spesies ini apabila ia berehat seolah-olah seperti duduk dengan bahagian perutnya berada melekap pada bahagian batang.

Semut hitam termasuk serangga yang hidup berkelompok sehingga mendominasi lingkungan perkembangbiakannya. Biasanya bila ada kelompok serangga lain atau jenis semut lain yang mendiami tempat yang sama, mereka pasti akan diusir atau akan saling menyerang sehingga hanya satu jenis semut sahaja yang bertahan di tempat tersebut.


Semut Hitam dan Ulat Pengorek Buah Koko
Semut ini yang terdapat di kebanyakan kebun koko berfungsi untuk mengawal serangga perosak dewasa untuk bertelur pada buah koko dengan cara mengigit dan menghalau kehadirannya. Kajian mendapati semut ini juga mengeluarkan sejenis bahan kimia yang berasaskan phenol sebagai pertahanan yang menghindarkan musuh Ulat Pengorek Buah Koko (UPBK) daripada menghampiri buah koko.

Keujudan semut hitam di kawasan kebun koko dapat mengurangkan populasi ulat UPBK dan ianya juga bukan parasit atau pemangsa. Ia mampu mengawal serangga perosak dengan jayanya.

Semut Hitam dan Koya
Kehadiran koya akan menarik semut hitam dengan pengeluaran bahan manisan (dengan kadar yang tinggi) sebagai bahan buangan. Semut hitam akan mengerumuni koya pada buah koko tersebut dan memakan manisan sehingga koya tiada lagi.

Keadaan pokok koko yang berada di tepi belukar menjadi satu kelebihan kerana belukar adala habitat semulajadi semut hitam. Jika terdapat semut hitam di kebun koko atau duduk pada sarang-sarang yang kita buatkan, maka petani perlu teliti membuat semburan racun (terutamanya raun serangga). Kurangkan semburan racun serangga untuk kawalan perosak koko yang lain (seperti Helopeltis spp) kerana semburan mungkin membunuh semut hitam.

Tetapi awas, pada sesetengah tanaman kehadiran Koya yang menghisap cecair dari bahagian-bahagian pokok yang lembut, dan mengeluarkan cecair manis dari badannya akan menarik kehadiran sejumlah semut kerana semut akan mudah tertarik kepada manisan ini dan kerana ini semut selalunya terdapat bersama dengan koya.


Pokok Ceri dan Semut
Semut cenderung tinggal pada tumbuhan karena adanya cairan bernama “nektar residu (endapan)” yang dikeluarkan tumbuhan. Cairan nektar ini merupakan daya tarik bagi semut untuk mendatangi tumbuhan. Banyak spesies tumbuhan yang terbukti mengeluarkan cairan ini pada waktu-waktu tertentu. Misalnya, pohon ceri hitam menghasilkan cairan ini hanya tiga minggu dalam setahun. Tentu pengeluaran cairan pada waktu ini bukan kebetulan karena waktu tiga minggu ini bertepatan dengan satu-satunya waktu sejenis ulat menyerang pohon ceri hitam. Semut yang tertarik pada nektar dapat membunuh ulat ini serta melindungi tumbuhan.


Pokok Akasia dan Semut
Pokok Akasia (Acacia auriculiformis) hidup di kawasan hutan dan ada yang ditanam sebagai pohon hiasan dan ketinggian boleh mencapai 15 meter dengan pelbagai spesis. Mempunyai bunga berwarna kuning dan agak wangi, buahnya leper, berkulit keras berisi kekacang dan apabila masak akan bergulung.

Pokok Akasia yang tumbuh di daerah tropis dan subtropis terlindungi berupa duri. Terdapat satu spesies semut yang hidup pada pohon akasia Afrika membuat lubang dengan menggerudi (menggigit) dinding duri dan hidup secara kekal di dalam pohon akasia. Setiap koloni semut mendiami duri-duri pada di lebih dari satu pohon atau lebih, serta memakan nektar daun Akasia. Koloni ini juga memakan ulat dan organisme lain yang terdapat atau berada pada pokok Akasia tersebut.


Nektar batang Akasia sangat kaya akan minyak dan protein. Seorang ahli Geologi berbangsa Inggeris, Thomas Belt, yang pertama kali menyelidiki hal ini, menyatakan bahwa kelihatannya satu-satunya fungsi nektar adalah menyediakan nutrisi bagi semut. Semut, yang hidup di pohon-pohon ini, mengambil gula dari nektar dan memberikannya kepada larva mereka. Sebagai balasannya, semut akan melindungi pokok Akasia ini daripada pemangsa lain.

Semut pekerja yang berkerumun di permukaan tumbuhan sangat agresif kepada serangga lainnya, dan juga pada semua jenis haiwan. Kalau haiwan lain menyentuh pohon yang mereka diami, mereka akan menyerang bersama-sama dan menggigit dengan gigitan yang menyakitkan.

Selain itu, tumbuhan lain yang berada pada jarak kurang dari satu meter dari pokok Akasia yang dihuni semut akan diserang, kulit batang pohon itu juga akan diserang, serta ranting dan dahan yang menyentuh pokok Akasia juga dirosakkan oleh sang semut.

Telah dibuktikan bahawa pokok Akasia yang tidak didiami semut lebih mudah diserang dan dirosakkan oleh serangga lain, jika dibandingkan dengan pohon yang dihuni koloni semut ini. Dalam sebuah eksperimen diamati bahawa tumbuhan liar yang tumbuh berdiameter 40 cm dari Pokok Akasia diserang oleh semut, dimakan dan dirosakkan. Semut juga bahkan menyerang dahan dan daun tumbuhan lain yang menyentuh bayangan pohon akasia. Seluruh koloni semut sangat tangkas dan kuat ketika membersihkan dan mengawasi pokok akasia.

Professor Palmer dan Jake Goheen dari Jabatan Botanikal University of Wyoming, Laramie, Wyoming, Amerika yang membuat kajian di Wilayah Laikipia di bahagian tengah Kenya dan Taman Negara Tsavo mendapati semut ini dapat membantu pokok Akasia daripada diserang dan dimakan oleh gajah. Apabila gajah menyerang dan memakan dedaun pokok akasia, semut-semut akan segera mendekati gajah, menggigit dan menyengat pada bahagian mulut, bawah belalai dan muka gajah. Kumpulan semut yang banyak ini menyebabkan gajah kesakitan dan tidak tahan lalu meninggalkan pokok akasia.



Sarang Semut Sebagai Ubat
Dikebanyakan negara seperti Indonesia yang terkenal dengan perubatan tradisional, sarang semut juga amat berfaedah dan dijadikan sebagai ubat bagi beberapa jenis penyakit terhadap manusia terutamanya penyakit kanser. Antara spesis sarang semut yang biasa dijadikan khasiat perubatan adalah Hydnophytum formicarum, Myrmecodia tuberosa dan Myrmecodia pendans.



Keunikan sarang semut terletak pada interaksi semut yang bersarang pada umbi yang terdapat lorong-lorong di dalamnya. Kestabilan suhu di dalamnya membuat koloni semut dapat berada untuk satu jangkamasa yang amat lama di dalam sarangnya. Dalam jangka waktu yang lama terjadilah reaksi kimiawi secara alami antara senyawa yang di keluarkan semut dengan zat yang terkandung di dalam tanaman dan beberapa mikroba lainnya, gabungan inilah yang membuat sarang semut ampuh mengatasi berbagai penyakit. Ahli serangga menyebutkan bahwa anti-oksidan dan asam formiat dalam kelenjar air liur semut berfungsi sebagai penjaga telur pada sarang semut. Bila di lihat keadaan ini hampir sama dengan madu yang di keluarkan lebah untuk melindungi telurnya.


Keburukan Semut (Perosak Tanaman)
Kehadiran semut pada tanaman kadangkala juga akan menjadi satu masalah yang besar sekiranya jumlahnya adalah banyak. Semut biasanya akan bertelur di bahagian bawah daun dan menjadikan pucuk, bunga dan putik sebagai sasaran mereka untuk mendapatkan sumber makanan (manisan) daripada tanaman. Secara tidak langsung ianya akan memusnahkan tanaman jika tidak dibendung dari awal.




Semut Madu dan Kutu (Aphid)
Semut (Semut Madu) merupakan teman baik Serangga Aphid (Kutu Daun). Ini adalah kerana kehadiran Aphid pada tanaman (yang menghisap cairan floem tumbuhan dengan mulutnya) akan menjadi sumber perolehan manisan (buangan pencernaan daripada Aphid) kepada semut.

Semut madu akan mendekati kutu dan akan mendorongkan perutnya. Aphid akan memberikan setetes buangan kepada semut.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah mengapa semut madu ini cuba sedaya upaya untuk melindungi dan mempertahankan Aphid daripada diserang oleh serangga predator lain termasuk serangga yang berguna seperti ladybird yang menjadikan Aphid sebagai makanannya.




Semut Adalah Salah Satu Makhluk Yang Dimuliakan Allah

Di dalam Al-Quran terdapat surah yang secara khusus menyebut nama semut iaitu Surah An-Naml yang bererti semut. Ia menceritakan kisah Nabi Sulaiman dan tenteranya yang melalui satu kawasan dimana terdapatnya kaloni semut. "Sehingga apabila mereka sampai ke Waadi'n-Naml, berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari" (An-Naml ayat 18)

Manakala ada terdapat hadis yang menyebut tentang semut iaitu, dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai. (Tirmizi)

Larangan Membunuh Semut

Hadis riwayat Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW: Seorang nabi singgah di bawah sepohon pokok, dia digigit oleh seekor semut. Nabi itu memerintahkan sahabat mendatangi sarang semut dan membakarnya. Tetapi kemudian Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya kerana seekor semut menggigitmu lantas kamu membinasakan satu umat yang selalu bertasbih (kepada-Ku)?” (Sahih Muslim)

Manakala di dalam Kitab Salam, Ibnu Abbas Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang yaitu: semut, lebah, burung hud-hud, dan burung shurad (Sejenis burung pipit). Riwayat Ahmad dan Abu Dawud. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.


Penjelasan Lanjut Tentang Semut Perosak
Ulama mengklasifikasikan bahawa semut yg dimaksudkan di atas itu adalah semut yang besar seperti semut-semut yang disebut oleh Nabi Sulaiman A.S. Semut yang besar dilarang dibunuh tanpa ada alasan yang munasabah. Manakala semut yang kecil diharuskan bunuh. Fuqaha Maliki memakruhkan perbuatan membunuh semut dengan alasan yang tidak munasabah. Ini diasaskan kepada kaedah fiqh “semua yang menimbulkan bahaya (madharrat) harus dihilangkan”. Sekiranya semut itu membahayakan atau memudaratkan kesihatan, diharuskan ia dibunuh.

Membunuh semut dibolehkan dengan menggunakan racun serangga dan bukan membakarnya, sebagaimana yang disebut oleh Al-Hafiz Imam Nawawi didalam memberi komentar keatas atas Hadith Imam Muslim diatas bahawa hanya Allah yang boleh mengazab dengan menggunakan api.

Dan jika semut tersebut merosakkan bangunan, atau laman, atau perabot, contohnya yang dilakukan oleh anai-anai, maka ia hendaklah di hapuskan dan dibuangkan dari tempat yang dijumpainya. Kerana sesungguhnya dihalalkan keatas hamba dari perkara yang mengancam tanam-tanaman, perabot dan bangunan. Dan semua ini perkara yang membahayakan yang telah diharamkan oleh Nabi SAW dimana baginda bersabda : 'Tidak mudharat dan tidak memudaratkan'.


Kaedah Kawalan Semut Perosak

Kaedah 1
Menggunakan lebihan air basuhan baju dari mesin pencuci.
  1. Tadah air basuhan baju (air sabun) daripada mesin pencuci (washing machine).
  2. Biarkan selama sekurang-kurangnya 1/2 jam untuk memastikan jika terdapat serbuk pencuci yang tidak larut bersama air termendap ke bahagian bawah.
  3. Ambil/cedok bahagian atas air basuhan pakaian tersebut dan masukkan ke dalam bekas semburan.
  4. Sembur (spray) ke arah pokok atau mana-mana bahagian yang terdapat semut dengan kadar semburan yang rendah. Elakkan menyembur dengan kuantiti yang banyak bagi mengelakkan pokok mengalami “stress”.

Kaedah 2
Bahan-bahan untuk membuat Racun Serangga Organik (Semut) :-
  1. Sabun Basuh (Breeze) x 1 sudu
  2. Minyak Masak x 1 sudu
  3. Air x 1.5 liter
  4. Cili Api x 5 biji
  5. Bawang Putih x 5 ulas

Kaedah penyediaan :-
  1. Kisar bahan-bahan seperti cili api, bawang putih, sabun basuh dan minyak masak dengan sedikit air (ambil sedikit air dari jumlah 1.5L air).
  2. Kemudian campurkan kesemua bahan tersebut kepada baki air yang selebihnya dan kacau/goncang sehingga kesemua larutan menjadi sebati.
  3. Sembur ke arah tanaman yang dikerumuni oleh semut.

Kaedah 3
Menggunakan serbuk kulit telur.
  1. Ambil kulit telur.
  2. Tumbuk sehingga halus
  3. Jemur hingga kering
  4. Kemudian taburkan disekeliling kawasan perdu pokok atau mana-mana kawasan yang menjadi laluan semut.
Kaedah 4
Menggunakan semburan Serai Wangi
Serai Wangi merupakan cecair pekat pelbagai guna yang pertama dihasilkan di Malaysia. Cecair pekat Serai Wangi mempunyai pelbagai kelebihan berbanding penghalau atau racun serangga yang biasanya digunakan untuk membunuh nyamuk, lipas, semut dan serangga lain di dalam rumah mahupun di kawasan kebun dan tanaman.



Kawalan Kimia
Antara racun serangga yang cukup berkesan untuk menghapuskan populasi semut yang merosakkan tanaman adalah jenama Termicide keluaran syarikat Hextar Chemicals Sdn Bhd. Ia mengandungi bahan aktif chlorpyrifos 38.7% ww. Ia dapat membunuh semut pada kadar yang cepat dan berupaya menghindar kehadiran semut untuk satu jangkamasa yang agak lama sehinga lebih daripada 6 bulan (testimoni Romatech Agro).

Rujukan :
1. Wikipedia
2. Jabatan Botanikal University of Wyoming
3. Harun Yahya
4. Kitab Salam



Racun Kawalan Serangga Organik BioGuard 250ml



Formula Racun Kawalan Serangga Organik BioGuard kini ditingkatkan lagi dengan penambahan 2 ekstrak bagi memberikan kesan yang lebih optimun terhadap kawalan serangga perosak.

Menurut pihak pengeluar, atas permintaan ramai, BioGuard kini didatangkan dengan pek yang lebih kecil iaitu 250ml bagi membolehkan semua peringkat pengguna samada tanaman secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun yang lebih besar.

Ini kerana penggunaan BioGuard adalah amat menjimatkan dengan kadar pencairan adalah 1/1000. Oleh yang demikian bagi pek 250ml ini, pengguna akan memperolehi sebanyak 250 Liter larutan racun semburan.

Disamping itu juga, bagi pengguna-pengguna pada skala tanaman secara hobi, maka terdapat juga pek yang lebih kecil iaitu 100ml pada kadar harga yang kompetitif dengan nisbah pencairan pada kadar yang sama seperti pek 250ml iaitu 1/1000. Senarai harga, sila Klik disini





Kawalan Serangga Organik : BioGuard


Bio Guard merupakan ekstrak tumbuhan yang difermentasi dengan bakteria berfaedah. Ia diadun dengan tidak kurang daripada 8 jenis ekstrak tumbuhan yang berfaedah di dalam kawalan serangga perosak. Bio Guard tidak beracun kerana ia diperbuat daripada bahan semulajadi seperti tumbuhan ubatan dan rempah termasuk Ekstrak Neem (semambu).

Produk ini dihasilkan khusus untuk mencegah serangan serangga dan penyakit tanaman. Ia mampu menggantikan racun kimia yang boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan dan alam sekitar.

Ia juga mampu meningkatkan kesihatan tanaman kerana kandungan mikroorganisma yang terdapat di dalamnya memberikan manfaat dan faedah kepada tanaman dan telah diuji keberkesanan oleh penyelidik di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dengan formulasi Pekatan Teremulasi-Emulsion Concentrate (EC), ianya mudah dilarutkan ke dalam air.

Bagaimana Bio Guard berfungsi

  • Menyekat pembentukan telur, larva dan pupa
  • Pemberhentian penukaran larva atau nymph
  • Menghalau larva dan serangga
  • Mengawal dan membantutkan penghasilan larva
  • Mengawal pembentukan serangga dewasa
  • Mengganggu selera makan serangga perosak.
Kesan BioGuard ke atas Kumpulan Serangga Berbeza

Ortoptera- belalang, kriket, katydids dsb
Tabiat makan dihentikan. Pengurangan saiz koloni dlm locust.

Homoptera- kutu daun, cicadas, scale insects, leafhoppers dan sebagainya
Penggunaan serbuk BioGuard memberi kesan dalam regulasi tumbesaran dan tabiat pemakanan

Thysanoptera- kutu trip
Dapat kawal larva kutu trip dalam tanah.

Coleoptera-beetles, weevils
Tumbesaran direncat dan bahgn kulit yg tersentuh dengan serbuk neem atau sol. akan musnah.

Lepidoptera-moths,skippers, millers dan kupu-kupu
Tindakan sbg anti pemakanan dan rencat tumbesaran bagi larva lepidopterus

Diptera-
Serangga seperti lalat buah, face flies, bot flies, lalat rumah dan horn flies mempunyai kesan terhadap BioGuard

Hymenoptera (Bees, Wasps, Sawflies,semut dsb)
Larva dari serangga sawflies kesan dengan penghalang makan dan penghalang tumbesaran.

Heteroptera (Bugs)
Kumbang seperti kumbang perosak padi dan sayuran

Leafminers
BioGuard sangat efektif terhadap leaf miners. Apa yg berlaku hormon moulting (tukaran) diganggu menyebabkan juvenil terperangkap dlm kepompong atau kulitnya.

Lalat Buah
Kawalan 100% dan bersesuaian terhadap organisma pengawal lalat buah lain.

Kulat
Bersifat antikulat. Ia berupaya untuk mengawal kulat daun dan beberapa penyakit yang disebabkankan oleh kulat. Ia juga boleh mengelakkan penyebaran powdery mildew jika semburan awal dilakukan.


Penggunaan & Cara Membancuh
Di syorkan cairan BioGuard di sembur basah keatas tanaman yang di serang oleh perosak secara berjadual; sekurang kurang nya tiap-tiap 7 - 10 hari. Amalan ini selamat kerana tidak fitotoksik dan kekebalan serangga perosak tidak akan berlaku kerana kematian di sebabkan kelemasan.

Semburan mesti kena tepat kepada sasaran untuk mendapatkan keberkesanan yang maksimum.

Oleh kerana BioGuard adalah pekat, maka disarankan ianya terlebih dahulu di cairkan di dalam bekas bertutup yang mengandungi lebih kurang 1 liter air. Goncang hingga BioGuard sebati dengan air. Kemudian curahkan pracampuran ini ke dalam tangki penyembur yang mengandungi air selebihnya. Kacau seperti biasa sebelum menyembur.

Cara-cara dan Kaedah Penggunaan :

Kadar bancuhan : 1/500 - 1/1000
1ml BioGuard : 1 Liter air
250ml BioGuard : 250 Liter air
1.0L BioGuard : 1000L air

Kekerapan semburan : 2-3 kali seminggu. Jika serangan yang lebih teruk 3-4 kali seminggu

KESESUAIAN

Serangan serangga seperti :
  • Aphid
  • Lalat buah
  • Hama
  • Lalat putih
  • Teritip
  • Koya
  • Kumbang
  • Dan sebagainya
Penyakit :
  • Kulapuk berdebu
  • Jelaga hitam
  • Mozek Daun
  • Dan sebagainya
BioGuard adalah selamat & mesra alam

BioGuard memberi kawalan yang baik keatas kebanyakan perosak bagi tanaman-tanaman seperti :-
  • Cili, Melon, Tomato, Terong, Timun
  • Bendi, Kekacang
  • Orkid, Kekwa
  • Dan lain-lain
Kawalan atau pemusnahan serangga perosak, vektor kepada penyakit Virus dan Bakteria amat penting jika hendak mendapat hasil yang maksimum. BioGuard boleh menyumbang kepada matlamat ini.

Kesan Penggunaan BioGuard





Kelebihan BioGuard
  • Formulasi mesra alam maksimumkan keselamatan kepada manusia dan tanaman
  • Tambahan ekstrak Neem untuk kesan yang lebih baik
  • Larutan yang pekat menjimatkan 1L = 1000 Liter semburan
  • Memberi kesan yang minimum terhadap organisma berfaedah termasuk kulat, haiwan pemangsa dan serangga pendebunga
  • Bersifat penindasan dan kemusnahan fisikal dan bukan dari kesan ketoksikan kimia
  • KEKEBALAN SERANGGA TIDAK AKAN BERLAKU kerana sifat penindasannya secara fisikal iaitu penindasan secara MELEMASKAN
  • Tiada TPT: TEMPOH PRA TUAI SIFAR HARI

Senarai Harga sila rujuk disini

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.


Kawalan Serangga : Pelekat Racun


Keberkesanan dan menghindarkan pembaziran semasa melakukan kerja-kerja meracun merupakan 2 elemen yang terpenting di dalam Amalan Pertanian. Kita perlu melakukan pemilihan yang betul dan menjadualkan penggunaan racun serangga mahupun racun kulat samada ianya adalah racun kimia ataupun racun organik bagi mengoptimumkan hasil tanaman.

Kita pasti tidak dapat mengelakkan pembaziran semasa melakukan kerja-kerja semburan racun kerana kegagalan racun itu sendiri untuk melekat ataupun meresapi sepenuhnya kepada keseluruhan permukaan daun. Kesan dari itu, banyak semburan racun akan mengalir keluar dari daun terutamanya pada musim hujan dan mengakibatkan tumbuhan lebih terdedahkan kepada serangan penyakit.

Salah satu alternatif untuk memastikan racun semburan berada lebih lama pada daun tumbuhan dan dapat meresapi kepada keseluruhan permukaan daun adalah dengan cara menggunakan Pelekat Racun.

Bagaimana Pelekat Racun Berfungsi
Kaedah Pelekat Racun berfungsi adalah dengan cara mengurangkan ketegangan permukaan antara permukaan daun dan larutan racun semburan. Larutan ini akan membasahi, menyerap, menyebarkan dan melekatkan dengan lebih baik pada permukaan daun.

Ia juga akan membentuk satu lapisan nipis di atas permukaan daun dan meliputi dengan rata walaupun pada daun yang amat sukar diseliputi oleh air.

Mencegah Pembaziran Racun
Memandangkan fungsinya sebagai pelekat, maka Pelekat Racun ini akan dapat menahan larutan semburan daripada mengalir keluar dari permukaan daun dan secara tidak langsung, ianya dapat mencegah pembaziran semburan racun mahun semburan baja daun (foliar).

Aturan Penggunaan
1. Campurkan Pelekat Racun bagi setiap 18 liter air, seperti jadual berikut :-
  • Racun rumpai - 20~25 ml
  • Racun Serangga, Kulat dan Baja Daun - 15~20 ml
  • Daun Tebal - 30~35ml
2. Campurkan racun yang dikehendaki kepada larutan di atas.
3. Lakukan semburan kepada tumbuhan.

Dapatkan segera di Pusat Jualan Romatech Agro :-

Sila rujuk senarai harga di sini : Senarai Harga Pelekat Racun

Keberkesanan Pelekat Racun






Kawalan Serangga : Green Patrol EC


Lalat Putih merupakan serangga bersaiz kecil 1/32 inci berwarna kekuningan, warna putih yang kelihatan merupakan debu-debu pada badannya. Perumahan selalunya di bawah daun bahagian atas pokok. Pembiakannya adalah cepat dengan 10-14 telur sehari di bawah daun dan membentuk bulatan kuning keputihan, menetas dalam masa 3-5 hari membentuk nymph dan terus menghisap daun. Jangka hayat serangga ini adalah selama 30 hari.

Kehadirannya amat membimbangkan semua pekebun kerana ianya boleh menyebabkan hasil tanaman terjejas malahan pada peringkat yang lebih teruk lagi, tanaman akan mati.
Salah satu kaedah penyelesaian yang lebih mesra alam ialah dengan menggunakan Green Patrol EC.

Green Patrol EC “emulsifies concentrate” adalah produk kawalan perosak tidak toksik yang membunuh serangga dan patogen perosak secara fisikal iaitu secara melemaskan. Green Patrol EC menggunakan ekstrak tumbuhan untuk membunuh. Ekstrak tumbuhan yang di adun mengunakan teknologi ”emulsified concentrate” kami mampu mengawal banyak perosak dan dalam masa yang sama memaksimumkan keselamatan manusia dan alam sekitar. Formulasi ini memberi kawalan yang lebih baik berbanding dengan pestasid, berdasarkan air yang mungkin mengandungi ingredien yang boleh mencederakan tumbuhan, bunga, pemangsa dan pendebungaan.

Ia mengandungi 0.9% Pyrethrum (untuk pasaran luar) iaitu sejenis bahan aktif yang amat efektif untuk mengendali serangan seperti ulat serta kutu pada tanaman yang telah dikenali sejak berabad lamanya.

Green Patrol EC (sebelum ini Green Patrol ES) menyumbang kepada pendekatan tidak toksik dalam program pengurusan pesosak yang mengabungkan Pengurusan Perosak Bersepadu dan Amalam Pertanian Mapan.

Green Patrol ES sangat selamat & mesra alam

Green Patrol EC memberi kawalan yang baik keatas kebanyakan perosak bagi tanaman-tanaman seperti :-
  • Cili, Melon, Tomato, Terong, Timun
  • Bendi, Kekacang
  • Strawberry
  • Manga, Limau
  • Jambu Batu, Dokong
  • Bunga Ros, Bunga Raya
  • Orkid, Kekwa
Green Patrol EC Mesra Alam ini dapat memusnahkan serangga-serangga perosak seperti :-
  • Lalat Putih (Bemisia tabaci, vektor Virus Gemini)
  • Kutu Daun (Aphis spp. Vektor Cucumber Mosaic Virus & Bean Yelow Mosaic Virus dll.)
  • Kutu Thrips (dicampur dengan racun lain seperti Minyak Bawang Putih atau racun kimia)
  • Toxoptera citricida (vektor penyakit Virus Tristeza limau)
  • Hamama (Putih, Merah, Labah-labah dll.)
  • Lelompat Daun (Empoasca spp.)
  • Teritip
  • Kulapuk Berdebu, Kulapuk Hitam / Jelaga Hitam serta Kulapuk Botrytis

Kawalan atau pemusnahan serangga perosak, vektor kepada penyakit Virus dan Bakteria amat penting jika hendak mendapat hasil yang maksimum. Green Patrol EC boleh menyumbang kepada matlamat ini.

Serangga Perosak



Kelebihan Green Patrol EC
  • Formulasi mesra alam maksimumkan keselamatan kepada manusia dan tanaman
  • Larutan yang pekat menjimatkan serta memberi kawalan perosak yang sangat berkesan
  • Memberi kesan yang minimum terhadap organisma berfaedah termasuk kulat, haiwan pemangsa dan serangga pendebunga
  • Boleh di gunakan dalam “Ultra Low Volume” (ULV) dan penyembur serangga komersial
  • Bersifat penindasan dan kemusnahan fisikal dan bukan dari kesan ketoksikan kimia
  • KEKEBALAN SERANGGA TIDAK AKAN BERLAKU kerana sifat penindasannya secara fisikal iaitu penindasan secara MELEMASKAN
  • Tiada TPT: TEMPOH PRA TUAI SIFAR HARI


Penggunaan & Cara Membancuh
Kadar Bancuhan disyorkan : 2.0-2.5ml = 1 Liter air
Di syorkan cairan Green Patrol EC di sembur basah keatas tanaman yang di serang oleh perosak secara berjadual; sekurang kurang nya tiap-tiap 7 - 10 hari. Amalan ini selamat kerana tidak fitotoksik dan kekebalan serangga perosak tidak akan berlaku kerana kematian di sebabkan kelemasan.

Semburan mesti kena tepat kepada sasaran untuk mendapatkan keberkesanan yang maksimum.

Oleh kerana Green Patrol EC pekat, ia terlebih dahulu di cairkan mengikut sukatan (2.5 – 4.0 ml. kepada 1 liter air) di dalam bekas bertutup yang mengandungi lebih kurang 1 liter air. Goncang hingga Green Patrol EC sebati dengan air. Kemudian curahkan pracampuran ini ke dalam tangki penyembur yang mengandungi air selebihnya. Kacau seperti biasa sebelum menyembur.

Kesannya akan lebih baik dengan menggabungkan penggunaan Minyak Bawang Putih dengan Green Patrol EC ini.

Harga Green Patrol EC (1.0L) = Disini
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Cadangan Jadual Kawalan Serangga Dan Nutrien


Amalan meracun di dalam industri pertanian merupakan elemen yang amat penting bagi menjamin penghasilan tanaman adalah diperingkat optimum. Pelbagai kaedah dan tatacara yang diamalkan dan digunapakai oleh pengusaha kebun sayuran dalam memastikan tanaman mereka bebas atau sekurang-kurangnya dapat meminimumkan serangan pelbagai jenis serangga perosak dan jangkitan kulat serta bakteria perosak.

Di dalam amalan pertanian, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati tanaman yang telah dijangkiti penyakit terutamanya jangkitan kulat dan bakteria yang mana peratusan untuk tanaman pulih adalah amat rendah. Oleh yang demikian konsep pencegahan daripada serangan penyakit adalah amat penting dan perlu diberi perhatian yang serious.


Sesetengah pengusaha terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi dengan membeli pelbagai jenis racun kawalan serangga dari pelbagai jenama. Pada peringkat sederhana (lebih 1000 pokok) kebanyakan pengusaha mengadakan tidak kurang dari 10 jenis racun kawalan serangga samada yang berunsurkan racun kimia mahupun kawalan secara organik ataupun biologi.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi setiap pengusaha kebun sayur untuk mempunyai jadual penyemburan racun kawalan serangga bagi memastikan kebun mereka tidak diserang oleh serangga perosak ini.

Jadual di atas adalah merupakan cadangan penyemburan racun kawalan serangga dan beberapa penyenaraian tentang kawalan secara organik dan biologi.

Pemberian nutrien tambahan selain daripada Baja Fertigasi AB juga baik untuk diamalkan kerana ianya akan meningkatkan lagi produktiviti.

Maklumat lanjut tentang penguraian jadual di atas boleh didapati dengan menghubungi kami.

Download Jadual Kawalan Serangga dan Nutrien :-








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.