Kami di Romatech Agro sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menyempurnakan sebahagian besar input pertanian melalui sebuah syarikat yang telah terpilih di Melaka.
Ini adalah ekoran dari kejayaan program yang telah dilaksanakan pada tahun 2015 yang lalu Program Pertanian Bandar 2015.
Antara peralatan yang dibekalkan fitting seperti Polipaip, Elbow, Joiner, Tee, Clamp Saddle, Ball Valve, Dripper, Nipper, Microtube, Penebuk Lubang, Peralatan Penyukat seperti EC Meter, PH Meter, Timer dan lain-lain lagi.
Kali ini seramai 7 peserta yang terpilih dari 7 lokasi di seluruh daerah di Negeri Melaka akan dibekalkan dengan peralatan untuk memulakan projek pertanian bandar secara fertigasi untuk skala 300 dan 400 polibag untuk tanaman Cili Fertigasi.
Selain itu, ia juga merangkumi skala kecil iaitu seramai 24 peserta akan dibekalkan dengan set permulaan 20 polibag Cili Fertigasi.
Mudah-mudahan semua peserta-peserta yang telah terpilih akan beroleh manafaat dari Program Pertanian Bandar anjuran Jabatan Pertanian ini.