Rod/Batang Boleh Laras
Batang atau rod boleh dilaraskan dari 2 kaki sehingga maksima 4 kaki panjang untuk memudahkan kerja-kerja semburan terutamanya pada bahagian yang sukar.
Alat Pemicu/Trigger
Alat Pemicu (Trigger) yang lebih kemas dan mesra pengguna memudahkan pengguna mengawal semburan dengan lebih baik.
Muncung/Nozzle Pelbagai
Pam Semburan MASATO didatangkan bersama-sama pelbagai pilihan jenis Muncung (Nozzle) untuk memudahkan pengguna memilih jenis semburan yang hendak dilakukan. Antaranya adalah Cone, Long-Reach, Dual Cone dan Fan.
Kedudukan Butang ON/OFF, Speed Control dan Charger
Rekabentuk Pam Penyembur Bateri MASATO yang menempatkan kedudukan butang ON/OFF, Speed Control dan INLET Charger adalah menepati kesesuaian dan MESRA PENGGUNA.
ON/OFF : butang ON dan OFF Pam Semburan
Speed Control : Mengawal kelajuan dan tekanan (pressure) semburan
Charger INLET : Mengesas bateri pam
Battery Level/Penunjuk Paras Battery
Terdapat meter pada bahagian bawah Pam Semburan Bateri MASATO untuk memudahkan pemerhatian pengguna terhadap paras kuasa bateri sebelum melakukan pengecasan semula.
Pada keadaan biasa, Bateri Pam Semburan MASATO yang dicas (pertama kali hendahlah dicas selama 9 jam) mampu melakukan semburan sehingga maksima 8 jam (480 minit).
L : Kuasa bateri pada tahap MINIMA dan perlu dicaskan semula
N : Paras kuasa bateri pada tahap NORMAL (separuh)
H : Paras kuasa bateri pada tahap MAKSIMA (penuh)
Adapter Pengecas/Charger
Pengguna juga dibekalkan dengan alat pengesas bateri pam
Cara Penggunaan Pam Penyembur Bateri MASATO
Cara Penggunaannya adalah seperti berikut :-
- Pastikan bateri telah dicas terlebih dahulu (pertama kali penggunaan) selama 8-9 jam menggunakan Alat Pengecas yang dibekalkan sehingga meter lampu berwarna hijau.
- Sebelum mengecas, pastikan tombol Speed Control dilaraskan pada kedudukan OFF (pusingkan tombol sehingga terdengar bunyi "klik" ke arah kiri).
- Pasangkan dan ketatkan semua bahagian seperti Rod, Trigger, Nozzle, Penapis Atas dan Penapis di dalam Tong Semburan.
- Pada pertama kali penggunaan, dinasihatkan supaya melakukan semburan percubaan dengan memasukkan air bersih ke dalam tong semburan. Ini dapat memastikan samada terdapat kebocoran atau sebaliknya.
- Isikan cecair larutan racun/foliar yang telah dibancuh ke dalam tong melalui penapis bahagian atas tong semburan.
- Kemudian tutup bahagian atas penutup dengan kemas.
- Tekan butang ON/OFF sehingga terdengar bunyi motor pam bergerak.
- Halakan muncung (nozzle) ke arah sasaran tanaman.
- Laraskan tombol Speed Control (arah ke kanan) sehingga beroleh tekanan (pressure) yang diinginkan.
- Selepas selesai semburan, tekan suis ON/OFF untuk mematikan operasi motor.
Penjagaan Pam Semburan Bateri MASATO
Bagi memastikan ketepatan bacaan dan memanjangkan tempoh hayat peralatan penyukat ini, pengguna adalah disarankan mengambil perhatian terhadap perkara berikut :-
- Alat adalah peralatan profesional, sila gunakan mengikut arahan yang ditetapkan untuk mengelakkan kerosakan pada alat.
- Elakkan daripada pancaran haba dan sinaran matahari secara langsung dan berterusan.
- Jangan menggunakan peralatan ini pada suhu melebihi 45 darjah celcius atau di bawah 10 darjah celsius.
- Jangan melakukan semburan melawan arah tiupan angin bagi mengelakkan pengguna terkena semburan.
- Selepas selesai kerja-kerja semburan, pastikan memicit trigger berulangkali bagi memastikan larutan semburan keluar sepenuhnya dari Rod.
Jaminan (Warranty)
Tempoh jaminan peralatan penyukat ini adalah 3 bulan dari tarikh pembelian seperti yang didaftarkan di dalam "Cash Bill". Namun begitu, jaminan adalah TIDAK merangkumi perkara berikut :-
- Kerosakan peralatan disebabkan oleh penyalahgunaan seperti battery leakage, dimasuki air ke bahagian bateri dan lain-lain.
- Kerosakan secara fizikal seperti terjatuh, terhimpit dan lain-lain.
Maklumat Lanjut, Harga dan Kaedah Pembelian
Whatsapp : 019-226 2125
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.