Serangan Penyakit dan Keperluan Kawalan
Antara serangan penyakit yang disebabkan oleh serangga adalah seperti Hamama, Aphid (Kutu Daun), Kutu Thrips, Lalat Putih, Nematod dan lain-lain. Manakala perosak lain seperti Kulat dan Bakteria.
Bagi memastikan tanaman bebas serangan penyakit atau sekurang-kurangnya tanaman mampu berdaya tahan terhadap serangan penyakit, aktiviti meracun atau melakukan kawalan serangga dan perosak adalah satu kemestian. Namun begitu pekebun seringkali melahirkan keluhan kerana walaupun telah mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli pelbagai produk-produk kawalan serangga yang kadangkala berharga sehingga ratusan ringgit, tetapi tanaman mereka masih berhadapan dengan serangan serangga dan perosak yang menyebabkan tanaman mereka berpenyakit sehingga ke peringkat serangan virus.
Antara penyebab utama dan penyumbang kepada kegagalan sesuatu produk kawalan serangga dan perosak itu memberikan perlindungan yang baik adalah kerana kurangnya pengetahuan terhadap kaedah-kaedah yang baik untuk menyediakan larutan semburan yang benar-benar berkesan terutamanya sekiranya menggunakan lebih dari 1 jenis kawalan serangga.
Kaedah Pra-Campur
Antara kaedah terbaik untuk menyediakan larutan semburan kawalan serangga dan perosak adalah dengan kaedah menyediakan larutan pra-campur terlebih dahulu. Larutan pra-campur adalah proses melarutkan pati (concentrate) kepada jumlah yang kecil terlebih dahulu sebelum dilarutkan kepada jumlah yang besar.
Kelebihan Pra-Campur
Tujuan dan kelebihan menyediakan larutan Pra-Campur adalah :-
- Pati (concentrate) dapat diuraikan (melarut) dengan lebih mudah (tidak bergumpal atau berketul)
- Sebati : Memastikan kedua-dua jenis bahan yang berbeza dapat sebati dengan baik.
- Serasi : Memastikan kedua-dua jenis bahan yang berbeza dapat serasi dengan baik.
- Mengelakkan stress kepada tanaman sekiranya larutan semburan tidak serasi.
- Mengelakkan ketidakberkesanan & pembaziran semburan dan sekiranya campuran larutan tidak sebati.
Bahan-bahan dan peralatan
Keperluan bahan-bahan dan alatan yang digunakan untuk bancuhan larutan semburan :-
- Pati kawalan serangga dan perosak (Neem Oil & Garlic Oil)
- Bekas botol mineral (sebaik-baiknya HDPE) bersaiz 500ml setiap satu sebanyak 2 botol
- Bekas/Tong bancuhan HDPE bersaiz 50 Liter dan ke atas
- Tong semburan
Kadar Pencairan Pati (Concentrate)
Kadar pencairan untuk menyediakan 1 Liter larutan semburan kawalan serangga dan perosak :-
- Neem Oil : 3 ml
- Garlic Oil : 1 ml
- Air bersih : 1 Liter
- Neem Oil : 3 ml x20 = 60 ml
- Garlic Oil : 1 ml x20 = 20 ml
- Air bersih : 20 Liter
Kaedah Membancuh Larutan Semburan
Kaedah bancuhan larutan semburan :-
- Isikan air bersih sebanyak 200ml masing-masing ke dalam botol mineral bersaiz 500ml masing-masing.
- Isikan air bersih sebanyak 19.6 Liter ke dalam tong bancuhan.
- Isikan pati Neem Oil sebanyak 60ml ke dalam botol mineral pertama yang berisi 200ml air bersih dan goncang hingga sebati.
- Tuangkan pra-campur Neem Oil di atas ke dalam tong bancuhan yang berisi 19.6 Liter air bersih dan kacau hingga sebati.
- Kemudian isikan pula pati Garlic Oil 20ml ke dalam botol mineral ke-dua yang berisi 200ml air bersih dan goncang hingga sebati.
- Tuangkan pra-campur Garlic Oil di atas ke dalam tong bancuhan yang telah diisikan larutan Neem Oil di atas dan kacau hingga sebati.
- Tuangkan larutan yang telah menjadi 20 Liter campuran Neem Oil dan Garlic Oil dari tong bancuhan di atas ke dalam tong semburan.
- Lakukan semburan kepada tanaman.
Maklumat Harga dan Kaedah Pembelian
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati dengan cara Whatsapp : 0192262125 atau Lihat Panduan atau email kami.