Aidil Fitri 1430H akan menjelang tiba tak berapa hari yang akan datang setelah selesai 1 bulan menunaikan puasa di bulan Ramadhan. Dikesempatan ini juga, kami di Romatech Agro menghulurkan 10 jari memohon kemaafan sekiranya ada tutur bahasa yang terkasar yang tidak kami sedari dan tidak menyenangkan pelanggan-pelanggan kami semua.
Juga sekiranya ada permintaan dan pesanan yang tidak dapat kami tunaikan, InsyaAllah kami akan berusaha untuk memenuhinya pada masa-masa yang akan datang.
Kedai Fertigasi kami akan ditutup pada hari raya pertama, kedua dan ketiga. InsyaAllah, kami akan beroperasi seperti biasa pada hari raya yang ke-empat nanti.
Bercucuk tanam amalan fertigasi,
Untuk pulangan lebih terjamin,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Mohon Maaf Zahir dan Batin.