Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Showing posts with label Kebun Puchong. Show all posts
Showing posts with label Kebun Puchong. Show all posts

Kebun Puchong : Musim 3 Hari Ke-57


Alhamdulillah, Kebun Puchong bagi musim ke-3 2009 telah memasuki hari ke 57 dengan tanaman cili berjumlah 44 pokok ini untuk set Kebun dan Laman ini telah mengeluarkan buah cili dan sedang membesarkan.

Walaupun pada peringkat awalnya ianya menghadapi masalah apabila sebanyak 11 pucuknya dimakan oleh kambing jiran, namun apabila telah dirawat dengan menggunakan baja gunung berapi (zeolite) dan semburan racun seperti Kawalan Organik Green Patrol ES dan Racun Kimia Pegasus, kini kesemua pokok tersebut telah pulih sepenuhnya dan mula mengeluarkan buah.

Disamping semburan racun kimia dan organik, saya juga turut memasang plastik kuning dan biru yang disapukan dengan pelekat serangga untuk memerangkap serangga seperti hama, aphid dan sebagainya.


Bagi kawalan secara biologi pula saya turut memasang perangkap lalat buah memandangkan Kebun Puchong ini telah mengeluarkan buah cili dan kehadiran lalat buah telah dapat dikesan apabila beberapa buah cili telah dirosakkannya.

Pemikat & Perangkap Lalat Buah




Kebun Puchong








Kebun Puchong : Musim Ketiga Bermula


Musim ketiga Kebun Puchong bermula pada Jumaat 25hb September 2009 yang lalu. Kebun laman yang dapat memuatkan 44 batang pokok ini dipenuhi kesemuanya dengan benih cili Kulai F1 568.

Kali ini saya mengenengahkan konsep "laman rumah" dan "kebun" untuk dijadikan sampel bagi memudahkan lagi pelanggan-pelanggan mendekati konsep penanaman secara fertigasi samada di tepi laman rumah atau di kebun yang lebih besar.

Alhamdulillah, selepas 3 minggu anak pokok berada di dalam polibag, kesemuanya pokok telah mula bercabang dan mengeluarkan bunga berbanding sebelum ini yang mana selepas 4 minggu baru anak pokok mula bercabang. InsyaAllah, jangkaan lagi 45 hari, boleh dituai hasilnya.

Tanaman musim ketiga ini dimulakan dengan penyemaian biji benih menggunakan varieti Cili Kulai F1 568. Sebelum disemai di dalam tray semaian, biji benih terlebih dahulu dirawat dengan menggunakan racun kulat (Thiram) bagi memberikan perlindungan awalan (imunisasi).

Kemudian kerja-kerja penyediaan tapak dilakukan dengan merawat sabut kelapa (cocopeat) yang telah digunakan selama 2 musim sebelum ini. Proses rawatan juga menggunakan semburan racun kulat untuk tujuan membasmi kulat dan bakteria di dalam sabut kelapa.

Sebelum ini saya menggunakan tiang kayu 2"x3" yang ditanam ke dalam tanah. Namun di sebabkan pengalaman lalu yang mana salah satu daripada tiang sokongan tersebut telah patah dan menyebabkan beberapa dahan pokok turut patah. Kali ini saya menggunakan 4 batang besi pagar dan 4 batang tiang kayu, tetapi kesemuanya di tanam dengan simen konkrit bagi memastikan ianya tidak patah.

Selepas proses pemindahan anak pokok, saya juga menabur Baja Gunung Berapi (Zeolite) yang bertujuan untuk merawat sabut kelapa daripada masam kepada neutral walaupun saya tidak menyukatnya terlebih dahulu dengan menggunakan pH Tester (tiada kemudahan). Disamping itu juga penggunaan Baja Penggalak Buah dimestikan bagi memastikan pokok cili sentiasa mengeluarkan bunga sepanjang tempoh tuaian yang akan datang. Kedua-dua baja ini adalah baja organik.

Jangkaan apabila pokok telah mengeluarkan buah, penggunaan Pelekat Serangga dan Perangkap Lalat Buah akan dilakukan bagi memastikan setiap buah yang dihasilkan dapat dituai dengan baik.

Kebun Puchong












Kaedah Pemasangan Sistem Fertigasi


Romatech Agro, Puchong Selangor, Ahad 1 Mac 2009, Saya memenuhi hajat Sdr Saiful dan Sdr Fazrul dari Taman Seri Sentosa, Petaling Jaya, Selangor untuk mempelajari kaedah pemasangan sistem paip dan siraman fertigasi untuk tanaman cili. Secara kebetulan, Kebun Mini Puchong yang telah sedia mempunyai 20 pokok cili yang sedang matang ini sedang dalam proses menambah sebanyak 2 barisan pokok cili.

Apa yang ingin saya ketengahkan untuk 2 barisan cili Kulai F1 568 ini adalah konsep penanaman sebenar di kebun yang lebih besar yang mana jarak diantara setiap polibag adalah amat penting bagi memastikan pokok cili dapat kelegaan yang selesa dan memudahkan kita untuk kerja-kerja penyelengaraan seperti meracun dan memungut hasil.

Antara pelajaran yang mereka pelajari adalah penyediaan tapak, pemasangan silver-shine, dan melekatkan pin silver-shine, menyusun batu-bata pasir, memasang paip dalaman dan set siraman, memasang buluh dan tiang sokongan dan membuat bancuhan air baja.

Mudahan mereka berdua memperolehi apa yang mereka perlukan untuk memulakan projek tanaman cili fertigasi permulaan sebanyak 2,000 pokok cili di Muar Johor.

Untuk rujukan usahawan, lakaran lengkapan sistem fertigasi untuk 100 pokok cili boleh dimuat-turun disini.









Kebun Puchong : Menuai Cili Merah Lagi


Kebun Puchong, Puchong Selangor, Selasa 20 Januari 2009, selang 3 hari selepas tuaian pertama sebanyak 29 biji cili merah, hari ini Kebun Puchong mempunyai sebanyak 20 pokok cili Kulai yang sedang rancak berbuah sedia untuk dituai buat kali keduanya.

Tuaian Cili Kali Ke-2
Jumlah : 53 biji
Berat : 582 gram

Pulang dari kerja saya, isteri dan anak-anak bersama-sama memetik cili merah ini. Hasil tuaian kali kedua ini lebih baik daripada tuaian pertama. Daripada 20 pokok ini, saya memperolehi sebanyak 53 biji cili yang telah merah/separuh merah. Berat kesemuanya adalah sebanyak 582 gram. Saya mengambil kesempatan dari hasil tuaian ini dengan menghadiahkan kepada jiran yang belum dapat merasai hasil tanaman saya. Selebihnya saya simpan untuk kegunaan sendiri.

Mudah-mudahan sasaran mencapai sekurang-kurangnya 2.5kg/pokok bagi 20 pokok cili Kulai ini akan dapat saya capai dengan kaedah yang saya guna pakai ini.

Bak kata beberapa usahawan cili sebelum ini, sekiranya buah cili telah mula mengeluarkan hasil, maka ianya akan berterusan dan tidak hairanlah maka ada usahawan yang melakukan tuaian sebanyak 2 atau 3 kali dalam seminggu.






Tuaian Kali Ke-2






Kebun Puchong : Musim Menuai Hasil Cili


Kebun Puchong, Puchong Selangor, Sabtu 17 Januari 2009, Hari yang dinanti-nantikan telah tiba bilamana anak pokok cili sebanyak 20 pokok yang dipindahkan ke polibag sejak 86 hari (2 bulan 3 minggu) yang lepas telah mula masak dan sedia untuk dituai hasilnya.

Tuaian Musim Pertama
Jumlah : 29 biji
Berat : 329 gram

Saya dan isteri mengambil kesempatan cuti hari Sabtu ini dengan memetik kesemua cili Kulai (tak tahu hibrid mana...) yang telah masak atau separuh masak (merah-hijau). Hasil tuaian pertama kami adalah sebanyak 29 biji cili dengan berat keseluruhannya adalah 328 gram. Manakala purata berat bagi setiap cili adalah 11 gram.

Tuaian pertama ini (sebelum ini hanya 1, 2 biji sahaja yang masak) saya berikan kepada jiran dan keluarga di kampung.

Memandangkan cili kulai jenis ini mempunyai banyak daun, maka saya telah melakukan kerja-kerja mencantas daun-daun yang tidak diperlukan bagi keseimbangan pemberian nutrien (baja) kepada pokok cili. Sekiranya daun terlalu banyak, maka buah cili akan menjadi lebih kecil dari sepatutnya.

Kemudian saya terus meracun dengan menggunakan racun serangga (Termicide) bagi memelihara kulit/dahan pokok yang luka akibat cantasan yang dilakukan daripada dirosakkan oleh serangga perosak.

InsyaAllah, jangkaan saya pada minggu hadapan, tuaian kedua akan dilakukan kerana masih banyak lagi buah cili yang telah matang dan menanti untuk dituai.

Inilah kata pepatah, berbudi kepada tanah (walaupun fertigasi tidak menggunakan tanah...sabut/sekam sama seperti tanah), hasilnya amat baik dan bermakna sekali. Apa yang penting adalah kesungguhan dan kesabaran di dalam mengusahakan sesuatu, pasti akan mendatangkan hasil seperti mana yang diharapkan.

Apa yang saya pelajari selama 86 hari ini adalah :-
  1. Anak pokok cili 1 hari hingga 30 hari perlu dibelai dengan sepenuhnya seperti mencantas daun/dahan agar ianya mencapai ketinggian yang ideal sebelum mengeluarkan bunga/putik.
  2. Pemberian kadar/sukatan (kuantiti, EC dan jumlah baja air) nutrien seperti baja air adalah amat penting semasa umur anak pokok sedang meningkat naik. Sukatan baja air yang saya gunakan ialah 1.5 EC 500ml sehari/pokok untuk anak pokok 1-30 hari. 1.75 EC 1000ml sehari/pokok untuk pokok berusia 31-60 hari. 2.5 EC 1500ml sehari/pokok untuk pokok berusia 61-90 hari dan seterusnya.
  3. Amalan meracun hendaklah dilakukan dan mengikut jadual yang betul bagi memastikan pokok cili dilindungi daripada serangan serangga perosak.
  4. Penyelenggaran kawasan tanaman seperti menyediakan tiang sokongan, buluh sokongan, menyediakan tali junjung dan sebagainya perlu dilakukan bagi memastikan pokok cili dapat tumbuh secara menegak dan tidak mudah rebah/patah akibat bebanan buah cili, hujan lebat, angin kuat dan sebagainya.Dengan cara ini juga kerja-kerja meracun akan menjadi lebih mudah termasuk di bahagian bawah daun.
InsyaAllah jika kesemua perkara ini dilakukan, maka sasaran mendapatkan 3kg hasil cili bagi setiap pokok semusim tidak mustahil untuk dicapai.











Kebun Puchong : Mencuci Dripper-Penitis


Kebun Puchong, 11 Januari 2009 - Hari ke-80, saya melakukan kerja-kerja pencucian terhadap peralatan siraman seperti dripper dan paip dalaman (16mm) kerana ianya telah menunjukkan tanda-tanda bahawa dripper tersebut telah tersumbat dan dipenuhi dengan kotoran seperti habuk dan sebagainya.

Ini dapat dipastikan bilamana beberapa polibag kelihatan kering sedangkan pam air berjalan dengan baik tepat pada waktunya.

Kesempatan mengisi bancuhan baja air seterusnya saya gunakan untuk mencuci dripper bengkok tersebut dengan mengisi sedikit air paip ke dalam tangki sehingga ke paras pam air. Kemudian pam dihidupkan untuk mengalirkan air bersih melalui micro tube.

Micro tube yang bersambung kepada dripper dicabut secara berhati-hati bagi mengelakkannya daripada rosak seperti patah, bengkok dan sebagainya.



Kemudian air yang mengalir melalui micro tube dihalakan kepada dripper bengkok untuk membuang dan mencuci kotoran yang menyekat laluan air baja dari tangki. Adalah lebih baik jika menggunakan berus kecil untuk tujuan pencucian ini.



Memandangkan Kebun Puchong ini berkapasiti 30 pokok (pada masa sekarang) maka ianya tidaklah memenatkan dan mengambil masa kurang dari 30 minit sahaja. Bagi tanaman yang berkapisiti besar, maka penyelesaiannya adalah dengan menggunakan alat penapis (Disc Filter) yang dipasangkan pada laluan keluar air baja dari tangki. Oleh yang demikian, maka kita hanya perlu mencuci disc filter tersebut sahaja dan tidak perlu lagi mencuci kesemua dripper bengkok. Namun begitu, pemantauan perlulah dilakukan juga jika terdapat masalah lain pada peralatan dripper ini.

Sekiranya kita tidak mengendahkan perkara ini, maka kesannya amat besar seperti pokok akan layu kerana kekurangan nutrien memandangkan media tanaman yang digunakan adalah sabut/sekam bakar yang tidak menyimpan apa-apa nutrien yang penting di dalam pembesaran pokok cili ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.