Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Senarai Harga : Buku dan Panduan Pertanian

Senarai Harga Buku-Panduan Pertanian dan Fertigasi

Buku Jimat Dari Dapur


Jimat Dari Dapur
Harga : RM28.00
Ahli TEFRA :






Penerangan
Muka surat :
Penulis : Izham Alias & Ashraf Shuib
Isi kandungan :
- Pengenalan
- Tanam, Hias & Makan Sayur
- Kreatif & Inovatif Dalam Berkebun
- Merancang Hasil
- Pembajaan
- Kawalan Penyakit
- Sesuai untuk semua peringkat



Buku Panduan Fertigasi


Penaman Secara Fertigasi
Harga : RM22.00
Ahli TEFRA : RM19.80






Penerangan
Muka surat : 46
Penulis : Hj Amat Khri B Mardi
Isi kandungan :
- Pengenalan Fertigasi.
- Pengurusan Tapak Semaian
- Pengurusan Ladang
- Pengurusan Projek
- Anggaran Kos
- Padat dengan gambar yang berkualiti.
- Sesuai untuk semua peringkat pengusaha




Buku Panduan Melon



Penaman Melon Fertigasi
Harga : RM18.00
Ahli TEFRA : RM16.20





Penerangan
Muka surat : 25
Penulis : Hj Amat Khri B Mardi
Isi kandungan :
- Pengenalan Melon.
- Keperluan Asas - Menyemai Biji Benih
- Persediaan Ladang - Mengubah Ke Ladang
- Menyulam
- Menyiram dan membaja
- Trellis dan Sokongan
- Melatih Tanaman
- Pendebungaan Membantu
- mengawal Perosak - Pemantauan ladang
- Rawatan dan Guna Semula
- Memungut Hasil - Pendapatan dan Kos
- Aliran Wang Tunai
- Padat dengan gambar yang berkualiti.
- Sesuai untuk semua peringkat pengusaha Melon





Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA)


Sabtu, 5hb. Disember 2009 perjumpaan pertama Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) yang berlangsung di Pusat Jualan Romatech Agro, Puchong, Selangor berjalan dengan lancar dengan kehadiran seramai 10 orang usahawan fertigasi yang aktif yang sedang mengusahakan tanaman pertanian secara fertigasi . Perjumpaan rasmi yang bermula jam 9:30 malam ini berlarutan sehingga jam 2:00 pagi bila mana kesemua usahawantani menunjukkan minat yang amat mendalam untuk merealisasikan team tersebut.

Terima kasih juga kepada usahawan yang sanggup datang dari jauh seperti En Hazemin, En Azwan, dan En. Hassan dari Gelang Patah, Johor dan En Madir dan isteri dari Tanjong Minyak, Melaka semata-mata untuk bersama-sama di dalam perjumpaan ini.

Diantara agenda yang dibentang pada hari tersebut adalah :-

Nama Team : Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA)
Penasihat :
Penyelaras : Romatech Agro

Tujuan :
  1. Menghimpun dan menggabungkan semua usahawan pertanian dan fertigasi di seluruh Malaysia,
  2. Membantu ahli untuk mencari kaedah dan jalan yang terbaik dan memudahkan ahli bagi mendapatkan bekalan peralatan pertanian seperti peralatan fertigasi, baja, supplement dan lain-lain dengan harga yang lebih kempetitif,
  3. Membantu ahli untuk mendapatkan bekalan racun dan kawalan penyakit dan serangga dengan harga yang lebih rendah daripada pembekal yang berdaftar,
  4. Membantu ahli menguruskan kebun pertanian mereka dengan lebih effisyen samada dari segi kos penyelenggaraan mahupun pendapatan.
  5. Menjadi tempat untuk ahli bernaung, berbincang dan merujuk masalah yang dihadapi dalam sektor pertanian,
  6. Mendapatkan ahli teknologi dan maklumat pertanian.
  7. Membantu ahli memasarkan hasil pertanian dengan lebih sistematik dan terancang disamping merancang untuk mengujudkan Pusat Pemasaran Setempat di setiap negeri di seluruh negara.

Matlamat :
  1. Menjadikan kebun pertanian yang diusahakan oleh ahli dapat mengeluarkan hasil yang optimun, sekaligus dapat meningkatkan pendapatan setiap ahli.
  2. Meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan hasil pertanian dari luar negara.
  3. Membantu ahli untuk mendapatkan harga yang tertinggi dan dapat menstabilkan harga pasaran hasil pertanian.
  4. Melahirkan lebih ramai usahawan di dalam sektor pertanian.

Kelebihan Keahlian TEFRA :
  1. Setiap ahli yang telah diluluskan pendaftarannya akan mendapat potongan harga istimewa sebagai Ahli Eklusif Pertanian Romatech Agro (AET), tertakluk kepada jumlah yang akan ditetapkan oleh Romatech Agro.
  2. Mendapat harga yang lebih rendah untuk pembelian racun kawalan penyakit dan serangga. Romatech Agro akan berusaha melantik Pembekal Racun Kawalan Penyakit dan Serangga berdaftar untuk membekalkannya dengan harga yang lebih rendah kepada ahli.
  3. Membantu ahli di dalam memberikan informasi pertanian seperti teknologi pertanian, harga pasaran semasa dan lain-lain lagi.
  4. Jaringan pemasaran secara berkelompok bagi menjamin ahli akan mendapat harga pasaran yang tertinggi.
  5. Khidmat nasihat dan sokongan daripada ahli-ahli TEFRA yang lain.

Syarat-syarat Keahlian :
  1. Umur : 18 tahun dan ke atas
  2. Jantina : Lelaki atau perempuan
  3. Kaum/bangsa/Agama : Terbuka kepada pelanggan Romatech Agro
  4. Ahli Eklusif Pertanian (AET)
  5. Ahli Eklusif Perniagaan (AEN)
  6. Bayaran Masuk : RM20.00
  7. Yuran : Tiada
Romatech Agro adalah berhak, pada bila-bila masa, bergantung kepada budi bicara untuk meluluskan atau tidak meluluskan permohonan keahlian seseorang individu tersebut.

Ahli Eklusif Pertanian (AET) :
  1. Memiliki kebun (atau ladang) pertanian samada milik sendiri, perkongsian, sewaan, pajakan, atau mendapat kebenaran daripada pemilik tanah yang asal samada telah atau sedang atau akan diusahakan dengan tanaman sayur-sayuran seperti cili, terung, timun, melon, kailan, taugeh, jagung dan sebagainya, dan
  2. Tanaman sayur-sayuran yang diusahakan hendaklah secara fertigasi atau sekurang-kurangnya 25% (dua puluh lima peratus) daripada jumlah keseluruhan tanaman samada dari kebun yang sama atau berlainan lokasi kebun.
  3. Memiliki jumlah tanaman 500 pokok dan ke atas, dan
  4. Telah melakukan transaksi pembelian terkumpul di Romatech Agro tidak kurang RM500.00
Ahli Aklusif Perniagaan (AEN) :
Terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam industri pertanian seperti pembekal, penjual, pengedar, pemborong, tenaga pengajar, konsultan pertanian dan lain-lain lagi.


Aktiviti TEFRA :

TEFRA merancang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat memberikan kebaikan kepada ahli-ahli. Diantara aktiviti-aktiviti tersebut adalah :-
  1. Perladangan Kontrak (Contract Farming)
  2. Projek Kebun Angkat
  3. Khidmat nasihat dan bimbingan pertanian – Konsultansi.
  4. Kursus dan latihan pertanian – Cadangan mengadakan kursus fertigasi kepada ahli TEFRA dengan menjemput penceramah yang berkelayakan di dalam sektor pertanian.
  5. Mengujud dan/atau Melantik Agen Pengumpulan Hasil Pertanian bagi membantu ahli mendapatkan harga ladang yang tertinggi.
  6. Mengadakan perjumpaan secara mingguan atau bulanan dan sessi perbincangan diantara ahli yang berkaitan dengan pertanian.
  7. Mengadakan satu laman weblog KHAS untuk ahli TEFRA sahaja.

TEFRA akan dilancarkan secara rasminya pada 19hb. Disember 2009 ini iaitu hari yang sama dengan Promosi Jualan Ulangtahun Romatech Agro di Pusat Jualan Puchong. Maklumat lanjut berkenaan dengan syarat-syarat keahlian di dalam TEFRA, sila hubungi kami atau telefon 019-226 2125 (Prof)

Perjumpaan TEFRA









Lawatan Ke Tapak : November 2009


November 2009 saya berkesempatan untuk mengadakan site-visit ke beberapa kebun-kebun pengusaha cili di sekitar Lembah Klang di atas permintaan pengusaha. Antara kebun yang saya lawati pada 19hb November 2009 yang lalu ialah di Kem Tentera TUDM di Subang. Kebun yang memuatkan sejumlah 1,100 pokok cili kulai F1 568 ini diusahakan oleh En Mahadi dan rakan-rakan sekerja beliau.

Info
Pengusaha : En Mahadi
Kebun : TUDM Subang
Tanaman : Kulai F1 568
Jumlah : 1100 pokok

Atas nasihat yang diberikan oleh saya dahulu, kebun beliau kini telahpun dipagari dengan pokok-pokok jagung yang berfungsi sebagai penampan serangga halus seperti hama, aphid dan sebagainya. Pokok jagung ini akan dapat melengahkan kehadiran serangga-serangga halus berbadan lembut tersebut ke arah pokok-pokok cili. Dengan demikian, maka pekebun selalunya akan dapat mengoptimumkan lagi pengawalan serangga.

Semasa kedatangan saya, kebun beliau sudah mula mengeluarkan hasil cili merah.

Kebun TUDM, Subang, Selangor




Selain itu, saya juga berkesempatan melawat kebun Greenland Farm pada 27hb. November 2009 yang dimiliki oleh En Rizal yang terletak di Ulu Yam dengan jumlah tanaman cili Kulai F1 568 ialah 2,500 pokok dan telah mengeluarkan hasil. En Rizal amat bertuah kerana kebun beliau terletak bersebelahan dengan sungai. Oleh yang demikian beliau menggunakan air sungai sebagai sumber air yang utama untuk pengairan air baja ke kawasan kebun.

Info
Pengusaha : En Rizal
Kebun : Ulu Yam Bharu
Tanaman : Kulai F1 568
Jumlah : 2,500 pokok

pH air sungai tersebut adalah konsisten (sekitar 7.0pH). Malahan suhu air sungai yang sejuk membolehkan tanaman beliau memperolehi air yang baik dengan kandungan oksigen yang lebih tinggi berbanding dengan air yang agak panas (suam) di kebanyakan kebun. Maka tidak hairanlah kebun beliau dapat menghasilkan cili merah yang berkualiti dengan berat setiap cili mencecah sehingga 33g/biji.

Atas permintaan cili segar yang amat tinggi, maka beliau sedang berkira-kira untuk memperbesarkankan jumlah tanaman cili disamping mengusahakan tanaman sayur-sayuran lain seperti kailan, sawi dan kekacang.

Kebun Greenland Farm, Ulu Yam, Selangor






Kebun Puchong : Musim 3 Hari Ke-57


Alhamdulillah, Kebun Puchong bagi musim ke-3 2009 telah memasuki hari ke 57 dengan tanaman cili berjumlah 44 pokok ini untuk set Kebun dan Laman ini telah mengeluarkan buah cili dan sedang membesarkan.

Walaupun pada peringkat awalnya ianya menghadapi masalah apabila sebanyak 11 pucuknya dimakan oleh kambing jiran, namun apabila telah dirawat dengan menggunakan baja gunung berapi (zeolite) dan semburan racun seperti Kawalan Organik Green Patrol ES dan Racun Kimia Pegasus, kini kesemua pokok tersebut telah pulih sepenuhnya dan mula mengeluarkan buah.

Disamping semburan racun kimia dan organik, saya juga turut memasang plastik kuning dan biru yang disapukan dengan pelekat serangga untuk memerangkap serangga seperti hama, aphid dan sebagainya.


Bagi kawalan secara biologi pula saya turut memasang perangkap lalat buah memandangkan Kebun Puchong ini telah mengeluarkan buah cili dan kehadiran lalat buah telah dapat dikesan apabila beberapa buah cili telah dirosakkannya.

Pemikat & Perangkap Lalat Buah




Kebun Puchong








Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430H



Kami di Romatech Agro mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pelanggan-pelanggan kami, usahawan pertanian dan seluruh umat Islam.

Mudahan pengorbanan kita selama ini akan sentiasa diberkati Allah. InsyaAllah.



Kebun Cili Fertigasi Untuk Dijual


Keluasan : 1 ekar
Jenis tanah: Pertanian
Kapasiti: 2,400 pokok (max 5,000 pokok)
Lokasi: Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor.
Tarikh Pengambilalihan: 1 Disember 2009
Kos Asal Pembinaan: RM70K
Kos Pengambil-alihan: RM28K
Sebab Untuk Dijual : Pemilik berpindah ke Pantai Timur

Kos pengambil-alihan sebanyak tersebut melibatkan deposit penyewaan tanah, urusan agreement dan penjualan peralatan fertigasi serta kemudahan kebun seperti berikut:-

Peralatan Fertigasi:
  • 2,500 x point sistem air secara looping/frame (c/w 32mm and 16mm poly pipe dan silver shine)
  • 1 x unit Orimas Water Pump 1.0 HP
  • 1 x unit Auto Digital Timer
  • 1 x unit Disc Filter 32mm
  • 2,500 x unit Dripper (c/w Micro Tube & Nipper)
  • 2,500 x unit Polybag (Putih)
  • 3 x unit Ball Valve 32mm
  • 38 x unit Poly Tee (ET) 16mm
  • 2 x unit Poly Equal Elbow (EE) 16mm
  • 1 x unit Poly End Cap (EC) 32mm
  • 1 x unit Poly Equal Tee (ET) 32mm
  • 4 x unit Poly Female Treaded Adaptor 32mm (FTA)
  • 8 x unit Poly Male Treaded Adaptor 32mm (MTA)
  • 40 x unit Clamp Saddle 32mm (c/w OT Valve Male)
  • 8 x roll Silver Shine
  • 80 x unit Turnbuckle
  • 24 x unit Tray Semaian
Peralatan Tangki:
  • 2 x unit Kossan Water Tank - 600 gallon setiap satu
  • 1 x unit Kossan Water Tank - 400 gallon setiap satu
  • 2 x unit Fertilizer Tank - 200 liter setiap satu
Kemudahan Kebun:
  • 1 x unit of 20’x10’ Stor (c/w asbestos roof, dinding separa konkrit separa plywood, pintu kayu dengan tombol/ 6 x point plug/ 2 x unit lampu fluorescent/1 x unit spotlight point, meter elektrik TNB dan meter air Syabas)
  • Pagar Hijau Chain-Link (5’ tinggi) untuk 1 ekar tanah (c/w 10’x10’ gate besi)
  • 5,000 x unit batu bata pasir
  • 1 x unit Khemah (10’x10’)
  • 1 x unit Picnic Table kayu
  • 1 x unit Pesticide Pressure Pump - manual
  • Stok medium + sabut & stok buloh pancang
Kesemua peralatan ini masih dalam keadaan baik dan hanya digunakan untuk 5 bulan sahaja. Pengusaha yang berminat hanya perlu membayar kos pengambil alihan dan meneruskan pembayaran sewa kepada tuan tanah berdasarkan kepada agreement sewaan tanah tersebut. Peralatan-peralatan lain telah siap sedia dan ini dapat menjimatkan masa pengusaha.

Kepada pengusaha-pengusaha yang berminat sila hubungi Sdr Misuari 012-5793506 atau email untuk maklumat lanjut. Kos pengambil-alihan masih boleh dibincangkan.

Kebun Ijok, Selangor








Baja Fertigasi : Penurunan Harga

Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, kami ingin mengumumkan penurunan harga Baja Fertigasi AB mulai Jumaat 6hb. November 2009.





Baja AB 100L @25kg

Harga : RM140.00 (Lama : RM150.00)
Potongan harga istimewa akan diberikan bagi pembelian melebihi 5 set











Baja AB 50L @12.5kg

Harga : RM75.00 (Lama : RM80.00)
Potongan harga istimewa akan diberikan bagi pembelian melebihi 5 set










Baja AB 10L @2.5kg

Harga : RM22.00 (Lama : RM23.00)
Potongan harga istimewa akan diberikan bagi pembelian melebihi 5 set










Pati Baja AB 5L+5L

Harga : RM15.00
Potongan harga istimewa akan diberikan bagi pembelian melebihi 5 set









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.