Secara umumnya tanaman secara Fertigasi tidak menetapkan jenis-jenis tanaman yang perlu dan boleh ditanam. Malahan tanaman nenas juga boleh ditanam di dalam polibag untuk skala kecil dan hobi.
Ini adalah kerana dari segi komersial ia tidak bersesuaian disebabkan oleh masalah kos dan tempoh masa yang lebih panjang untuk tuaian hasil.
Dari segi pembajaan dan siraman air tidaklah terlalu membebankan kerana baja diberi di dalam bentuk granula iaitu Zeolite dan dapat bertahan sehingga tempoh 2 bulan.
Baja Fertigasi AB juga boleh diberi pada kadar EC 1.5-2.0 dengan kekerapan sekali seminggu. Manakala penggunaan medium cocopeat adalah bersesuaian kerana ia dapat menyimpan sejumlah keperluan air untuk tanaman nenas ini.
Dari segi kawalan penyakit amat minimum dengan penggunaan Minyak Neem dan Minyak Bawang Putih yang berkesan mengawal serangga perosak disamping mengelak penyakit seperti kulat.