Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Showing posts with label Fertigasi. Show all posts
Showing posts with label Fertigasi. Show all posts

Tanaman Nenas Secara Fertigasi-Hobi


Secara umumnya tanaman secara Fertigasi tidak menetapkan jenis-jenis tanaman yang perlu dan boleh ditanam. Malahan tanaman nenas juga boleh ditanam di dalam polibag untuk skala kecil dan hobi.

Ini adalah kerana dari segi komersial ia tidak bersesuaian disebabkan oleh masalah kos dan tempoh masa yang lebih panjang untuk tuaian hasil.

Dari segi pembajaan dan siraman air tidaklah terlalu membebankan kerana baja diberi di dalam bentuk granula iaitu Zeolite dan dapat bertahan sehingga tempoh 2 bulan.

Baja Fertigasi AB juga boleh diberi pada kadar EC 1.5-2.0 dengan kekerapan sekali seminggu. Manakala penggunaan medium cocopeat adalah bersesuaian kerana ia dapat menyimpan sejumlah keperluan air untuk tanaman nenas ini.

Dari segi kawalan penyakit amat minimum dengan penggunaan Minyak Neem dan Minyak Bawang Putih yang berkesan mengawal serangga perosak disamping mengelak penyakit seperti kulat.



Kebun Puchong : Racun Serangga


Kebun Puchong, Khamis 11 Disember 2008 - Hari ke-49, ketinggian pokok cili (tertinggi) telah mencapai 30 inci (2 1/2 kaki) dari paras CocoPeat. 19 Pokok cili menunjukkan perkembangan yang baik dengan kesemua pokok telah mengeluarkan buah cili. Yang berbunga terus berbunga dengan kudupnya telah jatuh dan berganti dengan buah cili.





Pokok no. 12 yang mengalami masalah kerekot masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih selepas saya melakukan semburan racun cypermethrin. Saya bimbang ianya akan merebak ke pokok yang lain pula.

Kesempatan cuti pada hari ini (saya masih lagi bercuti, kena denggi) saya mengunjungi Kedai Racun (Kedai Pertanian) yang memang dikenali ramai di Lembah Klang ini iaitu Fajama Trading yang terletak di Seri Kembangan. Secara kebetulan En. Mohd Fauzi yang juga Pengurus dan pemilik Kedai Pertanian tersebut berada di kedainya. Jadi dapatlah saya menimba sedikit ilmu tentang Racun Serangga daripada beliau sendiri.

Fakta Angka (Racun)
Perosak : Hamama
Simpton : Daun Kerekot
Kawalan : Mitac

Selepas menerangkan masalah yang saya hadapi, beliau mencadangkan saya menggunakan racun serangga berjenama "Mitac". Ianya adalah racun hamama dari kumpulan "amidine" yang bertindak secara sentuhan dan pernafasan ke atas sistem saraf serangga yang menyerang dan merosakkan pokok cili dan lain-lain tanaman yang berkenaan.

Pulang dari kedai pertanian beliau, saya segera mendapatkan tong air berkapasiti 10 liter yang saya beli dari kedai 2 ringgit untuk membuat bancuhan. Sukatan bancuhannya ialah 11 ml Mitac dicampurkan dengan 10 liter air. Kemudiannya saya terus melakukan semburan ke atas kesemua pokok cili berjumlah 20 pokok ini dengan menggunakan bekas penyembur.

Fakta Angka (Racun)
Perosak : Semut/Anai2
Simpton : Akar/Daun
Kawalan : Termicide

Selain itu, saya juga ada membeli racun serangga berjenama "Termicide 38.7EC" khas untuk membunuh serangga seperti semut, lalat dan anai-anai. Kata orang, cegah sebelum parah. Jadi, ianya sebagai persediaan terhadap racun serangga jenis cypermethrin yang saya gunakan selama ini. Pada pendapat saya, racun jenis cypermethrin (RM5.00) yang saya gunakan hanya mampu untuk menlindungi pada masa-masa yang terhad sahaja. Selepas racun tersebut hilang, serangga ini akan datang kembali.

InsyaAllah, esok saya akan lakukan semburan racun Termicide ini.

Racun Serangga




Kebun Puchong : Hari ke 47


Kebun Puchong, Selasa 9 Disember 2008 - Hari ke-47, banyak buah cili Kulai telah mula membesar pada hampir kesemua pokok yang saya tanam sebanyak 20 pokok di tepi rumah di Puchong ini.

Fakta Angka (Penyakit)
Perosak : Kutu Daun
Simpton : Daun Kerekot
Kawalan : Cypermethrin

Namun begitu salah sebatang pokok cili telah mula menghadapi masalah iaitu daun terutamanya pada bahagian pucuk menjadi kerekot. Kemudian saya rujuk malah ini melalui internet dan ianya berkemungkinan adalah masalah Kutu Daun (Aphis spp). Juga atas nasihat seorang rakan usahawan tani (Sdr Faidzal-AFFE), saya melakukan semburan racun cypermethrin ke atas pokok cili yang bermasalah ini. Setengah jam kemudiannya pula saya melakukan semburan baja air (saya ambil dari tangki baja air) ke atas keseluruhan pokok cili tersebut.

Mudahan-mudahan masalah ini akan selesai. Harap-harap begitulah.




Perbandingan Masalah




Projek Mini Cili Fertigasi : Hari 40


FAKTA ANGKA (Cili)
Tempoh : 40 Hari
Panjang : 5 inci
Ukur lilit : 2 inci

Selasa 2 Disember 2008, Kebun Puchong - Hari ke 40, buah cili yang sulung telah mencapai panjang 5 inci (13cm) dengan ukurlilit buah 2 inci (5cm). Ini bermakna di dalam tempoh 7 hari sejak 25 Nov '08 lalu, pertumbuhan adalah sebanyak 3 inci (8cm). Kedudukan buah cili pada polibag bernombor 12 ini terletak pada cabang yang pertama disamping pecahan cabang-cabang lain berjumlah 7 cabang (tingkat cabang). Saya perhatikan sebanyak tidak kurang 20 buah cili telah mula keluar pada polibag 12 ini. Syukur...

Perkembangan Cili Sulung


Selain daripada ini pokok-pokok yang lain telahpun menghasilkan banyak buah cili pada setiap cabangnya. Buah cili kedua terpanjang pada hari ini adalah pada pokok bernombor 14 dengan saiz buah mencapai 2 inci panjang. Mudah-mudahan buah-buah cili ini akan terus membesar dengan sihatnya bagi membolehkan saya dapat menuai hasilnya seperti yang dirancangkan. Harap-harap masalah penyakit seperti kelaziman bagi pokok cili seperti lalat putih dan semut tidak akan berlaku. InsyaAllah, program meracun yang saya jalankan akan dapat memberikan perlindungan kepada pokok cili saya ini.

Jika semuanya berjalan degan baik, program R&D yang saya jalankan ini juga akan saya jadikan sebagai panduan untuk meneruskan usaha ke arah membesarkan lagi tanaman Fertigasi ini di Kebun Permai 2 yang saya telah rancangkan.

Buah-buah Cili Membesar


Saya juga telah memasangkan tali sokongan bermula dari batang pokok, dahan/cabang pertama dan dahan/cabang kedua bagi menyokong dahan agar tidak patah atau senget akibat bebanan buah cili yang banyak. kata orang, mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya, sediakan payung sebelum hujan...kalau dah patah dahannya, tentu rugi nanti....

Tali Sokongan


Memasang Tali Sokongan





Projek Mini Cili Fertigasi : Hari 33


Selasa 25 November 2008, Kebun Puchong - Hari ke 33, ketinggian pokok cili pada hari ini mencapai pada paras 18 inci (1 1/2 kaki) dan tahap fizikal pokok dan daun (kehijauan) di dalam keadaan baik tanpa gangguan daripada serangga dan haiwan perosak.

Manakala daripada 20 batang pokok cili, salah satu daripadanya iaitu pokok bernombor 12 yang telah berbuah telah mencapai saiz 2 inci (5 cm) panjang. Pokok-pokok yang lain masih belum mengeluarkan buah. Cuma berbunga dan putiknya layu dan seterusnya jatuh ke bawah. Saya menjangkakan dalam masa seminggu ini beberapa putik yang lain akan mengeluarkan buahnya.

Perkembangan Pokok Cili


Selain itu saya juga telah membuat pagar dengan menggunakan tali plastik untuk mengelakkan pokok cili ini terganggu. Buat masa ini ramai jiran-jiran yang datang bertandang untuk melihat sendiri tanaman fertigasi ini. Saya memang nak praktiskan amalan penjagaan tanaman yang terbaik bagi mendapatkan mutu dan saiz buah cili yang ideal.

Pagar Kawasan



Benih pokok cili yang saya semai pada 10 November yang lalu telahpun mencapai ketinggian 2 inci. InsyaAllah saya jangkakan apabila sekurang-kurangnya daun ke-empat telah tumbuh dengan sihatnya, saya akan memindahkannya ke dalam polibag untuk Projek Kebun Permai di kampong.

Semai Benih






Kebun Permai : Menyediakan Media Tanaman


Kebun Permai, Alor Gajah Melaka, Sabtu 22 November 2008 - Minggu ini saya dan adik dengan dibantu oleh isteri menyediakan media tanaman yang sebelum ini hanya berjaya menyediakan sebanyak 9 polibag memandangkan kesukaran untuk mendapatkannya di negeri Melaka dan kawasan sekitarnya.

InsyaAllah, jika tidak aral melintang, saya akan menjadi seorang pembekal peralatan Fertigasi di Alor Gajah, Melaka menjelang Januari 2009 nanti. Setidak-tidaknya ianya akan dapat membantu dan menarik lebih ramai usahawan berkecimpung di dalam bidang Fertigasi ini.

Penyediaan media tanaman yang kami lakukan pada minggu ini berjalan dengan lancar. Kami menggunakan kain canvas besar terpakai (penutup badan lori) sebagai alas untuk mengelakkan media tanaman daripada bercampur dengan tanah. Kami menggunakan kaedah campuran cocopeat dan sekam bakar pada nisbah 3:1 untuk mendapatkan media yang ideal.

Menyediakan Media Tanaman




Kedua-dua campuran ini digaulkan secara sama rata sehingga sebati. Kemudian kami memasukkan media tanaman ini ke dalam polybag. Selesai kesemua 100 polybag (sebelum ini rancangan hanya 78 polybag sahaja) kami terus menyusunnya ke atas batu-bata. Kami telah membuat keputusan untuk menggenapkan jumlah tanaman cili kepada 100 pokok untuk memudahkan pengiraan terutamanya baja air dan penyelenggaraan nanti.

Susunan Polybag





Kemudian, dengan masa yang masih ada, kami membuat kemasan dengan meletakkan batu sesaran (hancur) di hujung Silver Shine untuk memastikan apabila hujan lebat, ianya tidak mengotorkan Silver Shine tersebut.

Kemasan



InsyaAllah, pada sabtu ini 29 Nov 2008 ini, akan selesailah kesemua kerja-kerja penyediaan tapak (baki 22 polybag), media tanaman, sistem siraman dan pagar disekeliling tapak Fertigasi ini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.