Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Showing posts with label Baja. Show all posts
Showing posts with label Baja. Show all posts

Senarai Harga : Baja Fertigasi AB


Baja Fertigasi AB adalah baja untuk tanaman berasaskan tidak kurang 11 jumlah unsur/komponen yang amat diperlukan oleh tanaman dan terbahagi kepada 2 jenis iaitu Peringkat Pertumbuhan (Vegetative) dan Peringkat Produktif/Pembuahan(Productive)

CARA PEMBUNGKUSAN BAJA AB
Manakala cara pembungkusan unsur-unsur tersebut pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :-
  • Komponen “A” : Calsium Nitrate, Ferum
  • Komponen “B” : Potasium Nitrate, MKP, SOP, Urea Phospate, Cuprum, Manganese, Zink, Borax, Molybdate

SKOP PENGGUNAAN BAJA AB
Baja Fertigasi AB ini boleh digunakan untuk semua jenis tanaman seperti :-
  • Sayuran Berdaun : Kailan, Kobis, Sawi, Kangkung, Bayam, Kuchai, Kesum dan lain-lain
  • Sayuran Berbuah : Cili, Terung, Timun, Melon, Tomato, Petola, Roselle, Pokok Tin/Fig dan lain-lain
  • Tanaman Hiasan : Rose, Bunga Matahari lain-lain
  • Kaedah Penanaman : Konvensional (Batas), Fertigasi (Titisan), Hidroponik (Aliran) lain-lain


Baja Fertigasi AB @5.0L - Cecair


5L + 5L Liter (Pati)
***  TIADA STOK  ***

Harga : RM15.00
Ahli TEFRA : RM

Nota : 5L = 5,000 Liter air pada kadar 1/100 = 1.5EC






Baja Fertigasi AB @2.5kg/set - Serbuk


Baja AB 10 Liter
Vegetatif/Pertumbuhan : RM20.00
Produktif/Buah : RM22.00

Nota : 10L = 1,000 Liter air pada kadar 1/100 = 1.5EC








Baja Fertigasi AB 50L @12.kg/set - Serbuk


Baja AB 50 Liter
Harga : RM80.00
Ahli TEFRA : RM75.00

Nota : 50L = 5,000 Liter air pada kadar 1/100 = 1.5EC






Baja Fertigasi AB 100L @25.0kg/set - Serbuk

Baja AB 100 Liter
Vegetatif/Pertumbuhan : RM125.00
TEFRA : RM120.00

Produktif/Buah : RM135.00
TEFRA : RM130.00

Nota : 100L = 10,000 Liter air pada kadar 1/100 = 1.5EC



NOTA :
Pembelian 10 set dan lebih
akan mendapat potongan harga istimewa.
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.

- Kaedah menyediakan Larutan Baja, sila klik disini
- Kaedah menentukan Kadar Siraman, sila klik disini
- Muaturun Jadual Siraman, sila klik disini



Baja Organik : Baja Gunung Berapi Zeolite


BAJA GUNUNG BERAPI atau nama saintifiknya ZEOLITE CLINOPTILOLITE adalah merupakan unsur ORGANIK DAN MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati.

ZEO G5 FERTILIZER dihasilkan melalui proses pengasingan mineral yang dilombong di kawasan pergunungan berapi Indonesia. Baja ini adalah merupakan unsur MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk meningkatkan kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman.


Disamping itu, bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah. Ianya juga berfungsi sebagai Agen rawatan tanah dimana BAJA GUNUNG BERAPI ini membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0 - 5.0) kepada tahap pH tanah subur (ph 6.0 - 7.0).

Ianya juga mengandungi Unsur Asas Baja Makro Nutrien dan Mikro Nutrien iaitu untuk penyuburan pokok, daun menggalakkan pertumbuhan akar dan untuk penyuburan bunga dan buah. BAJA GUNUNG BERAPI adalah produk organik semulajadi yang mana ianya tidak memudaratkan kepada manusia dan binatang dan juga tidak akan menyebabkan keracunan metal di dalam darah.

Kelebihan dan Kebaikan Menggunakan Baja Gunung Berapi
  1. Mengandungi 'Potassium' yang tinggi, berkeupayaan bertindakbalas dengan Nitrogen dan unsur mineral semulajadi utama yang diperlukan bagi menjamin
  2. kesuburan tanah.
  3. Mempunyai CATION EXCHANGE CAPACITY (CEC) yang tinggi (147 m.e.q) membantu mengikat ion-ion seperti ammonia untuk diserap oleh tumbuhan.
  4. Merawat tanah masam dengan mengubah struktur tanah dan dapat mengekalkan tahap pH tanah berpanjangan.
  5. Sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman terutama kelapa sawit pada tanah liat dan gambut, kelapa, padi, pokok buah-buahan dll.
  6. Menambah daya tahan tanaman dan dapat mengurangkan serangan penyakit.
  7. Memaniskan hasil buah-buahan, serta menambah berat hasil tanaman.
  8. Meningkatkan pH, KTK, N, Ca. Mg dan K dalam tanah.
  9. Meningkatkan efisiensi organik sebagai penyedia unsur (N,K,dll).
  10. Meningkatkan penyerapan air.
  11. Mengendalikan racun dari unsur aluminium.

Kesesuaian Baja Gunung Berapi Zeo G5 :-
  • Semua jenis tanaman dan sayur-sayuran,
  • Semua jenis medium, tanah mahupun sabut kelapa atau sekam padi.
  • Penternakan
  • Akuakultur (menaikkan nilai pH air dari masam (asid) kepada neutral (6-7pH) serta dapat menjernihkan air

Panduan Penggunaan :-
  • Sayur-sayuran : 30~50gram/pokok
  • Sawit : 2-5kg/pokok
  • Getah : 1kg/pokok
  • Padi : 70~100kg/ekar
Maklumat lanjut Klik di sini atau hubungi kami melalui email.
Sila rujuk senarai harga di sini


Kaedah Menyediakan Larutan Air Baja Fertigasi

Pengetahuan di dalam menyediakan larutan air Baja Fertigasi adalah amat penting bagi memastikan tanaman fertigasi mendapat nutrien yang secukupnya seperti yang diperlukan oleh tanaman. Pada kebiasaannya mereka-mereka yang mengusahakan tanaman fertigasi pada skala yang kecil membeli terus set baja fertigasi di dalam bentuk serbuk yang dibekalkan di dalam kuantiti seperti 10 liter, 50 liter, 100 liter dan 200 liter.

Langkah Pertama (Menyediakan Pati Baja Fertigasi)

  1. Sediakan 2 bekas air (Bekas A dan Bekas B - boleh gunakan baldi air)
  2. Isikan 10 liter air (air paip) ke dalam setiap satu bekas tersebut.
  3. Masukkan kesemua serbuk di dalam bungkusan-bungkusan tersebut ke dalam bekas air masing-masing. Serbuk A kedalam bekas A dan Serbuk B ke dalam Bekas B.
  4. Kemudian kacau sehingga semua larutan tersebut menjadi sebati.
Langkah Kedua (Menyediakan Air Baja untuk siraman ke pokok)
  1. Sediakan bekas berisi 10 liter air (air paip) - Bekas C
  2. Ambil 100ml pati baja dari bekas A dan masukkan ke dalam Bekas C dan kacau sehingga sebati.
  3. Ambil 100ml pati baja dari Bekas B dan masukkan ke dalam Bekas C dan kacau sehingga sebati.
  4. Kemudian bolehlah disiram kepada anak pokok sehingga berumur 1 bulan.
Apabila umur anak pokok berumur lebih daripada 1 bulan, maka keperluan nutrien (baja) anak pokok ini akan bertambah. Maka kuantiti pati baja perlulah ditambah daripada 100ml kepada 150ml~200ml bagi setiap 10 liter air. Oleh sebab itu, maka adalah lebih baik sekiranya kita mempunyai kemudahan alat penyukat EC Meter bagi memastikan pemberian nutrien (baja) adalah lebih baik dan seimbang sepertimana yang diperlukan oleh pokok.

Kaedah penyediaan larutan air baja fertigasi boleh dimuaturun di sini :


Mudahan ianya adalah berguna kepada usahawan yang baru menceburi pertanian fertigasi ini. InsyaAlllah.

Set Serbuk Baja AB

Melarutkan Serbuk Baja AB (Pati)


Menyediakan Air Baja (Siraman)



Kebun Permai : Memindahkan Anak Pokok Cili ke Polibag


Kebun Permai, Ahad 7 Disember 2008 - Seperti yang dirancangkan sebelum ini, saya meneruskan Projek Mini 100 Pokok Cili Fertigasi di Kebun Permai, Alor Gajah, Melaka bersama-sama dengan 2 orang adik saya Mohd Nor dan Mohd Naser sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidil Adha. Walaupun saya baru 1 hari keluar dari wad (kerana denggi), namun kerana semangat dan perancangan yang telah diatur, kami teruskan juga program membuat bancuhan baja air dan memindahkan anak pokok cili dari tray semaian ke dalam polibag.

Jam 10 pagi kami mulakan dengan membuat bancuhan baja air ( Bahan A dan B) sebanyak 100 liter. 2 buah tong berkapasiti 120 liter setiap satu digunakan sebagai bekas menyimpan baja air bahan A dan bahan B (pekat). Selepas itu, sebuah tangki air berkapasiti 100 gelen (378 liter) dipenuhkan dengan muatan sebanyak 350 liter air pili dan dicampurkan dengan 3.5 liter bahan A dan 3.5 liter bahan B (pekat) untuk mendapatkan sukatan bagi baja air yang ideal untuk anak pokok cili yang berusia 1 bulan. Bacaan baja air kemudiannya disukat dengan menggunakan EC Meter sehingga mendapat bacaan 1.5 EC.

Bancuhan Baja Air




Selesai membuat bancuhan, ujian siraman dilakukan dengan menyukat jumlah siraman berdasarkan kepada keupayaan motor (pam akuarium). 2 botol air mineral (500ml) digunakan untuk menyukat pada kedudukan permulaan dripper (polibag pertama) dan penghujung dripper (polibag ke-100). Keputusan yang diperolehi ialah 100ml = 4 minit. Kami menetapkan jumlah siraman sehari/pokok ialah sebanyak 500ml. Sebuah Alat Penetap Waktu (Timer) digunakan dan jadual siraman untuk Kebun Permai adalah seperti berikut :-
  • Siraman Pertama : 8:30 pagi ~8:34 pagi
  • Siraman Ke-2 : 10:30 pagi ~ 10:34 pagi
  • Siraman Ke-3 : 1:00 ptg ~ 1:04 petang
  • Siraman Ke-4 : 3:00 ptg ~ 3:04 ptg
  • Siraman Ke-5 : 5:00 ptg ~ 5:04 ptg
Oleh yang demikian,
Penggunaan baja air sehari = 50 liter.
Penggunaan baja air sebulan = 1,500 liter

Sukatan Siraman


Kemudiannya, kami terus memindahkan anak pokok cili (Kulai 568) ke dalam polibag. Kerja-kerja pemindahan sebanyak 100 anak pokok cili ini mengambil masa selama lebih kurang 20 minit dengan dibantu oleh adik saya Mohd Naser dan Mohd Nor.

Alhamdulillah, menjelang tengahari, kesemua kerja-kerja telah selesai dilakukan. Maka bermulalah episod baru bagi 100 anak pokok cili Kulai ini di dalam polibag yang lebih selesa berbanding dengan tray semaian yang kecil sebelum ini.

Memindahkan Anak Pokok







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.