Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Showing posts with label Anak Pokok Cili. Show all posts
Showing posts with label Anak Pokok Cili. Show all posts

Kebun Puchong : Cili Kulai-Hijau


Kebun Puchong, Khamis 30 Disember 2008 - Hari ini buat pertama kalinya saya dapat merasai cili yang saya tanam lebih 2 bulan yang lepas. Semasa menjalankan kerja-kerja pembersihan pada pokok cili, tah macam mana saya telah terlanggar buah cili menyebabkannya jatuh ke atas silver shine. Bukan satu tapi 2 biji pulak tu....

Saya mengambil kesempatan makan tengahari hari ini dengan menjadikannya sebagai ulam. Satu untuk saya dan satu untuk isteri. Sedap? memang sedap dijadikan ulam, apatah lagi ianya hasil dari titik peluh dari tulang 4 kerat kita sendiri. Kalau ikut hati, nak petik lagi untuk buat ulam, tapi kajian R&D saya masih belum tamat, kerana pusingannya belum lagi berakhir.

Kesimpulan yang saya dapat dari incident ini ialah :-
  1. Spesifikasi/jarak kelegaan antara satu-satu pokok cili amat mustahak bukan sahaja untuk keselesaan pokok itu sendiri, malahan kepada usahawan tanaman cili bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan seperti pembersihan, meracun dan sebagainya.
  2. Umur cili 2 bulan dah boleh dapat hasil dengan syarat baja dan racun diselenggara dengan baik dan teratur.
  3. Cili hijau memang sedap dibuat ulam.



Kebun Puchong : Tali Junjung


Kebun Puchong, Ahad 21 Disember 2008 - Hari ke-59, Saya selesai menyediakan tali junjung bagi pada setiap pokok cili sebanyak 20 batang pokok di tepi rumah saya ini. Tujuan memasang tali junjung ini adalah :-
  1. Sokongan terhadap dahan yang mempunyai banyak buah cili bagi mengelakkan ianya patah.
  2. Mengelakkan dahan pokok cili daripada menjadi terlalu "rendang" dan bersentuhan dengan pokok cili bersebelahan. Jika ini berlaku, maka ianya akan mengujudkan persaingan untuk mendapatkan cahaya matahari dan menyebabkannya terbantut.
  3. Memudahkan urusan penyelengaraan pokok cili itu sendiri seperti meracun dan proses memetik buah cili (harvest) dan lain-lain.
Proses menyediakan tali junjung adalah sangat mudah, tetapi ianya memerlukan penelitian dan kesabaran bagi mengelakkan gangguan (buah gugur, dahan patah dan lain-lain) terhadap pokok dan buah cili tersebut. Apa yang perlu dilakukan ialah :-
  1. Sediakan tali plastik (tali rapia) kira-kira 6 kaki panjang. Tali plastik yang biasa boleh dibelah kepada beberapa saiz yang lebih kecil.
  2. Pada satu bahagian tali plastik, ikatkan secara "membulat" pada 2 atau 3 dahan yang mempunyai bilangan buah cili yang banyak atau dahan yang hampir melentur. Tali hendaklah diikat pada bahagian luar pokok untuk membolehkannya berfungsi sebagai "pejunjung".
  3. Pada bahagian tali yang lagi satu, ikatkan pada dawai penegang dan buluh pancang sambil dahan pokok cili tersebut dijunjung sedikit ke atas.
Bila dah dijunjung ke atas, maka lebih mudah untuk melihat buah-buah cili yang sedang rancak berbuah dan memudahkan semburan racun kulat.

Tali Junjung









Kebun Permai : Kayu Penyokong Anak Pokok Cili


Kebun Permai, Alor Gajah Melaka, Sabtu 20 Disember 2008 - Hari ke-14, Saya dengan dibantu oleh isteri, mak, dan adik-adik menyediakan kayu sokongan kepada anak pokok cili. Sebelum ini kami menggunakan lidi sebagai penyokong anak pokok cili yang telah dipindahkan pada 7hb Disember 2008 yang lalu.

Walaupun hujan telah berkurangan, namun masaalah angin yang kuat bertiup pada sebelah petang menyebabkan batang lidi tidak lagi mampu menampungnya. Kami kemudiannya menyediakan kayu pancang dari racikan batang buluh sepanjang lebih kurang 8~9 inci panjang yang kemudiannya dipancangkan secara melintang bagi mengekalkan kelurusan batang anak pokok cili tersebut.

Seronok buat kerja secara gotong royong ni...

Kayu Pancang





Perkembangan Anak Pokok Cili Kulai 568





Kebun Permai : Memindahkan Anak Pokok Cili ke Polibag


Kebun Permai, Ahad 7 Disember 2008 - Seperti yang dirancangkan sebelum ini, saya meneruskan Projek Mini 100 Pokok Cili Fertigasi di Kebun Permai, Alor Gajah, Melaka bersama-sama dengan 2 orang adik saya Mohd Nor dan Mohd Naser sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidil Adha. Walaupun saya baru 1 hari keluar dari wad (kerana denggi), namun kerana semangat dan perancangan yang telah diatur, kami teruskan juga program membuat bancuhan baja air dan memindahkan anak pokok cili dari tray semaian ke dalam polibag.

Jam 10 pagi kami mulakan dengan membuat bancuhan baja air ( Bahan A dan B) sebanyak 100 liter. 2 buah tong berkapasiti 120 liter setiap satu digunakan sebagai bekas menyimpan baja air bahan A dan bahan B (pekat). Selepas itu, sebuah tangki air berkapasiti 100 gelen (378 liter) dipenuhkan dengan muatan sebanyak 350 liter air pili dan dicampurkan dengan 3.5 liter bahan A dan 3.5 liter bahan B (pekat) untuk mendapatkan sukatan bagi baja air yang ideal untuk anak pokok cili yang berusia 1 bulan. Bacaan baja air kemudiannya disukat dengan menggunakan EC Meter sehingga mendapat bacaan 1.5 EC.

Bancuhan Baja Air




Selesai membuat bancuhan, ujian siraman dilakukan dengan menyukat jumlah siraman berdasarkan kepada keupayaan motor (pam akuarium). 2 botol air mineral (500ml) digunakan untuk menyukat pada kedudukan permulaan dripper (polibag pertama) dan penghujung dripper (polibag ke-100). Keputusan yang diperolehi ialah 100ml = 4 minit. Kami menetapkan jumlah siraman sehari/pokok ialah sebanyak 500ml. Sebuah Alat Penetap Waktu (Timer) digunakan dan jadual siraman untuk Kebun Permai adalah seperti berikut :-
  • Siraman Pertama : 8:30 pagi ~8:34 pagi
  • Siraman Ke-2 : 10:30 pagi ~ 10:34 pagi
  • Siraman Ke-3 : 1:00 ptg ~ 1:04 petang
  • Siraman Ke-4 : 3:00 ptg ~ 3:04 ptg
  • Siraman Ke-5 : 5:00 ptg ~ 5:04 ptg
Oleh yang demikian,
Penggunaan baja air sehari = 50 liter.
Penggunaan baja air sebulan = 1,500 liter

Sukatan Siraman


Kemudiannya, kami terus memindahkan anak pokok cili (Kulai 568) ke dalam polibag. Kerja-kerja pemindahan sebanyak 100 anak pokok cili ini mengambil masa selama lebih kurang 20 minit dengan dibantu oleh adik saya Mohd Naser dan Mohd Nor.

Alhamdulillah, menjelang tengahari, kesemua kerja-kerja telah selesai dilakukan. Maka bermulalah episod baru bagi 100 anak pokok cili Kulai ini di dalam polibag yang lebih selesa berbanding dengan tray semaian yang kecil sebelum ini.

Memindahkan Anak Pokok







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.