Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Showing posts with label Kulat. Show all posts
Showing posts with label Kulat. Show all posts

Penyakit Tanaman : Kutu Daun

Kutu Daun adalah sejenis serangga yang kecil, berbadan lembut dengan saiz kurang daripada 1/8 inci panjang yang juga dikenali dengan nama Aphid atau Afid. Ia diketegorikan di dalam keluarga Aphididae. Kebanyakan tanaman mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis (spesis) Aphid yang menjadikan tanaman tersebut sebagai sumber makanan mereka.

Nama Penyakit/Perosak : Kutu Daun, Aphid, Afid - Aphis spp
Keluarga (Family) : Aphididae
Patogen (Agen Pembawa) :
Punca : Serangga
Nama Lain : aphis gossypii
Agen Penyebaran : Sentuhan, Angin, Manusia, Haiwan dan lain-lain
Bahagian Serangan : Daun, Batang, Pucuk, Bunga dan Buah

Jenis Tanaman Diserang :
Sweet Melon, Tembikai Susu (Honeydew), Tomato, Cili, Timun, Terung, Jagung, dan lain-lain

Cara Serangan :
Aphid dewasa dan nimfa menghisap cairan sel daripada bahagian daun, pucuk, bunga, buah dan batang pokok.

Kesan Serangan :
Symtomnya dapat dilihat pada daun tanaman yang kelihatan mengerekot (kerinting), melengkung ke atas atau ke bawah. Berbelang-belang kekuningan (klorosis). Serangan pada bahagian bunga tanaman akan menyebabkan bunga gugur. Selain daripada itu, ia juga adalah penyebab kepada penyakit kulat yang dikenali sebagai Kulat Jelaga ataupun Kulat Jelaga Hitam (Sooty Mould/Sooty Mold).

Serangan dan pembiakan Aphid biasa meningkat terutamanya pada musim panas dan kering.


Penyebaran Virus
Aphid juga adalah vektor kepada penyakit virus terhadap tanaman. Ini berlaku semasa Aphid menghisap cairan dari tanaman, ia juga boleh menyuntik kandungan toksin dan memindahkan virus kepada tanaman, terutamanya dari Aphid dewasa yang bersayap. Tanaman yang dijangkiti penyakit virus akan terbantut dan kehijauan daun tidak seragam. Daun kelihatan berbelak-belak hijau tua dan hijau muda. Tulang utama daun akan berkerekot (kerinting) dan daun muda menjadi tirus serta keras.


Penyakit Kulat Jelaga Hitam (Sooty Mould/Sooty Mold)
Aphid juga mendatangkan penyakit lain seperti kulat (cendawan). Ini berlaku bilamana manisan (sisa buangan, honey) yang dikeluarkan oleh Aphid secara berlebihan akan mengenai bunga, daun, buah dan batang pokok dan melalui kaedah berikut :-
  • Manisan ini adalah bersifat melekit (sticky) dan apabila mengenai daun ia akan memerangkap banyak habuk dari persekitaran kawasan tanaman.
  • Manisan serta habuk yang terperangkap ini menyebabkan terjadinya penyakit kulat yang dikenali sebagai Kulat Jelaga atau Jelaga Hitam (Sooty Mould/Sooty Mold) yang akan menjadikan daun bertukar warna kehitaman
  • Kesan Jelaga Hitam yang menutupi permukaan daun ini juga akan menyebabkan daun pokok tidak dapat menerima cahaya matahari dengan secukupnya dan ia akan menjejaskan proses fotosentis tanaman. Oleh yang demikian pokok akan menjadi semakin lemah dan membantutkan pembesaran serta menjejaskan hasil tanaman.



Mengenali Aphid

Kitaran Hidup Aphid

Aphid berkembang biak melalui 2 kaedah iaitu perkahwinan biasa dan tanpa perkahwinan (Unusual Lifesycles). Bagi pembiakan tanpa perkahwinan, telur-telur Aphid dapat berkembang biak menjadi anak (Nimfa) melalui proses partenogenesis (dilahirkan oleh Aphid dewasa) dengan kadar 5-6 nimfa sehari. Bersalin kulit sebanyak 4 kali melalui 4 peringkat instar sebelum menjadi dewasa dalam masa 7-10 hari.

Bahagian dada dan kepala dewasa berwarna hitam dan abdomen berwarna hijau gelap dan ada yang terdapat "antena" berwarna hitam dihujung abdomennya.

Terdapat lebih daripada 4,400 spesis Aphid dengan pelbagai warna badan mereka seperti merah muda (pink), kuning, kelabu, putih atau hitam bergantung kepada warna tanaman yang didiami. Ada juga spesis Aphid kelihatan licin atau berbulu.


Aphid dewasa tidak berkepak (sayap). Namun begitu, terdapat juga beberapa spesis yang mempunyai kepak bergantung kepada spesis yang mendiami sesuatu jenis tanaman. Aphid dari spesis yang berkepak amat mudah untuk berterbangan atau diterbangkan melalui tiupan angin dan berpindah dari pokok ke satu pokok yang lain terutamanya bilamana kaloni Aphid adalah terlalu banyak dan mereka terpaksa berpindah di mana sumber makanan daripada pokok yang didiami telah berkurangan.

Aphid pada kebiasaannya mencari makanan (pada daun atau batang) dalam satu kumpulan dan seringkali dilihat bersesak-sesak. Namun begitu, kebanyakan Aphid tidak bergerak secara agresif apabila diganggu.

Aphid dan Semut Saling Bekerjasama
Dalam kebanyakan keadaan, pada kebiasaannya dimana terdapat kaloni Aphid yang mengerumuni tanaman, maka akan juga terdapatnya kehadiran semut (semut hitam) yang bertindak melindungi Aphid daripada serangan pemangsa. Ini adalah kerana semut akan memperolehi manisan (honey) daripada sisa buangan yang dikeluarkan oleh Aphid.

Pemerhatian para penyelidik mendapati hasil daripada keakraban dan kerjasama ini, semut akan mengiringi sambil melindungi Aphid ke daun atau pokok yang baru. Oleh yang demikian, tidak hairan kenapa Aphid dan semut adalah 2 jenis serangga yang saling memerlukan diantara satu sama lain.


Mengawal Populasi Aphid
Bagi mengawal pembiakan Aphid, maka populasi semut juga hendaklah di hapuskan kerana semut seringkali menjadi sahabat baik dan pelindung kepada Aphid daripada serangga pemusnah seperti ladybird, larva lalat jala, tebuan, labah-labah, lalat dan lain-lainnya. Semut akan senantiasa mempertahankan Aphid daripada serangan musuh dan pemangsa.


Kaedah Kawalan dan Rawatan

Antara kaedah yang terbaik bagi mengawal serangan Aphid ini adalah :-
  • Memahami kitaran hayat Aphid dan melakukan semburan racun kawalan serangga yang betul bagi membataskan pembiakannya bermula dari pembentukan telur dan larva.
  • Melakukan semburan pada masa dan waktu yang sesuai.
  • Menggilirkan penggunaan racun kawalan serangga.
  • Memastikan sukatan yang disyorkan oleh pengeluar racun kawalan serangga dipatuhi.

Kawalan Secara Kultura :
Kawalan secara kultura adalah satu kaedah dimana melakukan amalan dan kaedah penanaman yang betul bagi mengatasi masalah serangga dan perosak tanaman. Diantara amalan dan kaedah yang berguna adalah :-
  • Periksa dan pastikan semua peralatan kebun di dalam keadaan bersih. Pembersihan boleh dilakukan dengan mencuci kesemua peralatan kebun dengan larutan pembersih seperti cloroc, dettol dan sebagainya bagi memastikan pembiakan kutu daun dapat dibendung.
  • Rumpai hendaklah tidak memenuhi kawasan kebun.
  • Lantai, tapak, silver shine dan sebagainya hendaklah di dalam keadaan bersih.
  • Penggunaan perangkap Plastik Kuning dan Pelekat Serangga dapat memerangkap Aphid dewasa.
  • Jalankan pemantauan dengan kerap dan teliti terhadap tanaman terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Aphid selalunya berselindung dibawah daun.
  • Menanam tanaman pelindung atau tanaman perangkap (trap crop) di sekeliling kawasan kebun seperti serai, jagung dan lain-lainnya.
  • Menggunakan benih dari varieti yang menpunyai ketahanan penyakit yang tinggi.

Kawalan Secara Biologi :
Kawalan secara biologi adalah satu kaedah kawalan perosak menggunakan organisma tertentu seperti menggunakan konsep mangsa dan pemangsa (predators). Diantaranya pemangsa yang sangat efektif untuk menghapuskan Aphid adalah seperti berikut :-
  1. Kumbang Kura (Lady Bird/Ladybugs - hippodamia convergens) - Ladybird merupakan diantara pemangsa yang terbaik untuk menghapuskan atau sekurang-kurang dapat mengurangkan populasi Aphid yang mendiami sesuatu jenis tanaman. Kajian menunjukkan seekor Ladybird dewasa mampu makan sehingga 1,000 ekor Aphid sehari.
  2. Larva Lalat Jala (Lacewings larvae) - Larva Lalat Jala juga merupakan pemangsa kepada Aphid. Ia menjadikan Aphid sebagai makanannya.
  3. Tebuan - Tebuan juga merupakan serangga pemangsa kepada Aphid.
  4. Serangga Parasit - Melepaskan serangga parasit (Parasitic Wasps) seperti lebah atau lalat (bukan lalat buah, fruit fly) kepada tanaman (pokok). Parasit betina ini akan menjadikan Aphid dewasa sebagai tempat untuk ia meletakkan telurnya. Apabila telur parasit ini menetas menjadi larva, ia akan memakan bahagian dalam Aphid dan menyebabkan Aphid akan mati.


Dikebanyakan negara-negara yang mana industri pertanian mereka sangat maju, Kawalan Secara Biologi ini adalah sangat efektif bagi mengurangi penggunaan racun kimia dan dapat memastikan pengusaha memperolehi hasil tanaman yang tinggi. Oleh yang demikian, maka larva dan juga serangga pemangsa yang lain amat mudah dan banyak di dapati di pasaran negara tersebut.

Serangga pemangsa ini kemudiannya akan dilepaskan ke kawasan tanaman bagi tujuan menghapuskan dan mengurangkan serangan Aphid.


Kawalan Secara Kimia :
Terdapat pelbagai jenis racun kawalan serangga dan perosak berasaskan kimia di pasaran negara kita. Diantaranya adalah seperti berikut :-
Racun Serangga (Insecticide) : Aphid
  1. acetamiprid : Clipper 20SL, Dekker, Kenmos, Mospilan20SP
  2. chlorphyrifos : BodyGuard, Logic 75, Kensban 75
  3. chlorphyrifos + cypermethrin : Baga 505, Dewana Cyperchlor 505, Dragon 505, Energy 505, Kayak 505
  4. cypermethrin : AGR Cylac 10EC, AGR Cyma 10EC, AGR Jola 10EC, Chiptrin 5.5, Consult 5EC, Contest 50EC, Cosmo 35, Kencis 1600, Ken-Cyper 1600
  5. deltamethrin : Cothrin, Cracko, Deltam, Destin 1.4 EC, Decis 2.5 EC, Detin, Vancis, Venthrin 1.4EC
  6. dimethoate : Dimeto 400, Kenlogo, Lexide 400EC
  7. imidachloprid : Confidor, Fusilier 18.3SL, Imida 200, Indigo, Nascent 18.2SL, Nexus 18.3SL, Pack-it 200, Palisade 18.2SL, RH Imidacloprid, SK Imidacloprid

Racun Kulat (Fungicide) : Kulat Jelaga Hitam (Sooty Mould/Sooty Mold)
  1. benomyl : Benocide 50WP, Benex, Kenlate
  2. carbendazim : Benzim SC, Cakera 50WP, Headlines 42 SC, Vimax 50 D, Zimac SC, Zimlate SC

Kawalan Secara Organik :

Kawalan secara organik adalah diantara sistem kawalan serangga perosak baik. Diantara kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut :-
  1. Cuci (menyental) - Menggosok dengan tangan sambil menyiram air yang banyak kepada daun atau batang yang dikerumuni oleh Aphid.
  2. Sabun Antiseptik (Antisecticidal Soap) - Bancuh sabun antiseptik (sebaik-baiknya sabun yang mengandungi potasium) dengan kadar 1 sudu teh bersama 2-4 liter air. Kemudian lakukan semburan kepada tanaman yang diserang oleh Aphid. Elakkan menggunakan sabun yang mengandungi perfume atau bahan sampingan (additives) yang boleh merosakkan tanaman.
  3. Cecair Pencuci - Sabun cuci pinggan atau sabun cuci baju juga boleh digunakan Semburan dengan menggunakan cecair pencuci. Aphid bernafas melalui kulit badan mereka. Oleh yang demikian, semburan bahan pencuci akan menyebabkan kulit badan mereka akan diselaputi oleh bahan cecair pencuci dan akan dapat melemaskan serta menyebabkan kekeringan (dehydration). Campurkan 1 sudu cecair pencuci dengan 2 liter air suam dan sembur kepada pokok.
  4. Minyak Neem (Neem Oil) - Minyak Neem berfungsi melemaskan pernafasan Aphid sehingga boleh membunuh Aphid dengan berkesan. Selain itu, Minyak Neem juga dapat melindungi tanaman daripada serangan beberapa jenis penyakit kulat. Apabila semburan Minyak Neem dilakukan, ianya akan diserapkan (absorb) oleh daun, batang dan keseluruhan pokok serta bertindak melindungi pokok daripada diserang oleh Aphid. Menurut Environmental Protection Agency, Neem adalah selamat digunakan terhadap tanaman sayuran dan makanan serta tanaman perhiasan.

Rujukan :
1. Wikipedia - Wikipedia
2. University of California - Agriculture & Natural Resources
3. University of Hawai'i at Manoa - Sooty Mold oleh Scot Nelson
4. University of Wyoming - Parasitic Wasps by Asst Prof. Michael J Brewer
5. Universiti Pertanian Malaysia - Study of Sooty Mould oleh Lim Tong Kwee
6. Houseplants
7. Seaspringseeds




Penyakit Cili : Bintik Daun

Penyakit : Bintik Daun (Leaf Spot)
Patogen (Agen Pembawa) : Cercospora capsici
Punca : Kulat Xanthomonas (Bakteria)
Nama Lain : Bercak Daun, Cercospora leaf spot @ bacterial leaf spot
Agen/Cara Penyebaran : Kulat jenis ini banyak tersebar melalui angin.
Bahagian Serangan : Daun dan tangkai
Cara Serangan : Menghisap
Kulat jenis ini akan menghisap cecair dari daun pokok cili sehingga daun pokok mengalami kerosakan berbentuk bulat yang dikelilingi dengan warna coklat dan seperti abu dibahagian tengahnya. Jika dibiarkan, lama-kelamaan bintik-bintik tersebut akan menjadi semakin besar dan bahagian tengahnya akan bertukar menjadi warna kelabu. Jarak tanaman yang sangat rapat juga merupakan penyebab utama bagi penyebaran penyakit bintik daun ini.

Kesan Serangan : Daun gugur
Daun yang diserang akan mempunyai kecederaan (lesion) berbentuk bulat atau bintik-bintik kecil yang berwarna perang. Apabila kecederaan atau bintik-binitk ini menjadi besar, bahagian tengahnya akan bertukar menjadi kelabu dan kemudian berlubang. Daun-daun yang diserang kemudian akan gugur walaupun sebahagian daripadanya berwarna kehijauan. Selain daripada itu, kulat jenis ini juga akan menyerang pada bahagian tangkai daun dan tangkai buah. Namun begitu ianya masih boleh disembuhkan dengan kaedah rawatan.

Kaedah Kawalan dan Rawatan :
  • Musnahkan daun atau buah yang dijangkiti penyakit ini supaya ianya tidak merebak ke bahagian yang lain.
  • Pastikan jarak tanaman adalah sesuai untuk jenis-jenis tanaman. Elakkan susunan tanaman yang terlalu rapat diantara satu sama lain.
  • Sembur racun kulat Benomyl
  • Sembur racun ORGANIK Green Patrol


Kesan Bintik Daun




Penyakit Cili : Layu Bakteria


Nama Penyakit : Layu Bakteria (Bacterial Wilt)
Patogen (Agen Pembawa) : Ralstonia solanacearum (dahulunya Pseudomonas solanacearum)
Punca : Bakteria
Nama Lain : Penyakit Darah, Penyakit Moko

Agen/Cara Penyebaran :
Bakteria ini mudah tersebar melalui tanah/medium (soil) dan kesan limpahan dari paip sistem pengairan titis. Bakteria ini bersifat aerobik, tidak berspora, berbentuk rod, dan motile (bergerak secara bebas). Ia akan membentuk koloni dan membiak di dalam xilem tumbuhan yang menjadi hos yang akan menyebabkan tumbuhan mengalami simptom layu bakteria (bacteria wilt).


Ralstonia solanacearum boleh hidup di dalam tanah bagi jangkamasa yang lama sehingga beberapa tahun. Ini menyebabkan penyakit ini agak sukar untuk dikawal dan kawasan yang telah terkena jangkitan penyakit ini kebiasaannya tidak boleh ditanam dengan pokok yang sama untuk tempoh beberapa tahun.

Kajian menunjukkan tanaman lebih mudah terdedah kepada penyakit ini pada tahap suhu persekitaran diantara 24-27°C.

Bahagian Serangan :
Akar dan batang.

Cara Serangan :
Bakteria menyerang tanaman melalui akar yang mengalami kecederaan (rosak), batang yang rosak (stem wound) atau melalui stomata. Bakteria ini akan memasuki kawasan pembuluh (vascular) tanaman dan merosakkan sistem tumbuhan.

Kesan Serangan :
Daun-daun pokok (bermula dari bahagian atas) akan kelihatan layu dan menjadi kekuningan seperti tanda-tanda kekurangan air. Kebanyakan pekebun sering tersalah tafsir kerana menyangka tanaman mereka kekurangan air, namun walaupun siraman dilakukan, ianya tetap tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih.



Apabila bahagian yang paling dekat dengan akar (pangkal batang) dipotong dan kemudiannya dimasukkan ke dalam gelas berisi air jernih, maka akan keluar cairan (lendir) berjalur yang berwarna putih seperti jaluran asap rokok. Lendir tersebut akan mendap ke dasar gelas. Lendir ini merupakan massa bakteria.







Kemudian apabila pada bahagian pangkal batang dipotong secara melintang ataupun membujur, maka akan kelihatan pembuluh kayunya berwarna coklat. Ini menunjukkan jangkitan bakteria telah sampai ke tahap kritikal.







Penyakit “layu bakteria” adalah berbeza dengan “layu fusarium” kerana layu fusarium tidak keluar cairan berwarna putih ini. Pada bahagian akarnya kelihatan menjadi coklat busuk.

Kaedah Kawalan dan Rawatan :
Pada masa sekarang tiada rawatan khusus terhadap penyakit Layu Bakteria ini. Antara kaedah-kaedah kawalan adalah :-
  • Pokok yang terkena penyakit ini hendaklah dicabut dan dibakar supaya ianya tidak menjangkiti pokok yang lain.
  • Selain daripada itu, sistem penyaluran air dan baja ke kawasan tanaman hendaklah dibuat dan diselenggarakan dengan baik.
  • Penggiliran dengan tanaman lain adalah salah satu kaedah untuk mengelakkan penyakit Layu Bakteria ini daripada menyerang tanaman.
  • Lakukan semburan racun kulat atau antibakteria Ridall 50 terhadap medium tanaman fertigasi (sabut kelapa atau sekam padi) bagi tanaman musim kedua dan seterusnya.
  • Amalan semburan/siraman dengan Garlic Oil (Minyak Bawang Putih) dapat menghalang penyakit Layu Bakteria dan pada sesetengah kes, dapat dipulihkan
  • Gunakan varieti yang tahan penyakit bakteria.










Penyakit Cili : Lecur Anak Benih


Nama Penyakit : Lecur Anak Benih (Damping Off of Seedlings)
Patogen (Agen Pembawa) : Pythium spp, Rhizoctonia solani, Fusarium
Punca : Kulat
Nama Lain :

Agen/Cara Penyebaran :
Air dan tanah/media

Bahagian Serangan :
Batang anak benih pokok cili dan lain-lain tanaman seperti kacang soya.

Cara Serangan :
Merebak melalui air dan penggunaan tanah/medium/media semaian yang terdedah/dan atau pernah terdedah kepada penyakit ini. Penggunaan media semaian (peat moss) yang telah tercemar hendaklah dielakkan sama sekali.

Kesan Serangan :
Anak benih yang terkena serangan penyakit kulat seperti ini kelihatan melecuh pada bahagian pangkal batang. Bahagian pangkal batang anak benih akan mengecil sehingga ke bahagian akar. Bahagian yang diserang akan berair serta melecur. Pada peringkat yang lebih teruk lagi, anak benih ini akan tumbang seterusnya mati.

Kaedah Kawalan dan Rawatan :
Tiada rawatan khusus yang boleh diberikan kepada penyakit ini. Tambahan pula ianya adalah diperingkat awalan penanaman, maka kaedah rawatan tidak perlu diberikan kepada anak benih yang terkena penyakit ini kerana ia akan menyebabkan kepada peningkatan dari segi kos.

Walaubagaimanapun, kaedah kawalan dan perlindungan (imunisasi) terhadap anak benih boleh diberikan pada peringkat awal iaitu semasa proses menyediakan semaian biji benih. Ini akan dapat mengelakkan penyakit lecur anak benih daripada berlaku.

Terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi dan mengelakkan masalah ini daripada berlaku iaitu :-
  • Rawat biji benih terlebih dahulu dengan menggunakan racun kulat yang sesuai seperti racun Thiram iaitu dengan cara menggaul biji benih dengan racun kulat tersebut sebelum disemai ke dalam tray semaian.
  • Tapak/tray semaian juga perlulah disembur (siram) dengan menggunakan racun kulat yang sama.
  • Jangan melakukan siraman air secara berlebihan kepada semaian dan anak benih.
  • Elakkan pemberian baja (nitrogen) secara berlebihan semasa anak benih membesar.





Kenali Penyakit Cili : Kulat


Pengenalan
Kulat ialah salah satu daripada organisma eukariot yang mencernakan makanannya di luar dan menyerap molekul nutrien ke dalam selnya. Walaupun pada asalnya, kulat dikelaskan sebagai tumbuhan, namun kulat sebenarnya bukanlah tumbuhan kerana kulat ialah heterotrof, iaitu organisma ini tidak menghasilkan karbon sendiri melalui proses fotosintesis tetapi sebaliknya, menggunakan karbon yang dihasilkan oleh organisma yang lain.

Sebenarnya, kulat dianggap lebih berkaitan dengan haiwan berbanding tumbuhan, dan kekadang dimasukkan dalam opistokon, sekumpulan monofili, bersama-sama dengan haiwan.

Bagaimanapun, berbeza dengan haiwan, kulat menyerap dan bukan menghadam makanannya, serta mempunyai dinding sel. Dengan sebab itulah, maka kulat dimasukkan ke dalam alamnya sendiri, iaitu alam Kulat.

Kulat sebagai patogen
‘Patogen’ (pathological agen) adalah agen atau pembawa penyakit. Manakala ‘penyakit’ ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang berlaku yang menyimpang (deviates) daripada fungsi biasa proses-proses fisiologi sesuatu tumbuhan tersebut untuk sekian lama, sehingga menjejaskan atau/dan menyebabkan terhentinya aktivit fisiologi yang penting.

Terjejasnya fisiologi tumbuhan boleh disebabkan oleh 2 perkara :-
  • Agen pejangkit
  • Faktor-faktor lain seperti tidak cukup sesuatu unsur nutrien.


Ini bermakna yang walaupun terdapat kulat yang hidup sebagai parasit di atas pokok-pokok hidup, ia bukanlah ‘patogen’ pada pokok itu sekiranya ia tidak menjejas fungsi fisiologi tumbuhan tersebut. Penyakit yang tidak dibendung, boleh merebak, boleh menyebabkan kematian tumbuhan atau pokok tersebut dan jika ia berlaku pada skala yang besar, boleh menjejaskan penghasilan tanaman.

Manusia dan Kulat (Cendawan)
Kulat (atau cendawan) digunakan secara meluas oleh manusia, seperti ragi yang digunakan untuk menapaikan bir dan roti. Kulat Penicillium boleh dijadikan sebagai antibiotik yang telah digunakan secara besar - besaran.

Manakala cendawan dibiakkan (pengkulturan) dan dijadikan makanan untuk manusia, malahan ianya merupakan salah satu industri yang besar di kebanyakan negara. Manfaat ini boleh dieksploitasikan dan boleh membantu ekonomi misalnya penanaman cendawan jerami padi (Volvariella volvaceae ) dan cendawan butang (Agaricus campestris) banyak ditanam di Malaysia untuk tujuan makanan tempatan dan juga untuk dieksport.

Dalam perusahaan makanan penggunaan Yis merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Yis atau Saccharomyces cerevisiae telah digunakan untuk membuat tapai, roti, minuman dan sebagainya.

Kajian menunjukkan beberapa bahan kimia juga telah ditemui dari kulat misalnya asid organik , alkohol dan antibiotik. Antibiotik penisilin asid giberelik (sebatian pengawalatur pertumbuhan) diperolehi dari kulat Penicillium sp. dan Gibberella fujikuroi.

Oleh yang demikian tidak hairanlah, mengapa kulat banyak digunakan dalam penyelidikan biologi. Contohnya pengetahuan mengenai genetik dan biokimia telah banyak diketahui setelah mempelajari genetik dan biokimia daripada kulat Neurospora sitophila dan N. crassa.

Malahan beberapa orang pakar dari Universiti Sains Malaysia sedang di dalam penyelidikan untuk membuktikan yang kulat seperti Cullicynomyces, Tolyplocadium , Metharizium dan Beauveria boleh mengawal populasi nyamuk di negara kita. Pengawalan populasi parasit seperti ini dikenali sebagai pengawalan biologi.

Namun begitu terdapat kulat-cendawan yang tidak berfaedah dan mendatangkan kemudaratan kepada manusia yang dikenali sebagai kulat beracun.

Peranan kulat dalam pertanian
Sebilangan kulat hidup berdamping dan saling membantu dengan organisma lain. Contohnya kulat Endogone sp. dan rhizoctonia sp. yang hidup dalam akar beberapa tumbuhan peringkat tinggi.

Kulat ini mendapat makanan daripada perumahnya dan perumahnya mendapat manfaat daripada nitrogen yang diikat dan unsur-unsur lain yang diurai oleh kulat tersebut. Kehidupan seperti ini dikenali sebagai simbiosis.

Kulat yang bersimbiosis pada akar tumbuhan dikenali sebagai mikoriza. Mikoriza ini telah dikaji oleh penyelidik untuk membolehkan ianya digunakan ke atas tumbuhan yang kurang subur untuk mengurangkan penggunaan baja.

Tanaman berbentuk monokrop banyak mengundang masalah penyakit kerana ekologi kawasan tanah telah menjadi sekata (monotonous) dan biodiversiti mikrob didalamnya juga menjadi semakin rendah. Ditambah pula dengan penggunaan racun rumpai/kulat/serangga yang tinggi, tidak hairanlah jika tanaman pertanian sering diserang mikrob pembawa penyakit.

Tumbuhan dan hasil sampingannya adalah kaya dengan selulosa dan lignin. Bahan-bahan ini adalah sumber makanan pada kulat patogen dan saprofit. Namun, apabila kulat menyerang pokok-pokok pertanian, ia akan menjejas aktiviti ekonomi.

Peranan kulat yang amat nyata adalah sebagai patogen tumbuhan pertanian. Peranan kulat yang tidak begitu ketara tetapi sebaliknya membawa kebaikan kepada pertanian ialah dalam bentuk kulat mikoriza. Kulat (dan bakteria) adalah sumber untuk mendapatkan agen kawalan biologi utk penyakit-penyakit tumbuhan.

Manakala Kulat yang mendatangkan masalah di dalam pertanian adalah kulat yang menjadi parasit kepada tumbuhan. Terdapat beberapa masalah untuk mengawal kulat beracun :
  • Kulat hidup pada tanaman yang menjadi perumah. Oleh kerana kulat dan perumah sangat rapat, maka sukar untuk mencipta bahan kimia yang boleh membunuh kulat tanpa merosakkan tanaman.
  • ‘Misselium’ kulat tidak hanya pada permukaannya tetapi bahagian dalam tisu tumbuhan. Biasanya semburan racun kulat membunuh ‘misselium’ luar manakala ‘misselium’ dalam terus membiak.
  • Beberapa jenis kulat sukar dikawal kerana kedudukannya di bawah permukaan tanah dan terkindung dari semburan racun kulat.
Analisa Penggunaan Racun Kulat
Di Amerika Syarikat, Eropah dan negara-negara yang terdapat industri pengeluaran tanaman bijirin, sayur-syuran dan buah-buahan, penggunaan racun kulat adalah amat meluas sekali dan merupakan salah satu racun makhluk perosak utama yang digunakan di semua ladang-ladang tanaman.

Manakala di Malaysia, penggunaan racun kulat menduduki tempat ketiga iaitu sebanyak 4% peratus selepas racun serangga dan racun rumpai. Dari jumlah tersebut, sebanyak 3% digunakan untuk mengawal penyakit pada sayuran, bunga dan buah-buahan. Manakala 1% lagi digunakan untuk mengawal penyakit tanaman perladangan.

Tidak kurang juga racun kulat digunakan untuk mengawal atau mencegah hasil tanamanan yang telah dituai daripada diserang kulat semasa dalam penyimpanan atau ketika dieksport ke luar negara.

Selain itu, ia juga digunakan di industri perkilangan dan di rumah-rumah. Walaupun sesetengah racun kulat sangat berbahaya kepada manusia dan haiwan ternakan, statistik kes keracunan yang melibatkan racun tersebut adalah rendah jika dibandingkan dengan keracunan racun makhluk perosak yang lain.

Racun kulat boleh didefinisikan sebagai bahan kimia yang membunuh atau merencat pertumbuhan, percambahan, pembiakan spora dan miselium kulat-kulat tertentu.

Racun Kulat Organik dan Bukan Organik
Racun kulat boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu organik dan bukan organik. Racun organik merangkumi beberapa jenis racun termasuk sebahagian besar kumpulan racun ‘karbamat'. Kumpulan racun karbamat terbahagi pula kepada beberapa kelas bahan kimia yang terdiri daripada bahan aktif tertentu.


Racun dithiocarbamate merupakan kumpulan racun kulat yang penting dalam bidang pertanian. Ia banyak dipasarkan dan digunakan di seluruh dunia memandangkan keberkesanannya mengawal kulat. Di antara bahan aktif yang tergolong dalam kumpulan racun kulat ini ialah thiram, ziram, vapam, ferbam, zineb, maneb, mancozeb dan nabam.

Mengenali Penyakit Kulat Pada Tumbuhan
Adalah penting untuk kita memahami dan mengenali tanda-tanda dan sebarang perubahan yang berlaku yang boleh diklasifikasikan sebagai penyakit kulat agar rawatan dapat dilakukan kepada tanaman. Diantara tanda dan simptom yang disebabkan oleh penyakit kulat adalah:-

Daun
  • Nekrosis - Apabila bahagian-bahagian pada daun menunjukkan perubahan warna dan akhirnya menjadi kering dan mati. Jika diperhatiakan pada bahagian daun tersebut, tisu pada kawasan nekrosis akan reput dan berlubang.
  • Klorosis (chlorosis) - Daun bertukar warna daripada hijau kepada kuning atau perang.
  • Layu (wilt) - Daun tidak berubah warna tetapi kelihatan layu dan tak bermaya.
  • Layu dan gugur (wilting and defoliation)
  • Bertompok (leaf spots) – Kelihatan tompok-tompok kecil pada daun tersebut.
  • Lesi (lesion) – Secara umumnya berkaitan dengan kerosakan pada tisu-tisu daun. Lesi terhasil daripada tompokan, diikuti dengan bahagian tersebut menjadi kering, reput dan kadangkala menyebabkannya berlubang-lubang.
Batang
  • Lesi (lesion) - Seperti juga daun, ia berkaitan dengan kerosakan pada tisu-tisu yang terdapat pada bahagian batang pokok.
  • Pereputan – Batang akan menjadi lembut kering putih/perang (soft, dry,white, brown rots).
  • Berair ( water-soaked ) – Batang pokok menjadi berair-lembab
Akar
  • Lesi (lesion) - Seperti juga daun dan batang, ianya berkaitan dengan kerosakan pada tisu-tisu pada bahagian akar pokok.
  • Pereputan – Akan akan menjadi reput.
  • Berair (damping off ) – Keadaan akar sentiasa berair-lembab.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.