Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Showing posts with label Penyakit. Show all posts
Showing posts with label Penyakit. Show all posts

Penyakit Tanaman : Kutu Daun

Kutu Daun adalah sejenis serangga yang kecil, berbadan lembut dengan saiz kurang daripada 1/8 inci panjang yang juga dikenali dengan nama Aphid atau Afid. Ia diketegorikan di dalam keluarga Aphididae. Kebanyakan tanaman mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis (spesis) Aphid yang menjadikan tanaman tersebut sebagai sumber makanan mereka.

Nama Penyakit/Perosak : Kutu Daun, Aphid, Afid - Aphis spp
Keluarga (Family) : Aphididae
Patogen (Agen Pembawa) :
Punca : Serangga
Nama Lain : aphis gossypii
Agen Penyebaran : Sentuhan, Angin, Manusia, Haiwan dan lain-lain
Bahagian Serangan : Daun, Batang, Pucuk, Bunga dan Buah

Jenis Tanaman Diserang :
Sweet Melon, Tembikai Susu (Honeydew), Tomato, Cili, Timun, Terung, Jagung, dan lain-lain

Cara Serangan :
Aphid dewasa dan nimfa menghisap cairan sel daripada bahagian daun, pucuk, bunga, buah dan batang pokok.

Kesan Serangan :
Symtomnya dapat dilihat pada daun tanaman yang kelihatan mengerekot (kerinting), melengkung ke atas atau ke bawah. Berbelang-belang kekuningan (klorosis). Serangan pada bahagian bunga tanaman akan menyebabkan bunga gugur. Selain daripada itu, ia juga adalah penyebab kepada penyakit kulat yang dikenali sebagai Kulat Jelaga ataupun Kulat Jelaga Hitam (Sooty Mould/Sooty Mold).

Serangan dan pembiakan Aphid biasa meningkat terutamanya pada musim panas dan kering.


Penyebaran Virus
Aphid juga adalah vektor kepada penyakit virus terhadap tanaman. Ini berlaku semasa Aphid menghisap cairan dari tanaman, ia juga boleh menyuntik kandungan toksin dan memindahkan virus kepada tanaman, terutamanya dari Aphid dewasa yang bersayap. Tanaman yang dijangkiti penyakit virus akan terbantut dan kehijauan daun tidak seragam. Daun kelihatan berbelak-belak hijau tua dan hijau muda. Tulang utama daun akan berkerekot (kerinting) dan daun muda menjadi tirus serta keras.


Penyakit Kulat Jelaga Hitam (Sooty Mould/Sooty Mold)
Aphid juga mendatangkan penyakit lain seperti kulat (cendawan). Ini berlaku bilamana manisan (sisa buangan, honey) yang dikeluarkan oleh Aphid secara berlebihan akan mengenai bunga, daun, buah dan batang pokok dan melalui kaedah berikut :-
  • Manisan ini adalah bersifat melekit (sticky) dan apabila mengenai daun ia akan memerangkap banyak habuk dari persekitaran kawasan tanaman.
  • Manisan serta habuk yang terperangkap ini menyebabkan terjadinya penyakit kulat yang dikenali sebagai Kulat Jelaga atau Jelaga Hitam (Sooty Mould/Sooty Mold) yang akan menjadikan daun bertukar warna kehitaman
  • Kesan Jelaga Hitam yang menutupi permukaan daun ini juga akan menyebabkan daun pokok tidak dapat menerima cahaya matahari dengan secukupnya dan ia akan menjejaskan proses fotosentis tanaman. Oleh yang demikian pokok akan menjadi semakin lemah dan membantutkan pembesaran serta menjejaskan hasil tanaman.



Mengenali Aphid

Kitaran Hidup Aphid

Aphid berkembang biak melalui 2 kaedah iaitu perkahwinan biasa dan tanpa perkahwinan (Unusual Lifesycles). Bagi pembiakan tanpa perkahwinan, telur-telur Aphid dapat berkembang biak menjadi anak (Nimfa) melalui proses partenogenesis (dilahirkan oleh Aphid dewasa) dengan kadar 5-6 nimfa sehari. Bersalin kulit sebanyak 4 kali melalui 4 peringkat instar sebelum menjadi dewasa dalam masa 7-10 hari.

Bahagian dada dan kepala dewasa berwarna hitam dan abdomen berwarna hijau gelap dan ada yang terdapat "antena" berwarna hitam dihujung abdomennya.

Terdapat lebih daripada 4,400 spesis Aphid dengan pelbagai warna badan mereka seperti merah muda (pink), kuning, kelabu, putih atau hitam bergantung kepada warna tanaman yang didiami. Ada juga spesis Aphid kelihatan licin atau berbulu.


Aphid dewasa tidak berkepak (sayap). Namun begitu, terdapat juga beberapa spesis yang mempunyai kepak bergantung kepada spesis yang mendiami sesuatu jenis tanaman. Aphid dari spesis yang berkepak amat mudah untuk berterbangan atau diterbangkan melalui tiupan angin dan berpindah dari pokok ke satu pokok yang lain terutamanya bilamana kaloni Aphid adalah terlalu banyak dan mereka terpaksa berpindah di mana sumber makanan daripada pokok yang didiami telah berkurangan.

Aphid pada kebiasaannya mencari makanan (pada daun atau batang) dalam satu kumpulan dan seringkali dilihat bersesak-sesak. Namun begitu, kebanyakan Aphid tidak bergerak secara agresif apabila diganggu.

Aphid dan Semut Saling Bekerjasama
Dalam kebanyakan keadaan, pada kebiasaannya dimana terdapat kaloni Aphid yang mengerumuni tanaman, maka akan juga terdapatnya kehadiran semut (semut hitam) yang bertindak melindungi Aphid daripada serangan pemangsa. Ini adalah kerana semut akan memperolehi manisan (honey) daripada sisa buangan yang dikeluarkan oleh Aphid.

Pemerhatian para penyelidik mendapati hasil daripada keakraban dan kerjasama ini, semut akan mengiringi sambil melindungi Aphid ke daun atau pokok yang baru. Oleh yang demikian, tidak hairan kenapa Aphid dan semut adalah 2 jenis serangga yang saling memerlukan diantara satu sama lain.


Mengawal Populasi Aphid
Bagi mengawal pembiakan Aphid, maka populasi semut juga hendaklah di hapuskan kerana semut seringkali menjadi sahabat baik dan pelindung kepada Aphid daripada serangga pemusnah seperti ladybird, larva lalat jala, tebuan, labah-labah, lalat dan lain-lainnya. Semut akan senantiasa mempertahankan Aphid daripada serangan musuh dan pemangsa.


Kaedah Kawalan dan Rawatan

Antara kaedah yang terbaik bagi mengawal serangan Aphid ini adalah :-
  • Memahami kitaran hayat Aphid dan melakukan semburan racun kawalan serangga yang betul bagi membataskan pembiakannya bermula dari pembentukan telur dan larva.
  • Melakukan semburan pada masa dan waktu yang sesuai.
  • Menggilirkan penggunaan racun kawalan serangga.
  • Memastikan sukatan yang disyorkan oleh pengeluar racun kawalan serangga dipatuhi.

Kawalan Secara Kultura :
Kawalan secara kultura adalah satu kaedah dimana melakukan amalan dan kaedah penanaman yang betul bagi mengatasi masalah serangga dan perosak tanaman. Diantara amalan dan kaedah yang berguna adalah :-
  • Periksa dan pastikan semua peralatan kebun di dalam keadaan bersih. Pembersihan boleh dilakukan dengan mencuci kesemua peralatan kebun dengan larutan pembersih seperti cloroc, dettol dan sebagainya bagi memastikan pembiakan kutu daun dapat dibendung.
  • Rumpai hendaklah tidak memenuhi kawasan kebun.
  • Lantai, tapak, silver shine dan sebagainya hendaklah di dalam keadaan bersih.
  • Penggunaan perangkap Plastik Kuning dan Pelekat Serangga dapat memerangkap Aphid dewasa.
  • Jalankan pemantauan dengan kerap dan teliti terhadap tanaman terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Aphid selalunya berselindung dibawah daun.
  • Menanam tanaman pelindung atau tanaman perangkap (trap crop) di sekeliling kawasan kebun seperti serai, jagung dan lain-lainnya.
  • Menggunakan benih dari varieti yang menpunyai ketahanan penyakit yang tinggi.

Kawalan Secara Biologi :
Kawalan secara biologi adalah satu kaedah kawalan perosak menggunakan organisma tertentu seperti menggunakan konsep mangsa dan pemangsa (predators). Diantaranya pemangsa yang sangat efektif untuk menghapuskan Aphid adalah seperti berikut :-
  1. Kumbang Kura (Lady Bird/Ladybugs - hippodamia convergens) - Ladybird merupakan diantara pemangsa yang terbaik untuk menghapuskan atau sekurang-kurang dapat mengurangkan populasi Aphid yang mendiami sesuatu jenis tanaman. Kajian menunjukkan seekor Ladybird dewasa mampu makan sehingga 1,000 ekor Aphid sehari.
  2. Larva Lalat Jala (Lacewings larvae) - Larva Lalat Jala juga merupakan pemangsa kepada Aphid. Ia menjadikan Aphid sebagai makanannya.
  3. Tebuan - Tebuan juga merupakan serangga pemangsa kepada Aphid.
  4. Serangga Parasit - Melepaskan serangga parasit (Parasitic Wasps) seperti lebah atau lalat (bukan lalat buah, fruit fly) kepada tanaman (pokok). Parasit betina ini akan menjadikan Aphid dewasa sebagai tempat untuk ia meletakkan telurnya. Apabila telur parasit ini menetas menjadi larva, ia akan memakan bahagian dalam Aphid dan menyebabkan Aphid akan mati.


Dikebanyakan negara-negara yang mana industri pertanian mereka sangat maju, Kawalan Secara Biologi ini adalah sangat efektif bagi mengurangi penggunaan racun kimia dan dapat memastikan pengusaha memperolehi hasil tanaman yang tinggi. Oleh yang demikian, maka larva dan juga serangga pemangsa yang lain amat mudah dan banyak di dapati di pasaran negara tersebut.

Serangga pemangsa ini kemudiannya akan dilepaskan ke kawasan tanaman bagi tujuan menghapuskan dan mengurangkan serangan Aphid.


Kawalan Secara Kimia :
Terdapat pelbagai jenis racun kawalan serangga dan perosak berasaskan kimia di pasaran negara kita. Diantaranya adalah seperti berikut :-
Racun Serangga (Insecticide) : Aphid
  1. acetamiprid : Clipper 20SL, Dekker, Kenmos, Mospilan20SP
  2. chlorphyrifos : BodyGuard, Logic 75, Kensban 75
  3. chlorphyrifos + cypermethrin : Baga 505, Dewana Cyperchlor 505, Dragon 505, Energy 505, Kayak 505
  4. cypermethrin : AGR Cylac 10EC, AGR Cyma 10EC, AGR Jola 10EC, Chiptrin 5.5, Consult 5EC, Contest 50EC, Cosmo 35, Kencis 1600, Ken-Cyper 1600
  5. deltamethrin : Cothrin, Cracko, Deltam, Destin 1.4 EC, Decis 2.5 EC, Detin, Vancis, Venthrin 1.4EC
  6. dimethoate : Dimeto 400, Kenlogo, Lexide 400EC
  7. imidachloprid : Confidor, Fusilier 18.3SL, Imida 200, Indigo, Nascent 18.2SL, Nexus 18.3SL, Pack-it 200, Palisade 18.2SL, RH Imidacloprid, SK Imidacloprid

Racun Kulat (Fungicide) : Kulat Jelaga Hitam (Sooty Mould/Sooty Mold)
  1. benomyl : Benocide 50WP, Benex, Kenlate
  2. carbendazim : Benzim SC, Cakera 50WP, Headlines 42 SC, Vimax 50 D, Zimac SC, Zimlate SC

Kawalan Secara Organik :

Kawalan secara organik adalah diantara sistem kawalan serangga perosak baik. Diantara kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut :-
  1. Cuci (menyental) - Menggosok dengan tangan sambil menyiram air yang banyak kepada daun atau batang yang dikerumuni oleh Aphid.
  2. Sabun Antiseptik (Antisecticidal Soap) - Bancuh sabun antiseptik (sebaik-baiknya sabun yang mengandungi potasium) dengan kadar 1 sudu teh bersama 2-4 liter air. Kemudian lakukan semburan kepada tanaman yang diserang oleh Aphid. Elakkan menggunakan sabun yang mengandungi perfume atau bahan sampingan (additives) yang boleh merosakkan tanaman.
  3. Cecair Pencuci - Sabun cuci pinggan atau sabun cuci baju juga boleh digunakan Semburan dengan menggunakan cecair pencuci. Aphid bernafas melalui kulit badan mereka. Oleh yang demikian, semburan bahan pencuci akan menyebabkan kulit badan mereka akan diselaputi oleh bahan cecair pencuci dan akan dapat melemaskan serta menyebabkan kekeringan (dehydration). Campurkan 1 sudu cecair pencuci dengan 2 liter air suam dan sembur kepada pokok.
  4. Minyak Neem (Neem Oil) - Minyak Neem berfungsi melemaskan pernafasan Aphid sehingga boleh membunuh Aphid dengan berkesan. Selain itu, Minyak Neem juga dapat melindungi tanaman daripada serangan beberapa jenis penyakit kulat. Apabila semburan Minyak Neem dilakukan, ianya akan diserapkan (absorb) oleh daun, batang dan keseluruhan pokok serta bertindak melindungi pokok daripada diserang oleh Aphid. Menurut Environmental Protection Agency, Neem adalah selamat digunakan terhadap tanaman sayuran dan makanan serta tanaman perhiasan.

Rujukan :
1. Wikipedia - Wikipedia
2. University of California - Agriculture & Natural Resources
3. University of Hawai'i at Manoa - Sooty Mold oleh Scot Nelson
4. University of Wyoming - Parasitic Wasps by Asst Prof. Michael J Brewer
5. Universiti Pertanian Malaysia - Study of Sooty Mould oleh Lim Tong Kwee
6. Houseplants
7. Seaspringseeds




Info Penyakit Tanaman : Pelombong Daun


Ulat Pelombong Daun merupakan salah satu agen perosak tanaman yang menjadikan tanaman terutamanya sayur-sayuran sebagai gudang makanan mereka. Walau serangan Pelombong Daun ini adalah tidak terlalu kritikal, namun jika tidak dikawal atau dimusnahkan, ianya akan dapat merosakkan tanaman yang diusahakan sekaligus mengurangkan produktiviti.

Nama Serangga : Ulat Pelombong Daun (Leaf Miner)
Keluarga (Famili) : Agromyzidae
Spesis : Terdapat lebih daripada 2,500 spesis di seluruh dunia.
Jenis Tanaman diserang : Bunga kekwa, limau, manggis, Kekacang, tomato, daun bawang, cili dan hampir kesemua sayuran berdaun dan berbuah

Penerangan :
Ulat Pelombong Daun ini sebenarnya berasal dari salah satu spesis lalat yang bertelur pada daun tumbuhan yang kemudiannya apabila telur menetas akan menjadi larva (ulat) sebelum menjadi pupa dan lalat dewasa. Peringkat larva adalah lebih penting kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada tanaman jika tidak dikawal.



Telur Pelombong Daun bersaiz kecil, berwarna putih krim dan kebanyakkan boleh dijumpai di permukaan daun. Kebiasaannya seekor serangga dewasa boleh mengeluarkan lebih kurang 100 biji telur pada satu-satu masa.

Telur yang kemudiannya akan menetas menjadi larva dalam masa 4-5 hari. Larva akan melombong ke dalam daun dan memakan tisu daun.

Larva akan bertukar menjadi pupa di dalam kepompong dalam masa 7-8 hari.

Pupa akan bertukar menjadi dewasa dalam masa 8-12hari. Apabila dewasa kelihatan seperti lalat kecil yang berukuran 2.0-3.0mm

Agen/Cara Penyebaran :
Lalat dan Ulat

Bahagian Serangan :
Daun dan buah

Cara Serangan :
Serangga bertelur di atas daun. Apabila telur menetas, larva (ulat) mencari makanan dengan cara melombong (mengorek) daun pokok dan menghisap cecair di dalam tisu daun (sap epidermis). Ini menyebabkan lingkaran putih kelihatan di permukaan daun yang diserang.

Kesan Serangan :
Daun menjadi rosak/cacat dan berkedut atau bergulung.

Kaedah Kawalan dan Rawatan :
  1. Pasangkan perangkap kuning berpelekat di batas-batas untuk menangkap serangga dewasa (pelombong daun).
  2. Sembur racun serangga sistematik seperti dimethoate (10ml/4.5 liter air) pada tanaman sekiranya dewasa pelombong daun dikesan pada perangkap kuning berpelekat.
  3. Sembur racun serangga seperti Selecron, Abermectin (Agrimec 15) atau cyromazine (Trigad) atau deltamethrin (Decis 250) mengikut kadar dan PHI (tempoh menunggu sebelum mengutip hasil) yang disyorkan pada label sekiranya tanda serangan kelihatan.
  4. Sisa-sisa tanaman hendaklah dicabut dan dimusnahkan selepas kutipan hasil dan tanamkan atau bakar supaya perosak tidak dapat membiak.
  5. Hapuskan semua tumbuhan lain (termasuk rumpai) di kawasan tanaman dimana terdapat tanda serangan oleh pelombong daun. Ini disebabkan kebanyakan tumbuhan ini adalah perumah bagi pelombong daun.
Kawalan Organik :
Kawalan secara organik adalah diantara sistem kawalan serangga perosak baik. Diantara kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut :-
  1. BioGuard - BioGuard yang mengandungi ekstrak Daun Papaya (Betik) dan Daun Neem dapat mengatasi masalah ulat pelombong daun dengan berkesan. Selain itu, BioGuard juga dapat melindungi tanaman daripada beberapa serangan beberapa jenis seperti Hama, Aphid, Lalat Putih dan penyakit kulat. Apabila semburan BioGuard dilakukan, ianya akan diserapkan (absorb) oleh daun, batang dan keseluruhan pokok serta bertindak melindungi pokok daripada diserang oleh perosak. Gunakan bersama Garlic Oil untuk kesan yg lebih cepat dan perlindungan yg lebih lama. BioGuard adalah selamat digunakan terhadap tanaman sayuran dan makanan serta tanaman perhiasan.
  2. Green Patrol EC - Green Patrol yang mengandungi lebih 34% pelbagai jenis ekstrak tumbuhan dapat mengatasi masalah ulat pelombong daun dengan berkesan. Selain itu, Green Patrol juga dapat melindungi tanaman daripada beberapa serangan beberapa jenis seperti Hama, Aphid, Lalat Putih, pelbagai jenis ulat dan penyakit kulat seperti kuapok berdebu, jelaga hitam, bintik daun dan lain-lain lagi. Gunakan bersama Garlic Oil untuk kesan yg lebih cepat dan perlindungan yg lebih lama. Green Patrol adalah selamat digunakan terhadap tanaman sayuran dan makanan serta tanaman perhiasan.
Kesan Serangan Ulat Pelombong Daun






Penyakit Cili : Kutu Trips



Penyakit : Kutu Trip (Thrips Spp)
Patogen (Agen Pembawa) :
Punca :
Nama Lain : Scirtothrips dorsalis

Agen Penyebaran : Sentuhan, Angin, dll.
Bahagian Serangan : Daun, Pucuk dan Bunga

Cara Serangan :
Menghisap cecair daripda bahagian daun, pucuk dan bunga

Kesan Serangan :
Tunas daun jadi hitam, kering dan gugur. Bunga menjadi kering dan gugur. Pucuk terbantut. Kulit buah berwarna keperangan terutama di bahagian tangkai buah, daun kelihatan kekuningan, menebal (keras) dan kedua sisi tepinya menggulung arah ke atas. Tahap yang lebih kritikal, ianya akan menyebarkan virus kepada pokok.

Tanaman di serang : Timun, Cili,Terung, Tomato, Labu, Peria, strawberi, kacang soya (soyabean), pokok asam jawa (tamarind), citrus, mangga, gajus (cashew) dan Petola

Populasi : Afrika Selatan, Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, Thailand, Malaysia, Indonesia, New Guinea, Kepulauan Solomon, Australia, Taiwan, Jepun, Hawai, Venezuela dan kawasan-kawasan sekitar Caribbean seperti Barbados, Jamaica, St. Lucia, St. Vincent, Tobago dan Trinidad.

Kitaran Hidup Kutu Trips (Amin and Palmer, 1985)
  • Telur (Eggs) - Kutu Trips bertelur sebiji-biji di bawah daun. Bentuknya seperti buah pinggang dan berwarna putih. Seekor kutu trips betina boleh bertelur sehingga 60 biji (purata 17 biji). terutamanya pada musim panas. Kebiasaannya, telur akan menetas di dalam tempoh 6-8 hari.
  • Nimfa (Larval) - Rupa nimfa adalah seakan-akan sama seperti kutu trips dewasa. Ia akan bersalin kulit sebanyak 2 kali di dalam masa 6-7 hari. Ia akan jatuh ke bawah dan akan mendiami kawasan media tanaman sebelum berubah menjadi bentuk menjadi Pupa.
  • Pupa (Pupal) - Pupa biasanya berwarna kuning dan berbentuk tirus. Panjang badan lebih kurang 1.24 mm. Pupa akan berada 10-25 mm di dalam tanah/media tanaman. Jangka hayatnya adalah kira-kira 2-4 hari. Penyalinan kulit perengkat pupa akan mengambil masa 2-3 hari.
  • Kutu Trips Dewasa - Secara umumnya, Kutu Trips Dewasa adalah berwarna kekuningan. Saiz badannya adalah kira-kira 1 mm panjang. Ia boleh hidup sehingga 22 hari. Purata kitaran hidup adalah 11 hari.
Kaedah Kawalan dan Rawatan :

Kawalan Secara Kultura
Kawalan secara kultura boleh dilakukan seperti berikut :-
  • Periksa dan pastikan semua peralatan kebun di dalam keadaan bersih. Pembersihan boleh dilakukan dengan mencuci kesemua peralatan kebun dengan larutan pembersih seperti cloroc dan sebagainya bagi memastikan pembiakan kutu trips dapat dibendung.
  • Rumpai hendaklah tidak memenuhi kawasan kebun
  • Lantai, tapak, silver shine dan sebagainya hendaklah di dalam keadaan bersih.
  • Penggunaan perangkap plastik kuning dan pelekat serangga dapat memerangkap kutu thrip dewasa.
Kawalan Secara Biologi
Terdapat beberapa agen Pengawalan secara biologi bagi mengatasi serangan Kutu Trips ini. Tetapi kebanyakannya terdapat di negara-negara maju seperti United Kingdom dan negara-negara Eropah. Antaanya adalah seperti berikut :-
  • Amblyseius Cucumeris - Menggunakan pemangsa Amblyseius cucumeris yang memakan kutu thrip pada peringkat larva dan tidak kutu thrips peringkat pupa atau kutu thrip dewasa. Pemangsa ini kebanyakannya boleh di dapati di negara Eropah dan penggunaannya adalah secara terkawal dan memerlukan kebenaran daripada pihak berkuasa sahaja.
  • Amblyseius swirskii - Pemangsa ini juga memaka kutu trips peringkat larva dan juga telur lalat putih (whitefly eggs). Mengikut rekod, penggunaan serangga pemangsa ini banyak terdapat di United Kingdom. Terdapat peraturan yang ketat di dalam penggunaan serangga pemangsa ini dan ianya memerlukan lesen khas dan tanaman hendaklah berada di dalam rumah kaca memandangkan serangga ini bukanlah serangga asal United Kingdom.
Kawalan Secara Kimia
Secara umumnya, bagi masalah serangan Kutu Trips ini, kawalan secara kimia adalah sesuatu yang agak sukar. Peratusan kejayaan untuk merawat tanaman yang telah diserang oleh Kutu Trips adalah terlalu rendah terutamanya apabila serangan telah mendatangkan virus kepada tanaman. Tambahan pula pada sesetengah kawasan dan persekitaran, Kutu Trips seolah-olah kebal (immune) kepada racun kimia yang digunakan.

Antara kaedah yang terbaik bagi mengawal serangan Kutu Trips ini adalah :-
  • Memahami kitaran hayat Kutu Trips dan melakukan semburan racun kimia yang betul bagi membataskan pembiakannya bermula dari pembentukan telur dan larva.
  • Melakukan semburan pada masa/waktu yang sesuai.
  • Menggilirkan penggunaan racun kimia.
  • Memastikan sukatan yang disyorkan oleh pengeluar racun kimia dipatuhi.
Antara senarai racun kawalan serangga yang boleh digunakan adalah :-
  • Admire 200SL, Agent 505, AGR Cylac 10EC, AGR Cyma 10EC, AGR Jola 10EC
  • Brightage 25 SC
  • Confidor, Confidor 100SL, Confidor 200SL, Confidor Matrix, Consult 5 EC, Cosmo 35, Crescent 5EC
  • Delta 1.4EC, Delta 2.5EC, Deltafos 1.4EC, Destin 1.4EC, Dewana Cyperchlor 505, Dimeto 400, Dimexion 40, Dragon 505
  • Elektra, Energy 505
  • Fantasia, Farmsect 550, Fezmet, Fezmet 40, Fujita B, Fusilier 18.3SL
  • Imida 200, Indigo
  • Kayak 505
  • Larvin, Lexide 400EC, Lonsat, Lorsban 40EC
  • Mafidor, Mattador, Mospilan 20% WSC
  • Naga 505, Nascent 18.2SL, Nexus 18.3SL, Nullecide 10EC
  • Pack-It 200, Palisade 18.2 SL, Pegasus 250 SC, Provado 200SL, Pyriban SP
  • Recca 280, Regain 500, Regent 50SC, Roction 400
  • SK Malathion, Starfos 505, Success 25SC, Sumitox 3.0, Synton 25EC
  • Trekker 28
  • Unitrin 5EC
  • Vita Dimethoate
  • Wesilin 1.40
  • Zattack 150, Zesban, Zesban 45

Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik terhadap kawalan Kutu Trips ini, pengguna disarankan mencampurkan Green Patrol ES kepada racun kimia di atas.




Kawalan Serangga : Pemikat Lalat Buah


Lalat Buah (Bactrocera spp)

Patogen :
Punca :
Nama Lain :

Nama Racun/Kawalan : Perangkap Lalat Buah

Bahagian diserang : Buah

Kesan Sampingan :-

  1. Terdapat kesan lubang kecil pada buah.
  2. Terdapat ulat di dalam buah
  3. Buah menjadi busuk

Lalat Buah merupakan serangga perosak yang banyak menyerang buah-buahan dan sayuran seperti mangga, jambu biji, belimbing, melon, nangka, jambu air, tomato, cili dan lain-lain lagi. Serangga ini terdapat hampir di seluruh kawasan Asia-Pasifik, dan dianggarkan menyerang lebih dari 26 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kajian menunjukkan terdapat lebih kurang 4,500 spesies lalat buah diseluruh dunia dan ianya adalah berasal dari famili Tephritidae yang menjadi perosak tanaman. Namun begitu, daripada jumlah tersebut, terdapat 20 spesies dari gen Bactrocera adalah merupakan perosak utama pada buah-buahan dan sayuran di Asia.

Lalat buah bersimbiosis mutualisme (sinonim) dengan bakteria kerana apabila lalat buah meletakkan telur pada buah, biasanya akan turut disertai dengan bakteria akan memungkinkan pembentukan kulat pada bahagian yang terkena serangan yang akhirnya akan meyebabkan buah menjadi busuk. Bahagian buah yang terkena serangan lalat buah ini akan menjadi lembik, berulat dan busuk.

Pada satu-satu masa, seekor lalat betina mampu meletakkan telur pada buah sebanyak 1-10 butir dan dalam sehari ia mampu meletakkan telur sehingga 40 butir. Telur kemudian menetas menjadi ulat dan akan merosakkan buah. Sepanjang hidupnya seekor lalat betina mampu bertelur sampai 800 butir.

Kaedah Kawalan Serangan Lalat Buah
Pengendalian Lalat Buah adalah begitu sukar dengan penggunaan racun kawalan serangga kerana ciri-ciri fizikalnya yang besar. Malahan penggunaan racun kulat untuk melindungi buah seringkali tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.

Oleh yang demikian, satu kaedah memerangi serangan lalat buah ini adalah dengan cara mengurangkan dan menghapuskan popolusi lalat buah di kawasan kebun atau tanaman. Kaedah yang terbaik dan berkesan adalah dengan menghapuskan “lalat buah jantan”. Ini akan menyebabkan tiada persenyawaan baru akan berlaku diantara lalat jantan dan lalat betina yang menghasilkan telur, seterusnya larva dan anak lalat buah.

Kaedah menghapuskan lalat buah jantan ini adalah dengan cara memasangkan perangkap yang diperbuat daripada botol air mineral, bekas plastik dan sebagainya. Cecair pemikat (lure) dititiskan pada gumpalan kapas dan diikat secara tergantung di dalam perangkap. Lalat buah jantan yang tertarik kepada aroma/bau cecair pemikat ini, akan memasuki perangkap dan gagal untuk mencari jalan keluar. Lalat buah jantan yang terperangkap di dalam perangkap ini kemudiannya akan mati dengan sendirinya atau boleh diletakkan sedikit air (yang tidak mengenai paras kapas) di dalam botol untuk mematikannya.

Diantara bahan-bahan pemikat Lalat buah yang biasa digunakan ialah Minyak Cemara Hantu (Melaleuca bracteata) dan Minyak Selasih (Ocimum sanctum) yang mengandungi bahan Metil Eugenol. Bahan ini mempunyai bau (aroma) yang sama seperti yang dikeluarkan oleh lalat buah betina untuk menarik perhatian lalat buah jantan untuk melakukan persenyawaan (Feromon Seks- Sex Pheromone).


Dalam alam semula jadi, metil eugenol terdapat dalam berbagai-bagai jenis tumbuhan daripada beberapa famili, seperti Anacardiaceae, Araceae, Caricaceae, Labiatae, Liliaceae, dan Leguminosae.




Panduan Berkenaan Perangkap Lalat Buah

  1. Jarak pemasangan perangkap antara satu pokok dengan pokok yang lain adalah 20 meter.
  2. Perangkap hendaklah digantung pada ketinggian 2-3 meter dari permukaan tanah.
  3. Air hendaklah giganti pada setiap minggu supaya bau metil eugenol tidak terpengaruh dengan bau air.
  4. Pemikat Lalat Buah hendaklah diganti pada setiap seminggu atau dua minggu bagi memastikan keberkesanannya.

Model-Model Perangkap Lalat Buah.



Model 1
Perangkap jenis ini diperbuat daripada botol plastik atau botol bekas air minuman (mineral) 500ml atau 600ml yang amat mudah diperolehi.

  1. Potong/kerat lebih kurang 1/3 botol pada bahagian atas (kepala).
  2. Ikatkan segumpalan kecil kapas dengan menggunakan benang dan gantung pada bahagian tengah botol (setelah dimiringkan/dicondongkan secara mendatar). Kedudukan kapas hendaklah tergantung dan berada pada paras di tengah-tengah botol.
  3. Titiskan lebih kurang 2-4ml cecair pemikat lalat (superlure) pada bahagian kapas tersebut.
  4. Isikan air (atau racun kulat) ¼ bahagian ke dalam botol tersebut atau pada paras yang tidak mengenai bahagian kapas.
  5. Masukkan potongan bahagian 1/3 botol itu tadi secara terbalik ke dalam botol dengan pada bahagian mulut botol hendaklah terbuka (tanpa penutup botol).
  6. Ikatkan pada bahagian kiri dan kanan botol (mendatar) dengan tali atau kawat halus dan gantungkan di kawasan kebun. Pada satu bahagian hendaklah dicondongkan sedikit agar air tidak tumpah.

Lalat Buah akan memasuki ke dalam perangkap ini apabila terhidu bau cecair pemikat dan sukar untuk mencari jalan keluar. Lalat ini kemudiannya akan jatuh ke dalam air lalu mati.

KELEBIHAN : Bahan mudah diperoleh, senang dibuat.
KELEMAHAN : Kekerapan hujan akan menyebabkan botol akan dipenuhi dengan air sehingga menenggelamkan kapas dan menghilangkan bau pemikat lalat.



Model 2
Perangkap jenis ini diperbuat daripada bekas plastik atau tupperware 8-10cm tinggi dan bergaris pusat 15cm dengan menggunakan 2-3 corong kecil (sebaiknya corong plastik).

  1. Buat 3 lubang pada bahagian tepi bekas plastik untuk memasukkan bahagian hujung corong.
  2. Lekatkan corong tersebut ke dalam lubang dengan menggunakan gam/pelekat agar ianya tak jatuh. Boleh gunakan gam super-glu.
  3. Ikatkan segumpalan kecil kapas dengan menggunakan benang dan gantung pada bahagian tengah penutup bekas plastik dengan kedudukan kapas di tengah-tengah bekas plastik.
  4. Titiskan lebih kurang 2-4ml cecair pemikat lalat (superlure) pada bahagian kapas tersebut.
  5. Ikat pada 3 bahagian penjuru bekas plastik dengan menggunakan tali/kawat halus.
  6. Gantungkan Perangkap lalat buah ini di kawasan kebun.

Lalat Buah akan memasuki ke dalam perangkap ini apabila terhidu bau cecair pemikat dan sukar untuk mencari jalan keluar. Lama-kelamaan lalat ini akan mati dengan sendirinya. Agar lalat ini cepat mati, boleh dimasukkan sedikit/sebutir kapur barus.

KELEBIHAN : Bahan mudah diperoleh, senang dibuat. Dapat memerangkap lebih banyak lalat buah.
KELEMAHAN : Pada kawasan kebun yang selalu mengalami tiupan angin kencang, bahagian corong akan mudah terjatuh sekiranya tidak dilekatkan dengan kuat. Faktor hujan juga boleh menyebabkan air memasuki perangkap melalui corong plastik.




Model 3
Perangkap jenis ini diperbuat daripada bekas plastik atau tupperware 13-15cm tinggi dan bergaris pusat 15cm dengan menggunakan 1 corong kecil (sebaiknya corong plastik).

  1. Buat 3 lubang pada bahagian tepi bekas plastik untuk memasukkan bahagian hujung corong.
  2. Lekatkan corong tersebut ke dalam lubang dengan menggunakan gam/pelekat agar ianya tak jatuh. Boleh gunakan gam super-glu.
  3. Ikatkan segumpalan kecil kapas dengan menggunakan benang dan gantung pada bahagian tengah penutup bekas plastik dengan kedudukan kapas di tengah-tengah bekas plastik.
  4. Titiskan lebih kurang 2-4ml cecair pemikat lalat (superlure) pada bahagian kapas tersebut.
  5. Ikat pada 3 bahagian penjuru bekas plastik dengan menggunakan tali/kawat halus.
  6. Gantungkan Perangkap lalat buah ini di kawasan kebun.

Lalat Buah akan memasuki ke dalam perangkap ini apabila terhidu bau cecair pemikat dan sukar untuk mencari jalan keluar. Lama-kelamaan lalat ini akan mati dengan sendirinya. Untuk mempercepatkan lalat buah ini mati, masukkan sedikit/sebutir kapur barus.

KELEBIHAN : Bahan mudah diperoleh, senang dibuat. Dapat memerangkap lebih banyak lalat buah.
KELEMAHAN : Pada kawasan kebun yang selalu mengalami tiupan angin kencang, bahagian corong akan mudah terjatuh sekiranya tidak dilekatkan dengan kuat. Faktor hujan juga boleh menyebabkan air memasuki perangkap melalui corong plastik.

Lain-Lain Model Perangkap Lalat Buah



Maklumat lanjut berkaitan ... Lalat Buah
Senarai harga ... di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati ... disini
Pelbagai kaedah menghubungi kami ... di sini
Email terus kepada kami ... di sini






Produk : Pemikat Lalat Buah
Jenama : Valiants Me
Kuantiti : 30ml
Harga :disini







Produk : Pemikat Lalat Buah
Jenama : SuperLure
Kuantiti : 30ml
Harga :disini









Produk : Pemikat Lalat Buah
Jenama : SmartLure
Kuantiti : 30ml
Harga : disini




Penyakit Cili : Bintik Daun

Penyakit : Bintik Daun (Leaf Spot)
Patogen (Agen Pembawa) : Cercospora capsici
Punca : Kulat Xanthomonas (Bakteria)
Nama Lain : Bercak Daun, Cercospora leaf spot @ bacterial leaf spot
Agen/Cara Penyebaran : Kulat jenis ini banyak tersebar melalui angin.
Bahagian Serangan : Daun dan tangkai
Cara Serangan : Menghisap
Kulat jenis ini akan menghisap cecair dari daun pokok cili sehingga daun pokok mengalami kerosakan berbentuk bulat yang dikelilingi dengan warna coklat dan seperti abu dibahagian tengahnya. Jika dibiarkan, lama-kelamaan bintik-bintik tersebut akan menjadi semakin besar dan bahagian tengahnya akan bertukar menjadi warna kelabu. Jarak tanaman yang sangat rapat juga merupakan penyebab utama bagi penyebaran penyakit bintik daun ini.

Kesan Serangan : Daun gugur
Daun yang diserang akan mempunyai kecederaan (lesion) berbentuk bulat atau bintik-bintik kecil yang berwarna perang. Apabila kecederaan atau bintik-binitk ini menjadi besar, bahagian tengahnya akan bertukar menjadi kelabu dan kemudian berlubang. Daun-daun yang diserang kemudian akan gugur walaupun sebahagian daripadanya berwarna kehijauan. Selain daripada itu, kulat jenis ini juga akan menyerang pada bahagian tangkai daun dan tangkai buah. Namun begitu ianya masih boleh disembuhkan dengan kaedah rawatan.

Kaedah Kawalan dan Rawatan :
  • Musnahkan daun atau buah yang dijangkiti penyakit ini supaya ianya tidak merebak ke bahagian yang lain.
  • Pastikan jarak tanaman adalah sesuai untuk jenis-jenis tanaman. Elakkan susunan tanaman yang terlalu rapat diantara satu sama lain.
  • Sembur racun kulat Benomyl
  • Sembur racun ORGANIK Green Patrol


Kesan Bintik Daun




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.