Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2012M-1433H

InsyaAllah, beberapa hari yang akan datang, semua umat Islam di negara kita akan merayakan Hari Raya Aidil Fitri 1433H. Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan :-

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Bathin

Kami memohon maaf sekiranya ada salah dan silap samada dari segi tutur bicara mahupun perbuatan semasa urusan jual beli dengan pihak kami.

InsyaAllah, segala kekurangan akan segera kami perbaiki untuk memberikan mutu dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan-pelanggan kami.

Terima Kaseh memberikan sokongan yang berterusan kepada Romatech Agro


Taklimat Pemasangan Set Fertigasi MPSJ

Hari ini 18hb. Julai 2012 Romatech Agro yang membekalkan Peralatan Pertanian dan Fertigasi memenuhi jemputan daripada Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk mengadakan sesi taklimat Pemasangan Sistem Fertigasi dan Penjagaan Tanaman kepada seramai 25 orang peserta Zon 20 Seri Kembangan Selangor.

Pihak MPSJ mengadakan Pertandingan Keceriaan Kawasan Zon 20 Seri Kembangan ini dengan penglibatan peserta daripda semua kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Hadiah bagi pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga disediakan oleh pihak MPSJ berbentuk wang tunai. Setiap perserta disyarat menanam tanaman secara Fertigasi untuk semua jenis tanaman sayuran berbuah seperti cili api, cili besar, terung dan bendi.

Kami telah membekalkan set permulaan lengkap untuk 25 orang peserta pertandingan keceriaan ini. Sesi taklimat pemasangan dan penjagaan tanaman ini bermula jam 12:30 tengahari di Dewan JKP Zon 20 Seri Kembangan. Alhamdulillah, sesi taklimat berjalan dengan lancar dan peserta menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap sistem tanaman secara fertigasi ini.

Taklimat Pemasangan Sistem Fertigasi

Penyampaian Set Fertigasi

Tanaman Nenas Secara Fertigasi-Hobi


Secara umumnya tanaman secara Fertigasi tidak menetapkan jenis-jenis tanaman yang perlu dan boleh ditanam. Malahan tanaman nenas juga boleh ditanam di dalam polibag untuk skala kecil dan hobi.

Ini adalah kerana dari segi komersial ia tidak bersesuaian disebabkan oleh masalah kos dan tempoh masa yang lebih panjang untuk tuaian hasil.

Dari segi pembajaan dan siraman air tidaklah terlalu membebankan kerana baja diberi di dalam bentuk granula iaitu Zeolite dan dapat bertahan sehingga tempoh 2 bulan.

Baja Fertigasi AB juga boleh diberi pada kadar EC 1.5-2.0 dengan kekerapan sekali seminggu. Manakala penggunaan medium cocopeat adalah bersesuaian kerana ia dapat menyimpan sejumlah keperluan air untuk tanaman nenas ini.

Dari segi kawalan penyakit amat minimum dengan penggunaan Minyak Neem dan Minyak Bawang Putih yang berkesan mengawal serangga perosak disamping mengelak penyakit seperti kulat.



Operasi Kedai Pusat Jualan Puchong-Cuti


Kami ingin memaklumkan bahawa Kedai di Pusat Jualan Puchong akan ditutup selama 5 HARI seperti dibawah ini :-



Tarikh Tutup : 2-6hb. Jun 2012 (Sabtu-Rabu)
Buka Semula : 7hb. Jun 2012 (Khamis)

Walaubagaimanapun semua urusan pembelian online adalah berjalan seperti biasa dan kami boleh dihubungi seperti biasa samada melalui telefon atau email seperti berikut :-

Kamarol-Prof : 019-226 2125 atau 012-347 8552
email : romatechagro@gmail.com

Sekian. Harap Maklum.



Penurunan Harga : Peralatan Penyukat


Kami ingin mengumumkan perubahan harga yang melibatkan Penurunan Harga bagi beberapa peralatan penyukat bermula pada 1hb. Mei 2012 ini.


Sebagaimana yang kita semua sedia maklum alat penyukat EC dan PH Meter amat berguna di dalam pertanian terutamanya penanaman secara Fertigasi kerana ianya memudahkan dan menjimatkan masa kita untuk memastikan tanaman kita memperolehi nutrien (baja) pada kadar yang diperlukan (secukupnya) oleh setiap peringkat umur tanaman. Secara tidak langsung penggunaan peralatan penyukat ini juga akan dapat menjimatkan kos pembajaan yang pada masa sekarang meningkat naik.

Begitu juga dengan Peralatan Penyukat Digital Timer yang berfungsi untuk menyelaraskan Masa Siraman bagi memastikan Pam Air dapat menyalurkan air/air baja ke kawasan tanaman sepertimana yang ditetapkan.

Informasi lanjut berkenaan dengan peralatan penyukat yang disebutkan di atas adalah seperti berikut :-
1. EC Meter DIST4 (HI98304)
2. PH Meter PH52M
3. Soil PH Meter (ETP110)

Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.



Supplement : Rumpai Laut Seaweed BGreen



Seaweed atau Rumpai Laut atau dalam bahasa tempatan dikenali sebagai Agar-Agar adalah sejenis tumbuhan yang hidup di dalam air masin dalam laut di kawasan yang mempunyai kesesuaian persekitaran semulajadi.

Terdapat beratus-ratus spesis rumpailaut dalam laut yang terdapat samada di kawasan bersuhu sejuk atau panas, kawasan air cetek atau laut-dalam dengan berbagai warna dan bentuk seperti bulat, pipih, tabung atau seperti ranting dahan bercabang-cabang. Ia amat berguna untuk dijadikan sebagai makanan, perubatan dan kosmetik, pertanian (fertilizer), industri dan sebagainya.

Rumpai Laut mempunyai kandungan nutrisi cukup lengkap. Secara kimia rumput laut terdiri dari air (27.8%), protein (5.4%), karbohidrat (33.3%), lemak (8.6%), serat kasar (3%) dan abu (22,25%).

Selain dari itu ia juga mengandungi enzim, asid nukleat, asid amino, vitamin (A,B,C,D, E dan K) dan makro mineral seperti nitrogen, oksigen, kalsium dan selenium serta mikro mineral seperti zat besi, magnesium dan natrium. Kajian menunjukkan kandungan asid amino (amino acids), vitamin dan mineral rumput laut mencapai 10 -20 kali ganda jika dibandingkan dengan tanaman di darat.

Baja BGREEN Seaweed adalah campuran organik ekstrak rumpai laut terpilih dalam membekalkan nutrien seimbang kepada tanaman untuk tujuan pertumbuhan, pembungaan dan pengeluaran buah yang sihat. Ia kaya dengan mineral organik, hormon pertumbuhan semulajadi, vitamin, asid amino dan nutrien tambahan yang amat diperlukan oleh tanaman. Ia amat sesuai untuk semua jenis tanaman berdaun, bunga dan buah-buahan.

Ciri-ciri Utama Seaweed B'Green
  • Produk keluaran Bioteknologi
  • Membekal nutrien NPK yang simbang.
  • Diperkaya dengan Asid Amino (amino Acids).
  • Kaya dengan Pengalak Tumbesaran Tanaman (PGR) seperti Sitokinin, Auksin dan Diberelin.
  • Ia juga mengandungi unsur-unsur mikro (TE) seperti Magnesium (MgO), Kalsium (CaO), Boron (B), Besi (Fe), Kuprum (Cu) dan Manganan (Mn).

Kebaikan Seaweed B'Green
  • Meningkatkan hasil dan kualiti tanaman
  • Mengalakkan proses Fotosintesis lebih baik.
  • Merangsangkan Pencambahan Biji benih.
  • Membantu mempekuatkan akar tanaman.
  • Meningkatkan daya tahan penyakit.

Cara dan Kadar Penggunaan
Kadar Bancuhan : 3/1000
3ml = 1.0 Liter air atau
1 Penutup = 4.5 Liter air

Kekerapan Semburan : 1-2 minggu sekali

Sila rujuk Senarai Harga disini






Promosi Jualan : Peralatan Penyukat RA-P1204-007



Promosi Jualan pada kali ini, bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke-14 pada 11hb. April 2012 ini, Romatech Agro ingin menawarkan promosi pembelian peralatan penyukat iaitu Digital Timer, EC Meter, PH Meter dan Soil PH Meter dengan harga yang amat menjimatkan dengan potongan harga yang amat menjimatkan.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum alat penyukat EC dan PH Meter amat berguna di dalam pertanian terutamanya penanaman secara Fertigasi kerana ianya memudahkan dan menjimatkan masa kita untuk memastikan tanaman kita memperolehi nutrien (baja) pada kadar yang diperlukan (secukupnya) oleh setiap peringkat umur tanaman. Secara tidak langsung penggunaan peralatan penyukat ini juga akan dapat menjimatkan kos pembajaan yang pada masa sekarang meningkat naik.

Begitu juga dengan Peralatan Penyukat Digital Timer yang berfungsi untuk menyelaraskan Masa Siraman bagi memastikan Pam Air dapat menyalurkan air/air baja ke kawasan tanaman sepertimana yang ditetapkan.

Tempoh Promosi : 11hb. April 2012

Terma dan syarat :-
  • Harga yang ditawarkan adalah untuk pembelian secara individu dan/atau syarikat dan terbuka kepada semua pelanggan.
  • Setiap pelanggan adalah dihadkan pembelian kepada 1 unit SAHAJA bagi tiap-tiap model pada satu-satu masa.
  • Tawaran hanya sah bagi pembelian di Pusat Jualan Puchong SAHAJA.
  • Tempoh jaminan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak pengeluar (Hanna Instruments)
  • Bayaran tambahan RM10.00 (Semenanjung) dan RM15.00 (Sabah dan Sarawak) akan dikenakan bagi penghantaran melalui POS/COURIER.

Informasi lanjut berkenaan dengan peralatan penyukat yang disebutkan di atas adalah seperti berikut :-
1. EC Meter DIST4 (HI98304)
2. PH Meter PH52M
3. Soil PH Meter (ETP110)

Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera sementara stok dan tempoh promosi masih ada.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.