Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Tanaman Cili Kulai Secara Fertigasi Skala Hobi

Bagi mereka-mereka yang meminati penanaman Cili Kulai F1 568, saiz dan keluasan kawasan adalah tidak mendatangkan masalah kerana ianya boleh ditanam disekitar kawasan rumah sahaja.

Dengan keluasan 22 kaki (panjang) x 13 kaki (lebar), ianya mampu memuatkan sejumlah minima 40 pokok Cili Kulai yang ditanam menggunakan konsep secara Fertigasi yang mana pemberian baja adalah melalui air (air baja) terus kepada akar pokok melalui sistem pengairan titis (drip) berautomatik (menggunakan timer).

Spesifikasi :-






Molasses - Gula Merah

Molasses atau Gula Merah sangat banyak digunakan di dalam sektor pertanian dan penternakan. Molases merupakan sumber energi utama dan merupakan hasil ikutan utama dalam pengolahan gula.

Molases dari tebu mengandungi 25 hingga 40% sukrosa, kandungan protein kasar relatif kecil yaitu sekitar 3% dan kandungan abu berkisar antara 8-10% yang terdiri dari K, Ca, CL dan Garam Sulfat. Molases merupakan sumber trace mineral yang bagus akan tetapi pada umumnya memiliki kandungan vitamin yang rendah. Pada penggunaan secara komersial molases yang digunakan memiliki kandungan air sekitar 25%, sehingga perlu pengeringan atau teknik pencampuran tersendiri bila ingin dicampurkan pada pakan kering agar tidak menggumpal.

Brix (Molasses Brix) adalah istilah yang sekarang ini digunakan untuk menunjukkan komposisi molasses. Brix menggambarkan angka yang digunakan untuk mengindikasikan peratusan bobot gula dalam larutan sukrosa. Salah satu cara untuk mengukur angka Brix pada larutan sukrosa adalah mengukur spesifik gravitasi dan kemudian diterjemahkan dengan jadual yang memperlihatkan angka Brix dari hasil label sukrosa yang dihasilkan.

Pemasalahan yang dihadapi dalam manafaat molases adalah kandungan molases yang sangat bervariasi (kecuali molases dari jagung). Jenis tebu, umur dan kualiti tebu, kesuburan tanah, cara penuaian dan proses pengolahan sangat berpengaruh terhadap kandungan molasses. Seperti halnya pada 11 sampel ditemukan kisaran kandungan Ca antara 0,3-1,68% (Pond and Maner, 1984).


Molasses Sebagai Silaj Makanan Ternakan
Molasses digunakan sebagai silaj makanan ternakan ruminan secara luas. Di Amerika sendiri menggunakan sekitar 2.5 juta ton molasses lebih besar dibandingkan di negara atau daerah lainnya di Eropah. Rasa yang manis menyebabkan haiwan ternakan amat menyukainya. Penambahan molasses dapat mengurangi silaj yang berdebu, dan berguna sebagai binder (pengikat) pada pembuatan pakan pellet.

Molasses biasanya digunakan dalam penternakan seperti lembu, kambing, ayam, arnab dan lain-lain. Tujuannya dalah untuk meningkatkan nafsu makan, mengurangi ransum berdebu (dustiness), sebagai perekat dalam pembuatan pellet, sebagai sumber energi (tenaga) dan sebagai sumber faktor-faktor yang tak teridentifikasi (unidentified factors). Menurut Cullison (1979), molasses biasanya digunakan sebanyak 0-15% dalam ransum. Pemberiam lebih dari 15% menyebabkan ransum menjadi lengket (sticky) dan sulit untuk ditangani. Pemberian dalam level yang tinggi cenderung mengganggu aktivitas mikroba rumen.

Molasses dan Effective Mikrob (EM) Dalam Pertanian
Didalam pertanian, biasanya molasses digunakan bersama dengan EM (Effective Microb) yang bertujuan untuk meningkatkan aktiviti mikrob. Microb yang telah diaktifkan dengan molasses ini akan bertindak sebagai agen untuk merenjatkan pembiakan bakteria jahat serta meningkatkan populasi bakteria baik sama seperti fungsi yang terdapat pada produk seperti Vitagen dan Yakult. Disamping itu juga, ia berfungsi sebagai baja siraman untuk membekalkan nutrien tambahan yang diperlukan oleh tanaman.

Secara umumnya terdapat 4 jenis molasses iaitu :-
1. Berasaskan tebu (cane) - Blackstrap Molasses
Produk ini adalah merupakan by-product fabrik gula (tebu). Cane-molasses mengandungi 25-40 % sukrosa dan 12-25 % gula produksi dengan jumlah kadar gula adalah 50-60 % atau lebih. Kadar protein kasar pula adalah sekitar 3%. Manakala kadar abu adalah dari 8% hingga 10% yang terbentuk dari Potassium, K, Ca, Mg, Fe, Cl dan garam sulfat.
Terdapat 3 gred molasses iaitu :-
  1. Mild - Molasses Pertama
  2. Dark - Molasses Kedua
  3. Blackstrap - Molasses Ketiga
Ketiga-tiga jenis molasses ini kadang-kadang terdapatnya kandungan sulfur ataupun sebaliknya.
Cara Pembuatan : Tebu yang telah dituai (dengan dibuang daun tebu) kemudian diekstraksi dengan cara crushing or mashing. Ekstrak yang yang terhasil kemudian direbus dibuat kental yang selanjutnya dikristalisasi menjadi gula. Hasil dari perebusan pertama dan yang telah dipisahkan gula kristalnya disebut Molasses Pertama yang mengandungi gula paling tinggi. Molasses Kedua dibuat dari perebusan kedua dan ekstraksi gula serta berasa agak pahit. Perebusan ketiga dinamakan Molasses Ketiga - Blackstrap Molasses tetapi masih mengandung banyak kalori. Tidak seperti gula rafinasi (refinery), Blackstrap Molasses mengandung sejumlah vitamin dan mineral.

2. Beet Molasses
Produk ini merupakan by-product pabrik Beet Sugar dari sugar beet. ianya banyak dikeluarkan di bahagian barat Amerika. Beet molasses merupakan pakan pencahar yang normalnya diberikan pada ternakan dalam kuantiti yang kecil. Molasses yang berasal dari sugar beet berbeza dengan yang berasal dari cane molasses. Beet molasses mengandung 50% gula (dalam BK), lebih banyak mengandung sukrosa, glukosa. Sedikit mengandung biotin (Vitamin H or B7) untuk pertumbuhan sel, oleh karena itu perlu suplementasi sumber biotin. Biasanya kurang palatable dan hanya digunakan sebagai aditif dalam pakan (disebut "molassed sugar beet feed") atau sebagai fermentasi pakan. Proses mengeksrak tambahan gula dari beet molasses yang disebut molasses desugarisation. Teknik ini menggunakan skala chromatography untuk memisahkan sukrosa dari komponen non-gula.

Citrus Molasses
Citrus molasses merupakan jus dari limbah jeruk (the juice of citrus waste).


4. Wood Molasses
Wood molasses merupakan ekstrak yang mengandung lebih karbohidrat terlarut dan mineral yang dihasilkan dari bahan kayu pada pabrik kertas, fiber board, selulosa murni dari kayu. Ekstrak ini diproses menjadi molasses yang sesuai untuk diberikan sebagai pakan ternak.

Spesifikasi Molasses :-
  • BRIX(Total Solid Contain) : Min 72%
  • Total Sugar Contain : Min 45%
  • Purity : Min 38%
  • Invert Sugar : 15%-18%
  • PH : 5.4-5.7
  • Sucrose : 30%-32%
  • Specific Gravity : 1.379-1.4318
  • Lab Equipment : Brix Hydrometer
  • Temperature : At 20 Degree Celsius



Sila rujuk senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.

Penurunan Harga Peralatan Penyukat 2013

Dalam usaha untuk membantu pengusaha tanaman memiliki Peralatan Penyukat bagi tujuan memudahkan urusan di dalam pertanian, Romatech Agro kini menawarkan Penurunan Harga bagi beberapa peralatan penyukat bermula pada 19hb. Februari 2013 ini.


Senarai Harga Baru Peralatan Penyukat adalah seperti berikut : (Sila klik pada jadual di atas atau disini)
  1. Digital Timer (SUM/SMART) = RM37.00 (TEFRA RM35.00)
  2. 3in1 EC/CF/TDS Meter (KL-1385) = RM139.00 (TEFRA RM129.00)
  3. EC Meter DIST4 (HI98304) = RM189.00 (TEFRA RM179.00)
  4. PH Meter Hanna (HI98107) = RM179.00 (TEFRA RM169.00)
  5. 3in1 Plant Mate (ETP306) = RM45.00 (TEFRA RM40.00)
  6. Soil PH Meter (ETP110) = RM35.00 (TEFRA RM30.00)

Informasi lanjut berkenaan dengan peralatan penyukat yang disebutkan di atas adalah seperti berikut :-
1. Digital Timer SUM/SMART
2. EC Meter DIST4 HI98304
3. PH Meter HI98107
4. Soil PH Meter ETP306 & ETP110

Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.

Promosi Jualan Ulangtahun : Penyukat EC dan PH Meter

Sempena menyambut Ulangtahun yang ke-4 pada 19hb. Disember 2012 yang lalu, Pusat Jualan Romatech Agro ingin menawarkan promosi Jualan Ulangtahun bagi pembelian peralatan penyukat iaitu Penyukat EC Meter, PH Meter dan Soil PH Meter dengan harga yang amat menjimatkan dengan potongan harga lebih daripada RM100.00 bagi pembelian lengkap.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum alat penyukat EC dan PH Meter amat berguna di dalam pertanian terutamanya penanaman secara Fertigasi kerana ianya memudahkan dan menjimatkan masa kita untuk memastikan tanaman kita memperolehi nutrien (baja) pada kadar yang diperlukan (secukupnya) oleh setiap peringkat umur tanaman. Secara tidak langsung penggunaan peralatan penyukat ini juga akan dapat menjimatkan kos pembajaan.


Pakej Promosi : (Sila rujuk jadual di atas atau disini)
RA-P1301-008 : EC Meter DIST4 (HI98304) = RM169.00
RA-P1301-009 : PH Meter (HI98107) = RM139.00
RA-P1301-010 : 3in1 Plant Mate (ETP306) = RM39.00
RA-P1301-011 : Soil PH Meter (ETP110) = RM29.00
RA-P1301-012 : EC Meter + PH Meter + Soil PH Meter = RM299.00

Kadar Penjimatan : RM10.00 - RM134.00
Tempoh Promosi : 21 ~ 31 Januari 2013


Terma dan syarat :-
  • Harga yang ditawarkan adalah untuk pembelian secara individu dan/atau syarikat dan terbuka kepada semua pelanggan.
  • Setiap pelanggan adalah dihadkan pembelian kepada 1 set SAHAJA pada satu-satu masa.
  • Tawaran hanya sah bagi pembelian di Pusat Jualan Puchong SAHAJA.
  • Tempoh jaminan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak pengeluar
  • Bayaran tambahan RM11.00 (Semenanjung) dan RM15.00 (Sabah dan Sarawak) akan dikenakan bagi penghantaran melalui POS/COURIER.
Informasi lanjut berkenaan dengan peralatan penyukat yang disebutkan di atas adalah seperti berikut :-
1. EC Meter DIST4 HI98304
2. PH Meter HI98107
3. Soil PH Meter ETP306 & ETP110

Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera sementara stok dan tempoh promosi masih ada.

Penyakit Tanaman : Kutu Daun

Kutu Daun adalah sejenis serangga yang kecil, berbadan lembut dengan saiz kurang daripada 1/8 inci panjang yang juga dikenali dengan nama Aphid atau Afid. Ia diketegorikan di dalam keluarga Aphididae. Kebanyakan tanaman mempunyai sekurang-kurangnya satu jenis (spesis) Aphid yang menjadikan tanaman tersebut sebagai sumber makanan mereka.

Nama Penyakit/Perosak : Kutu Daun, Aphid, Afid - Aphis spp
Keluarga (Family) : Aphididae
Patogen (Agen Pembawa) :
Punca : Serangga
Nama Lain : aphis gossypii
Agen Penyebaran : Sentuhan, Angin, Manusia, Haiwan dan lain-lain
Bahagian Serangan : Daun, Batang, Pucuk, Bunga dan Buah

Jenis Tanaman Diserang :
Sweet Melon, Tembikai Susu (Honeydew), Tomato, Cili, Timun, Terung, Jagung, dan lain-lain

Cara Serangan :
Aphid dewasa dan nimfa menghisap cairan sel daripada bahagian daun, pucuk, bunga, buah dan batang pokok.

Kesan Serangan :
Symtomnya dapat dilihat pada daun tanaman yang kelihatan mengerekot (kerinting), melengkung ke atas atau ke bawah. Berbelang-belang kekuningan (klorosis). Serangan pada bahagian bunga tanaman akan menyebabkan bunga gugur. Selain daripada itu, ia juga adalah penyebab kepada penyakit kulat yang dikenali sebagai Kulat Jelaga ataupun Kulat Jelaga Hitam (Sooty Mould/Sooty Mold).

Serangan dan pembiakan Aphid biasa meningkat terutamanya pada musim panas dan kering.


Penyebaran Virus
Aphid juga adalah vektor kepada penyakit virus terhadap tanaman. Ini berlaku semasa Aphid menghisap cairan dari tanaman, ia juga boleh menyuntik kandungan toksin dan memindahkan virus kepada tanaman, terutamanya dari Aphid dewasa yang bersayap. Tanaman yang dijangkiti penyakit virus akan terbantut dan kehijauan daun tidak seragam. Daun kelihatan berbelak-belak hijau tua dan hijau muda. Tulang utama daun akan berkerekot (kerinting) dan daun muda menjadi tirus serta keras.


Penyakit Kulat Jelaga Hitam (Sooty Mould/Sooty Mold)
Aphid juga mendatangkan penyakit lain seperti kulat (cendawan). Ini berlaku bilamana manisan (sisa buangan, honey) yang dikeluarkan oleh Aphid secara berlebihan akan mengenai bunga, daun, buah dan batang pokok dan melalui kaedah berikut :-
  • Manisan ini adalah bersifat melekit (sticky) dan apabila mengenai daun ia akan memerangkap banyak habuk dari persekitaran kawasan tanaman.
  • Manisan serta habuk yang terperangkap ini menyebabkan terjadinya penyakit kulat yang dikenali sebagai Kulat Jelaga atau Jelaga Hitam (Sooty Mould/Sooty Mold) yang akan menjadikan daun bertukar warna kehitaman
  • Kesan Jelaga Hitam yang menutupi permukaan daun ini juga akan menyebabkan daun pokok tidak dapat menerima cahaya matahari dengan secukupnya dan ia akan menjejaskan proses fotosentis tanaman. Oleh yang demikian pokok akan menjadi semakin lemah dan membantutkan pembesaran serta menjejaskan hasil tanaman.



Mengenali Aphid

Kitaran Hidup Aphid

Aphid berkembang biak melalui 2 kaedah iaitu perkahwinan biasa dan tanpa perkahwinan (Unusual Lifesycles). Bagi pembiakan tanpa perkahwinan, telur-telur Aphid dapat berkembang biak menjadi anak (Nimfa) melalui proses partenogenesis (dilahirkan oleh Aphid dewasa) dengan kadar 5-6 nimfa sehari. Bersalin kulit sebanyak 4 kali melalui 4 peringkat instar sebelum menjadi dewasa dalam masa 7-10 hari.

Bahagian dada dan kepala dewasa berwarna hitam dan abdomen berwarna hijau gelap dan ada yang terdapat "antena" berwarna hitam dihujung abdomennya.

Terdapat lebih daripada 4,400 spesis Aphid dengan pelbagai warna badan mereka seperti merah muda (pink), kuning, kelabu, putih atau hitam bergantung kepada warna tanaman yang didiami. Ada juga spesis Aphid kelihatan licin atau berbulu.


Aphid dewasa tidak berkepak (sayap). Namun begitu, terdapat juga beberapa spesis yang mempunyai kepak bergantung kepada spesis yang mendiami sesuatu jenis tanaman. Aphid dari spesis yang berkepak amat mudah untuk berterbangan atau diterbangkan melalui tiupan angin dan berpindah dari pokok ke satu pokok yang lain terutamanya bilamana kaloni Aphid adalah terlalu banyak dan mereka terpaksa berpindah di mana sumber makanan daripada pokok yang didiami telah berkurangan.

Aphid pada kebiasaannya mencari makanan (pada daun atau batang) dalam satu kumpulan dan seringkali dilihat bersesak-sesak. Namun begitu, kebanyakan Aphid tidak bergerak secara agresif apabila diganggu.

Aphid dan Semut Saling Bekerjasama
Dalam kebanyakan keadaan, pada kebiasaannya dimana terdapat kaloni Aphid yang mengerumuni tanaman, maka akan juga terdapatnya kehadiran semut (semut hitam) yang bertindak melindungi Aphid daripada serangan pemangsa. Ini adalah kerana semut akan memperolehi manisan (honey) daripada sisa buangan yang dikeluarkan oleh Aphid.

Pemerhatian para penyelidik mendapati hasil daripada keakraban dan kerjasama ini, semut akan mengiringi sambil melindungi Aphid ke daun atau pokok yang baru. Oleh yang demikian, tidak hairan kenapa Aphid dan semut adalah 2 jenis serangga yang saling memerlukan diantara satu sama lain.


Mengawal Populasi Aphid
Bagi mengawal pembiakan Aphid, maka populasi semut juga hendaklah di hapuskan kerana semut seringkali menjadi sahabat baik dan pelindung kepada Aphid daripada serangga pemusnah seperti ladybird, larva lalat jala, tebuan, labah-labah, lalat dan lain-lainnya. Semut akan senantiasa mempertahankan Aphid daripada serangan musuh dan pemangsa.


Kaedah Kawalan dan Rawatan

Antara kaedah yang terbaik bagi mengawal serangan Aphid ini adalah :-
  • Memahami kitaran hayat Aphid dan melakukan semburan racun kawalan serangga yang betul bagi membataskan pembiakannya bermula dari pembentukan telur dan larva.
  • Melakukan semburan pada masa dan waktu yang sesuai.
  • Menggilirkan penggunaan racun kawalan serangga.
  • Memastikan sukatan yang disyorkan oleh pengeluar racun kawalan serangga dipatuhi.

Kawalan Secara Kultura :
Kawalan secara kultura adalah satu kaedah dimana melakukan amalan dan kaedah penanaman yang betul bagi mengatasi masalah serangga dan perosak tanaman. Diantara amalan dan kaedah yang berguna adalah :-
  • Periksa dan pastikan semua peralatan kebun di dalam keadaan bersih. Pembersihan boleh dilakukan dengan mencuci kesemua peralatan kebun dengan larutan pembersih seperti cloroc, dettol dan sebagainya bagi memastikan pembiakan kutu daun dapat dibendung.
  • Rumpai hendaklah tidak memenuhi kawasan kebun.
  • Lantai, tapak, silver shine dan sebagainya hendaklah di dalam keadaan bersih.
  • Penggunaan perangkap Plastik Kuning dan Pelekat Serangga dapat memerangkap Aphid dewasa.
  • Jalankan pemantauan dengan kerap dan teliti terhadap tanaman terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Aphid selalunya berselindung dibawah daun.
  • Menanam tanaman pelindung atau tanaman perangkap (trap crop) di sekeliling kawasan kebun seperti serai, jagung dan lain-lainnya.
  • Menggunakan benih dari varieti yang menpunyai ketahanan penyakit yang tinggi.

Kawalan Secara Biologi :
Kawalan secara biologi adalah satu kaedah kawalan perosak menggunakan organisma tertentu seperti menggunakan konsep mangsa dan pemangsa (predators). Diantaranya pemangsa yang sangat efektif untuk menghapuskan Aphid adalah seperti berikut :-
  1. Kumbang Kura (Lady Bird/Ladybugs - hippodamia convergens) - Ladybird merupakan diantara pemangsa yang terbaik untuk menghapuskan atau sekurang-kurang dapat mengurangkan populasi Aphid yang mendiami sesuatu jenis tanaman. Kajian menunjukkan seekor Ladybird dewasa mampu makan sehingga 1,000 ekor Aphid sehari.
  2. Larva Lalat Jala (Lacewings larvae) - Larva Lalat Jala juga merupakan pemangsa kepada Aphid. Ia menjadikan Aphid sebagai makanannya.
  3. Tebuan - Tebuan juga merupakan serangga pemangsa kepada Aphid.
  4. Serangga Parasit - Melepaskan serangga parasit (Parasitic Wasps) seperti lebah atau lalat (bukan lalat buah, fruit fly) kepada tanaman (pokok). Parasit betina ini akan menjadikan Aphid dewasa sebagai tempat untuk ia meletakkan telurnya. Apabila telur parasit ini menetas menjadi larva, ia akan memakan bahagian dalam Aphid dan menyebabkan Aphid akan mati.


Dikebanyakan negara-negara yang mana industri pertanian mereka sangat maju, Kawalan Secara Biologi ini adalah sangat efektif bagi mengurangi penggunaan racun kimia dan dapat memastikan pengusaha memperolehi hasil tanaman yang tinggi. Oleh yang demikian, maka larva dan juga serangga pemangsa yang lain amat mudah dan banyak di dapati di pasaran negara tersebut.

Serangga pemangsa ini kemudiannya akan dilepaskan ke kawasan tanaman bagi tujuan menghapuskan dan mengurangkan serangan Aphid.


Kawalan Secara Kimia :
Terdapat pelbagai jenis racun kawalan serangga dan perosak berasaskan kimia di pasaran negara kita. Diantaranya adalah seperti berikut :-
Racun Serangga (Insecticide) : Aphid
  1. acetamiprid : Clipper 20SL, Dekker, Kenmos, Mospilan20SP
  2. chlorphyrifos : BodyGuard, Logic 75, Kensban 75
  3. chlorphyrifos + cypermethrin : Baga 505, Dewana Cyperchlor 505, Dragon 505, Energy 505, Kayak 505
  4. cypermethrin : AGR Cylac 10EC, AGR Cyma 10EC, AGR Jola 10EC, Chiptrin 5.5, Consult 5EC, Contest 50EC, Cosmo 35, Kencis 1600, Ken-Cyper 1600
  5. deltamethrin : Cothrin, Cracko, Deltam, Destin 1.4 EC, Decis 2.5 EC, Detin, Vancis, Venthrin 1.4EC
  6. dimethoate : Dimeto 400, Kenlogo, Lexide 400EC
  7. imidachloprid : Confidor, Fusilier 18.3SL, Imida 200, Indigo, Nascent 18.2SL, Nexus 18.3SL, Pack-it 200, Palisade 18.2SL, RH Imidacloprid, SK Imidacloprid

Racun Kulat (Fungicide) : Kulat Jelaga Hitam (Sooty Mould/Sooty Mold)
  1. benomyl : Benocide 50WP, Benex, Kenlate
  2. carbendazim : Benzim SC, Cakera 50WP, Headlines 42 SC, Vimax 50 D, Zimac SC, Zimlate SC

Kawalan Secara Organik :

Kawalan secara organik adalah diantara sistem kawalan serangga perosak baik. Diantara kaedah yang boleh digunakan adalah seperti berikut :-
  1. Cuci (menyental) - Menggosok dengan tangan sambil menyiram air yang banyak kepada daun atau batang yang dikerumuni oleh Aphid.
  2. Sabun Antiseptik (Antisecticidal Soap) - Bancuh sabun antiseptik (sebaik-baiknya sabun yang mengandungi potasium) dengan kadar 1 sudu teh bersama 2-4 liter air. Kemudian lakukan semburan kepada tanaman yang diserang oleh Aphid. Elakkan menggunakan sabun yang mengandungi perfume atau bahan sampingan (additives) yang boleh merosakkan tanaman.
  3. Cecair Pencuci - Sabun cuci pinggan atau sabun cuci baju juga boleh digunakan Semburan dengan menggunakan cecair pencuci. Aphid bernafas melalui kulit badan mereka. Oleh yang demikian, semburan bahan pencuci akan menyebabkan kulit badan mereka akan diselaputi oleh bahan cecair pencuci dan akan dapat melemaskan serta menyebabkan kekeringan (dehydration). Campurkan 1 sudu cecair pencuci dengan 2 liter air suam dan sembur kepada pokok.
  4. Minyak Neem (Neem Oil) - Minyak Neem berfungsi melemaskan pernafasan Aphid sehingga boleh membunuh Aphid dengan berkesan. Selain itu, Minyak Neem juga dapat melindungi tanaman daripada serangan beberapa jenis penyakit kulat. Apabila semburan Minyak Neem dilakukan, ianya akan diserapkan (absorb) oleh daun, batang dan keseluruhan pokok serta bertindak melindungi pokok daripada diserang oleh Aphid. Menurut Environmental Protection Agency, Neem adalah selamat digunakan terhadap tanaman sayuran dan makanan serta tanaman perhiasan.

Rujukan :
1. Wikipedia - Wikipedia
2. University of California - Agriculture & Natural Resources
3. University of Hawai'i at Manoa - Sooty Mold oleh Scot Nelson
4. University of Wyoming - Parasitic Wasps by Asst Prof. Michael J Brewer
5. Universiti Pertanian Malaysia - Study of Sooty Mould oleh Lim Tong Kwee
6. Houseplants
7. Seaspringseeds




Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2012M-1433H

InsyaAllah, beberapa hari yang akan datang, semua umat Islam di negara kita akan merayakan Hari Raya Aidil Fitri 1433H. Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan :-

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Bathin

Kami memohon maaf sekiranya ada salah dan silap samada dari segi tutur bicara mahupun perbuatan semasa urusan jual beli dengan pihak kami.

InsyaAllah, segala kekurangan akan segera kami perbaiki untuk memberikan mutu dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan-pelanggan kami.

Terima Kaseh memberikan sokongan yang berterusan kepada Romatech Agro


Taklimat Pemasangan Set Fertigasi MPSJ

Hari ini 18hb. Julai 2012 Romatech Agro yang membekalkan Peralatan Pertanian dan Fertigasi memenuhi jemputan daripada Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk mengadakan sesi taklimat Pemasangan Sistem Fertigasi dan Penjagaan Tanaman kepada seramai 25 orang peserta Zon 20 Seri Kembangan Selangor.

Pihak MPSJ mengadakan Pertandingan Keceriaan Kawasan Zon 20 Seri Kembangan ini dengan penglibatan peserta daripda semua kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Hadiah bagi pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga disediakan oleh pihak MPSJ berbentuk wang tunai. Setiap perserta disyarat menanam tanaman secara Fertigasi untuk semua jenis tanaman sayuran berbuah seperti cili api, cili besar, terung dan bendi.

Kami telah membekalkan set permulaan lengkap untuk 25 orang peserta pertandingan keceriaan ini. Sesi taklimat pemasangan dan penjagaan tanaman ini bermula jam 12:30 tengahari di Dewan JKP Zon 20 Seri Kembangan. Alhamdulillah, sesi taklimat berjalan dengan lancar dan peserta menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap sistem tanaman secara fertigasi ini.

Taklimat Pemasangan Sistem Fertigasi

Penyampaian Set Fertigasi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.