![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/rumah_semaian_benih/DSCN9335_zpst7ljzis6.jpg)
Alhamdulillah sekarang saya telah mempunyai sebuah rumah semaian benih mini berkapasiti 4 tray semaian pada satu-satu masa. Puas juga nak buat dengan kos kayu yang agak mahal pada ketika ini.
Tetapi kayu 1" x 2" yang saya gunakan adalah dari kayu terpakai yang diberikan oleh jiran sebelah rumah. Saya gunakan plastik tebal lutsinar sebagai atap dan pada kelilingnya saya gunakan jaring besi dilapikkan lagi dengan jaring plastik halus.
InsyaAllah, lepas ni bolehlah saya penuhi permintaan daripada sahabat-sahabat usahawan yang ingin memulakan tanaman cili fertigasi ini secara kecil-kecilan di tepi rumah. InsyaAllah harga anak pokok cili Kulai yang saya tawarkan bersama pakej RA20 ini adalah lebih kompetitif bagi menarik lebih ramai usahawan memulakan tanaman fertigasi secara kecil-kecilan dahulu.
Pertanyaan tentang harga anak pokok cili Kulai 568 ini, boleh terus menghubungi saya atau sms di talian 019-2262125.
InsyaAllah, selepas ini saya bercadang untuk membuat rumah semaian yang lebih besar di Kampong Permai kerana telah ada beberapa orang usahawan yang menghubungi saya bertanyakan tentang anak pokok cili ini.
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/rumah_semaian_benih/DSCN9141_zps1tkk5pal.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/rumah_semaian_benih/DSCN9332_zps6qqujor7.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/rumah_semaian_benih/DSCN9333_zpsus9ehrpx.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/rumah_semaian_benih/DSCN9336_zpsxfhmoxhd.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/rumah_semaian_benih/DSCN9320_zpsuug6xpdd.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/info/rumah_semaian_benih/DSCN9321_zpssk0nricm.jpg)