![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/Cili_hijau/DSCN0090_zpsvltwap1u.jpg)
Kebun Puchong, Khamis 30 Disember 2008 - Hari ini buat pertama kalinya saya dapat merasai cili yang saya tanam lebih 2 bulan yang lepas. Semasa menjalankan kerja-kerja pembersihan pada pokok cili, tah macam mana saya telah terlanggar buah cili menyebabkannya jatuh ke atas silver shine. Bukan satu tapi 2 biji pulak tu....
Saya mengambil kesempatan makan tengahari hari ini dengan menjadikannya sebagai ulam. Satu untuk saya dan satu untuk isteri. Sedap? memang sedap dijadikan ulam, apatah lagi ianya hasil dari titik peluh dari tulang 4 kerat kita sendiri. Kalau ikut hati, nak petik lagi untuk buat ulam, tapi kajian R&D saya masih belum tamat, kerana pusingannya belum lagi berakhir.
Kesimpulan yang saya dapat dari incident ini ialah :-
- Spesifikasi/jarak kelegaan antara satu-satu pokok cili amat mustahak bukan sahaja untuk keselesaan pokok itu sendiri, malahan kepada usahawan tanaman cili bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan seperti pembersihan, meracun dan sebagainya.
- Umur cili 2 bulan dah boleh dapat hasil dengan syarat baja dan racun diselenggara dengan baik dan teratur.
- Cili hijau memang sedap dibuat ulam.