![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/HST49/DSCN9513-1_zpsqnfqsups.jpg)
Kebun Puchong, Khamis 11 Disember 2008 - Hari ke-49, ketinggian pokok cili (tertinggi) telah mencapai 30 inci (2 1/2 kaki) dari paras CocoPeat. 19 Pokok cili menunjukkan perkembangan yang baik dengan kesemua pokok telah mengeluarkan buah cili. Yang berbunga terus berbunga dengan kudupnya telah jatuh dan berganti dengan buah cili.
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/HST49/DSCN9516_zpsywqlsk34.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/HST49/DSCN9514_zpsmrsmyzvz.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/HST49/DSCN9517_zpslwmxy0us.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/HST49/DSCN9493-1_zps1y555rbn.jpg)
Pokok no. 12 yang mengalami masalah kerekot masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih selepas saya melakukan semburan racun cypermethrin. Saya bimbang ianya akan merebak ke pokok yang lain pula.
Kesempatan cuti pada hari ini (saya masih lagi bercuti, kena denggi) saya mengunjungi Kedai Racun (Kedai Pertanian) yang memang dikenali ramai di Lembah Klang ini iaitu Fajama Trading yang terletak di Seri Kembangan. Secara kebetulan En. Mohd Fauzi yang juga Pengurus dan pemilik Kedai Pertanian tersebut berada di kedainya. Jadi dapatlah saya menimba sedikit ilmu tentang Racun Serangga daripada beliau sendiri.
Fakta Angka (Racun)
Perosak : Hamama
Simpton : Daun Kerekot
Kawalan : Mitac
Pulang dari kedai pertanian beliau, saya segera mendapatkan tong air berkapasiti 10 liter yang saya beli dari kedai 2 ringgit untuk membuat bancuhan. Sukatan bancuhannya ialah 11 ml Mitac dicampurkan dengan 10 liter air. Kemudiannya saya terus melakukan semburan ke atas kesemua pokok cili berjumlah 20 pokok ini dengan menggunakan bekas penyembur.
Fakta Angka (Racun)
Perosak : Semut/Anai2
Simpton : Akar/Daun
Kawalan : Termicide
InsyaAllah, esok saya akan lakukan semburan racun Termicide ini.
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/HST49/DSCN9593_zpsrkvpvmct.jpg)
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/HST49/DSCN9599_zpsufxm4gyy.jpg)