Kebun Permai, Machap Umboo, Alor Gajah, Melaka, Sabtu 31 Januari 2009, Hari ke-56 (hampir 2 bulan) pokok cili sebanyak 100 batang ini menunjukkan perkembangan yang amat baik bilamana kesemua pokok cili ini telah mengeluarkan buah diantara 5-20 biji setiap pokok sambil pucuknya terus mengeluarkan bunga dan putik cili.
Berbanding dengan Projek Mini kebun Puchong, pada umur yang sama iaitu 56 hari yang mana Cili Kulai (kulai tempatan) yang saya tanam mempunyai daun yang amat banyak sekali (rendang). Oleh itu kerja-kerja penjagaan menjadi lebih sukar berbanding dengan Kulai F1 568 yang kurang mempunyai daun.
Spesifikasi Cili
Tinggi pokok : 2 kaki
Panjang : 6 inci
Ukur lilit : 2 1/2 inci
InsyaAllah, lebih kurang 15~20 hari yang akan datang Kebun Permai ini akan mula mengeluarkan hasil tuaian pertama. Mudahan sasaran mendapatkan hasil sebanyak 2.5kg~3kg sepokok akan tercapai.
Spesifikasi Racun
Nama : Pegasus 250 SC
Kelas : II
Parasit : Kutu Thrip/Hamama
Sukatan : 10ml/10 Liter air
Harga : RM65.00