![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kebun_puchong/pasaran_cili/DSCN1243_zpsgz0hfpsi.jpg)
Kebun Puchong, Puchong, Selangor, Khamis 19 Februari 2009, hasil Kebun Puchong mula berada di Pasar Puchong Batu 14, Puchong, Selangor. Walaupun jumlah timbangan adalah terlalu kecil, namun saya cukup berpuas hati kerana sekurang-kurang hasil usaha saya selama ini telah mula menampakkan hasil. Malahan taukeh penjual sayuran tersebut tanpa ragu-ragu memborong kesemua cili yang saya tuai dari 20 pokok cili kulai ini (lebih 1 kg). Harga yang ditawarkannya ialah RM9.00 sekilogram.
Info
Pasaran : Pasar Puchong
Harga : RM9/kg
InsyaAllah, saya sedang di dalam perancangan untuk menambah lagi jumlah tanaman cili fertigasi di tepi rumah ini daripada 30 pokok kepada 50 pokok.