Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, mereka dipelawa menghadiri taklimat khas Khamis ini di kilang Panasonic, Batu Berendam bagi membincangkan mengenai tawaran tersebut.
Menurutnya, ia anjuran Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana pada pukul 2.30 petang dan akan disertai semua agensi kerajaan dan swasta yang menyediakan pelbagai pinjaman bagi mereka yang berminat menjadi usahawan.
"Taklimat itu berkaitan kemudahan pinjaman untuk mereka untuk memulakan perniagaan, tidak kira apa jua jenis perniagaan termasuk bantuan pertanian" - Datuk Md. Yunos Husin
"Oleh itu, tawaran perniagaan ditujukan khas kepada sebahagian lagi pekerja kilang yang ketika ini sedang menganggur dan mencari pekerjaan selepas diberhentikan pada baru-baru ini," ujarnya.
Kata beliau, usaha itu sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri bagi membantu golongan terbabit yang terjejas teruk akibat masalah kegawatan ekonomi global yang sedang melanda pada waktu ini.
Sumber Utusan Malaysia
Ulasan :-
Rebutlah peluang untuk menjadi usahawantani kerana penanaman secara fertigasi ini menjanjikan pulangan yang cukup lumayan sekiranya ianya diusahakan secara sistematik dan berkesungguhan.
Mulakanlah dahulu secara kecil-kecilan. Kejayaan tidak akan datang begitu pantas kerana ianya pasti akan lenyap dengan cepat sebagaimana cepatnya ia datang.