PROMOSI
Peralatan Penyukat
Team Fertigasi Romatech Agro
Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini
Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda
Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.
Lakaran Peralatan dan Penyambung Tangki Air Baja
Penyakit Cili : Bintik Daun
Patogen (Agen Pembawa) : Cercospora capsici
Punca : Kulat Xanthomonas (Bakteria)
Nama Lain : Bercak Daun, Cercospora leaf spot @ bacterial leaf spot
Agen/Cara Penyebaran : Kulat jenis ini banyak tersebar melalui angin.
Bahagian Serangan : Daun dan tangkai
Cara Serangan : Menghisap
Kulat jenis ini akan menghisap cecair dari daun pokok cili sehingga daun pokok mengalami kerosakan berbentuk bulat yang dikelilingi dengan warna coklat dan seperti abu dibahagian tengahnya. Jika dibiarkan, lama-kelamaan bintik-bintik tersebut akan menjadi semakin besar dan bahagian tengahnya akan bertukar menjadi warna kelabu. Jarak tanaman yang sangat rapat juga merupakan penyebab utama bagi penyebaran penyakit bintik daun ini.
Kesan Serangan : Daun gugur
Daun yang diserang akan mempunyai kecederaan (lesion) berbentuk bulat atau bintik-bintik kecil yang berwarna perang. Apabila kecederaan atau bintik-binitk ini menjadi besar, bahagian tengahnya akan bertukar menjadi kelabu dan kemudian berlubang. Daun-daun yang diserang kemudian akan gugur walaupun sebahagian daripadanya berwarna kehijauan. Selain daripada itu, kulat jenis ini juga akan menyerang pada bahagian tangkai daun dan tangkai buah. Namun begitu ianya masih boleh disembuhkan dengan kaedah rawatan.
Kaedah Kawalan dan Rawatan :
- Musnahkan daun atau buah yang dijangkiti penyakit ini supaya ianya tidak merebak ke bahagian yang lain.
- Pastikan jarak tanaman adalah sesuai untuk jenis-jenis tanaman. Elakkan susunan tanaman yang terlalu rapat diantara satu sama lain.
- Sembur racun kulat Benomyl
- Sembur racun ORGANIK Green Patrol
Lakaran Projek Fertigasi Tanaman 1000 Pokok
Lakaran di atas adalah rekabentuk asas bagi projek fertigasi tanaman 1000 pokok yang menggunakan polipaip bersaiz 32mm sebagai paip utama dan pam air 1.0HP bagi tujuan penyaluran air baja ke kebun tanaman.
Keluasan tapak projek yang dicadangkan untuk kapasiti 1000 pokok ini adalah 100 kaki (panjang) x 80 kaki (lebar)dengan setiap barisan terdapat sebanyak 50 pokok.
Dengan mengambil kira kos peralatan yang agak tinggi jika menggunakan polipaip 50mm sebagai paip utama, maka penggunaan polipaip 32mm ini disekalikan dengan konsep "air pusing" yang mana tiada penghujung bagi paip dalaman 16mm. Oleh yang demikian, masalah tekanan air yang rendah akan dapat diatasi pada setiap pokok yang terletak di bahagian hujung.
Klik pada gambar di atas untuk lakaran yang lebih jelas atau muat-turun :-
Senarai Peralatan
Lakaran Kebun
Senarai Peralatan
Lakaran Kebun
Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.