Pada kebiasaannya hampir kesemua jenis tanaman seringkali menghadapi masalah kekurangan (nutrien deficiency) kedua-dua unsur Kalsium dan Boron terutamanya pada musim hujan.
Kepelbagaian Jenis Kalsium (Ca)
Kalsium (Ca)
Diantara fungsi utama Kalsium adalah :-
- Amat diperlukan untuk pertumbuhan meristem hujung pucuk dan akar.
- Penting di dalam pembentukan dinding sel tumbuhan.
- Perlu di dalam proses fotosintesis.
- Aktifkan enzim di dalam metabolisma karbohidrat untuk menghasilkan protein dan asid amino.
- Berperanan di dalam pembahagian sel dan pertumbuhan tanaman dengan membantu di dalam penyerakan gula di antara komponen komponen tanaman.
- Membantu di dalam proses mematangkan stem.
- Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit.
- Mengatur di dalam penutupan dan pembukaan liang stomata.
- Memperbaiki tekstur buah.
Kesan kekurangan Kalsium (Ca) adalah :-
- Daun muda (atas) berwarna hijau gelap dan pucuk mati pada keadaan yang lebih teruk.
- Pertumbuhan struktur dan ketelapan dinding sel terbantut.
- Bahagian matatunas, pucuk dan daun muda berwarna keputihan serta kering (nekrotik) di hujung atau tepi lai daun.
- Daun muda berkedut (gelembung).
Simpton Kekurangan Kalsium (Ca)
Kepelbagaian Jenis Boron (B)
Boron (B)
Diantara fungsi utama Boron (B) adalah :-
- Diperlukan di dalam penguraian karbohidrat.
- Penting untuk pembentukan sel-sel baru di bahagian pucuk.
- Perlu di dalam proses fotosintesis.
- Aktifkan enzim di dalam metabolisma karbohidrat untuk menghasilkan protein dan asid amino.
Kesan kekurangan Boron (B) adalah :-
- Pertumbuhan daun muda terbantut dan menyebabkan ianya kelihatan berputar (bergulung). Pada tahap kronik, pertumbuhan bahagian pucuk terhenti dan mati pada keadaan yang lebih teruk.
- Pembentukan sel-sel baru di bahagian pucuk akan terbantut.
- Tanda kekurangan mula ditunjukkan pada matatunas, pucuk dan daun muda.
- Daun muda berkedut dan rapuh.
- Bahagian berkenaan menjadi putih dan kering (nekrotik).
- Pertumbuhan bunga akan terbantut
Simpton Kekurangan Boron (B)
Kelebihan Magic CaBo 118
Terdapat banyak manafaat yang diperolehi hasil dari penggunaan Magic CaBo 118 secara berterusan, antaranya :-
- Mencegah dan membaik pulih gangguan-gangguan fisiologi yang berkaitan dengan kekurangan dan ketidakseimbangan Klasium dan Boron.
- Mempercepatkan pembiakan dan percambahan tisu-tisu sel.
- Menggalakkan pendebungaan dan meningkatkan pembentukan buah.
- Meneguhkan tisu-tisu tumbuhan dan meningkatkan daya ketahanan penyakit seperti pecah buah, reput hujung, reput buah dan lain-lain.
- Mempercepatkan daya translokasi Kalsium terutama dari daun ke dalam buah.
- Menggalakkan keberkesanan daya fotosintesis.
- Meningkatkan mutu hasil pertanian pada tahap tertinggi.
- Meningkatkan daya jangkamasa simpanan dan ketahanan hasil pertanian selepas tuaian.
Cara-cara dan Kaedah Penggunaan :
Botol Magic CaBo 118 perlu digoncang terlebih dahulu sebelum digunakan.
Pokok buah-buahan :
Dokong, Betik, Jambu Air, Durian, Limau Bali, Limau, Belimbing, Tembikai, Mangga, Pulasan dan lain-lain.
Kadar : 30ml -40ml = 18 Liter air
Kekerapan : 1-2 minggu sebelum pembentukan bunga dan semasa berbunga
Sayur-sayuran Berbuah :
Cili, Terung, Timun, Kekacang, Tomato dan lain-lain.
Kadar : 35ml -55ml = 18 Liter air
Kekerapan : Selepas pembentukan buah, ulang setiap 2 minggu
Sayur-sayuran Berdaun :
Kobis Cina, Kobis Bunga, Sawi dan lain-lain.
Kadar : 20ml -40ml = 18 Liter air
Kekerapan : Sebaiknya selepas pengubahan (transplant), 2-3 kali semusim atau setiap 1-2 minggu sekali
Pokok Bunga (Hiasan) :
Orkid, Ros, Kekwa, Jasmin dan lain-lain.
Kadar : 20ml -40ml = 18 Liter air
Kekerapan : Sebelum atau selepas pembungaan atau setiap 1-2 minggu sekali
Tanaman Ladang :
Lada Hitam, Koko, Kopi, Semaian Kelapa Sawit dan lain-lain.
Kadar : 20ml -40ml = 18 Liter air
Kekerapan : Sebelum atau selepas pembungaan atau setiap 1-2 minggu sekali
Tembakau :
Tanaman Tembakau
Kadar : 20ml = 18 Liter air
Kekerapan : 2-3 minggu selepas pengubahan (transplant) atau setiap bulan sekali
Kesesuaian dan Keserasian
Magic CaBo 118 juga sesuai digunakan bersama-sama dengan kebanyakan jenis racun serangga, racun kulat serta baja semburan (foliar) yang lain.
Keselamatan Terhadap Tumbuhan
Magic CaBo 118 adalah selamat digunakan pada semua jenis tanaman. Walaubagaimanapun, disyorkan untuk menguji keselamatan terhadap tanaman sensitif sebelum menggunakan di kawasan yang besar.
Maklumat lanjut berkaitan Magic CaBo 118
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.