Keperluan melakukan kalibrasi (calibrate) adalah bergantung kepada :-
1. Kekerapan penggunaan - kerap digunakan, kalibrasi lebih kerap
2. Apabila bacaan EC tidak menyakinkan
Persediaan untuk Kalibrasi (Calibrate) EC Meter Hanna DIST4 HI98304 :
EC Meter Hanna : DIST4 (HI98304)
Buffer Solution (20ml) : 12880 uS/cm (HI70030)
Cara Kalibrasi (Calibrate) :-
1. Pada EC Meter, tekan butang ON
2. Tekan butang "CAL"
3. Tunggu paparan "12.88 USE"
4. Bila paparan "12.88 USE" kelihatan, masukkan EC Meter ke dalam sachet Buffer. Pastikan EC Meter dan buffer sachet di dalam kedudukan menegak bagi memastikan larutan buffer kena pada elekrod EC Meter.
EC Meter akan auto calibrate... jangan ubah kedudukan
5. "12.88 rEC" dipaparkan pada skrin
6. "Stor' akan dipaparkan pada skrin
7. "12.88" akan dipaparkan pada skrin
8. SELESAI
NOTA : Untuk memastikan calibration adalah tepat, dicadangkan calibration dilakukan pada suhu keliling 25 darjah celcius seperti yang tertera pada carta paket buffer tersebut.
Maklumat lanjut berkaitan :-
BLOG
SHOPEE
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.