Di Malaysia, keadaan cuaca yang kerap hujan terutamanya pada penghujung tahun, menyebabkan pekebun seringkali menghadapi masalah terhadap semburan samada racun serangga dan perosak mahupun semburan baja foliar. Ini adalah kerana apabila terkena air hujan, kesan dan hasil semburan akan cepat hilang samada terlarut (cair) atau dibawa bersama dengan titisan air hujan yang turun.
Dan dengan itu semburan yang dilakukan seolah-olah langsung tidak mendatangkan kesan yang optimum terhadap kawalan serangga dan perosak. Malahan jika melakukan semburan baja foliar, daun dan keseluruhan pokok tidak dapat menyerap sepenuhnya baja foliar tersebut.
Ini akan menyebabkan pekebun terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi kerana mereka perlu menggandakan lagi kekerapan semburan.
Silmax 100 dicipta khas bagi mengatasi permasalahan seperti ini. Ini kerana konsep asas Silmax 100 adalah untuk membantu mengurangkan ketegangan permukaan air. Dan dengan itu ia dapat meningkatkan penyebaran dan penyerapan bahan kimia pertanian.
Silmax 100 juga dapat membantu larutan semburan mengalir dari permukaan daun yang berbulu serta larutan semburan tidak akan jatuh ke bawah bagi tujuan mencegah pembaziran larutan semburan.
Perbezaan Penggunaan Silmax 100
Larutan Semburan Tidak Menggunakan Pelekat Racun
Dengan Penggunaan Silmax 100
Dengan Penggunaan Silmax 100
Kelebihan Silmax 100
Terdapat banyak manafaat yang diperolehi hasil dari penggunaan Silmax 100 secara berterusan, antaranya :-
- Mengurangkan ketegangan air, menyerap dan menyebar dengan cepat.
- Penembusan hingga bawah daun dengan cepat dan kalis air.
- Berasaskan Silikon dan tidak menyakitkan tanaman
- Menghalang pembaziran larutan semburan (tidak menitis ke bawah)
- Menjimatkan penggunaan racun/larutan semburan
- Meningkatkan keberkesanan bahan kimia/organik pertanian
Cara-cara dan Kaedah Penggunaan :
Botol Magic CaBo 118 perlu digoncang terlebih dahulu sebelum digunakan.
Racun Rumpai :
Kadar : 3.5 - 10ml = 10 Liter air
Racun Serangga dan Kulat :
Kadar : 1.5 - 2.0ml = 10 Liter air
Baja Foliar dan Penggalak Pertumbuhan (PGR) :
Kadar : 1.0 - 2.0ml = 10 Liter air
Kesesuaian dan Keserasian
Silmax 100 adalah sesuai digunakan bersama-sama dengan semua jenis racun serangga, racun kulat serta baja semburan (foliar) dan penggalak pertumbuhan (PGR) yang lain.
Keselamatan Terhadap Tumbuhan
Silmax 100 adalah selamat digunakan pada semua jenis tanaman. Walaubagaimanapun, disyorkan untuk menguji keselamatan terhadap tanaman sensitif sebelum menggunakan di kawasan yang besar.
Maklumat lanjut berkaitan Silmax 100
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.