Melalui pakej set permulaan ini, seperti di dalam promosi, kami ada memberikan secara kawalan serangga, hormon penggalak dan biji benih tambahan. Ini bertujuan memudahkan usaha memulakan projek tanaman tanpa perlu runsing mengenai kawalan serangga dan supplement seperti berikut :-
Memandangkan jumlah yang agak banyak, tempahan pelanggan-pelanggan yang lain serta kesibukan urusniaga harian, maka tempahan set permulaan ini dibahagikan kepada dua fasa :-
- Fasa 1 : Disempurnakan pada 15hb. Feb 2015
- Fasa 2 : Disempurnakan pada 20hb. Feb 2015
Kami dimaklumkan bahawa set permulaan tanaman secara fertigasi ini akan diberikan kepada peserta yang terpilih di dalam Program Nasional "Jom Bertani" anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti yang telah dilancarkan pada 12hb Jun 2014 di Kampung Nyiur Tujuh, Jerteh, Terengganu oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Program Jom Bertani ini akan dilaksanakan mengikut tiga fasa iaitu Fasa Tanaman, Ternakan dan Akuakultur seperti berikut :-
- Fasa 1 : Fasa Tanaman (Jun 2014)
- Fasa 2 : Fasa Ternakan (Ogos 2014)
- Fasa 3 : Fasa Akuakultur(Oktober 2014)
"Justeru, Program Jom Bertani mampu membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian dan meringankan beban orang awam akibat impak kenaikan harga barangan - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin"
Program Jom Bertani ini dijangka mampu menjana sumber pertumbuhan baru yang bersifat komersial, berskala besar dan menghasilkan produk berkualiti yang mampu menembusi pasaran global.
Malah kerajaan juga sedia mempertimbangkan insentif peralatan dan input pertanian mengikut kesesuaian dan keperluan semasa antaranya bagi tanaman termasuk benih sayur-sayuran, baja dan racun serta beg plastik.
"kementerian juga bersedia membantu petani serta pengusaha mencari ruang pasaran sekiranya terdapat lebihan pengeluaran hasil dan antara ruang pasaran yang boleh diterokai termasuk pasar borong, pasar raya koperasi, agrobazar, pasar tani, pusat pengumpulan, pasar peladang dan lain-lain lagi - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob"
Tanaman yang ditanam akan dijaga oleh peserta melalui bimbingan dan panduan daripada jabatan dan dijual samaada kepada pihak Koperasi, FAMA atau Pertubuhan Peladang Kawasan.
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai program atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Jom Bertani boleh berhubung dengan Jabatan Pertanian Daerah atau Pertubuhan Peladang Kawasan yang berhampiran.
Maklumat lanjut berkaitan Set Permulaan Fertigasi RA-SM20
Maklumat Pembelian Secara Online boleh disini atau hubungi kami.