Apakah pH
PH sesuatu bahan adalah penunjuk kepada berapa banyak kuantiti ion-ion hidrogen yang terbentuk di dalam kuantiti air. Jika terdapat lebih banyak cas ion hidrogen, maka larutan tersebut bersifat asid berbanding sebaliknya.
Sesetengah andaian bahawa PH bermaksud "power of hydrogen" or "potential of hydrogen". Definasi yang lebih jelas, PH bermaksud logarithma aktiviti ion hidrogen di dalam sesuatu larutan cecair.
Bagaimana PH Meter Berfungsi
Pada asasnya PH Meter menyukat kepekatan ion hidrogen di dalam sesuatu bahan larutan. Larutan yang berasid mengandungi lebih banyak cas-cas yang positif ion hidrogen berbanding dengan larutan yang beralkali. Oleh yang demikian, ianya mempunyai potensi yang lebih besar untuk menghasilkan arus elektrik di dalam sesuatu keadaan. Dengan lain perkataan, ianya seperti sebuah bateri yang dapat menjana voltan (voltage).
PH Meter mengambil kelebihan ini dan berfungsi seperti sebuah alat penyukat voltan (voltmeter). Ia menyukat voltan (electrical potential) yang dihasilkan oleh larutan yang disukat, kemudiannya membandingkan dengan voltan (voltage) yang diketahui dan seterusnya menggunakan perbezaan ini untuk diterjemahkan kepada unit PH.
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kedai_fertigasi/peralatan/penyukat/pH_meter/PH-2011/pHMeter_CaraKerja01_zpsmg3spfdf.jpg)
Kepentingan Memeriksa PH Larutan
Memeriksa dan memastikan PH air yang betul dan selamat adalah sangat penting samada di dalam industri air seperti air minuman, kolam renang, makmal sekolah, industri makanan serta penternakan ikan samada kolam ataupun akuarium, pertanian, Fertigasi, Hidroponik, Aquaponik dan lain-lain.
Manakala di dalam pertanian, PH air atau air baja yang betul adalah sangat penting bagi memastikan baja (melalui baja air dan sebagainya) dapat diserapkan dengan baik oleh akar pokok. Sekiranya air atau air baja yang dibekal terlalu berasid, maka akar pokok tidak akan dapat menyerap baja dengan baik.
Cadangan PH Yang Sesuai
Berikut adalah cadangan nilai PH yang ideal untuk beberapa kategori penggunaan :-
- Sumber air : PH6.0 - PH7.5
- Baja AB : PH5.8 - PH6.8 (bergantung kepada umur dan jenis tanaman)
- Medium/tanah : PH5.5 - PH7.5
Digital PH Meter PH-02 Alat penyukat PH Meter PH-02 ini adalah merupakan peralatan yang digunakan untuk menyukat kadar kemasaman (acidity) atau kealkalian (alkalinity) sesuatu larutan cecair. Ia sangat mudah digunakan dengan cara mencelup (immerse) elektrod ke dalam larutan cecair dan bacaan segera diperolehi pada paparan LCD.
Dengan resolusi 0.01PH, anda akan memperolehi bacaan yang lebih tepat berbanding atau setara dengan PH Meter jenama terkenal yang lain.
Diantara ciri-ciri yang baik adalah terletak pada bahagian elektrod yang direka khas dari komponen bahan yang berkualiti bukan sahaja memberikan ketepatan bacaan malahan dapat memanjangkan hayat produk ini.
Skop Penggunaan PH Meter PH-02
Skop penggunaan PH Meter PH-02 ini adalah sangat meluas seperti di dalam industri air, air minuman, perikanan (kolam ikan), kolam renang, makmal, pertanian, baja Fertigasi AB, Hidroponik, Aquaponik dan lain-lain lagi.
Kelebihan PH Meter PH-02
Walaupun PH Meter PH-02 bersaiz kecil dan pada harga yang munasabah, ianya mempunyai banyak kelebihan seperti :-
- Bacaan pantas dan tepat (Fast and Perfect) : Hanya ON PH Meter, celupkan ke dalam larutan yang hendak disukat dan baca paparan LCD. Paparan LCD yg besar memudahkan penglihatan pada bacaan
- Kalibrasi Automatik (Automatic Calibration) : Tidak memerlukan screwdrivers, HANYA tekan butang CAL (CALIBRATION) dan alat penyukat ini akan melakukan kalibrasi secara automatik
- Fungsi ATC : Fungsi Automatic Temperature Compensation (ATC) dapat memastikan PH Meter ini melaras secara automatik terhadap sebarang perubahan pada suhu larutan cecair yang disukat
- Rekabentuk mudahalih (Portable Design) : Rekabentuk yang memudahkan pengguna memegang kemas peralatan ini dan disertakan dengan kotak penyimpanan (carrying case) yang menarik serta klip khas yang membolehkan PH Meter ini disematkan pada poket baju
- Penggunaan yang meluas : Sesuai untuk penggunaan pengguna biasa di rumah untuk menyukat PH air minuman, Makmal, Kolam renang, Kolam ikan, Akuarium, Fertigasi, Hidroponiks, Aquaponik dan lain-lain lagi
Spesifikasi Peralatan Penyukat PH Meter PH-02
Spesifikasi peralatan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah ini :-
![](https://i629.photobucket.com/albums/uu11/romatechagro/kedai_fertigasi/peralatan/penyukat/pH_meter/PH-02/09-PHMeter_PH-02_Spesifikasi_bg1_zpscy1yslae.jpg)
Cara Penggunaan PH Meter (PH-02)
Cara Penggunaan PH Meter ini adalah seperti berikut :-
- Buka Penutup (protective cap)
- Bilas (rinse) bahagian elektrod dengan dengan air suling (distilled water), dan keringkan dengan kertas lembut (filter-paper)
- Tekan butang ON/OFF (push button) untuk menghidupkan PH Meter ini
- Celupkan bahagian elekrod PH Meter kedalam larutan yang ingin disukat
- Kacau (Stir) secara perlahan-lahan (gentle) dengan bahagian elektrod terendam di dalam larutan cecair tersebut. Lihat pada paparan LCD dan ambil bacaan apabila bacaan telah stabil
- Apabila telah selesai, tekan butang ON/OFF untuk mematikan PH Meter ini
- Bilas bahagian elektrod dengan menggunakan Air Suling (Distilled Water)
- Pasangkan semula Penutup (Protective Cap) untuk melindungi bahagian elektrod
Calibration (Kalibrasi) PH Meter (PH-02)
Calibration perlu dilakukan secara berkala atau bilamana ianya dirasakan perlu berdasarkan kepada ketepatan bacaan dari masa ke semasa atau PH Meter ini telah tidak digunakan untuk satu jangkamasa yang lama. Cara melakukan PH Meter ini adalah seperti berikut :-
- Larutkan Buffer Solution 6.86PH dan 4.00PH secara berasingan ke dalam 250ml air Air Suling (Distilled Water) setiap satu
- Buka Penutup (protective cap)
- Hidupkan (Switch ON) PH Meter
- Celupkan elektrod PH Meter ke dalam larutan Buffer Solution 6.86PH di atas pada suhu 25°C
- Tekan (Press) butang “CAL” selama 3 saat dan lepaskan
- Celupkan elektrod PH Meter ke dalam larutan Buffer Solution 4.00PH di atas pada suhu 25°C
-
Tekan (Press) butang “CAL” selama 3 saat dan kemudian tekan butang “CAL” dan lepaskan dengan cepat
- Paparan akan mula berkedip (flashing) angka 4.00
- Tunggu sehingga paparan berhenti berkedip
- Bilas (rinse) elektrod PH Meter dengan Air Suling (Distilled Water) dan keringkan
- Celupkan sekali lagi PH Meter ke dalam Buffer Solution 6.86PH dan periksa samada bacaan adalah betul. Sekiranya bacaan tidak betul, ulang langkah calibration diatas sekali lagi
- Paparan akan mula berkedip (flashing) angka 6.86
- Tunggu sehingga paparan berhenti berkedip
- Bilas (rinse) elektrod PH Meter dengan Air Suling (Distilled Water) dan keringkan
Faktor Keperluan Calibration terhadap PH Meter
- Alat PH Meter ini telah lama tidak digunakan
- Alat PH Meter ini telah terlalu sering digunakan
- Butang “CAL” ditekan cukup lama
- Bahagian elektrod terbuka sehingga terkena udara dari luar cukup lama
Penjagaan Peralatan Penyukat PH Meter
Bagi memastikan ketepatan bacaan dan memanjangkan tempoh hayat peralatan penyukat ini, pengguna adalah disarankan mengambil perhatian terhadap perkara berikut :-
- Alat adalah peralatan profesional, sila gunakan mengikut arahan yang ditetapkan untuk mengelakkan kerosakan pada alat
- Elakkan daripada pancaran haba dan sinaran matahari secara langsung dan berterusan
- Sila gunakan yang betul apabila perlu recalibrate untuk mengelakkan bacaan dan ukuran yang salah
- Jangan memasukkan sepenuhnya alat penyukat ini ke dalam air untuk mengelakkan berlakunya litar-pintas (Short circuit) pada Papan Litar (Circuit Board)
- JANGAN dedahkan elektrod terhadap sebarang permukaan yang keras dan tajam.
- GUNAKAN cecair/larutan yang dibenarkan untuk tujuan membersihkan bahagian sensor penyukat. JANGAN gunakan kertas tisu atau kain untuk tujuan pembersihan pada bahagian elekrod.
Penggunaan Secara Professional
Pengguna adalah disarankan mengambil berat beberapa panduan ini bagi memastikan peralatan pH Meter dapat berfungsi dengan baik :-
- Sekiranya peralatan PH Meter ini tidak digunakan lebih dari 2 minggu, pengguna disarankan melakukan kalibrasi (calibration) bagi memastikan ketepatan bacaan.
- Untuk pertama kali menggunakan PH Meter, sila pastikan ianya berkedudukan OFF, kemudian rendam probe ke dalam air suling (distilled water) selama 1-2 jam bagi tujuan pengaktifan elektrod, kemudian melakukan calibration.
Jaminan (Warranty)
Tempoh jaminan peralatan penyukat ini adalah 3 bulan dari tarikh pembelian seperti yang didaftarkan di dalam "Cash Bill". Namun begitu, jaminan adalah TIDAK merangkumi perkara berikut :-
- Kerosakan peralatan disebabkan oleh penyalahgunaan seperti battery leakage, dimasuki air ke bahagian papan litar (Circuit Board) dan lain-lain.
- Kerosakan secara fizikal seperti terjatuh, terhimpit dan lain-lain
Maklumat Harga dan Kaedah Pembelian
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.