Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Showing posts with label Kawalan Serangga Organik. Show all posts
Showing posts with label Kawalan Serangga Organik. Show all posts

Meracun Kawalan Serangga Organik dengan Pam Semburan Bateri

Meracun atau melakukan Kawalan Serangan dan Perosak adalah merupakan salah satu perkara yang amat penting di dalam pertanian samada pada skala kecil (hobi) mahupun pada skala besar (kebun/ladang). Ini adalah kerana ia dapat menjamin tanaman yang diusahakan dapat dilindungi daripada serangan perosak sekaligus dapat memastikan hasil yang baik seperi yang diinginkan.

4 dalam 1 Larutan Semburan Racun ORGANIK
Di Pusat Jualan dan Nursery Kebun Puchong kami menggunakan sepenuhnya kawalan serangga ORGANIK yang terjamin sayuran-sayuran yang ditanam adalah selamat dimakan tanpa was-was. Pada kali ini kami menggunakan campuran 4 dalam 1 larutan semburan seperti berikut :-
  1. Pelekat Racun : Silmax (sekarang X-SORB)
  2. Racun Serangga : Green Patrol EC
  3. Racun Kulat & Bakteria : Garlic Oil
  4. Supplement : Seaweed

Pengguna dinasihatkan supaya menggunakan kaedah pra-campur untuk membancuh larutan semburan bagi memastikan larutan tersebut adalah sebati dan dapat serasi antara satu sama lain.

Peralatan Pam Semburan
Kami menggunakan Pam Semburan Bateri yang sangat mudah digunakan dan amat membantu kerja-kerja semburan racun :-
  1. Mudah digunakan tanpa perlu mengepam secara manual
  2. Semburan yang lebih rata dan konsisten
  3. Mempercepatkan tempoh melakukan semburan
Larutan & Pam Semburan Bateri


Melaraskan Kelajuan/Speed Semburan


Melaraskan Rod


Sedia Melakukan Semburan


Semburan Kabus


Semburan Kabus










Semburan pada pokok besar


Kaedah Pembersihan Pam Semburan



BioGuard Racun Kawalan Serangga Organik Berwajah Baru


5hb. Disember 2014. Racun Kawalan Serangga Organik BioGuard kini berwajah baru dengan label mesra pengguna dan lebih menarik dan kualiti dipertingkatkan serta masih mengekalkan harga seperti sebelum ini.

Kandungan Ekstrak Tumbuhan
BioGuard merupakan ekstrak tumbuhan yang difermentasi dengan bakteria berfaedah. Ia diadun dengan tidak kurang daripada 8 jenis ekstrak tumbuhan yang berfaedah di dalam kawalan serangga perosak. Bio Guard tidak beracun kerana ia diperbuat daripada bahan semulajadi seperti tumbuhan ubatan dan rempah termasuk ekstrak neem (semambu).

Produk ini dihasilkan khusus untuk mencegah serangan serangga dan penyakit tanaman. Ia mampu menggantikan racun kimia yang boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan dan alam sekitar.

Ia juga mampu meningkatkan kesihatan tanaman kerana kandungan mikroorganisma yang terdapat di dalamnya memberikan manfaat dan faedah kepada tanaman.

Dengan formulasi Pekatan Teremulasi-Emulsion Concentrate (EC), ianya mudah dilarutkan ke dalam air.

Bagaimana Bio Guard berfungsi
  • Menyekat pembentukan telur, larva dan pupa
  • Pemberhentian penukaran larva atau nymph
  • Menghalau larva dan serangga
  • Mengawal dan membantutkan penghasilan larva
  • Mengawal pembentukan serangga dewasa
  • Mengganggu selera makan serangga perosak
Kesan BioGuard ke atas Kumpulan Serangga Berbeza

Ortoptera - belalang, kriket, katydids dsb
Tabiat makan dihentikan. Pengurangan saiz koloni dlm locust.

Homoptera - kutu daun, cicadas, scale insects, leafhoppers
Penggunaan BioGuard memberi kesan dalam regulasi tumbesaran dan tabiat pemakanan

Thysanoptera- kutu trip
Dapat kawal larva kutu trip dalam tanah.

Coleoptera-beetles, weevils
Tumbesaran direncat dan bahgn kulit yg tersentuh dengan serbuk neem atau sol. akan musnah.

Lepidoptera-moths,skippers, millers dan kupu-kupu
Tindakan sbg anti pemakanan dan rencat tumbesaran bagi larva lepidopterus

Diptera-
Serangga seperti lalat buah, face flies, bot flies, lalat rumah dan horn flies mempunyai kesan terhadap BioGuard

Hymenoptera (Bees, Wasps, Sawflies,semut dsb)
Larva dari serangga sawflies kesan dengan penghalang makan dan penghalang tumbesaran.

Heteroptera (Bugs)
Kumbang seperti kumbang perosak padi dan sayuran

Leafminers
BioGuard sangat efektif terhadap leaf miners. Apa yg berlaku hormon moulting (tukaran) diganggu menyebabkan juvenil terperangkap dlm kepompong atau kulitnya.


Lalat Buah
Kawalan 100% dan bersesuaian terhadap organisma pengawal lalat buah lain.

Kulat
Bersifat anti-kulat. Ia berupaya untuk mengawal kulat daun dan beberapa penyakit yang disebabkan oleh kulat. Ia juga boleh mengelakkan penyebaran powdery mildew jika semburan awal dilakukan.

Penggunaan dan Cara Membancuh
Disyorkan cairan BioGuard disembur basah keatas tanaman yang diserang oleh perosak secara berjadual, sekurang-kurangnya tiap-tiap 7 - 10 hari. Amalan ini selamat kerana tidak fitotoksik dan kekebalan serangga perosak tidak akan berlaku kerana kematian disebabkan kelemasan.

Semburan mesti kena tepat kepada sasaran untuk mendapatkan keberkesanan yang maksimum.

Oleh kerana BioGuard adalah pekat, maka disarankan ianya terlebih dahulu di cairkan di dalam bekas bertutup yang mengandungi lebih kurang 1 liter air. Goncang hingga BioGuard sebati dengan air. Kemudian curahkan pra-campuran ini ke dalam tangki penyembur yang mengandungi air selebihnya. Kacau seperti biasa sebelum menyembur.


Cara-cara dan Kaedah Penggunaan :-
Kadar bancuhan : 1/500 - 1/1000
1ml BioGuard : 1 Liter air
250ml BioGuard : 250 Liter air

Kekerapan semburan : 2-3 kali seminggu. Jika serangan yang lebih teruk 3-4 kali seminggu

KESESUAIAN
Serangan serangga seperti :

Penyakit :
  • Kulapuk berdebu (Powdery Mildew)
  • Jelaga hitam
  • Mozek Daun
  • Dan sebagainya

BioGuard adalah selamat dan mesra alam
BioGuard memberi kawalan yang baik keatas kebanyakan perosak bagi tanaman-tanaman seperti :-
  • Cili, Melon, Tomato, Terong, Timun
  • Bendi, Kekacang
  • Orkid, Kekwa
  • Dan lain-lain

Kawalan atau pemusnahan serangga perosak, vektor kepada penyakit Virus dan Bakteria amat penting jika hendak mendapat hasil yang maksimum. BioGuard boleh menyumbang kepada matlamat ini.

Kesan Penggunaan BioGuard



Kelebihan BioGuard
  • Formulasi mesra alam maksimumkan keselamatan kepada manusia dan tanaman
  • Tambahan ekstrak Neem untuk kesan yang lebih baik
  • Larutan yang pekat menjimatkan 250ml = 250 Liter larutan semburan
  • Memberi kesan yang minimum terhadap organisma berfaedah termasuk kulat, haiwan pemangsa dan serangga pendebunga
  • Bersifat penindasan dan kemusnahan fisikal dan bukan dari kesan ketoksikan kimia
  • KEKEBALAN SERANGGA TIDAK AKAN BERLAKU kerana sifat penindasannya secara fisikal iaitu penindasan secara MELEMASKAN
  • Tiada TPT: TEMPOH PRA TUAI SIFAR HARI


Maklumat lanjut berkaitan BioGuard
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh disini atau hubungi kami.


Kawalan Serangga EM-FPE Di Pertingkatkan

EM-FPE atau dikenali sebagai Effective Microb-Fermented Plant Extract adalah merupakan kawalan serangga organik berasaskan bakteria berfaedah Effective Microb (EM).

Kini formulasi EM-FPE dipertingkatkan lagi dengan penambahan beberapa bahan-bahan organik menjadikan kesemua tidak kurang 9 bahan iaitu EM, Molasses, Bawang Putih, Serai Wangi, Cili Api, Daun Neem, Daun Sup, Kayu Manis dan Daun Bawang.

Disamping itu juga, bagi memenuhi permintaan, kini EM-FPE boleh didapati di dalam botol dan spray pada kuantiti 1.0L, 500ml dan 500ml (spray).

Maklumat lanjut berkaitan BIM (EM) Tulen
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.





Kawalan Serangga Organik Neem Oil - Minyak Neem 4.0L

Kini produk kawalan serangga organik bukan toksid BGreen Neem Oil telah dipertingkatkan dari segi kepelbagaian saiz iaitu 100ml, 500ml, 1.0 Liter dan 4.0 Liter bagi memastikan semua peringat pengguna dapat menafaatnya untuk tujuan kawalan serangga dan perosak tanaman.

Penghalau Serangga Berasaskan Organik, Non-Toxic & Effective.



B'GREEN Minyak Neem adalah berasaskan minyak semambu yang digunakan sebagai bio-pestisid. Penyelidikan terkini juga telah mengesahkan produk berasaskan minyak semambu (neem) juga boleh bertindak sebagai 'nematicide' dan 'fungicide'. Bahan aktif adalah azadirachtin dan berfungsi sebagai racun larva dan anti pemakanan.

Kawalan Penyakit Tanaman
Kajian mengesahkan ia mampu mengawal 400-500 spesis serangga perosak kepada tanaman terutamanya belalang, kumbang dan serangga penghisap cecair tumbuhan seperti 'aphid', 'white flies' dan 'spider mite', lalat putih, lalat buah, face fly, horn fly, house fly, nyamuk, nyamuk pembawa sakit kuning, head louse, lipas, rama-rama, tobacco bud worm, locust, house cricket, bugs dan lain-lain boleh dikawal dengan menggunakan produk ini.

Kegunaan Rawatan dan Kawalan Penyakit
Ia telah digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti keradangan, jangkitan, demam, penyakit kulit dan masalah gigi, penyakit cacing, anti kulat, anti virus, anti barah, ubat kencing manis, anti kuman, anti kesuburan-perancang keluarga, anti serangga, ubat tahan sakit, penyakit kulit seperti campak, cacar, kayap dan gatal, ubat jerawat, menurunkan suhu badan, ubat kudis dan menambah subur immiun diri.

Untuk ayam ternakan pula, ianya juga mampu mengubati penyakit sampar ayam. Manakala asap daripada daunnya boleh membunuh nyamuk atau serangga. Ubat serangga dari pokok ini SELAMAT tanpa dadah.

Maklumat lanjut BGreen Neem Oil - Minyak Neem
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.


Kawalan Serangga Organik : Minyak Bawang Putih - Garlic Oil



Penghalau Serangga Berasaskan Organik Bio-Degradble, Non-Toxic & Sangat Berkesan.

Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum merupakan salah satu anggota keluarga bawang dari kumpulan Alliaceae sama seperti sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besar, bawang merah, lik dan kucai. Ia tumbuh berumpun dan bersiung-siung, di mana tiap siungnya terbungkus dengan kulit tipis. Daun bawang putih berbentuk pita, dan akarnya akar serabut. Bunganya berwarna putih, dan kalau dihiris umbinya berbau sangat tajam dan khas.

Ia merupakan salah satu tanaman yang memiliki sejarah yang kaya dalam penggunaan bidang masakan, rawatan perubatan dan kawalan serangga perosak tanaman. Bawang putih merupakan sumber vitamin dan mineral seperti kalsium, besi, magnesium, fosfor, kalium, dan natrium. Bahan kimia yang terdapat pada bawang putih ialah sativine dan allicin. Sativine adalah bahan kimia yang mengandungi daya mempercepat pertumbuhan sel dan pertumbuhan jaringan.

Di samping itu ia meransang susunan saraf dan ia berbahaya pada anak kecil kerana mungkin mengakibatkan gatal. Allicin pula mempunyai khasiat antibiotik. Kandungan kimia lainnya adalah sinistrin, saponin, nicotinic acid dan bersifat hipotensive. Diallydisulfide sebagai anticacing, yitamin A, vitamin B, C dan vitamin D.

Juga didapati HCN dan fosfor. Bawang putih sebagai antibiotik dapat memusnahkan bakteria, virus, ameba dan mikroorganisme berbahaya lain. Ia merupakan antibiotik semulajadi yang kuat. Bawang putih begitu kuat sehingga ia mampu memusnahkan sebahagian organisme yang tidak dapat dimusnahkan oleh ubat yang paling kuat. Tetapi tidak seperti ubat biasa, bawang putih tidak menghasilkan kesan sampingan berbahaya.


Asal-usul Bawang Putih
Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan. Ia dari tumbuhan liar yang kemudian dibuat pembiakbakaan tumbuhan sejak dulu kala. Tanaman ini merupakan tanaman yang mendapat penekanan di negara oriental seperti di China dan Korea.

Di Amerika Utara, Allium vineale (dikenali sebagai " bawang putih liar" atau "bawang putih gagak") dan Allium canadense, yang dikenali sebagai " bawang putih padang rumput "(“meadow garlic”) atau "bawang putih liar" dan "bawang liar", adalah rumpai biasa dalam bendang. Salah satu yang paling terkenal kononnya ialah "bawang putih gajah", sebenarnya bawang perai liar (wild leek) (Allium ampeloprasum), bukanlah bawang putih sebenarnya. Ulas tunggal bawang putih (juga dipanggil mutiara atau bawang putih solo) berasal dari wilayah Yunnan China

Keturunan bawang putih yang ditanam secara muktamadnya tidak dapat ditentukan. Menurut Zohary dan Hopf "kesukaran dalam pengenalan leluhur liar membantut kesinambungan penanaman", walaupun ia dianggap sebagai keturunan dari spesis Allium longicuspis, yang tumbuh liar di Asia tengah dan Asia barat daya. Allium sativum tumbuh secara liar di kawasan di mana ia ditanam. "Bawang putih liar", "bawang putih gagak", dan "bawang putih medan ("wild garlic", "crow garlic", and "field garlic")" dari Britain adalah masing-masing dari kumpulan spesies Allium ursinum, Allium vineale, dan Allium oleraceum.

Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia. Ini diikuti dengan India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan Amerika Syarikat (1.4%). Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih.

Nama Biasa : Bawang Putih
Nama Saintifik : Allium sativum.
Negara Asal : Pergunungan Asia, Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan, Utara Iran, Afghanistan, China, Korea, Amerika.

KEPELBAGAIAN / VARIETI
Ahli botani memasukkan bawang putih di bawah payung spesies Allium sativum, terdapat juga dua sub-spesies utama iaitu:
  • Ophioscorodon, atau bawang putih berleher keras, termasuk bawang putih porselin, bawang putih rocambole, dan bawang putih berjalur ungu.
  • Sativum atau bawang putih berleher lembut, termasuk bawang putih articok, bawang putih silverskin, dan bawang putih creole.
Kebaikan Bawang Putih

Nilai Antibakteria - Manafaat bawang putih keatas badan melalui nilai antibakteria begitu juga dengan antikulat dan antivirus membolehkan mereka menghentikan bakteria, kulat, dan virus itu pada peringkat awal lagi. Kajian menunjukkan bahawa ia menyerupai satu peratus dari keberkesanan penisilin antibakterianya. Penyakitt yang dicetuskan oleh kulat, bakteria, atau virus dengan mudah dapat tewaskan dengan manfaat bawang putih ini.

Rawatan pokok yang berpenyakit di Northamptonshire, UK


Sifat antibakteri yang terkandung dalam bawang putih berkhasiat untuk melawan infeksi. Bawang putih yang dikupas dan dioleskan ke kulit bisa membersihkan infeksi jamur yang menyebabkan kurap. Penelitian juga menyebutkan bawang putih muda bisa membantu mencegah keracunan makanan, membunuh bakteri tertentu seperti E. Coli (penyebab diare). Di Amerika, kini sudah lazim digunakan minyak bawang putih untuk terapi penyakit jantung.

Sistem Penggalak Ketahanan (Immune System Boost ) - Satu lagi faedah bawang putih untuk diambil kira kesan kepada sistem ketahanan. Menurut kajian, bawang putih dapat meningkatkan fungsi imun dengan merangsang sel-sel darah putih. Ini kemudian meningkatkan fungsi antibodi. Sekali lagi, Allicin merupakan komponen penting kepada ciri ini.

Dalam perubatan Cina, bawang putih dianggap sebagai makanan pemanas kerana ia menghasilkan haba dalam badan. Maka mana-mana makanan yang memanaskan badan sehingga boleh menyebabkan penghasilan haba ia dikira memiliki sifat pemanas dan tujuannya adalah untuk mengawal tahap suhu dalaman.

Nilai Allicin - Allicin ialah fitokimia yang dijumpai didalam bawang putih. Apabila bawang putih dihancurkan atau dicincang, asas kompaun alliin sulfur bercampur dengan enzim membentuk allicin. Allicin berwarna kekuningan dan berminyak, dan ia menyebabkan bawang putih memiliki sifat bauan yang kuat dan pedas. Sifat Allicin yang berbeza menawarkan banyak faedah kepada kesihatan, ini termasuk: antikulat, antimikrob, antioksidan dan fungsi anti-radang.

Analisis kimia dalam tahun 1800-an menyandarkan aktiviti bawang putih bernisbahkan kepada kandungan Sulfur yang terdapat dalam minyak bawang putih. Pada pertengahan tahun 1900 seorang ahli kimia Amerika menamakan cecair yang kuat berbau kuat dari bawang putih sebagai "allicin". Sebatian sulfur alliin (S-allyl-l-sisteina sulfoxide) menghasilkan allicin (diallyl thiosulfinate) melalui enzim allinase apabila ketulan ulas dihancurkan. Sebatian sulfur yang lain, peptida, steroid, terpenoid, flavonoid, dan fenol semakin dikenal pasti sebagai bahan aktif allicin apabila berlaku proses metabolisma. Mekanisme yang tepat dari kesan tindak balas bawang putih masih tidak diketahui dan mungkin berbeza-beza mengikut cara penyediaan dan kesan terapeutik.

Nilai Antikulat - Allicin menghalang kedua-duanya proses percambahan spora kulat (germination of fungus spores) dan ketumbuhan hifa (hyphae), menurut hasil kajian dari Universiti Fujita-Gakuen Sekolah Teknologi Perubatan yang disiarkan dalam artikal "Penilaian Dalam aktiviti In-Vitro antikulat bagi Allicin" Hifa adalah sebahagian daripada kulat yang akhirnya menghasilkan struktur pembiakan.

Nilai Antimikrobial - Menurut "sifat antimikrob allicin bawang putih", dari Jabatan Kimia Biologi di Institut Weizmann Sains di Israel, sifat antimikrobial allicin terhasil daripada tindak balas kimia dengan kumpulan thiol dari pelbagai enzim. Tindak balas kimia allicin mengganggu proses metabolisma penting dalam beberapa bakteria berbeza.

Sifat Antioksidan - Dilaporkan, "sifat antioksidan dari sebatian bawang putih: allyl cysteine, alliin, allicin, dan allyl disulfide", oleh Jabatan Farmasi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya Kuala Lumpur, menyatakan bahawa allicin menyekat pembentukan superoksida (SOD), radikal bebas.

"Antioksidan, anti-radang, dan bahan antimikrob adalah sifat bawang putih dan bawang", satu artikel dalam Pemakanan dan Sains pemakanan, melaporkan bahawa allicin menyerang agen pengoksidaan yang lain, sekali gus mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh oksida.

Sifat Anti-Radang - Menurut artikel Sains Makanan dan Pemakanan melaporkan bahawa allicin menghalang penghasilan utusan cytokine pro-radang bersangkutan dengan penyakit radang usus. Sifat anti-radang allicin terikat kepada sifat antioksidan, sebagai radikal bebas penyebab keradangan. Dengan mengurangkan kerosakan oksida yang disebabkan kerana fungsi antioksidan, allicin mengurangkan jumlah keradangan di dalam badan di samping menindas utusan cytokine.

Di Antara khasiat dan manafaat bawang putih ialah:
  1. Menghalang kemerosotan otak dan meningkatkan sistem kekebalan
  2. Membantu melambatkan proses penuaan.
  3. Menghalang pertumbuhan sel kanser dan mengurangi risiko terkena kanser.
  4. Membantu menurunkan Kadar kolesterol sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu tertentu.
  5. Menolong mencegah penggumpalan darah melalui zat anti-kolesterol iaitu ajoene.
  6. Membantu meredakan tekanan, rasa cemas dan kemurungan.
  7. Mengandungi vitamin A, vitamin B, vitamin C, kalsium dan juga potasium.
  8. Mengandungi antioksidan, karotena dan selenium.
  9. Mengambil 2-3 ulas bawang putih sehari dapat menghindar dari penyakit jantung.
  10. Menyembuhkan tekanan darah tinggi.
  11. Meringankan tukak lambung.
  12. Menurunkan kadar kolesterol dalam darah
  13. Diabetes – Mampu mengawal kadar gula di dalam darah dan meningkatkan insulin darah bagi pengidap diabetes.
  14. Melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh.
  15. Sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari pelbagai penyakit.
  16. Membantu menambah nafsu makan.
  17. Menjaga stamina tubuh badan.
  18. Mengandungi khasiat antimikrob, antitrombotik, hipolipidemik, antiarthritis, hipoglikemik, dan juga mempunyai antivitas sebagai antitumor atau dijadikan acar
  19. Selsema (Colds and Flu) Mencegah dan merawat selsema
  20. Kulit – Mencegah dan merawat penyakit jerawat (Aesthetic)

Kebaikan Minyak Bawang Putih Dalam Kawalan Serangga Perosak

Terdapat banyak kebaikan Minyak Bawang Putih di dalam kawalan serangga secara organik. Diantaranya ialah :-
  • Penghalau Serangga - Memandangkan baunya yang tidak disukai serangga, Minyak Bawang Putih sering digunakan sebagai racun penghalau serangga. Bau ini akan melitupi permukaan daun dan ‘masking’ bau daun, menyebabkan serangga tidak berupaya untuk mengesan bau daun yang dilitupi oleh Minyak Bawang Putih
  • Menyekat pembentukan telur, larva dan pupa.
  • Pemberhentian penukaran larva atau nimph.
  • Kesan rencatan dlm hasilan telur serangga betina.
  • Kawal penghasilan larva dan pembentukan serangga dewasa.
Cara-cara dan Kaedah Penggunaan.
Kadar Bancuhan :
Semburan Terus : 2ml = 1 Liter air
Campuran Neem : 1ml = 1 Liter air

Kekerapan Semburan : 3-4 hari/sekali

PENTING : Disarankan Minyak Bawang Putih ini digunakan bersama-sama dengan Green Patrol atau Minyak Neem atau BioGuard untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum.

Kesesuaian :-
  • Serangga penghisap Kutu Daun-Aphid, Kutu Trip, spider mite, Lalat Putih (White Fly)
  • Serangga jenis mengunyah seperti belalang, ulat beluncas dan lain-lain.
  • Pelbagai Jenis Kulat dan Bakteria.

Kesan Penggunaan Garlic Oil - Minyak Bawang Putih

White-Fly Lalat Putih

Ulat Beluncas

Pokok Cili


Pokok Mangga


Minyak Bawang Putih (Garlic Oil Concentrate) adalah selamat dan mesra alam



Maklumat lanjut berkaitan Garlic Oil
Maklumat Lanjut, Harga dan Kaedah Pembelian
Whatsapp : 019-226 2125
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami.





Kawalan Serangga Organik : Minyak Neem-Semambu


Penghalau Serangga Berasaskan Organik Bio-Degradble, Non-Toxic & Effective.

B'GREEN Minyak Neem adalah berasaskan minyak semambu yang digunakan sebagai bio-pestisid. Penyelidikan terkini juga telah mengesahkan produk berasaskan minyak semambu (neem) juga boleh bertindak sebagai 'nematicide' dan 'fungicide'. Bahan aktif adalah azadirachtin dan berfungsi sebagai racun larva dan anti pemakanan.

Kajian mengesahkan ia mampu mengawal 400-500 spesis serangga perosak kepada tanaman terutamanya belalang, kumbang dan serangga penghisap cecair tumbuhan seperti 'aphid', 'white flies' dan 'spider mite', lalat putih, lalat buah, face fly, horn fly, house fly, nyamuk, nyamuk pembawa sakit kuning, head louse, lipas, rama-rama, tobacco bud worm, locust, house cricket, bugs dan lain-lain boleh dikawal dengan menggunakan produk ini.

Ia telah digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti keradangan, jangkitan, demam, penyakit kulit dan masalah gigi, penyakit cacing, anti kulat, anti virus, anti barah, ubat kencing manis, anti kuman, anti kesuburan-perancang keluarga, anti serangga, ubat tahan sakit, penyakit kulit seperti campak, cacar, kayap dan gatal, ubat jerawat, menurunkan suhu badan, ubat kudis dan menambah subur immiun diri.

Untuk ayam ternakan pula, ianya juga mampu mengubati penyakit sampar ayam. Manakala asap daripada daunnya boleh membunuh nyamuk atau serangga. Ubat serangga dari pokok ini SELAMAT tanpa dadah.

Nama Biasa : Semambu, Mambu, Neem, Nim, Margosah, Sedu, Sadao, Dao, Repe, Imba, Mamba dan Mimba Intara.
Nama Saintifik : Azadirachta Indica.
Negara Asal : India, juga terdapat di Asia Tenggara, Sri Langka, Burma dan Selatan Cina.

Di negara India, Pokok Semambu (Neem) amat terkenal dengan jolokan nama 'farmasi desa'. Ia disifatkan sebagai tumbuhan ajaib yang dapat membekalkan 1,001 kegunaannya dan dapat mengubati pelbagai jenis masalah kesihatan mengikut sistem perubatan India kuno, Ayurveda.

Pokok Semambu amat tahan terhadap persekitaran samada dari aspek cuaca mahupun keadaan tanah dan ini merupakan testimoni terhadap vitaliti pokok semambu. Rupanya unik dengan tepi daunnya bergerigi jelas dan agak tajam. Di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya yang lebih jelas dengan berwarna sedikit kekuningan. Ia juga mempunyai buah serta bunga yang berbau harum dan banyak ditemui di tepi-tepi jalan dan dijadikan sebagai tanaman hiasan.

Bermula daripada akar, ranting, daun, bunga, buah dan bijinya mempunyai khasiat dan keistimewaan yang pelbagai. Ia telah digunakan secara tradisional untuk merawat keradangan, jangkitan, demam, penyakit kulit dan masalah gigi sejak dahulu lagi. Malah, daun mambu yang bersifat antiserangga juga boleh digunakan untuk mengelak serangan serangga pada tanaman.

Walaupun semambu dipercayai telah wujud lebih 2,000 tahun lalu, sesetengah data mengatakan penggunaan neem secara selamat dan berkesan di kalangan masyarakat India telah bermula sejak 5,000 tahun lalu.

Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (Ujian Percubaan Klinikal dan Perkhidmatan Perubatan), The Himalaya Drug Company Dr. Pralhad Sadashiv Patki berkata, setiap bahagian pokok semambu yang memberi manfaat kesihatan turut tercatat dalam laporan-laporan perubatan Ayurveda. Beliau telah membuktikan daun Neem dan elemen-elemennya memiliki unsur-unsur anti radang, anti bakteria, anti oksida dan anti karsinogenik. Unsur-unsurnya yang antibakteria sangat berkesan untuk melawan kebanyakan masalah epidermis seterusnya memelihara kesihatan kulit.

"Dalam perubatan tradisional, semambu banyak digunakan sebagai salah satu bahan utama formula pembersihan darah dan melegakan masalah berkaitan diabetes."


"Sebenarnya, salah satu kegunaan semambu paling popular adalah mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi. Di India, daun dan ranting semambu digunakan sejak beribu tahun lamanya oleh masyarakat tempatan untuk memberus gigi dan membersihkan gusi bagi memperoleh kesihatan oral," katanya pada pelancaran semula produk Himalaya berasaskan semambu.

Namun, ciri-ciri antibakteria dan juga kesan antikarsinogenik daun semambu telah mempopularkan penggunaannya untuk masalah kulit seperti jerawat yang biasa dialami oleh golongan muda. Keberkesanan semambu terhadap masalah kulit yang serius seperti ekzema, psoriasis dan kaki atlet juga telah diperakui kerana kemampuannya menyingkirkan toksik dalam darah.

Kebaikan dan Fungsi Pokok Neem

Akar. Pohon Neem memiliki akar tunjang yang dalam dan perakaran skunder berupa akar serabut, dengan demikian Tanaman Neem dapat mengambil unsur hara dan makanan serta air dari lapisan tanah yang paling dalam. Berdasarkan kondisi tersebut Tanaman Neem dapat bertahan hidup di daerah yang sangat kering sekalipun. Berdasarkan hal tersebut juga pohon neem dapat digunakan untuk mengontrol erosi dan mempertahankan kesuburan pada lapisan top soil.

Getah. Getah terdapat dalam lapisan kayu pada umumnya yang bisa digunakan untuk lem.

Kayu dan Cabang. Kayu Neem telah terbukti tahan terhadap rayap/Anai-anai. Ranting pohon neem sangat baik digunakan untuk kayu bakar.

Ranting. Setiap hari, jutaan orang menggosok gigi mereka dengan ranting Neem. Doktor gigi bersetuju bahawa kebiasaan itu dapat melindungi kerusakan gigi dalam jangka waktu yang lama. Di India, daun dan ranting semambu digunakan sejak beribu tahun lamanya oleh masyarakat tempatan untuk memberus gigi dan membersihkan gusi bagi memperoleh kesihatan oral.

Daun. Sebuah pasta yang dibuat dari daun telah ditemukan dan secara efektif memperbaiki kondisi kulit. Dan sejumlah kecil daun yang dicampur dengan makanan terbukti baik untuk memperbaiki kondisi pencernaan.
Di China, kanak-kanak yang mengalami demam campak akan diminta tidur di atas daun semambu bagi melegakan masalah tersebut. Ciri-ciri antibakteria dan juga kesan antikarsinogenik daun semambu telah mempopularkan penggunaannya untuk masalah kulit seperti jerawat yang biasa dialami oleh golongan muda.

Bunga. Pohon Neem memiliki bunga yang biseksual dengan warna ungu yang mana memancing lebah yang diketahui dapat menghasilkan madu Neem yang sangat bermanfaat.

Buah. Pohon Neem dapat memproduksi sampai 50 Kg buah pertahun yang mana daripadanya dapat dibuat sabun atiseptik.

Biji Buah. Biji memiliki kandungan bahan aktif yang mana berfungsi sebagai pestisida, insectisida dan fungisida. Minyak Neem aman untuk digunakan disaerah pedesaan yang alami. Bungkil Neem ( Ampas pengepresan ) juga ditemukan sangat baik sebagai bahan pembuatan pupuk dan untuk pemulsaan. Pohon Neem biasanya mulai berbunga dan menghasilkan buah setelah 3-5 tahun dan akan aktif berproduksi sampai umur 10 tahun.

Kebaikan Neem Dalam Kawalan Serangga Perosak :-

  • Menyekat pembentukan telur, larva dan pupa.
  • Pemberhentian penukaran larva atau nimph.
  • Menggangu komunikasi seksual dan pemandulan serangga dewasa.
  • Menghalau larva dan serangga.
  • kesan rencatan dlm hasilan telur serangga betina.
  • Mengawal penghasilan larva dan pembentukan serangga dewasa.
  • Mengganggu selera makan serangga.
  • Menyekat keupayaan gut.
  • Menggangu penukaran @ metamorfosis pada pelbagai peringkat dan pembentukan kitin.

Fungsi Derivatif Neem :-

  • Racun serangga.
  • Racun kulat.
  • Racun nematod
  • Anti feedent
  • Penyekat metamorfosis @tukaran fasa dan pembentukan kitin
  • Pengubah regulasi tumbesaran
  • Agen pemandulan jantan
  • Anti reproduksi.

Ekstrak bertindak dalam fungsi serangga

  • Kitaran Hidup Serangga. Azadirachtin masuk ke dalam sistem badan serangga menyebabkan aktiviti pertukaran fasa ( ecdysone) terencat. Larva yang gagal bertukar fasa dan akhirnya akan mati. Bagi kepekatan rendah larva berupaya bertukar fasa, tetapi mati pada fasa tersebut. Dengan kepekatan yang paling minima, pertukaran berlaku tetapi steril/mandul.
  • Penghalang Makan. Komponen lain azadirachtin, salanin dan melandriol yang menyelaputi permukaan daun menyebabkan situasi anti peristaltik, iaitu muntah, fungsi menelan juga dihentikan.
  • Penghalang penghasilan telur. Serangga betina direncat daripada menghasilkan telur.
Kesan Minyak Neem Ke Atas Kumpulan Serangga Berbeza.
  • Ortoptera. Belalang, kriket, katydids dll. Tabiat makan dihentikan. Pengurangan saiz koloni dalam locust.
  • Homoptera. Kutu Daun, cicadas, scale insects, leafhoppers dsb. Penggunaan serbuk neem memberi kesan dalam regulasi tumbesaran dan tabiat pemakanan. Dos rendah elakkan pokok daripada dijangkiti oleh virus tungro oleh pembawa green rice leafhoppers.
  • Thysanoptera- Kutu Trip. Dapat mengawal larva kutu trip dalam tanah.
  • Coleoptera-beetles, weevils. Tumbesaran direncat dan bahgn kulit yg tersentuh dengan serbuk neem atau sol. akan musnah.
  • Lepidoptera-moths,skippers, millers dan rama-rama. Tindakan sbg anti pemakanan dan rencat tumbesaran bagi larva lepidopterus.
  • Diptera-flies. Serangga seperti lalat buah, face flies, bot flies, lalat rumah dan horn flies mempunyai kesan terhadap neem.
  • Hymenoptera (Bees, Wasps, Sawflies, semut dll). Larva dari serangga sawflies kesan dengan penghalang makan dan penghalang tumbesaran.
  • Kumbang seperti kumbang perosak padi dan sayuran dan juga alami antifeedant dan growth deterrent simptom.
Cara Tindakan Ke Atas Perosak Yang Spesifik
  • Desert Locust. Koloni besar locust nimph.Caranya adalah : 2.5 litres semburan/hectare (1 liter/ekar) halang juvenil (anak) daripada musnahkan tanaman secara berkumpulan. Ianya sama seperti belalang.
  • Lipas. Neem dapat bunuh lipas muda. Manakala lipas dewasa dihalang daripada bertelur.
  • Brown Planthopper - Neem brown planthopper dan perosak padi.
  • Leafminers - Neem sangat efektif terhadap leaf miners. Serbuk neem ditambah pada tanah menerusi sistem akar, dan ini terus memasuki sistem tumbuhan. Apa yg berlaku hormon moulting (tukaran) diganggu menyebabkan juvenil terperangkap dalam kepompong atau kulitnya.
  • Nyamuk - Menghalang nyamuk daripada membiak.
  • Lalat Buah. Kawalan 100% dan bersesuaian terhadap organisma pengawal lalat buah lain.
  • Nematoda - Penggunaan neem jenis ekstrak akuas menunjukkan 100% kawalan dalam pembiakan nematod dalam 12 jam ujian makmal.
  • Siput. Boleh digunkan utk hapuskan siput. Larutan akuas dapat membunuh 100% Melania scabra. Siput ini adalah vektor flung flukes yang menghuni (ensit) di dalam paru-paru haiwan ternakan, liar dan manusia.
Kawalan Kulat
Minyak Neem adalah bersifat antikulat. Ia berupaya untuk mengawal kulat daun dan beberapa penyakit yang disebabkan oleh kulat. Penggunaan Minyak Neem juga boleh mengelakkan penyebaran powdery mildew jika semburan awal dilakukan.

Kesan terhadap spp. bukan sasaran
  • Kesan ke atas cacing tanah. Biji buah Neem jika dicampurkan ke dalam takungan yang mengandungi cacing tanah, maka pembiakan cacing tanah akan meningkat sebanyak 25%.
  • Serangga bermanfaat. Tiada kesan buruk ke atas spiders dan juga serangga lain seperti lebah pendebunga, kumbang.

Cara-cara dan Kaedah Penggunaan.
Kadar Bancuhan : 1/200
3ml Minyak Neem : 1 Liter air

Kekerapan Semburan : 1-2 kali seminggu.


Minyak Neem SANGAT BAIK jika digunakan bersama dengan MINYAK BAWANG PUTIH untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan mengoptimumkan Kawalan Serangga Perosak.

Kesesuaian :-

  • Belalang dan Kumbang.
  • Serangga penghisap Kutu Daun-Aphid, Kutu Trip, spider mite, Lalat Putih (White Fly)
  • Lalat Buah, Face Fly, Horn Fly, House Fly, Nyamuk, Nyamuk pembawa sakit kuning, Head Louse, Lipas, Rama-rama, Tobacco Bud Worm, Locust, House Cricket, Bugs dan lain-lain.
  • Pelbagai Jenis Kulat.

B'Green Minyak Neem adalah selamat dan mesra alam

Sila hubungi kami untuk mendapatkan butiran lanjut berhubungan dengan informasi tentang produk B'Green Minyak Neem ini. Maklumat cara pembelian online di sini.

Senarai Harga sila rujuk disini

Racun Kawalan Serangga Organik BioGuard 250ml



Formula Racun Kawalan Serangga Organik BioGuard kini ditingkatkan lagi dengan penambahan 2 ekstrak bagi memberikan kesan yang lebih optimun terhadap kawalan serangga perosak.

Menurut pihak pengeluar, atas permintaan ramai, BioGuard kini didatangkan dengan pek yang lebih kecil iaitu 250ml bagi membolehkan semua peringkat pengguna samada tanaman secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun yang lebih besar.

Ini kerana penggunaan BioGuard adalah amat menjimatkan dengan kadar pencairan adalah 1/1000. Oleh yang demikian bagi pek 250ml ini, pengguna akan memperolehi sebanyak 250 Liter larutan racun semburan.

Disamping itu juga, bagi pengguna-pengguna pada skala tanaman secara hobi, maka terdapat juga pek yang lebih kecil iaitu 100ml pada kadar harga yang kompetitif dengan nisbah pencairan pada kadar yang sama seperti pek 250ml iaitu 1/1000. Senarai harga, sila Klik disini





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.