EM-FPE adalah lanjutan perluasan terhadap penggunaan Effective Microb (EM) di dalam pertanian. Ia mengandungi berbagai jenis asid organik, bahan-bahan bioaktif dan mineral yang amat diperlukan oleh tanaman bukan sahaja untuk tumbesaran, malahan juga untuk tujuan penghasilan (produktiviti).
Disamping itu juga ia boleh dijadikan kawalan serangga dan perosak dengan campuran beberapa bahan anti-serangga yang lain seperti formulasi di bawah.
Kesesuaian EM-FPE Terhadap Serangga dan Perosak
EM-FPE berkeupayaan memelihara dan merawat tanaman daripada serangan penyakit seperti Hamama, Aphid, Thrips, Pelombong Daun, Kepinding Hijau, Ulat Ratus, Kabuh/Kumbang Lenting dan lain-lain.
Bahan-bahan Untuk Membuat EM-FPE
Kesemua bahan yang digunakan untuk membuat EM-FPE adalah bahan-bahan organik seperti di bawah ini :-
- 200 ml BIM (EM) Tulen
- 200 ml Molasses/Gula Merah
- 200 gram Daun Neem
- 200 gram Bawang Putih (Garlic)
- 200 gram Cili Padi/Cili Api
- 1.0 Liter Air Sungai (atau air tanpa klorin)
Kaedah Penyediaan EM-FPE
Kaedah dan cara-cara untuk menyediakan EM-FPE adalah seperti berikut :-
- Hancurkan kesemua bahan ekstrak yang ada seperti bawang putih, cili padi, daun neem dan air - kisar hingga hancur
- Masukkan BIM (EM) Tulen dan Molasses/Gula Merah serta baki air tadi
- Perapkan campuran bahan ini selama 1 minggu
- Kemudian tapis
- Botolkan
- Selesai
Cara-cara dan Kaedah Penggunaan :
Cara-cara dan kaedah penggunaan EM-FPE adalah seperti berikut :-
Jika serangan yang lebih teruk 3-4 kali seminggu
Maklumat lanjut berkaitan BIM (EM) Tulen
Senarai harga di sini
Maklumat Pembelian Secara Online boleh didapati disini atau hubungi kami segera.