Senarai Harga Peralatan Fertigasi

PAPARAN HARGA TERKINI
Kemaskini : FEBRUARI 2021

Peralatan Fertigasi


Promosi Terkini

Makluman & Promosi Terkini


Tarikh : Oktober 2017
Benih Cili Sakata F1 461

Benih Cili Sakata F1 461 adalah varieti pilihan ramai ini pada harga yang sama seperti sebelum ini.


============//===========

BIOGUARD dengan formula dipertingkatkan !!!
BIOGUARD

Kini Kawalan Serangga Organik BioGuard telah dipertingkat dari segi keberkesanannya dengan tambahan ekstrak Neem (Daun Semambu) dan telah diuji keberkesanan oleh pihak penyelidik di UPM (Universiti Putra Malaysia).

Malahan bagi memudahkan semua peringkat pengguna, samada secara kecil-kecilan mahupun pada skala kebun, maka BioGuard kini mengunakan formulasi EC (Emulsion Concentrate) dan tidak lagi menggunakan EM bagi memudahkan pengguna menggunakan apa juga sumber air (bancuhan) samada air kolam, air lombong, air perigi, air paip (pili) dan sebagainya..

Maklumat lanjut boleh dirujuk disini


Terkini ...


Benih Terung F1 323 Bride
Harga : RM33.00
TEFRA : RM31.00


Flexible Nozzle
Harga : RM18.00
TEFRA : RM17.00


Benih Cili Api Sakata
F1 Hybrid 508
Harga : RM42.00
TEFRA : RM40.00


Benih Cili Kulai F1 668
Harga : RM56.00
TEFRA : RM54.00


Digital PH Meter
China (Ori)
Model No. : PH-02
Harga : RM70.00
TEFRA : RM60.00


Pelekat Racun : X-SORB
150ml : RM28.00
500ml : RM70.00


Benih Cili Big Johor 1033
Harga : RM25.00
TEFRA : RM23.00


Minyak Bawang Putih
Garlic Oil Concentrate
4.0L : RM450.00
1.0L : RM115.00
500ml : RM60.00
250ml : RM35.00
100ml : RM17.00


Soy Booster - Hormon
Hormon Penggalak Tumbuhan
4.0L : RM180.00
1.0L : RM45.00
500ml : RM25.00
100ml : RM7.00


AntiBakteria : Advance Getrid
Harga : RM68.00
TEFRA : RM65.00

Jenama : MASATO
16L : RM200.00
20L : RM230.00

Model No. : HI98304
Harga : RM260.00
TEFRA : RM250.00

Benih Cili F1 Hybrid 461
Harga : RM78.00
TEFRA : RM


Benih Rock Melon GLAMOUR
Harga : RM29.00
TEFRA : RM


EC Meter HM Digital AP-2
Harga : RM120.00
TEFRA : RM


Pemikat Lalat Buah
30ml : RM11.00
TEFRA : RM10.50


Tiub Kapilari 1.2mm
200m/roll : RM68.00
TEFRA : RM65.00


Repairing Plug
Penutup Lubang Nipple/Start Joiner
10 pcs : RM1.00
TEFRA : RM0.90


Magic Cabo 118
Kalsium & Boron
1.0L : RM35.00
4.0L : RM115.00


B'Green Minyak Neem
4.0L : RM109.00
1.0L : RM30.00
500ml : RM20.00
100ml : RM6.00


Buffer Solution : 12880 uS/cm
Part No. : HI70030
Harga : RM6.00
TEFRA : RM5.50


B'Green Seaweed
1.0 Liter : RM29.00


Humic-K Super 1.0kg
Harga : RM27.00
TEFRA : RM25.00


Pelekat Bunga & Buah
CY-787 250ml
Harga : RM18.00


Timun F1 Hybrid 747
100gram : ~3000 biji
Harga : RM188.00
TEFRA : RM183.00


Jaring Timun
1 ikat : RM18.00
TEFRA : RM17.00

Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.

PROMOSI
Peralatan Penyukat
1-5hb. Mei 2013
Sila klik disini

Team Fertigasi Romatech Agro

Team Fertigasi Romatech Agro (TEFRA) telah dilancarkan oleh Dr Ahmad Zamzam B Mohamed (Mantan Timbalan Ketua Pengarah MARDI) pada Sabtu 19/12/2009 di Pusat Jualan Puchong. Rebutlah peluang untuk menjadi ahli TEFRA. Banyak keistimewaan menanti anda. Hubungi kami atau e-mail atau muaturun borang Keahlian TEFRA disini

Kenali Supplement yang diperlukan oleh tanaman anda


Konsep asas Kawalan Serangga dan Perosak tanaman adalah berkenaan dengan pengawalan dan pencegahan pada peringkat awal lagi iaitu sebelum serangga dan perosak menyerang tanaman. Walaupun pada hakikatnya adalah sukar untuk memastikan tanaman bebas dari serangga dan perosak yang menyebabkan penyakit, namun terdapat pelbagai kaedah dan panduan yang boleh digunakan terhadap program kawalan serangga dan perosak untuk mengoptimumkan pengeluaran hasil tanaman.

Showing posts with label Racun. Show all posts
Showing posts with label Racun. Show all posts

Racun Makhluk Perosak



Racun Makhluk Perosak (Racun Perosak) merupakan bahan atau campuran bahan yang digunakan untuk memusnah, menghalau dan mengurangkan kesan bahaya daripada makhluk perosak kepada tanaman, manusia dan persekitaran seperti yang tersenarai di Bawah Jadual Pertama Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

Racun perosak adalah bahan beracun dan bukannya ubat. Oleh kerana ianya adalah racun, maka ia adalah merbahaya kepada kesihatan manusia dan persekitaran jika tidak digunakan dengan cara dan kaedah yang betul untuk mengendalikannya.

Racun perosak mempunyai darjah kebisaan yang berbeza-beza. Lihat pada label botol atau bekas racun yang anda beli. Anda akan mempunyai jalur berwarna hitam atau merah atau kuning atau biru ataupun tidak berwarna.

Pada jalur warna ini, anda boleh lihat perkataan Kelas I (a) atau I (b) atau II atau III atau IV dan juga amaran bahaya untuk tiap-tiap satu kelas. Jalur warna atau kelas racun ini menunjukkan tahap bahaya atau bisa racun tersebut kepada diri anda.

Bahan-bahan Pengawal Makhluk Perosak
Secara asasnya, bahan-bahan makhluk perosak tediri daripada :-


Cara-cara Racun Bertindak
  • Racun Perut - Terkena semasa makan.
  • Racun Sentuh - Terkena semasa racun bersentuh dengan bahagian luar badan.
  • Sistemik - Memasuki tumbuhan melalui akar, batang atau daun.
  • Fumigan - Melalui sistem pernafasan.
  • Pengawalatur pertumbuhan (IGR) - Menjejaskan perkembangan serangga pada peringkat larva.
* Sesetengah racun serangga mungkin bertindak dalam beberapa cara yang berbeza

Cara Penyerapan Racun Ke Dalam Tubuh
Racun Makhluk Perosak boleh tersebar kepada pengguna melalui beberapa cara seperti :-

1. Melalui Mulut
  • Semasa menghembus muncung(nozzle) yang tersumbat.
  • Mengambil makanan, minuman atau merokok semasa melakukan semburan racun.
  • Makan atau minum makanan/minuman yang telah tercemar dengan racun (tanpa disedari).
2. Melalui Pernafasan.
  • Semasa melakukan semburan racun jenis fumigant.
  • Menyedut wap racun di dalam tempat tertutup seperti stor semasa membancuh.
3. Melalui Kulit
  • Bahagian yang terdedah kepada racun makhluk perosak seperti muka, tangan, rambut dan kaki.
  • Suhu yang panas akan mencepatkan proses penyerapan racun melalui kulit.

Pengkelasan Racun Berdasarkan Ketoksidan
Racun perosak mempunyai darjah keracunan (kebisaan/toksid) yang berbeza-beza. Ia dapat diperhatikan pada label botol atau bekas racun yang dibeli. Setiap racun yang berdaftar mempunyai jalur warna seperti warna hitam, merah, kuning, biru atau tidak berwarna seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah :-


Kaitan Warna Jalur Dengan Keberkesanan Racun Perosak
Warna jalur (label) tidak mempunyai kaitan dengan keberkesanan (effective) sesuatu racun perosak. Oleh itu, semua racun perosak yang berdaftar mempunyai keberkesanan untuk mengawal makhluk perosak. Ia adalah bergantung kepada bagaimana racun perosak tersebut digunakan dan dikendalikan (disembur) seperti yang disyorkan pada label.

Komponen Formulasi
Sesetengah formulasi adalah sedia digunakan, ada yang mesti dicampur dengan bahan lain. Bahan-bahan digunakan dalam proses formulasi adalah seperti berikut :-


Pemilihan formulasi:
  • Objek yang hendak dilindungi.
  • Alat aplikasi yang sedia ada.
  • Bahaya aliran dan larian.
  • Keselamatan .
  • Tabiat atau pola pertumbuhan perosak.
  • Jenis persekitaran

Jenis-jenis Formulasi





Keserasian
Keserasian bermaksud, dua atau lebih racun perosak daripada bahan formulasi yang berbeza boleh dicampur bersama untuk mengawal lebih jenis serangga perosak dengan sekali penggunaan. Contohnya mencampurkan racun kulat Mancozeb kepada racun serangga Malathion.

Terdapat juga bahan bahan supplement yang boleh dicampurkan kepada racun perosak seperti CY-787 bagi tujuan meningkatkan lagi kecekapan dan fungsi racun perosak tersebut.

Namun begitu, tidak semua racun perosak/serangga akan berfungsi dengan baik apabila dicampur. Malahan ketidakserasiannya akan menyebabkan :-
  • Mengurangkan keberkesanan.
  • Merosakkan permukaan dirawat.
  • Menyebabkan pengasingan bahan-bahan kandungan kepada lapisan.
Oleh yang demikian, pengetahuan dan mematuhi peraturan dan nasihat seperti yang tertera pada label setiap racun perosak adalah sangat penting bagi memastikan keberkesanan racun perosak tersebut.




Cadangan Jadual Kawalan Serangga Dan Nutrien


Amalan meracun di dalam industri pertanian merupakan elemen yang amat penting bagi menjamin penghasilan tanaman adalah diperingkat optimum. Pelbagai kaedah dan tatacara yang diamalkan dan digunapakai oleh pengusaha kebun sayuran dalam memastikan tanaman mereka bebas atau sekurang-kurangnya dapat meminimumkan serangan pelbagai jenis serangga perosak dan jangkitan kulat serta bakteria perosak.

Di dalam amalan pertanian, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati tanaman yang telah dijangkiti penyakit terutamanya jangkitan kulat dan bakteria yang mana peratusan untuk tanaman pulih adalah amat rendah. Oleh yang demikian konsep pencegahan daripada serangan penyakit adalah amat penting dan perlu diberi perhatian yang serious.


Sesetengah pengusaha terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi dengan membeli pelbagai jenis racun kawalan serangga dari pelbagai jenama. Pada peringkat sederhana (lebih 1000 pokok) kebanyakan pengusaha mengadakan tidak kurang dari 10 jenis racun kawalan serangga samada yang berunsurkan racun kimia mahupun kawalan secara organik ataupun biologi.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi setiap pengusaha kebun sayur untuk mempunyai jadual penyemburan racun kawalan serangga bagi memastikan kebun mereka tidak diserang oleh serangga perosak ini.

Jadual di atas adalah merupakan cadangan penyemburan racun kawalan serangga dan beberapa penyenaraian tentang kawalan secara organik dan biologi.

Pemberian nutrien tambahan selain daripada Baja Fertigasi AB juga baik untuk diamalkan kerana ianya akan meningkatkan lagi produktiviti.

Maklumat lanjut tentang penguraian jadual di atas boleh didapati dengan menghubungi kami.

Download Jadual Kawalan Serangga dan Nutrien :-








Kawalan Penyakit dan Perosak Tanaman


KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK

Tahukah anda tanaman yang subur, sihat akan mengeluarkan hasil yang lumayan dan akan memberi pulangan yang tinggi kepada petani. Persoalannya bagaimana kita mahu pastikan tanaman yang kita tanam sentiasa berada dalam keadaan sihat dan subur selalu. Tanaman yang subur dan sihat ialah tanaman yang mendapat cukup keperluannya seperti baja, air dan cahaya yang sentiasa mencukupi. Di samping itu kesuburan tanaman juga datangnya dari tanaman yang bebas dari serangan perosak dan penyakit serta tidak terdapat gangguan persekitaran dan sentiasa di pangkas bagi menstabilkan pertumbuhanya. Atau mudah kita fahamnya untuk mendapat tanaman yang subur dan sihat, sesuatu tanaman yang di tanam itu perlu di jaga.

Kerja Penjagaan tanaman ialah kerja-kerja mengurus tanaman yang dilakukan selepas sahaja ianya di tanam sehingga memungut hasil. Kerja penjagaan tanaman ini umumnya sama untuk semua jenis tanaman, tetapi ada tanaman yang memerlukan kerja penjagaan yang agak spesifik seperti pokok kacang panjang perlu kepada panyediaan pancang sedangkan tanaman sepereti kobis tidak perlu kerja-kerja memancang. Dalam unit ini hanya akan diterangkan kerja-kerja penjagaan umum yang penting untuk hampir semua jenis tanaman. Kerja-kerja tersebut ialah membaja, memangkas, mengawal penyakit, mengawal perosak dan menyiram serta akan disentuh sedikit berkenaan dengan penuaian tanaman.

Bagaimanapun, amalan pengurusan selalunya tertumpu kepada mengurangkan risiko kerugian yang bakal dihadapi oleh pengusaha cili. Risiko ini berpunca dari masalah penyakit yang menjejaskan hasil tanaman. Terdapat beberapa patogen yang menyebabkan penyakit dan menjadi perosak kepada pokok cili. Patogen yang menyerang pokok cili adalah disebabkan oleh virus, bakteria dan kulat.

Kesuburan tanaman sering diancam oleh berbagai jenis perosak. Akibatnya, hasil dan kualiti tanaman akan terjejas. Oleh yang demikian penjagaan yang rapi daripada serangan perosak dan penyakit amatlah diperlukan untuk mengekalkan keindahan dan kesegaran tumbuhan.

Terlebih dahulu kita perlu mengenali jenis perosak yang biasa menyerang tanaman. Di antara perosak tumbuhan yang biasa ialah belalang, kumbang, ulat daun, lintah bulan, siput babi , semut, koya, burung, hama, mamalia seperti gajah, monyet, babi dan tikus serta tupai. Dua jenis serangga yang sering menyerang tanaman hiasan iaitu dari jenis mengunyah dan jenis menghisap

Tanda-tanda serangan perosak jenis mengunyah :
  • Daun berlubang –lubang atau koyak.
  • Najis serangga bertaburan.
  • Ulat-ulat perosak merayap di bahagian pokok.
  • Akar terpotong atau menjadi pendek.
  • Daun, buah atau dahan menjadi bengkak atau busuk.
  • Getah atau cecair kelihatan meleleh.
Tanda-tanda serangan perosak jenis menghisap :
  • Daun kerekot dan kekuningan, layu atau mati.
  • Batang, daun serta buah dipenuhi dengan teritip atau sisik.
  • Bintik-bintik hitam disebabkan bekas cucukan pada daun, buah atau batang.
Tanda-tanda serangan virus :
  • Pertumbuhan pokok terbantut.
  • Semua bahagian daun berkedut dan kelihatan kecut.
  • Terdapat tompok-tompok hijau dan kuning (mozek) di permukaan daun.
Tanda-tanda serangan kulat :
  • Karat di daun.
  • Layu di seluruh pokok.
  • Kulapok menyerang daun, bunga, buah dan batang.
  • Busuk dan reput di batang, buah atau bunga.
  • Permukaan daun dipenuhi dengan pelbagai bentuk bintik.

Tanda-tanda serangan bakteria :
  • Keseluruhan pokok layu.
  • Bahagian daun berbintik-bintik.
  • Pokok kelihatan buruk dan reput.
Secara umumnya, terdapat 5 (lima) cara-cara untuk mengawal serangan perosak tanaman :-

1. Kawalan Fizik
Iaitu kaedah mengawal perosak secara fizik seperti menggunakan menutup atau melindungi kawasan tanaman dengan menggunakan jaring, menggunakan penutup buah seperti sarung, balutan kertas suratkhabar, plastik dan lain-lain, menggunakan tin-tin kosong yang digantung, membuat orang-orang, memasang pagar elektrik dan sebagainya.

2. Kawalan Kultura
Iaitu kaedah mengawal serangan perosak dengan menggunakan amalan penanaman yang baik, seperti amalan giliran tanaman, pemugaran tanah, Menanam tanaman perangkap, menggunakan varieti/benih yang tahan lasak dan mengamalkan kaedah penjagaan yang sempurna.

3. Kawalan Biologi
Iaitu kaedah kawalan perosak menggunakan organisma tertentu menggunakan konsep mangsa dan pemangsa. Contoh mengawal tikus dalam ladang sawit dengan menternak burung hantu, pokok asparagus dan bunga tahi ayan menghasilkan rembesan yang boleh memusnahkan nematod.

4. Kawalan Kimia
Iaitu kaedah mengawal perosak menggunakan racun. Ini merupakan kaedah yang popular dan agak berkesan. Contohnya ialah serangan perosak seperti belalang, kumbang dan kulat daun boleh dikawal dengan racun serangga seperti Carbaryl, Decis atau Malathion. Manakala serangan perosak jenis hamama boleh menggunakan racun hamama Mitac atau Ortus.

5. Kawalan Secara Undang-Undang
Iaitu mengawal perosak dengan menggunakan kuasa yang di tetapkan. Contohnya Kawalan Kuarintina, Pensijilan bebas dari punca merebaknya perosak.


Bakteria dan Kulat
Penyakit-penyakit yang agak popular untuk tanaman ialah penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan kulat. Penyakit yang disebabkan oleh bakteria ialah penyakit bintik, layu, reput, mati rosot dan lain-lain. Penyakit yang disebabkan oleh kulat pula ialah seperti penyakit bintik berpusar, Kulapok berdebu, Karat Kulapok Downy dan lain-lain.

Pengklasan Racun Kimia Berdasarkan Ketoksidan
  • Kelas Ia - Jalur hitam pada label dengan simbol tengkorak dan tulang bersilang.
  • Kelas Ib - Jalur merah dengan simbol tengkorak dan tulang bersilang.
  • Kelas II - Jalur Kuning
  • Kelas III - Jalur Biru
  • Kelas IV - Jalur putih atau tanpa warna seperti racun serangga di rumah.
Langkah keselamatan Sebelum Semasa dan Selepas Menggunakan Racun Perosak.
Memandangkan penggunaan racun serangga amat meluas dan popular dikalangan pekebun-pekebun, maka langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan racun kimia adalah amat penting bagi memastikan pekebun tidak terdedah kepada kesan secara terus mahupun kesan sampingan semasa dan selepas menggunakan racun tersebut :-

Pemilihan Racun Serangga
  • Pilihlah racun dari kelas III dan !V. Elakkan dari menggunakan racun Kelas I dan Kelas II kecuali terpaksa.
  • Apabila pokok telah berbuah masa memetik (menunggut hasil) telah hampir tiba, maka seelokknya gunakan racun jenis sentuh dan bukan jenis sistemik tapi tak tahan lama.
Sebelum Membancuh Racun Serangga
  • Baca dan fahami arahan pada label
  • Pakai Pakaian Pelindung Diri yang sesuai yang sesuai seperti overall, sarung tangan, topi, `boots’, `goggles’.
  • Jangan pindahkan racun perosak ke dalam lain-lain bekas.
  • Simpan racun perosak di tempat yang sesuai, jauh daripada makanan, ubat, pakaian dan sebagainya.
Semasa Membancuh Racun Serangga
  • Jauhkan orang yang tidak berkenaan dari tempat membancuh racun perosak.
  • Jangan menghidu atau menyedut racun perosak
  • Jangan sekali-kali membancuh racun perosak dengan tangan kosong.
  • Berdiri dengan membelakangkan arah tiupan angin sewaktu membancuh racun perosak.
  • Jangan tiup dengan mulut muncung alat penyembur yang tersumbat.
  • Jangan makan, minum atau merokok.
Semasa Melakukan Semburan Racun Serangga
  • Pakai peralatan keselamatan semasa membuat semburan seperti but getah yang tinggi, topi, baju lengan panjang, sarung tangan getah dan penutup hidung/muka (mask).
  • Perhatikan arah tiupan angin. Semburan hendaklah membelakangi arah tiupan angin bagi bagi mengelakkan anda terkena kabus semburan.
Selepas Melakukan Semburan Racun Serangga
  • Cuci alat penyembur dengan air bersih dan letakkan di dalam stor.
  • Mandi dengan menggunakan sabun dan air yang banyak.
  • Rekodkan semua penggunaan racun perosak.
  • Jangan gunakan bekas racun perosak untuk menyimpan bahan makanan.
  • Jumpa doktor dengan segera jika terdapat tanda-tanda keracunan.

Akan datang ...Jenis-jenis penyakit tanaman dan rawatannya.




Kebun Puchong : Meracun


Kebun Puchong, Khamis 25 Disember 2008 - Hari ke-63, saya mengambil kesempatan cuti Krismas untuk melakukan semburan racun jenis "Hamama". Walaupun kehadiran hamama yang telah menyerang 2 batang pokok cili saya 2 minggu lalu telah tidak kelihatan lagi, namun bagi mengelakkan perkara yang sama berulang, maka saya perlu mengambil tindakan awal mencegahnya.

Racun yang saya gunakan adalah dari jenis "Mitac" dan untuk 20 batang pokok cili ini, ianya adalah mencukupi untuk sejumlah 1 liter racun semburan.


Meracun









Kebun Puchong : Masalah Daun Kerekot


Kebun Puchong, Khamis 18 Disember 2008 - Hari ke-56, masalah daun kerekot pada hampir 30% pucuk yang berlaku kepada 2 pokok cili sejak lebih 1 minggu yang lalu masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih walaupun saya telah melakukan semburan racun "Mitac" dan semburan baja air ke atas daun pokok cili. Apa yang pasti kehadiran "hamama" tidak lagi kelihatan memandangkan tiada lagi pokok/pucuk yang mengalami masalah kerekot.

Memandangkan pokok yang mengalami masalah daun kerekot ini mengeluarkan buah cili yang agak banyak, jadi saya mengambil keputusan untuk mencantas dahan/daun yang bermasalah ini. Kalau nak buang, sayang...dah tanam selama 56 hari, kemudian buang 2 pokok pula.

Kemudian saya melakukan semburan racun serangga bagi mengelakkan cantasan daun/dahan ini daripada gangguan serangga seperti semut dan lain-lain.

Membuang Dahan




Perkembangan Buah Cili







Kebun Permai : Meracun dan Mencatas Dahan


Kebun Permai, Ahad 14 Disember 2008 - Hari ke-8, perkembangan pokok cili adalah baik walaupun terdapat gangguan daripada beberapa jenis serangga perosak seperti semut, lalat putih dan belalang hijau yang memakan dan merosakkan beberapa helai daun pokok cili. Oleh yang demikian pada hari ini saya melakukan semburan racun serangga jenis Termicide untuk mengelakkan lebih banyak pokok cili menjadi mangsa serangga-serangga tersebut.

Racun Serangga


Kemudian, pada sebelah petangnya pula, saya dan adik-adik melakukan kerja-kerja mencatas dahan pokok cili yang paling bawah sekali. Ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan proses pokok cili mencapai ketinggian yang ideal untuk mula mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah. Selain daripada itu ianya akan dapat mengekalkan penerimaan baja yang secukupnya untuk setiap pokok cili. Sekiranya terlalu banyak daun/dahan pokok, maka lebih banyak baja air yang diperlukan. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya pada Projek Mini R&D Kebun Puchong.

Pisau yang digunakan dipastikan ketajamannya serta
bebas daripada kesan minyak bagi mengelakkan adanya kesan sampingan terhadap pokok cili.

Mencatas Dahan Pokok





Kebun Puchong : Racun Serangga


Kebun Puchong, Khamis 11 Disember 2008 - Hari ke-49, ketinggian pokok cili (tertinggi) telah mencapai 30 inci (2 1/2 kaki) dari paras CocoPeat. 19 Pokok cili menunjukkan perkembangan yang baik dengan kesemua pokok telah mengeluarkan buah cili. Yang berbunga terus berbunga dengan kudupnya telah jatuh dan berganti dengan buah cili.





Pokok no. 12 yang mengalami masalah kerekot masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih selepas saya melakukan semburan racun cypermethrin. Saya bimbang ianya akan merebak ke pokok yang lain pula.

Kesempatan cuti pada hari ini (saya masih lagi bercuti, kena denggi) saya mengunjungi Kedai Racun (Kedai Pertanian) yang memang dikenali ramai di Lembah Klang ini iaitu Fajama Trading yang terletak di Seri Kembangan. Secara kebetulan En. Mohd Fauzi yang juga Pengurus dan pemilik Kedai Pertanian tersebut berada di kedainya. Jadi dapatlah saya menimba sedikit ilmu tentang Racun Serangga daripada beliau sendiri.

Fakta Angka (Racun)
Perosak : Hamama
Simpton : Daun Kerekot
Kawalan : Mitac

Selepas menerangkan masalah yang saya hadapi, beliau mencadangkan saya menggunakan racun serangga berjenama "Mitac". Ianya adalah racun hamama dari kumpulan "amidine" yang bertindak secara sentuhan dan pernafasan ke atas sistem saraf serangga yang menyerang dan merosakkan pokok cili dan lain-lain tanaman yang berkenaan.

Pulang dari kedai pertanian beliau, saya segera mendapatkan tong air berkapasiti 10 liter yang saya beli dari kedai 2 ringgit untuk membuat bancuhan. Sukatan bancuhannya ialah 11 ml Mitac dicampurkan dengan 10 liter air. Kemudiannya saya terus melakukan semburan ke atas kesemua pokok cili berjumlah 20 pokok ini dengan menggunakan bekas penyembur.

Fakta Angka (Racun)
Perosak : Semut/Anai2
Simpton : Akar/Daun
Kawalan : Termicide

Selain itu, saya juga ada membeli racun serangga berjenama "Termicide 38.7EC" khas untuk membunuh serangga seperti semut, lalat dan anai-anai. Kata orang, cegah sebelum parah. Jadi, ianya sebagai persediaan terhadap racun serangga jenis cypermethrin yang saya gunakan selama ini. Pada pendapat saya, racun jenis cypermethrin (RM5.00) yang saya gunakan hanya mampu untuk menlindungi pada masa-masa yang terhad sahaja. Selepas racun tersebut hilang, serangga ini akan datang kembali.

InsyaAllah, esok saya akan lakukan semburan racun Termicide ini.

Racun Serangga




Kebun Puchong : Hari ke 47


Kebun Puchong, Selasa 9 Disember 2008 - Hari ke-47, banyak buah cili Kulai telah mula membesar pada hampir kesemua pokok yang saya tanam sebanyak 20 pokok di tepi rumah di Puchong ini.

Fakta Angka (Penyakit)
Perosak : Kutu Daun
Simpton : Daun Kerekot
Kawalan : Cypermethrin

Namun begitu salah sebatang pokok cili telah mula menghadapi masalah iaitu daun terutamanya pada bahagian pucuk menjadi kerekot. Kemudian saya rujuk malah ini melalui internet dan ianya berkemungkinan adalah masalah Kutu Daun (Aphis spp). Juga atas nasihat seorang rakan usahawan tani (Sdr Faidzal-AFFE), saya melakukan semburan racun cypermethrin ke atas pokok cili yang bermasalah ini. Setengah jam kemudiannya pula saya melakukan semburan baja air (saya ambil dari tangki baja air) ke atas keseluruhan pokok cili tersebut.

Mudahan-mudahan masalah ini akan selesai. Harap-harap begitulah.




Perbandingan Masalah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Borang Pesanan dan Pendapat Anda (Sila isikan).
Pastikan anda mempunyai e-mail yang sah bagi memudahkan pihak kami memberikan respon semula.

Nama :
Negeri :
Telefon :
Email :
Web/Blog :
Usahawan : Pertanian
Fertigasi
Penternakan
Lain-lain
Pesanan/ Pendapat :
Sila Klik "Continue" pada laman seterusnya sebagai pengesahan anda.