Kehadirannya amat membimbangkan semua pekebun kerana ianya boleh menyebabkan hasil tanaman terjejas malahan pada peringkat yang lebih teruk lagi, tanaman akan mati.
Salah satu kaedah penyelesaian yang lebih mesra alam ialah dengan menggunakan Green Patrol EC.
Green Patrol EC “emulsifies concentrate” adalah produk kawalan perosak tidak toksik yang membunuh serangga dan patogen perosak secara fisikal iaitu secara melemaskan. Green Patrol EC menggunakan ekstrak tumbuhan untuk membunuh. Ekstrak tumbuhan yang di adun mengunakan teknologi ”emulsified concentrate” kami mampu mengawal banyak perosak dan dalam masa yang sama memaksimumkan keselamatan manusia dan alam sekitar. Formulasi ini memberi kawalan yang lebih baik berbanding dengan pestasid, berdasarkan air yang mungkin mengandungi ingredien yang boleh mencederakan tumbuhan, bunga, pemangsa dan pendebungaan.
Ia mengandungi 0.9% Pyrethrum (untuk pasaran luar) iaitu sejenis bahan aktif yang amat efektif untuk mengendali serangan seperti ulat serta kutu pada tanaman yang telah dikenali sejak berabad lamanya.
Green Patrol EC (sebelum ini Green Patrol ES) menyumbang kepada pendekatan tidak toksik dalam program pengurusan pesosak yang mengabungkan Pengurusan Perosak Bersepadu dan Amalam Pertanian Mapan.
Green Patrol EC memberi kawalan yang baik keatas kebanyakan perosak bagi tanaman-tanaman seperti :-
- Cili, Melon, Tomato, Terong, Timun
- Bendi, Kekacang
- Strawberry
- Manga, Limau
- Jambu Batu, Dokong
- Bunga Ros, Bunga Raya
- Orkid, Kekwa
- Lalat Putih (Bemisia tabaci, vektor Virus Gemini)
- Kutu Daun (Aphis spp. Vektor Cucumber Mosaic Virus & Bean Yelow Mosaic Virus dll.)
- Kutu Thrips (dicampur dengan racun lain seperti Minyak Bawang Putih atau racun kimia)
- Toxoptera citricida (vektor penyakit Virus Tristeza limau)
- Hamama (Putih, Merah, Labah-labah dll.)
- Lelompat Daun (Empoasca spp.)
- Teritip
- Kulapuk Berdebu, Kulapuk Hitam / Jelaga Hitam serta Kulapuk Botrytis
Kawalan atau pemusnahan serangga perosak, vektor kepada penyakit Virus dan Bakteria amat penting jika hendak mendapat hasil yang maksimum. Green Patrol EC boleh menyumbang kepada matlamat ini.
Kelebihan Green Patrol EC
- Formulasi mesra alam maksimumkan keselamatan kepada manusia dan tanaman
- Larutan yang pekat menjimatkan serta memberi kawalan perosak yang sangat berkesan
- Memberi kesan yang minimum terhadap organisma berfaedah termasuk kulat, haiwan pemangsa dan serangga pendebunga
- Boleh di gunakan dalam “Ultra Low Volume” (ULV) dan penyembur serangga komersial
- Bersifat penindasan dan kemusnahan fisikal dan bukan dari kesan ketoksikan kimia
- KEKEBALAN SERANGGA TIDAK AKAN BERLAKU kerana sifat penindasannya secara fisikal iaitu penindasan secara MELEMASKAN
- Tiada TPT: TEMPOH PRA TUAI SIFAR HARI
Penggunaan & Cara Membancuh
Kadar Bancuhan disyorkan : 2.0-2.5ml = 1 Liter air
Di syorkan cairan Green Patrol EC di sembur basah keatas tanaman yang di serang oleh perosak secara berjadual; sekurang kurang nya tiap-tiap 7 - 10 hari. Amalan ini selamat kerana tidak fitotoksik dan kekebalan serangga perosak tidak akan berlaku kerana kematian di sebabkan kelemasan.
Semburan mesti kena tepat kepada sasaran untuk mendapatkan keberkesanan yang maksimum.
Oleh kerana Green Patrol EC pekat, ia terlebih dahulu di cairkan mengikut sukatan (2.5 – 4.0 ml. kepada 1 liter air) di dalam bekas bertutup yang mengandungi lebih kurang 1 liter air. Goncang hingga Green Patrol EC sebati dengan air. Kemudian curahkan pracampuran ini ke dalam tangki penyembur yang mengandungi air selebihnya. Kacau seperti biasa sebelum menyembur.
Kesannya akan lebih baik dengan menggabungkan penggunaan Minyak Bawang Putih dengan Green Patrol EC ini.
Harga Green Patrol EC (1.0L) = Disini
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.